Saturday, January 13, 2007

rupanya, di tengah kesibukkan menelaah pelajaran saat exam tak brape lama je lagi, sempat jugak mereka2 meluangkan sejenak memberi reflek akan keputusan pembangkang menarik diri dari pilihanraya kecil Dun 06 Batu Talam.
hari ini, section politik utusan melayu online masih lagi memuatkan kata2 seperti bacul, pengecut, takut kalah dan sebagainya terhadap pembangkang. dewan muslimat hari ini mempertahankan pendirian dan idea dari presiden parti itu. kata beliau, kalau betul pas itu takut kecundang, kenapa selama ini pon, pas tetap menghantar calon walaupon tahu itu kubu kuat UMNO dan sebagainya.
yaaa, ingat tak bagaimana di Lunas tidak lama dulu. bukan soal takut kalah. tengok saja dalam pilihanraya umum. kita tengok, di sabah sarawak, mereka hantar saja wakil. bapak susah nak mempengaruhi dayak2 sabah sarawak. [no offence penduduk sabah sarawak!] sebagai pendokong demokrasi, lawan tetap lawan.
dengar cerita pelaburan untuk tujuan kempen sebuah pilihanraya kecil itu mencecah jutaan ringgit. dimana nilai tujuan sebuah pilihanaya itu sebenarnya? pengundi2 ini memang perlu dilobi dengan duit ke?? tak ubah seperti nak undi peserta AF. banyak kempen oleh kelab peminat, maka banyaklah orang undi! atau apa kriteria seseorang itu dilantik sebagai wakil rakyat kawasan? siapa yg bodoh?? kesedaran itu bukan perlu ada pada yg menggunakan duit untuk melobi undi, tapi kesedaran perlu dibangkitkan dikalangan yg mengundi!
hal tarik diri di batu talam. tujuan mereka supaya orang awam sedar. pembangkang tidak mahu bertanding dalam suatu pertandingan yg hakimnya tidak adil. tidak jujur.
aku tergelak guling2 macam tenggiling membacakan respons [dalam satu mailinglist] seorang budak entah dari planet mane tah, bila die mengatakan,[aku quote and aku simplify] berapa bajet yg PAS sanggup keluarkan untuk tujuan kempen di Dun Batu Talam ini, macam mane nak lawan UMNO yg sanggup berhabis beratus juta ringgit. pas prefer untuk abiskan duit untuk tujuan pembangunan dari merugikan duit untuk tujuan kempen di batu talam. dan budak darah panas nih(sbb nada tulisan die mcm tengah mendidih je?) ini mempersoalkan keadilan kepada penyokong pembangkang di batu talam. [/quote]
ini bukan soal berapa duit nak kena habiskan untuk satu kempen pilihanraya kecil. ini hanya tafsiran sempit terhadap boikot yg dilancarkan pembangkang itu. orang bincang pasal ketelusan pilihanraya, die cakap pasal tanak bazirkan duit untuk kempen dan mempersoalkan keadilan untuk penyokong pembangkang di batu talam. bukan keadilan untuk batu talam je yg sedang diperjuangkan, tapi keadilan untuk semua rakyat dan orang awam lainnya. kalau lah pembangkang tidak tegas dalam mendesak reformasi SPR, sistem yg dikatakan demokrasi itu tetap akan ditakuk lama. takkan ada perubahan. dan rakyat takkan pernah sedar. tahu2 je, pembangkang kalah lagi di batu talam. kalah biar cara terhormat.. sekurang2nya, bila pembangkang boikot, at least mereka persoalkan, kenapa perlu boikot? dan seterusnya mereka akan sedar tentang ketidaktelusan dalam badan yg menguruskan pilihanraya di malaysia.
tp itulah masalahnya. contohnya bila dibangkitkan isu pengundi hantu, yg dah mati pon ada dalam daftar pengundi. sama seperti kes Pengkalan Pasir tempohari. tapi, entah dimana bermulanya kecacatan sistem keadilan itu, bawak kes masuk mahkamah pon, mahkamah putuskan pilihanraya pengkalan pasir itu sah! sama juga di batu talam ini. baru2 ini dibangkitkan tentang senarai pengundi berketurunan India seramai lebih kurang 300 orang dikawasan berkenaan. tapi, apabila disiasat, mereka pergi ke kampung berkenaan, hanya ada 2 keluarga india di situ. SPR diamkan diri.
Tan Sri Rashid itu, sudah lama didesak supaya letak jawatan. kenapa masih mahu memegang jawatan kalau dia tak mampu menjadi ketua hakim sebuah pertandingan yg adil dan telus? lihat saja dalam akhbar, jelas, terlalu jelas, kepada siapa beliau memihak. walhal, sebagai pengerusi sebuah badan yg seharusnya bebas mutlak. tanpa dipengaruhi oleh sebarang ideologi politik. tapi entah dimana silapnya rashid ini, dia tak mahu mengaku kalah.
antara lainnya, mereka menuntut supaya satu badan bebas dilantik sebagai pemerhati proses pilihanraya. itu pon susah hendak dipersetujui. padahal tindakan itu bakal membuktikan jika kita sememangnya telus dalam mengendalikan proses pemilihan.
dan satu pergerakkan yg diketuai Azmin Ali sedang dalam usaha memperkenal satu perisian computer yg dikenali dengan SISMEP 12 yg boleh mendedahkan kelemahan serta penyelewengan dalam proses pilihanraya. tu pon kalau SPR nk gunapakai kaedah ini!

0 comments:

Post a Comment