Monday, November 06, 2006

aku heran kenapa orang nak kecoh bila science and mathematics diajar dalam bahasa inggeris. atau digelar, bahasa penjajah.
some or maybe lots of people would not agree with me..

ok, my points??
apa masalahnya? jatuh martabat bahasa melayu? di mana sangatkah kedudukan bahasa melayu itu? kalau bahasa melayu itu bahasa antarabangsa.bukan di malaysia sahaja, yes i would agree. ia menjatuhkan martabat bahasa melayu. ini, keadaannya berbeza. english itu bahasa antarabangsa. semua orang paham. tengok sahaja laa.theory2, term2 yang digunakan dalam science dan mathematics. banyak nama2 inggeris.tak ketinggalan ilmuwan matematik dan sains islam dahulukala.tapi yang menghuraikan theory2 dan penemuan2 ilmuwan islam itu juga lebih banyak diterjemahkan ke bahasa inggeris. berbanding bahasa kita sendiri.
dan research2 majoritinya dipelopori oleh barat yang tentunya dalam bahasa inggeris. ilmu2 ini banyak dalam bahasa inggeris. dan kita expect utk memartabatkan bahasa melayu melalui 2 matapelajaran ini sahaja kah?
tak ketinggalan buku2 rujukan di peringkat university. kadang2 saya wonder, wujudkah rujukan2 utk peringkat university dalam bahasa melayu?
sekiranya pembelajaran sains dan maths dikekalkan dalam bahasa melayu; pada saya ia tak membawa sedikit beza pon kepada meninggikan martabat bahasa ibunda kita itu. kenapa saja tidak kita perhebatkan matapelajaran sastera melayu. supaya generasi2 kita ini, dan seterusnya menghargai kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa yang mengekalkan jati diri kita?
pada saya, bahasa itu tak mungkin pupus. bahasa itulah yang jadi perbualan seharian kita. jati diri itu bukan hanya terletak pada bahasa. banyak lagi elemen2 yang perlu diperbaiki utk mengembalikan jati diri melayu. hal berpakaian, hal tutur kata, adab sopan, kesantunan melayu dan sebagainya.
orang2 besar ini sibuk. "MARTABATKAN BAHASA MELAYU. DIMANA JATI DIRI MELAYU?" tapi, dalam masa lain, kutuk orang itu, kritik orang ini. adab melayu langsung tak terjaga. sopan santun entah kemana. contoh lain. pemakaian tudung kesekolah tidak lagi diwajibkan. jati diri melayu itu, yang agama rasminya adalah Islam. dimana peranan pihak yang berkuasa dalam memastikan agama dan jati diri melayu [yang pastinya Islam] terjaga?
maybe a bit terkeluar dr topik; tapi: Tuhan tak persoalkan "kenapa kamu tidak mengingatkan rakyat kamu supaya berbahasa melayu dalam matapelajaran sains dan matematik??" tapi, soalan yang mungkin "kenapa kamu tidak mengingatkan rakyat perempuan dibawah pemerintahan kamu itu supaya bertudung??"

0 comments:

Post a Comment