Thursday, January 18, 2007


ini baru dikatakan aura! bukan aura yg dibawa seperti mawi. tapi aura Nik Aziz. dari dulu, sampai skarang, cool gile TG nih. ketepikan hal politik.
aku bukan biased sbb die MB kelantan. tapi tengokkan caranya, personalitinya, cakapnya. salute beb!
hidup sederhana. tengok saja gaya hidupnya. MB mane bleh challenge die? setiap ancaman, dugaan yg datang dalam karier politiknya, yg dia selalu buat dan anjurkan adalah solat hajat. anak die masuk ISA, die cool jugak. betul lah, pada hematnya, lawan keras2 sangat tak guna. tengok sejauh mana mereka berani. tapi dalam pada itu hati tak pernah berhenti berjuang. sekurang2 nya, die tak pernah kalah pada diri sendiri. hari anaknya, Nik Adli dibebaskan, sabar beliau menanti di rumah.
mendengar ucapan ceramah beliau, best! nampak je beliau macam dah tua. nampak macam penat. ceramah beliau masih lagi dinanti. ditunggu. beberapa pembaharuan yg dibawa ke kelantan, banyak reaksi positif. [tapi tak kurang yg menentang pembaharuan ini; contohnya kebenaran konsert di kelantan. walaupon dalam keadaan tertutup tp ada suara2 yg menentang. katanya, "Tok Guru tuh dah nyanyuk dah"]
kata2 dalam ceramahnya cukup berbisa.tegas. dan akhbar2 cepat tangkap apa2 isi ucapannya dan diputarbelitkan. contohnya tak lama dulu isu "nik aziz cakap Tuhan samseng"
tapi macam biasa.beliau cool.
hari nih baca satu laporan di harakahdaily. laporan mengenai bantuan kewangan menerusi perbadanan menteri besar kpd mangsa banjir Johor sebanyak RM 1 juta! selain bantuan terdahulu iaitu sebanyak RM 49000 serta 5 tan beras untuk mangsa2.[ ini lagi satu laporan penyerahan cek.]
satu hal, kalo menteri sendiri yg turun padang, arahkan kerja dibuat secepat mungkin, tkkan ada delay dalam menyampaikan bantuan2 kpd mangsa banjir. dalam hal ini, TG sendiri melalui perbadanan MB dan kerajaan negeri kelantan [ yaaa, negeri yg disekat bantuan dari kerajaan pusat itu, negeri yg orang bilang mundur itu] yg mengarahkan bantuan disampaikan melalui briged amal supaya bantuan dapat disegerakan. nak bg bantuan, kenapa mesti susah payah nak isi borang itu, borang ini. nak kene buat bancian dulu baru bleh nk bg bantuan.dan selalu kita dengar "saya dah hantar surat meluluskan bantuan. saya harap dengan bantuan ini dpt meringankan beban mangsa. saya prihatin." tapi bantuan nya entah bila nak dapat.
itu tak penting. mende lain yg aku nampak dari laporan ini. mengenai terkilannya TG mengenai kenyataan seseorang [ entah sape buat statement nih aku tatau. tak jumpa source. tapi aku rasa bnyk pihak je yg buat statement seumpama ini] statement yg berbunyi seperti : " kita telah bersiap sedia untuk mengurus banjir sekiranya ia berlaku lagi" TG cakap, beliau rasa berdebar [seram] mendengarkan hal itu. terkilan kerana kenyataan itu kedengaran seperti angkuh. ape pon, seperti kata TG, "perancangan untuk menghadapi banjir rupanya mengatasi kehendak Allah apabila manusia tidak mampu menangkis kemaraannya "


p/s: bahang PRU makin dekat. simptom2 dikesan disini dan disini. dan banyak lagi!

0 comments:

Post a Comment