Thursday, February 01, 2007

melihatkan kenyataan Abdullah dalam media semalam yg berbunyi, "belum ada ilham lagi" aku tafsirkan sbg ketidakpastian Abdullah akan sokongan terhadapnya. dia tidak pasti adakah sokongan terhadapnya seteguh ketika dia mula menaiki takhta sbg PM. beliau teragak2 adakah sokongan rakyat masih kukuh seperti ketika beliau muncul dengan gagasan Islam Hadhari hasil buah tangannya. setelah satu demi satu kritikan yg disampaikan secara terbuka terhadapnya. dimulai dengan mantan PM, dan kemudiannya diteruskan satu persatu pekung dibuka termasuk oleh barisan pembangkang. dan kini tak perlu lagi DSAI, Hadi Awang, Tuan Guru Nik Aziz, Tian Chua, Kit Siang atau Husam Musa [sekadar menyebut beberapa bintang barisan pembangkang] menyinsing lengan menghebahkan salah laku pentadbiran sekarang, kini bloggers pula yg mengambil alih, habis-habisan menyerang, menyebarkan salahlaku dalam pentadbiran sekarang dan mendesak pentadbiran AAB turun dengan cara terhormat. sekarang beliau kelemasan. tak hairanlah wujudnya gerakan yg dinamakan Gerakan Pemutihan Paklah. berlumba2 bakat2 baru menjulang2 nama baik Paklah.

bila ditanya bila PRU yg ke 12, AAB sendiri tidak pasti. mungkin die nak check tengok dulu. nak timbang mana2 yg patut. seperti jugak bila ditanya berapakan kadar sewa Airbus A320 yg dikenakan oleh PMB, pon beliau jawab, "nanti saya check tengok". seperti jugak bila ditanya Scomi ada terima kontrak kerajaan, die bilang, "tak. takde. saya akan tengok dan siasat kemudian berkenaan syarikat itu"


0 comments:

Post a Comment