Tuesday, February 27, 2007

aku tertarik juga mengupas isu poligami, sebgaimana dikupas oleh king. poligami ini bisa buat wanita jadi kurang waras dalam tindakan. boleh buat wanita hilang pertimbangan. bunuh diri, bunuh anak, simbah cuka getah ke muka si suami, mintak cerai antara contoh balas dendam si wanita.

merujuk kepada surah an-nisa, ayat 3, yg satunya Tuhan menyebut jika kamu mampu berlaku adil. tapi dihujung ayat juga Tuhan menyeru, kahwinlah 2,3 atau 4 supaya tidak berlaku kezaliman.

selain hal yg jelas, nisbah bilangan wanita yg lebih ramai, Tuhan punyai sebab kenapa dibenarkan poligami. supaya semua wanita itu diambil peduli hal kebajikannya, supaya semua wanita itu rasa selamat dibawah jagaan lelaki, supaya wanita2 itu terurus di bawah satu institusi keluarga. [supaya takde perempuan2 desperate gi ngorat mana2 lelaki.. opppps!]

tiada maknanya poligami itu, dengan tujuan menyelamatkan seorang wanita lain, dengan menganiayai wanita yg terlebih dahulu dikahwini. jika sampai tahap hilang waras si isteri pertama, itu bukan matlamat dibenarkan poligami. zalim jika membiarkan isteri pertama menderita jiwa mereka demi keizinan sebuah poligami.

aku bukan seorangyg menentang kebenaran untuk sebuah poligami. hal ini lelaki patut faham. nenek aku merupakan isteri pertama, datuk aku bernikah lagi satu tanpa izin. tapi setelah mengetahui beliau dimadukan, yg beliau sedihkan adalah kerana datuk aku menyembunyikan hasrat utk kawin lagi satu. tapi nenek ini tak pernah mengamuk kerana dah dimadukan. siap nenek aku yg menjaga madunya ketika dalam pantang. ok, orang mungkin bilang, nenek aku dah tua. tak kuasa nk layan kalo datuk aku nak bermadu sekali pon. aku bawak contoh yg kedua. mak sepupu aku. pon mengamuk sikit je masa awal2 tahu suami dah kawin lagi satu. ade laa merajuk skit2 sbb kawin rahsia. tapi lepas tuh, aman damai je hidup mereka. maksudnya, ade je perempuan yg boleh terima jika suaminya nak kawen lagi satu. takde masalah. go ahead. kawinlah. i mean, poligami is something possible. tapi kalau sebab poligami itu akan sebabkan cerai berai, isteri sakit jiwa, tertekan sbb tak boleh terima suaminya kawin lain, tujuan Tuhan benarkan poligami itu tak sampai.

nak elakkan zina? dah ada isteri, kawin lagi satu itu the only option utk elakkan zina ke? prinsip utama sebuah poligami itu adalah adil. adil ke kalo si isteri sakit jiwa? sakit jiwa isteri itu bukan kerana beliau menentang atau mempersoalkan kebenaran Tuhan utk berpoligami. tapi tekanan itu satu sifat semulajadi. tiba2 terpaksa berkongsi suami. kadang2, sbg contoh, anak tunggal, tiba2 dapat adik, pon boleh tertekan, sbb tiba2 terpaksa share perhatian dari ibu bapa.kita tak cakap anak tunggal itu tadi menentang kebenaran/hak utk punyai anak lebih dari satu kan?

kadang2 sakit jiwa si wanita itu bertambah2, meluap2 bila ingat2 balik janji2 zaman dulu2. konon takkan ada perempuan lain. takkan pandang perempuan lain. takkan buat si isteri sedih. of course sape2 pon sedih dimadukan! kemudian diberi alasan pula, "people change!"

kalau tanya aku, aku rasa jawapan aku, "kawinlah". kalau betul boleh adil kenapa tidak kan? [sedap mulut je aku cakap. kawin pon tak lagi nih!] tapi, berbalik kepada, kenapa perlu kawin lagi satu kan?


4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, suami saya mamahami till this date.saya tidak mahu anak lelaki saya berlaku tidak adil atau anak perempuan saya menjadi mangsa ketidakadilan. some wives had a hard life just being the only one. and they orang tak pernah kata they deserve a better man. kepada yang sedang berpoligami, Alhamdulillah smoga kalian ada up another level di Jannah,inshaAllah.
Ya Allah, jangan ada apa-apa yang menghalang kami ke shurgaMu. Amin.

afifi said...

doakan saja kita semua selamat dari ketidakadilan. amin.

Anonymous said...

huh... subjective sugguh issue nie. macam macam boleh kita kata. dan sesungguhnya issue poligami nie tak pernah berhenti sbbnya inilah issue yg terjadi di mana2 sejak dari dulu sampai lah sekarang.

honestly, takde manusia di muka bumi ini mampu berlaku adil seadil rasullullah s.a.w. walau apa pun alasan si suami, si isteri tetap merasa deritanya. kadang, terjadi juga issue poligami dalam suasana rumahtangga yang tak penah ada problem. alih2 laki nak kawin lagi satu. kadang, tertanya jugak isteri dan anak2 apa sebab perlunya berkahwin lagi satu? zaman moden sekarang nie memang jarang yang mengamalkan poligami yang benar2 berlandaskan islam dan sunnah rasullullah. selalunya matlamat poligami itu lebih menguntungkan si suami.
walau apa pun alasan dan kemungkinan yang terjadi selepas poligami itu, Allah tetap menjanjikan rahmatNya pada si isteri yang teraniaya. ini adalah ujian dariNya dan semoga kita akan lebih tabah menghadapi dugaan dan ujianNya selagi bergelar hamba pada Yang Maha Esa..

afifi said...

anonymous, you are a woman i guess? hurmmm, btol tuh. tapi kadang2, i do feel that, kalau lelaki itu benar2 jujur dengan perasaannya, yakin dengan kebolehan berlaku adil, boleh saja isteri benarkan. bila difikir kembali, kesian dengan wanita2 yg tak berpeluang jumpa lelaki yg ikhlas dengan tanggungjawab sbg lelaki. yang kawen ramai tuh pon, banyak yg kita dengar menganiayai isteri2 nya, anak terabai dsbgnya.

Post a Comment