Saturday, January 13, 2007

aku bookmark satu blog nih. [banyak blog yg aku bookmark! heheh] alih2, ade latest entry beliau tiba2 hilang. aku tanya, and aku paste disini respons beliau;

penyu:
harap maklum, AUKU membelenggu..universiti sudah diserbu bapak polisi.
gambar di FP dan entri terpaksa dilupuskan seketika utk tujuan keselamatan.
begitulah nasib kami mahasiswa di sini..kebebasan itu sesuatu yg mahal harganya. risiko agak tinggi.
di sini mentalitinya masih bebal..pentadbir kampus masih lagi taksub jadi pengampu perasuah!

dah berapa ramai mahasiswa berjuang supaya dilupuskan AUKU yg menjadi pagar kepada mahasiswa dan menghalang mereka dari bersuara.
berbeza dengan apa yg aku dapat disini. disini orang berubut mencari peluang mengeluarkan pendapat. pelajar universiti punyai peranan besar. mereka utarakan apa yg mereka rasa. mereka luahkan. mereka mintak apa yg mereka nak. dan jika itu hak mereka, kerajaan mereka [kerajaan mana2 pon] tiada hak untuk menghalang.peraturan2, undang2, akta2 diciptakan untuk menjaga kedudukan satu pihak dan melumpuhkan satu pihak yg lain.
direnung kembali, sejak kecil pon kita diajar untuk patuh. tapi kadang2 patuh itu dislaah gunakan oleh yg berkuasa untuk exercise power mereka habis-habisan.
contoh, patuh dengan ibu bapa. anak2 kecil disini juga diajar patuh. tapi mereka akan soal balas ibubapa mereka jika ada yg tak kena pada pandangan mereka. sungguh. dan aku rasa itu tidak ada salahnya. selalu akukagum dengan anak mat salleh nih. satu, berani mereka soal balik mak bapak mereka. duanya, itu tandanya minda mereka berkembang, mereka penuh inkuiri, mereka bertindak. berbeza dengan kita di malaysia. patuh pada ibubapa itu disalah tafsir. apa saja parent cakap, kita akan patuh. bukan aku nak suruh kurang ajar ngan ibubapa. dengan adanya tatatertib, mana mungkin pertanyaan atau permintaan itu nampak seperti kurang ajar.
paham kan? [tolong lah paham!]
begitu jugak bila dah masuk sekolah. kita disuap dengan idea, "membantah itu kurang ajar"
sekarang, mahasiswa dihimpit dengan "membantah itu salah disisi undang2!"
jangan salahkan anak kecil, pelajar sekolah atau mahasiswa andai mereka memberontak. slama ini hasrat mereka terpendam. selama ini idea, pendapat mereka tidak didengari.
tak hairan jugak kalau graduan ini tidak kompetitif. mereka diasuh dengan idea mereka tiada nilai. selama ini, tak siapa nak dengar apa yg mereka perkatakan. mereka terbiasa dengan duduk diam2, tunggu arahan seterusnya.
tapi bukan semua. kerana ada yg bangkit dengan sendirinya. kerana mereka belajar, mereka sedar yg mereka patut dan punyai hak untuk bersuara.

0 comments:

Post a Comment