Saturday, February 03, 2007

i had a phone conversation with a friend last month. begitu-begini ceritanya. termasuklah memberi update mengenai aktiviti beliau sekarang. katanya begitu sibuk sekali dengan tugasan2 di university.. katanya makin lama makin mencabar tugas sebagai pelajar. aku tanya, cabaran yg bagaimana? die bg contoh. katanya, tak lama lagi die ditugaskan utk sertai community service. aku tanya, kene buat ape? tingkah beliau, "entah, aku pon tak tahu. bende nih untuk subjek agama[die ade ckp yg khidmat masyarakat itu dinilai untuk credit hours bg subjek berkenaan]. nanti aku pergi je. diorang dh siap2 bg grup. aku kene pegi je kampung tuh. nanti organizer cakap laa kene buat ape"

dah tahun akhir di universiti. nak buat community service pon kene ade orang yg uruskan. ape yg dinilai pon aku tak tahu laaaa. ape yg diorang nak nilai? tengok budak2 itu buat kerja atau tidak? and thats it! kerja yg sudah siap diatur, kemudian siap diberi arahan kena buat ape blablablabla. sume nya disiapkan. those who did IB in their previous college should know about community service very well. yg diberi hanyalah arahan untuk melengkapkan 150 hours in two years time with community service. they have to produce report. the student did everything. starting from proposal, nak buat ape, how to raise fund, plan sendiri apa yg diorang nak buat[bukan hanya menunggu arahan!], siapa yg diorang nak tolong etc. they call it CAS [creativity, action, service]

berbalik kpd university tadi. ape yg diorang nak terapkan kpd student tuh? student buat sekadar nak memenuhi credit hours utk lengkapkan degree, then habis begitu sahaja. mana pergi cita2 nak melahirkan graduan bertaraf dunia? sehinggakan hal sebegitu pon mereka disuap. berkesan ke khidmat masyarakat yg sebegitu rupa?

seterusnya dirumus dari kuliah jumaat oleh Haji Husam Musa.

Rasulullah saw membandingkan orang yg buat khidmat masyarakat kepada orang miskin, golongan armalah[ibu tunggal] dan anak yatim sama seperti mujahidin fisabilillah. menerapkan nilai suka menolong orang yg susah itu sangat positif. terutamanya kepada golongan2 berpendidikan. pertolongan tidak semestinya melalui bantuan material semata2. ia boleh jadi bantuan dari segi motivasi, sokongan moral dan sebagainya.

sehubungan dengan itu juga, kerajaan negeri Kelantan telas meluluskan satu jawatankuasa yg diberi nama TAMADUN. TAMADUN adalah satu jawatankuasa yg disertai oleh sesiapa yg berminat [digalakkan juga untuk pesara2, anggota kerajaan yg berminat utk membantu golongan armalah dan anak yatim] yg bakal membantu golongan2 armalah yg dkenal pasti dalam kesusahan samada dari segi bantuan kewangan, motivasi dan sebagainya. mereka juga akan memantau kehidupan anak2 yatim dan golongan armalah ini.

selain daripada itu, kerajaan negeri juga memperkenalkan sistem takaful yg diberi nama Kifalah. Kifalah ini dibuat utk pemastautin di kelantan yg berumur 60 tahun ke atas.melalui sistem ini, bagi sesiapa yg mendaftar, RM2500 akan diberikan kpd waris mereka termasuk untuk urusan pengkebumian. RM2500 ini sangat besar ertinya utk orang susah. bagaimanapun, skim ini tidak tertakluk hanya utk orang miskin. tetapi utk mereka yg berkemampuan, mereka dibolehkan dan digalakan menandatangani surat utk membenarkan RM2500 ini diberikan kpd golongan2 yg dirasakan memerlukan. so, anak2 yg ada ibubapanya dikelantan, bolehlah suruh mereka mendaftar melalui penghulu atau wakil rakyat kawasan masing2. ini dua inisiatif kerajaan negeri untuk memberikan khidmat kepada masyarakatnya. usaha ini sepatutnya mendapat respons dan sambutan daripada anak2 muda. kalau tidak berkemampuan dari segi materialnya, kita tentunya mampu menolong dari segi ilmu. paling kurang, tenaga empat kerat kita!

p/s: daripada panjat pokok semata2 utk pasang bendera, baiklah meredah kampung menolong mangsa banjir.

5 comments:

khairyn said...

salam bertandang

generasi makan bersuap, tegur melenting?
Bakal mengambil alih teraju negara yang tak lari dari acuan yang sama.

oh! saya bimbang...

khairyn said...
This comment has been removed by the author.
afifi said...

selamat bertandang!

isk, rosak...rosak...

kingbinjai said...

ada la tu

afifi said...

ye laa kot..

Post a Comment