Friday, January 26, 2007

hari nih aku melintasi seorang peminta sedekah. die duduk atas paper. di tepi bus stand. dalam keadaan sejuk winter ini, dengan angin bertiup agak kencangnya, imagine macam mana sejuknya ketika itu. tapi die duduk mintak sedekah dengan bukak jaket tebalnya demi untuk tunjukkan bukti yg die mintak sedekah sebab die cacat. tangan die ade sket kerosakkan. die tak bleh buat keje, sbb tuh die mintak sedekah. orang tuh sanggup tahan sejuk musim salji demi tunjukkan bukti untuk rasionalkan yg die tak bersalah. keadaan yg memaksa die untuk mintak sedekah. hal yg sama dengan bapak2 yg sedang dihujani isu2 tiada penghujung. buktikan anda tak bersalah. tak cukup sekadar , "jangan dengar rumors", "penulis2 laman blog perlu menulis dengan tanggungjawab", "pertumbuhan laman2 blog ini membahayakan kemakmuran malaysia kerana mudahnya orang terpengaruh dengan gosip2 di laman web". Prove us if they are wrong!

pertama kalinya, rocky mengeluarkan cerita sensasi, terjemahan akhbar Turki, Huriyet, yg memperihalkan pm melawat [disertakan dengan gambar, bersama Ananda Krishnan] pusat pembinaan kapal yg dianggarkan bernilai USD 8 mil. pm kelaur menangkis kabar angin tersebut. lega paklah. kemudian, cerita yg sama, tapi sedikit penambahan plot. memang benar bukan pm yg membeli kapal tersebut, tp kapal itu hadiah dari Ananda Krishnan, dakwa DSAI dalam siri2 ceramahnya. sehingga hari ini, tiada penjelasan dibuat.

timbul pula hal kerajaan malaysia melalaui beberapa syarikat, antaranya syarikat yg hampir gulung tikar, membuat pinjaman sbg dana untuk RMK9. pinjaman sebanyak USD 50 billion itu dibuat melalui syarikat2 ini supaya tidak kelihatan kerajaan malaysia membuat pinjaman secara langsung, ie, tak nampak laa malaysia sesak papa kedana. [sila ke malaysiatoday, raja petra kamaruddin benar2 bekerja keras!] tak perlu saya sertakan link. cerita ini sudah heboh merata2. pm je dok nafi. ingatkan rakyat nak percaya penafian. tapi orang terus bising. bertambah bising lagi apabila khairy dikatakan bakal memperoleh sedikit buah tangan hasil pinjaman ini. sikit pon tk sikit laa, adelaaa dekat2 900 juta. kata paklah, "jangan risau. RMK9 dirancang dengan modal yg ada pada kita" bila kes semakin berkembang, beberapa laman web menyertakan surat rasmi kerajaan mendetailkan wujudnya pinjaman USD 50 billion itu. setakat ini, belum ada penjelasan. muncul watak baru, pon tak baru jugak, cuma selama nih die tak seutama watak2 paklah, khairy, najib, rafidah and the list goes on[ mcm cerita Cinta, bnyk hero dan heroin dalam satu movie, hikayat malaysia boleh ni pon lebih kurang laaa]. watak penting baru nak berkembang ini, Reezal Merican.

tang kapal tak abes cerita lagi, timbul pulak kisah private airbus 320 yg menurut blog rocky, ditempah sejak 2005! skarang 2007, pesawat tuh kt Switzerland, tgh modify mengikut selera seorang VIP. siap ada office. ala2 airforce one laa nih.tang nih, die tak sempat nk deny lagi, sbb sekarang nih die tengah bizi. tengah berforum. sambil berforum, diwawancara, sempat jugak die bg petunjuk [khas kpd sesape yg teringin nk jadi PM utk sesi akan datang] yg die akan terus pertahankan jawatannya itu. sebab katanya, "perjuangan yg belum selesai"

di tengah2 cerita watak paklah ini, muncul juga plot2 kecil lain, seperti; terbunuhnya seorang wanita asing yg cantik, sehingga hari ini Najib belum tampil membuat kenyataan. nafi tidak, anguk pon tidak. orang serata alam dok bising kalau2 die punyai kaitan. tk sempat nk jelaskan isu terbunuhnya wanita cantik itu, timbul pula isu komisen pembelian Sukhoi dari Rusia melalui satu lagi watak baru penting, Adib Adam. khbarnya komisen je berjumlah RM400 juta yg dibahagi 3 bahagian. hal Sukhoi timbul selepas isu komisen kapal selam dari Perancis, yg komisen darinya diterima oleh Razak Baginda sebanyak RM540 juta. DAP bangkitkan hal ini di parlimen, tidak lama kemudian, Razak Baginda dituduh di mahkamah.tarikh kita menerima kapal selam itu juga delay khabarnya [setahun-2 tahun].

dalam watak2 ini sibuk mengumpul duit, malaya ditimpa hujan maha lebat, sehingga tengelamnya johor.kerugian mencecah billion ringgit. hebatlah pula kerajaan meminta syarikat2 swasta dan sesiapa sahaja menghulurkan bantuan kepada rakyat johor khasnya. termasuk jugak beberapa daerah lain yg kerugian akibat banjir. brader roslan sms pula terhidu sifat murah hati pm, yg mengarahkan bantuan kepada Lebanon sebanyak USD1 million melalui kerajaan malaysia.
never ending story.

update: sebab aku responsible blogger, so aku sertakan reference untuk isu2 diatas :D


2 comments:

kingbinjai said...

kera di hutan disusukan. anak dirumah mati kelaparan. pm ingat kita semua bodoh ke?

afifi said...

entah laa blalanggg..
heran jugak aku. orang dah tahu bobroknya orang2 tertentu, tapi tiap kali pilihanraya, orang yang sama jugak dok menang kerusi.paper2 pon dok puji melangit..

Post a Comment