Sunday, January 28, 2007

beberapa minggu lalu kita didedahkan dengan perjanjian di antara kerajaan dan syarikat konsesi tol. sebelum itu ada beberapa pihak yg cuba menyeru kerajaan agar mendedahkan kepada rakyat isi perjanjian berhubung tol itu. setelah itu, minister berkenaan cakap die akan propose kpd cabinet untuk membenarkan perjanjian itu didedahkan.

setelah ia didedahkan oleh pihak lain, [i dont know how they get it but according to them, the agreement no longer a secret since the company use it to apply for loans etc.] aku mungkin jahil tentang proses, prosedur dokumen2 penting negara, tapi setelah itu uncle samy bilang, dokumen itu sebenarnya diklasifikasikan dibawah Akta Rahsia Rasmi [OSA].

dan sekarang sedang mencari siapa yg mendapatkan perjanjian itu pada awalnya. the thing is, setelah terdedah, pastuh baru cakap ianya dibawah OSA, dan sekarang nak tangkap?

kalau dulu2, masa orang tengah bising2 suruh dedahkan perjanjian tol itu, pada masa itulah Samy Vellu dengan tegasnya patut cakap yg perjanjian itu tertakluk kpd akta rahsia rasmi! bukan dah terdedah, baru nak tanya ianya rahsia ke tak, kemudian decide yg ianya adalah rahsia penting kerajaan. and rakyat tak patut tahu.

hal yg keduanya, kenapa mesti ianya rahsia kerajaan. bukan kerajaan yg akhirnya bayar tol keluar masuk plaza tol. rakyat yg bayar. rakayat patut tahu apa yg berlaku. dalam hal ini, peranan kerajaan hanyalah sebgai wakil keseluruhan penduduk Malaysia berunding dengan syarikat konsesi with the best interest of rakyat. ade plak mende tuh jadi rahsia. hal yg sama dengan perjanjian penswastaan air.



0 comments:

Post a Comment