Friday, January 12, 2007

50 tahun selepas wafatnya Rasulullah saw, keturunan baginda Rasulullah dibantai dalam kejadian Karbala. Hussein yg dulunya ditimang Rasulullah ketika baginda berkhutbah, diinjak2 oleh kuda. kepalanya yg diusap baginda, diarak ratusan kilometer. bibirnya ditusuk dengan tongkat Yazid, penguasa jahanam.
hussein dan 70 anggota keluarga lainnya, syahid dalam kejadian berdarah Karbala itu; kemuncak saat derita keturunan Rasulullah saw. penguasa saat itu, bukan hanya membenci keturunan Rasulullah, tetapi juga pengikut yg menunjukkan kecintaan terhadap mereka. antaranya Kumail bin Ziyad; sahabat kepada Saidina Ali bin Abi Talib. Kumail diburu. akhirnya Kumail mengalah. katanya; "aku sudah tua. usiaku sudah lanjut. aku tidak mahu menjadi sebab kesengsaraan keluargaku". al-hajjaj menyembelih Kumail.
Said bin Jubair solat dibelakang Ali Zainal Abidin [putera Hussein]. melihatkan kecintaan Said, beliau ditangkap, dipancung oleh al-hajjaj juga. menurut ahli sejarah Islam Ibn Atsir, beliau sempat mengucap 3 kali. sekali dengan cukup fasih.
ketika al-hajjaj mati, dikatakan dipenjaranya masih ada 50 000 tahanan lelaki dan 30 000 tahanan wanita. 16 000 diantaranya bertelanjang. dibiar panas terik matahari pd musim panas, dan kedinginan di musim sejuk.. hanya kerana mereka kasihkan Ahlul-bait.
al-hajjaj adalah simbol kekuasaan Bani Umaiyyah. al-hajjaj menurut Umar Abdul Aziz sebagai ketua penjahat segala penjahat.
pada waktu-waktu akhir hayat al-hajjaj masih tinggal seorang keturunan Rasulullah saw, iaitu Ali Zainal Abidin; terkenal dengan lembt hati, penyayang. beliau sahabat kpd fakir miskin. suatu hari beliau ditemui sedang menangis teresak2 diatas sebuah batu kasar. kedengaran beliau mengulang2;
"la ilaha illallah, haqqan haqqa, la ilaha illallah ta'abbudan wa riqqa. la ilaha illallah imana wa shidqa" [tiada Tuhan selain Allah. yg sebenar-benarnya. tidak ada Tuhan kecuali Allah kepadanya menunduk dan menghamba. tidak ada Tuhan kecuali Allah, dengan keimanan dan ketulusan]. ketika beliau bangun, wajah dan janggutnya dibasahi dengan air mata.
lalu budak yg menemui beliau itu bertanya, "ya Sayyidi, belum jugakah datang waktunya dukamu berhenti dan tangismu berkurang?". beliau menjawab, " bagaimana? Ya'kub bin Ishaq, seorang nabi dan putera kpd seorang nabi. punyai 12 anak. seorang darinya hilang. Ya'kub menderita sehingga kepalanya beruban, punggungnya bongkok, pengelihatannya hilang kerana terlalu banyak menangis. padahal anak yg ditangisi itu masih hidup. tapi aku, melihat ayahku, saudaraku, dan yg lainnya dibantai didepanku. mungkinkah hilang dukaku dan berkurang tangisku?
Ali Zainal Abidin memang terkenal sebagai yg banyak bersujud dan merintih mengenangkan nasib yg menimpa kalangan keluarganya. beliau digelar As-Sajjad.


0 comments:

Post a Comment