Tuesday, January 09, 2007

ulang Dr Burhanuddin Alhelmy; "dari robohnya kota melaka, kita bina jiwa merdeka!"
kalau matapelajaran sejarah itu dasarnya untuk menanam semangat cintakan negara dalam diri pelajar, matlamat itu gagal. bermula darjah 4 aku belajar sejarah. terus terang, aku benci subjek nih. sebab? nota die panjang2. aku nak hafal pon susah.
see my point? aku tak faham pon apa sejarah. aku tak faham pon apa makna sejarah. aku tak reti nak menilai apa harga sejarah. aku tak rasa. adakah aku perlu hidup dizaman kemelaratan melayu semasa dijajah baru aku bleh faham nilai harga negara merdeka? cikgu suruh aku hafal nota2, buat nota lawa2, siap peta minda, beli lagi ringkasan padat nota sejarah, supaya senang, cepat, ingat fakta2 sebanyak mungkin utk aku jawab masa exam. kesannya? sejarah sekolah rendah, kita belajar bagaimana melaka dapat nama, bila dah hujung2 sekolah rendah, baru kita masuk bab bagaimana kedaulatan raja-raja melayu. tapi hakikatnya, kita tak kenal apa peranan raja-raja melayu sekarang. selain yg kita selalu dengar, raja-raja melayu ini bergilir setiap 5 tahun dan ditabal menjadi Yg Dipertuan Agung. masuk sekolah menengah kita belajar kegemilangan melaka, hebatnya tanah melayu sebagai pusat tumpuan orang belajar ilmu, pusat pertembungan orang2 bisnes, tengah laluan kapal2 dagang, kemudian kita diketengahkan dengan bermulanya pembesar melayu yg akhirnya memberi laluan kpd kuasa asing menakluki tanah melayu [itupon tak banyak didedahkan dalam silibus, aku rasa aku lebih banyak dapat info dr sebuah filem [p.ramlee ke? yg ahmad nisfu jadi ketua delegasi portugal yg datang nk berdagang di TM tuh..] yg mengupas kisah postugis di TM] yg ada dalam teks, aku dok hapal peta kedudukan strategik melaka, tahun2 kronologi kejadian2 penting. kemudian, di akhir2 utk masa form 2 kita belajar pahlawan2 melayu yg berjuang untuk mendapatkan kembali kuasa yg dipegang oleh kuasa asing. yg kita tahu, dulu atuk nenek kita derita sbb penjajah ini zalim.kita hafal bila inggeris masuk, tahun bila kuasa portugal, kemudian jepun dan sebagainya. kita hafal pulak nama2 pahlawan ini dan bagaimana mereka bangkit menentang penjajah. nama2 seperti tok janggut, dato bahaman, dato maharajalela, mat kilau, tuan haji abdulrahman. aku hafal sume kisah mereka. tapi faham ke aku apa yang mereka perjuangkan? bila dah form 3, masa nk PMR, dah masuk bab malaysia nak merdeka. kita didedahkan dengan kelahiran cerdik pandai yg buat rombongan menuntut kemerdekaan dari penjajah. akhirnya kita dibebaskan. bile dah masuk form 4 form 5 kita dah belajar sejarah dunia. 6 tahun kita belajar sejarah negara. dari satu kawasan yg tak punya apa, sehingga adanya kuasa raja, kemudian hak dirampas, kemudian kita tuntut hak itu smula. kita tak nafi peranan UMNO,MCA dan MIC ketika itu. sebab itu, ramai dikalangan pakcik makcik dikampung, walau ape pon jadik, mereka akan tetap sokong BN. kerana pada mereka, pakatan BN telah buktikan pemerintahan mereka dgn jayanya. mereka kenang jasa Tunku, Tun Hussein Onn dan lain2.
dah nak 50 tahun merdeka, hidup di negeri sendiri. negara punya bangunan tertinggi, bangungan indah cantik, jambatan baru, orang dah bleh naik ke bulan, kita sibuk bile kuasa asing cabuli hak dinegara orang, kita bising bila orang lain hidup merempat di negara mereka. kita sibuk dengan tepi kain orang, tapi aku tak ambik tahu hal orang disebelah aku. aku tgk video mcm mana rumah setinggan diroboh, banyak saja laporan2 [akhbar bukan perdana] gerai2 kecil diroboh, orang yg hidupnya merempat [pernah tengok rancangan tv3?] makan kangkong yg dikutip dr longkang, yg tak pergi sekolah, dan baru2 ini; kes di sarawak murid tahun 6 gantung diri sebab tak bleh nak bayar yuran sekolah. imagine, baru 12 tahun tapi betapa die tak tahan dengan kemiskinan yg menghimpit dirinya.
kenapa kita perlu ada pemimpin? supaya mereka itu uruskan pendapatan, sediakan kemudahan dengan duit kita [cukai, kekayaan hasil bumi negara;minyak, balak etc] tapi kata menteri kerjaraya, "kamu nk kemudahan, kamu kena bayar skit lah", kawal harmoni masyarakat.
tapi, senario sekarang, gaji pemimpin RM 20 000, rumah free, kereta free, tol tak kena bayar dan beberapa keistimewaan lain yg kita tak tahu[ade jet peribadi ke?]. nasib orang melayu, yg bertani dari dulu, sampai sekarang pon bertani lah. gaji penjawat2 awam pon kekal spt 5,6 tahun lepas lah. tapi dalam setahun ke setahun, harga barang naik, harga minyak naik, harga tol naik, sekarang kecoh harga bahan binaan plak meningkat naik.
bayangkan eye on malaysia itu kita boleh habiskan 30 juta, mende yg kita anggap mampu tarik pelancong dan menjana pendapatan sebanyak 44 billion yg kita tak tahu lagi hasil tuh akan disalurkan kemana. tapi kita gagal selesaikan masalah seorang anak kecil yg tak mampu nak bayar yuran sekolah yg tak cecah RM200 pon aku rasa sehingga die boleh fikir utk bunuh diri dan die mati sia-sia. bukannya gantung diri terus mati macam tuh je. seksa wehh dalam proses nak mati tuh. sakit. tapi die tekad tk bleh hidup dah. bukannya kita kena mintak dr Sir JWW Birch utk bayar yuran sekolah. pemimpin skarang ini, kita undi! majoriti undi! melayu macam kita jugak. duit tuh pon, bukan duit mereka perseorangan.
orang2 miskin ini semacam ditindas oleh kaum mereka sendiri. dijajah oleh orang yg mereka percaya. orang kaya apa mereka peduli. mereka ada duit, senang hidup mereka, senanglah. tahun ini ke US, tahun depan ke london, 2 tahun lagi ke australia, lepas tuh ke china,spain,jepun italy etc. sudahnya satu dunia die dah keliling.
merdeka itu, bila kita kembali seperti dulu. aman. orang protes bila ada ketidakrasionalan [klik untuk video demo against toll hikes di bandar sunway]. bila kita tahu mana perginya duit keluar masuk, kita dapat kemudahan yg sepatutnya kita dapat [bukannya dapat kemudian dipaksa bayar dan tanggung kenaikkan harga beberapa tahun kemudiannya], kebebasan untuk suarakan apa yg kita rasa perlu.
dan aku andaikan jiwa merdeka sbg perasaan seorang manusia yg tenang hidup dalam ruang lingkup tanah airnya, jiwa yg tak terkongkong, hati manusia yg bebas memilih, manusia yg tak terbeli dengan janji2 dalam manifesto pilihanraya yg belum tentu terlaksana [dan kita rasakan sendiri sepanjang 50 tahun siapa yg tunaikan janji dan siapa campak ke tepi, peribahasa kerana nila setitik; rosak susu sebelanga tak bleh nak apply dalam hal nih] dan tak tergadai dengan RM50;untuk satu pangkah!

0 comments:

Post a Comment