Sunday, January 14, 2007

baru abes baca paper. sungguh aku rasa kesian dengan mangsa2 banjir di johor. masa dok terengganu dulu pernah laa aku rasa macam mana banjir nih. mula2 seronok laa main air. terutama budak2. tapi, bila banjir berlarutan sehingga seminggu dua. and setakat nih dah 3 kali banjir dalam tempoh sebulan, itu bukan lagi suatu pesta! kalau dulu banjir yg aku rasa, air separas lutut je. tapi melihatkan gambar2 yg dipapar, dalam paper dalam blog2, aku rasa kesian. air sehingga paras bumbung rumah.
yg sempat bawak barang pon tentunya susah payah. nak angkut semua barang perabot rumah. mana nak angkut sofanya lagi, tv 39 inci yg berat [ke skarang orang sume pakai plasma tv? lagi ringan eh?], perabot2 kayu jati. [saja je sebut semua nih, kata malaysia negara yg hidupnya senang] yg sempat tuh sempat lah. yg tak sempat memang kesian. sapa tak sedih. kadang2 hutang perabot pon tak habis lagi.[kalau yg beli hutang laaa. dengan courts mammoth? gile melampau company nih] dah rosak dek banjir.
dulu rumah kami tinggi, cuma dapur ngan toilet je yg terjejas. mama letak batu-bata untuk kami meniti ulang alik ke toilet. mengingatkan mereka di johor, aku serasa boleh bayangkan tidak selesanya mereka. diserang banjir. nak makan tunggu bantuan daripada sukarelawan. macam mana dengan mandi? pakaian yg entah macam mana mereka nak basuh. tidur beramai2 di pusat pemindahan.
lepas tuh, pikir plak nak balik rumah nanti nak bersihkan lumpur,baju2 yg kotor, kerugian kerosakkan. kalau orang senang takpe lah.semuanya boleh dibeli dengan duit. semuanya boleh dibersihkan dengan adanya duit. semuanya boleh diganti tukar yg baru dengan adanya duit.
tapi yg terjejas di johor itu bukan hanya golongan kaya raya senang lenang. ramai je yg hidup sederhana. yg cukup2 makan.
adacadangan untuk membuka kelas2 sekolah di pusat2 pemindahan. memang mereka tak patut mengabaikan soal pendidikan. tapi dalam keadaan hidup yg tak selesa itu, macam mana mereka nak bersekolah? dengan buku entah kemana, baju skolah rosak..
menurut laporan utusan, hujan yg selama 3 hari di kawasan johor ini seperti taburan hujan untuk 2 bulan. dan mungkin keadaan ini berlarutan sehingga March. mungkin kita tak kena tsunami seperti yg berlaku 2 tahun yg lalu. tapi mungkin ini juga salah satu bentuk amaran. mungkin ada silap di mana2. mungkin kita boleh perbetulkan apa yg patut.

update : banjir johor menurut Datuk Ron

0 comments:

Post a Comment