Saturday, February 10, 2007

aku dedikasi kan khas kepada yg berkenaan sahaja. aku tahu, ramai lagi keluarga2 yg mengamalkan nilai kasih sayang, ambil berat terhadap ahli keluarga. masih ramai ibubapa diluar sana yg cakna keperluan akan perhatian terhadap anak2. tapi, ramai jugak yg sepak terajang peranan sebagai ibubapa. tak bleh salahkan ibubapa semata2 jugak. kadang2, anak2 yg dah besar panjang nih pon, takkan nak mengharapkan mak bapak betulkan salah silap korang lagi? dah besar panjang, tak reti2 nak fikir baik buruk tindakan sendiri?

dulu, malaysia pernah dikejutkan dengan saman antara emak-anak, menuntut harta peninggalan si suami-ayah. hari ini, emak melaporkan kepada polis anak yg berusia 19 tahun mencuri barang milik si emak, dan anak menangis sedih ketika dituduh dimahkamah. si emak, dah failed nak tanam dalam otak anak die yg mencuri itu salah [dan lagi satu, apehal anak die nak rompak sampai RM17 000? nak buat ape dengan RM17 000?], report kepada polis itu dirasanya jalan terakhir utk anak die bertaubat kah? mungkin telah si anak, "kalau curi harta orang lain, lagi tinggi nilai dosa, aku rompak pon harta mak bapak aku jugak!" fikirnya. emak yg sepatutnya membelai anak dengan kasih sayang, sedia makan minum, bertanya khabar sihat ke tidak, tetapi hal sebaliknya berlaku, emak mendakwa anak dimahkamah. seolah jauh benar hubungan emak-anak itu. walhal dulu mereka berkongsi rasa.

bersempena February, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja mendedahkan ramai gadis hamil luar nikah selepas Valentines Day. adoiiii !!! bodohnya manusia. entah dari mana datangnya amalan berpesta sehingga larut malam, bergelut di malam hari 14 february! di pusat2, bukan sedikit gadis hamil. ramainya melayu. orang bilang tak fair tuduh melayu ramai di pusat pemulihan kerana melayu itu proportionnya besar berbanding bangsa lain di malaysia yg aman makmur nih. jangan jadi bodoh. sebab dia melayu, aku assume dia Islam. dan sepatutnya, langsung, and i mean it, sepatutnya langsung tidak ada melayu dipusat2 perlindungan kerana hamil luar nikah! kalau pon ibubapa mereka tak sempat nak ajar mengandung luar nikah tuh tak boleh, haram, sekurang2 nya fikirlah sendiri! kalo dah tak boleh nak fikir sangat, tanya orang lain dulu, patut ke tak ko pegi gadai body kat jantan sebab nak make sure jantan ko tuh tak lari?? dan bukan semua yg hamil luar nikah tuh sebab bengap tak boleh nak fikir. semuanya kes menyesal lepas dah jadi anak dalam perut. dan yg tak paham2 lagi, yg tak reti menyesal, yg tak ingat mati, mereka buang anak, dan buat anak lagi. hukuman sedia ada yg diperuntukkan seperti tidak cukup utk menyedarkan mereka yg bodoh bebal ini. bak kata Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, orang dah tahu mengedar dadah boleh dihukum mati mandatori, tapi, makin hari makin berkilo2 banyaknya dadah dirampas.

2 hari lalu, gambar seorang bayi kecil. dibiar di atas rumput, dibuang ibunya. tiada sikit pon rasa kesian, kasih kepada anak kecil. atau paling kurang, berikan rasa hormat pada satu nyawa. kalau lah bayi itu boleh berkata, sedih sungguh rasa hatinya mungkin, melihat dirinya dibuang seperti tiada nilai, ditinggal diatas padang rumput, ditepi tong sampah. sedang rakan seangkatan lain yg disambut gembira kelahiran mereka.

2 comments:

Anonymous said...

jarang sekali anak yang dididik dengan agama hilang haluan sesudah besar. jarang sekali anak yang tak dididik dengan agama berada di haluan yang benar. kalau ada antara ini berlaku, mereka adalah yang terpilih oleh Allah Taala untuk menghadapi dugaanNya.

afifi said...

sbb itu semua individu perlu kepada ilmu. hanya ilmu boleh selamatkan manusia.

Post a Comment