Thursday, January 11, 2007

PUTRAJAYA: Pentadbiran sekarang tidak boleh menafikan perjanjian sebelum ini, yang dibuat kerajaan dengan pemegang konsesi lebuh raya berhubung semakan kadar tol, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri menjelaskan, jika keadaan sekarang memerlukan kadar tol dinaikkan seperti dipersetujui dalam perjanjian berkenaan, kerajaan terpaksa berbuat demikian atau perlu memberi subsidi.

“Semuanya dibuat pada masa itu. Jadi pada hari ini, kita kena ambil kiralah. Kerajaan tidak boleh menafikan (perjanjian) dan kalau sekiranya pada hari ini, situasinya memerlukan kita ambil tindakan meningkatkan tol, kita kenalah.

“Kalau tidak, kita nak kena beri subsidi lagi. Semuanya nak diberi subsidi belaka, macam mana,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah tapak Institut Kanser Negara di sini, semalam.

Abdullah berkata, jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bukannya sedikit dan kerajaan tidak boleh terus-menerus membayar subsidi hanya semata-mata untuk mengelak kenaikan kadar tol.

Mulai 1 Januari lalu, kadar tol di lima lebuh raya di Lembah Klang dinaikkan antara 20 hingga 60 peratus atau 30 sen hingga RM1, membabitkan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Perdana Menteri juga mengakui ketika rundingan dibuat, pemegang konsesi ada membuat jangkaan aliran trafik untuk masa depan, sama ada jumlah penggunaan kereta yang melalui lebuh raya bertol itu akan meningkat atau tidak.

Ditanya mengapa kerajaan terus memberi subsidi kepada syarikat konsesi yang mencatat keuntungan, Abdullah berkata:

“Kita membuat banyak perbincangan dan terdapat kewajaran berbuat demikian tetapi jika anda mempunyai beberapa maklumat yang diperoleh, beritahu kami... kami mahu melihatnya.”

Baru-baru ini, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua, mendakwa perjanjian di antara kerajaan dan syarikat konsesi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) yang menguruskan LDP sebagai berat sebelah dan tidak dilakukan untuk kepentingan rakyat.

Chua mendakwa, berdasarkan dokumen sulit perjanjian itu, kerajaan diberi kuasa terlalu sedikit hingga membolehkan pemegang konsesi terus mengutip tol tidak kira sama ada syarikat mengaut keuntungan atau mengalami kerugian.

Ditanya sama ada pihak yang memiliki serta mendedahkan kandungan dokumen perjanjian itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA), Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, pihaknya boleh bertindak jika ia menjadi dokumen rahsia.

Katanya, pihak berkuasa boleh membuat pemeriksaan lanjut bagaimana parti pembangkang terbabit memperoleh dokumen itu jika ia adalah dokumen rahsia.

Ditanya sama ada syarikat konsesi seperti Litrak perlu mendedahkan jumlah keuntungan serta kutipan tol, Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, ia boleh diperiksa kerana membabitkan syarikat senarai awam.

Malah, katanya, laporan seumpama itu sebenarnya dibentangkan kepada kerajaan sebelum syarikat terbabit dibenar menaikkan kadar tol.

Menurut pembangkang, laporan tahunan 2006 Litrak menunjukkan syarikat itu mencatat keuntungan bersih RM80 juta dan mengaut pendapatan RM243 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2006.
petikan berita harian 10 januari 2007.


satunya, aku tertanya2, kenapa Paklah tak ambik peluang nih untuk hentam Dr M. perjanjian dgn konsesi ini dibuat semasa pemerintahan Dr M.
duanya, kenapa pembangkang yang beriya menyatakan bantahan. dedah maklumat keuntungan syarikat konsesi dan menuntut perjanjian dgn konsesi di review semula. sedangkan itu tugas kerajaan untuk membantu ringankan beban ekonomi orang awam. bukannya menjawab " kalau rakyat nak kemudahan, mereka kena bayarlah. kalau semua nak disubsidi macam mana?" siap mereka yg dedahkan butir ini mungkin diancam dengan OSA lagi. Uncle Samy dari New Delhi kata, dah tak perlu kita bising2 dah hal nih. "Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan maklum balas Peguam Negara untuk memastikan sama ada butiran itu sulit atau sebaliknya. "Jika ia fail sulit, tindakan undang-undang wajar diambil terhadap pembangkang terbabit," katanya. isunya; bukannya maklumat itu mengancam keselamatan sesape pon. tak rugi sesape pon.

rakan blogger mengalukan menyertai demo aman 14 hb nih. adehhh. kalau laaa aku di Tanah Melayu skarang. jauh di bumi England tak memungkinkan aku. aku nak sangat join!

0 comments:

Post a Comment