Wednesday, January 24, 2007

kelantan -> umno -> anuar musa.
anur musa recently cakap dalam paper yang umno aka membawa satu agenda baru ke dalam kelantan, dengan gagasan kelantan baru. anuar musa define kelantan baru sebagai, lebih banyak jalanraya- rangkaian kota bharu-kuala krai- gua musang dan jeli-jelawang-gua musang, pembinaan lapangan terbang antarabangsa, perkhidmatan telefon selular di seluruh pelusuk negeri. selain itu, yang membimbangkan beliau adalah masalah sosial yg tinggi kesan dari kadar kemiskinan yg tinggi[dalam akhbar itu melaporkan 18000 kelaurga di kelantan adalah miskin manakala 12000 daripadanya adalah miskin tegar], siswazah menganggur kerana peluang kerja yg terhad di kelantan. janji mereka jugak untuk membina pelabuhan di Tumpat.
nampak jijik nya kelantan. tak terurusnya pentadbiran kelantan. tak membangunnya kelantan.
satu hal, siswazah menggangur itu bukan hal di kelantan je wehh. bukan ke itu masalah negara. yg memang satu malaysia nih tengah bergelut dengan masalah siswazah menganggur. 80000 siswazah menganggur with 80% of them are malays. mengenai pentadbiran kelantan yg tak terurus, menurut belanjawan yg dibentangkan oleh dato husam musa hari tuh, kelantan adalah negeri yg paling sedikit berhutang dengan kerajaan pusat. selepas sarawak yg takde hutang tertunggak langsung. and kerajaan negeri kelantan punyai hutang tertunggak sebanyak RM 1 juta. pergi tanya negeri2 yg tak bayar hutang lagi tuh. kedah, perak.
mengenai pembinaan lapangan terbang antarabangsa, menurut Dato Rosli Ibrahim [bekas s/u badan perhubungan umno yg baru saja menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup], anuar musa yg sama lah yg menghalang cadangan untuk membesarkan lapangan terbang PC. skarang janji nk buat international airport di kelantan plak. Husam Musa telah memohon untuk membesarkan airport kelantan since 1990. akhirnya 3 tahun lepas, airport baru dibina.
kalau hal pelabuhan di Tumpat, MB dah mengusulkan sejak 1992 untuk membina pelabuhan disana. tapi tak mendapat reaksi atau sebarang kelulusan. alih2, UMNO melalui Anuar Musa bilang, kalau UMNO memerintah, then akan ada pelabuhan di Tumpat.
mengenai bilangan keluarga miskin tegar pula, anuar melaporkan sebanyak 12000 kelaurga. walhal, statistik dari Jab. Perdana Menteri cakap hanya 3550 keluarga miskin tegar di kelantan. di belakang sabah dan terenganu mengikut peratusan. jika mengikut bilangan, kelantan di tangga ke 6. di belakang terengganu, sabah, perak.
UMNO juga menjanjikan untuk memajukan sektor pertanian di kelantan. menurut dato rosli, ini lagi satu helah. kerajaan negeri, sejak lama dulu memberikan kuasa penuh, 100% kuasa kepada KESEDAR untuk memajukan sektor pertanian di Kelantan Selatan. dan menyerahkan kelantan utara kepada KADA dan PELADANG. hasilnya? di KESEDAR sendiri, pegawai2 atasannya pernah disiasat BPR kerana mengelapkan wang. pergilah ke kelantan selatan, yg punyai banyak tanah pertanian bukannya penduduk kampung, orang asli dan sebagainya, tapi pegawai2 KESEDAR sendiri, dan orang2 kampung hanya mengambil upah menjaga dan mengawasi ladang2.
UMNO benar2 mahu menawan kelantan. dengan perbezaan satu kerusi itu, mereka nampak peluang mereka untuk tawan kelantan kali ini amat cerah, terang benderang. kalau lah UMNO benar2 menawan kelantan, Anuar Musa bakal diangkat menjadi MB, menggantikan Nik Aziz. dan Anuar Musa dalam sidang dewan kerajaan negeri akhir tahun lalu, [dengan tak tahu apa niat dan tujuan] berkata, "saya rasa sy lagi banyak solat dari Takiyuddin, lagi banyak bayar zakat, lagi banyak kali dah pergi haji.." cerita Zaki Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kelantan.
menurut MB, "oghe jale nenggok jah kato kelate tok membangun" [translation: orang yg jalan mendongak ke atas je bilang kelantan tak membangun]. MB turut menenangkan rakyat, katanya "toksah risau lah, skarang kerajaan negeri memerintah pon, kerajaan pusat dah buka mata nak ambik hati rakyat kelantan. sekarang dah nak tolong buat jalan, dah ada university. pembangunan yg kerajaan pusat nak bagi, semua saya sign [luluskan, tak pernah sekat]. tapi, kena tetap undi PAS lah"

-ceramah penerangan-

5 comments:

kingbinjai said...

yeah! cayalah!

afifi said...

heheh. apa yg "cayalah" king?

Anonymous said...

sdr afifi
Dato Nuar Nak buat Kelante Wor (world) agaknya.Jengok tengok http//kelantan-baru blogspot.com/

afifi said...

hmmm. mungkin.

blog itu, akan saya lawat.

btw, selamat datang!

Anonymous said...

Sdr afifi
Perkembangan isu Lojing surf http//videogoogle.com.au/videoplay?docid=693989902588605128
kenapa Dtk Annuar berang sangat?
tk.

Post a Comment