Friday, February 16, 2007

kenapa sekarang baru kecoh heboh nak salurkan bantuan berbillion2 ringgit utk menyediakan prasarana ke sekolah-sekolah luar bandar. bukan baru sekarang pelajar2 diluar bandar itu belajar dalam kepanasan tak berkipas kerana kipas rosak, tiada bekalan elektrik. bukan baru sekarang pelajar luar bandar bersusah2 payah nak ke tandas kerana tiada bekalan air bersih atau tandasnya tiada rupa tandas lagi. keadaan ini sudah melarat sejak lama dulu. sejak lama dulu sebahagian besar pelajar luar bandar belajar dalam penuh kedaifan. mereka tak minta makmal komputer dengan beratus komputer tetapi tak reti nak guna! cukuplah dengan bekalan elektrik dan air supaya sedikit selesa. jika ada kemudahan komputer dan diberikan kebebasan menggunakan komputer, itu satu bonus. jangan komputer itu jadi seperti makhluk asing.

kemudahan ini sepatutnya dipenuhi sejak lama dulu. bukannya sekolah2 dipedalaman itu baru ditubuhkan. sesetengahnya bangunan sekolah pon dah nak roboh. tapi, 2007 baru diumumkan peruntukkan tambahan 2.6 billion. selama nih tak sedar ke ade yg berpanas di dalam kelas, tak boleh ke tandas kerana tiada bekalan air??

cikgu pon, jangan kerana mendapat habuan ini buat anda bersenang lenang! memang ramai cikgu2 yg berdedikasi, terima kasih untuk anda! tapi ramai jugak yg mengajar cukup2 syarat je. orang macam nih pecat lagi bagus! kerja cikgu; pekerjaan yg menjaminan kerja sepanjang hidup itu benar2 tidak memotivasikan guru utk meningkatkan produktiviti mereka. itu harus dikaji.



3 comments:

Anonymous said...

well, better late then never. Jangan pulak yang ada nak ambil kesempatan dari 2.6 billion tu.

kingbinjai said...

selama ni dorang tido dalam meeting. tak pun selama ni meeting guna bm. mana dorang faham. dorang kan penjajah.

afifi said...

acciaccatura, saya still tk puas hati sbb mereka br nk pandang masalah tuh sekarang. elektrik boleh tolak ansur lagi. tapi kalo sekolah tkde air, imagine laa sendiri.sbb itu tanggungjawab wajib mereka sbg pemimpin. itu hal yg patut didahulukan. bukan hadiah utk pancing undi!


haaaa itu lah king. yg tok ketuanya tido. menteri pelajarannya sibuk berlatih silat pakai keris.

Post a Comment