Saturday, January 27, 2007

diawal peringkat, UMNO hadir dengan agenda memenangi kerusi Batu Talam dengan kelebihan 3000 undi. bila melihatkan calon bebas [yg bersimbolkan bas??], acara kempennya yg tidak mendapat sambutan, tiada poster, hanya mencetak 1000 kad nama tanda bertanding untuk sebuah pilihanraya,hadir ke pusat penamaan calon dengan 3 orang pencadang dan penyokong, Pemuda UMNO melalui Khairy tampil dengan misi mengalahkan calon bebas dengan budak itu hilang wang pertaruhan. 1000 macam alasan lojik boleh diberikan jika calon bebas itu kalah. but still, kempen UMNO sangat hebat seperti selalunya. Harakahdaily merumuskan projek sejumlah RM57.5 juta khas untuk Batu Talam bermula dari hari penamaan calon sehingga ke hari2 terakhir tempoh berkempen.

aku terkejut jugak dengan pendedahan Najib Tun Razak mengenai pengedaran yg dikatakan surat dari Husam Musa menggesa ahli PAS keluar mengundi calon bebas untuk memastikan budak itu tidak hilang wang deposit dan merapatkan jurang beza undi. pada aku, "kalau betul boikot, kenapa suruh ahli keluar mengundi?"

tidak lama. 2 hari saja PAS ambik masa untuk siasat, perjelaskan, buktikan surat itu bukan dari YB Husam Musa. skarang Najib nak jawab apa? UMNO khasnya Najib dah banyak berhujah dengan surat itu sebagai bukti kepincangan boikot yg dilancarkan PAS dan komponen pembangkang lainnya kepada penduduk2 Batu Talam. [aziz kiran benar2 beruntung, TPM turun padang menolongnya di kem Batu Talam]

sebab UMNO dah tuduh PAS arahkan ahlinya supaya keluar and vote for calon bebas, Pemuda UMNO semalam tampil buat laporan polis HANYA terhadap PKR kerana menghasut penduduk Batu Talam supaya tidak keluar mengundi. kalau nk ikutkan PAS pon suruh ahlinya boikot dan jangan keluar mengundi. tapi Pemuda hanya nampak PKR yg menghasut! nanti bercanggah plak dengan "surat Husam Musa".

Mohamad Sabu sarankan koyak saja kertas undi!


tajuk entry meminjam dari Ahmad Lutfi Othman dari harakahdaily.


2 comments:

kingbinjai said...

kita bakar sahaja dewan mengundi itu!

afifi said...

chill! chill!

Post a Comment