Thursday, November 30, 2006

baca laporan penuh, sila klik disini.

kata darah pahlawan. semangat melayu. tak boleh ditegur, tak bleh dicabar. melentinglah si melayu. tak kira lah mat rempit ke, sang terpelajar ke, pemimpin tertinggi ke. darah tuah mengalir. panas. hahah.
sikap yg memang dari dulu. tak pernah padam. kalau mat rempit, kita lawan die lebih2, tuh 100 jahitan laa padahnya. kalau yg terpelajar skit, haaa.. mula lah melenting. tp sebab die terpelajar sket, so banyak laa cara2 lain die nak nyatakan tak puas hatinya tuh. alaaa, paham2 laa.
kenapa susah sgt nak terima orang cakap kita salah? kenapa tak bleh trime kalau memang ada beribu lagi yg lagi hebat dr kita? kenapa tkleh trime kalo belambak lagi yg berfikiran lagi matang dari kita?
kalau orang dah bg idea tuh, fikir laaa. kalau btol ade benarnya, kenapa tanak trime? masalahnya, bangkang idea tuh pon tidak. tp terus melulu, fire orang yg bangkang idea die tuh. [iskkk, paham ke tak nih?] ok, satu situasi.

si nescafe nih berbicara lah tentang satu topik. pastuh, milo cam rasa ade idea lagi hebat. pastuh nescafe nih, bangkang. dgn nada keras skit. sbb nk pertahankan idea dia. pastuh, milo nih dah tak tahan, terus kutuk2 nescafe. milo; "weh nescafe, bunguk laaa sbb bg idea ko tuh, oooo konon ingat ko pandai sgt, hebat laaa konon. bleh blahhh laa ko nescafe, tak guna aku cakap ngan orang cam ko!" see? kenapa si milo tak cuba pertahankan idea dia kalau die rasa idea si nescafe cam bunguk. [isskkk, terpengaruh aku nih]

situasi 2.

dalam satu meeting. katakan laaa meeting nak anjurkan malam kesenian di kota bharu. antara yg hadir malam tuh adalah aziz, anwar, abdullah dan chin peng. abdullah cakap, "isk, kalau kita buat tarian makyong syok jugak nih. kata tarian kesenian kelantan. bagus laa tuh" aziz cakap, "isk, tak bleh. makyong2 nih.harammmm" abdullah cakap, aku ade kuasa jugak dlaam committe nih, suka hati aku lah kalau aku nak adakan makyong pon! aziz pon cakap; "ok, kalau ko berkeras nak buat jugak, aku tarik diri dari committee nih! dah. gi cari orang lain. tak kuasa aku!"

see? kenapa aziz tuh bongok tk explain kenapa die tanak makyong? kenapa darah panas die mudah menguasai keputusan dia.
selalu kita cakap yg kita tk suka meletakkan emosi. kita bleh kluarkan pengaruh emosi dr setiap tindakan kita. konon wise abes laaa.tp, susah yg amat. dan biasanya dan selalunya, memang kita akan mendahulukan emosi. emosi yg sentiasa, yang pastinya berpihak kpd diri sendiri. emosi yg merasakan, orang lain salah sumenye. look, setiap dilema, spt yg kita lihat dalam dua situasi tuh, aku rasa ade je penyelesaian yg better. drp bertekak dan dilema terus jadi dilema. tanpa penyelesaian.

situasi 3.
selesai majlis ucapan dasar presiden sebuah kumpulan majoriti. seorang ahli majlis memberi komen. "

"Saya rasa ia adalah ucapan sama yang diberikannya tahun lepas. Saya mengharapkan sesuatu yang baru tapi mungkin beliau ada idea yang lain.

"Ucapannya bukanlah apa-apa yang tidak pernah diperkatakannya sebelum ini."

petikan dr mstar online.bernama. 15 november 2006.

huhhhh. pantang anak melayu dicabar. bukan beliau je yg terasa. habis anak2 didik, sume terasa. nak kena panggil mengadap. bg aku, komen serupa itu, takde laah kritikan pon. itu cuma satu ayat refleksi ke atas ucapan dasar yg dirasanya sama seperti tahun lepas. tapi mendidih panas sudah. susah btol nk trime orang cakap kita ade kekurangan.

nak jadi pemimpin, atau nak melibatkan diri dalam satu2 diskusi, terasa nak menyumbangkan idea, hidup dalam masyarakat, aktiviti dlaam kelompok.. masa tuh laa pentingnya matang! [yeayyy, aku dah matang sbb aku dah 21!] tak2. umur bukan tahap ukuran kematangan. ade je umur dah tua, tapi pemikiran mcm budak2. dah laa tk matang, takleh trime plak kalo orang nak tolong dgn idea2 yg lagi bernas.tambah plak yg nk bg idea tuh umur lg muda dr dia. hurmmm, sia2 je kene fire tak pasal2. dan sikap ini jelas dalam masyarakat melayu. [jgn marah aku. sbb aku pon melayu jugak! ] keterbukaan kita terhadap sesuatu perkara masih di takuk lama.

memetik: "aku pon melayu jugak!" sbb tu lah aku pon melenting jugak bila orang kritik, menyebut kekurangan aku.. heheh. berdarah pahlawan jugak aku nih..heheh
matang lah melayu! [baca: matang lah penyu!]

*revised version*

0 comments:

Post a Comment