Wednesday, November 08, 2006

bising lagi..kali ni, hal meritokrasi. mereka rasa, meritokrasi perlu pengkajian.kerana hal ini akan merugikan melayu. soalnya, kita inginkan masyarakat yg berkualiti. bukan ada kelulusan kerana bantuan.kita mahukan mereka yang benar2 ingin belajar. bukannya kerana kita melayu, oleh itu kita masih boleh belajar.
serasa aku, budak2 cina yang terer itu, semuanya belajar kerana mereka sendiri yang ingin berjaya.
BUKANNYA "aku nih, cina.so aku kena blajar rajin2 supaya BANGSAKU maju dibumi malaysia ini. supaya KAUM AKU tak tertindas.supaya KAUM AKU boleh mengaut keuntungan di negara ini"
TAPI "aku nak belajar rajin2.supaya hidup AKU senang.masa depan AKU cerah".

pada aku [dah blog aku, mmg laa aku tulis pendapat aku], rasa nak berjaya itu, memang dalam diri masing2. bukan sebab die cina, so die akan berjaya.
melayu pon ada yang berkesedaran. malangnya tak ramai. walaupon, majoriti kaum di malaysia adalah melayu, tetapi yang berjaya itu tidak ramai.yang determine utk mengubah nasib itu tidak ramai.masih lagi memerlukan bantuan kerajaan dari segi dasar meritokrasi. mungkin didorong faktor2 lain spt kemiskinan, cara hidup, pemikiran, latar belakang keluarga dan sebagainya.
kita masuk ke point yang lebih dalam lagi. yang merasuah atau yang menggelapkan wang syarikat? siapa yang mendahului? tak kira polis ke, kerja pejabat ke, hinggalah ke peringkat atasan. yang didakwa dimahkamah.yang terpampang di akhbar. [orang tabung haji pon bleh gelapkan wang! betapa mereka mencincang lumat amanah kpd mereka!] sesudah itu, duit2 itu di beri makan untuk anak2. ingat tak pernyataan
"kamu adalah apa yang kamu makan!"?
itu tidak termasuk lagi yang mengambil jalan mudah. penyelesaian kpd kesempitan hidup? pergi melacurkan diri. yang jadi GRO. sudah lah anak tidak terjaga. diberi makan anak entah dari mana sumbernya. kalau ikutkan, memaglah.senang aku bercakap. tapi paling tidak, kalau tidak mampu, berilah anak2 itu kpd mereka yang upaya. bukan kita tak tahu, ramai yang inginkan anak, tp tiada rezeki. banyak jugak pusat2 aau badan2 yang sukarelanya menjaga anak2 ini.asalkan kita tahu saluran yang betul. tapi masalahnya, di negara kita tiadanya pendedahan yang besar-besaran utk benda2 spt ini. kalau kita masih ingat, astro dpt 2 juta hasil dari sms utk AF3. bayangkan apa yang boleh dibuat dgn 2 juta itu sbenarnya? [kalau boleh tahu, siapa laa orang2 yang undi tuh. melayu ke?]
seperti yang aku pernah kata, senang sorang2. orang susah bkn hendak tolong.dicemuh ada lah.
yang kaya makin kaya, yang susah tak pernah lepas utk hidup. nak makan pon susah. bayangkan tak boleh makan pon??!!!!
cth mudah; abang zack itu buat rumah 5 juta sbb anaknya 11 orang. orang yang takde nih, hanya mampu melihat. anak aku pon 12. makan pon kadang2 ada. kadang2 takde. kecur liur. kalau stakat batu bata susun2 jadi istana die boleh bazirkan 5 juta. orang2 yang tak cukup makan nih. apa mereka fikir?? tuh yang pergi merompak kedai emas.pecah mesin atm dll.
melayu yang berjaya itu.alhamdulillah. kalau nk ikutkan, yang berjaya itu ramai yang bermula dari hidup perit. dan akhirnya tersenyum bangga.syukur. bukan senang sorang. mak bapak pon puas hati.dulu2 berlapar utk anak.akhirnya dibalas dgn kesenangan.
back to my point, antara hendak atau tidak!

0 comments:

Post a Comment