Monday, February 12, 2007

cintanya Rasulullah saw terhadap Hussein boleh digambarkan melalui kata-katanya; "Hussein itu dariku, dan aku dari Hussein" penat mendengar, shiah itu mengtuhankan Ali, shiah itu melampau. aku juga penat dengan bila orang bercerita tentang kecintaan terhadap ahlulbait itu, yg mereka persoalkan adalah, "owhhh, die tuh shiah eh?" faisal tehrani juga tentu penat dilabel. sedangkan matlamat utk menanamkan rasa kasih terhadap keluarga Rasulullah saw itu tidak diambil peduli. kenapa kita susah kalau shiah itu mengagungkan Saidina Hussein? Imam Hussein itu tidak diutamakan melainkan kerana beliau adalah cucu kesayangan Rasulullah saw. dan tidak timbul soal dilebihkan Hussein dari keutamaan terhadap Rasulullah saw. Rasulullah saw seutamanya manusia perantara ilmu Allah swt dan manusia. sebahagian sejarah itu ditutup, diubah, agar menepati citarasa sesetengah pihak. laknat keatas mereka!

kadang2 orang persoalkan, kenapa perlu dibangkitkan peristiwa Karbala itu. kenapa pula tidak ditanya kenapa Allah swt ceritakan kisah Nabi Musa, Nabi Isa dan lain2 nabi sebelum Muhammad saw di dalam Al-Quran? tidak lain melainkan, mahukan kita manusia belajar dari sejarah. orang persoalkan lagi, kenapa perlu mencederakan diri ketika ulangtahun peristiwa Karbala. Sayid Fadhil Milani menegaskan,[aku translate:] bagaimana individu itu mahu mengingati peristiwa Karbala itu terpulang. tapi mencederakan diri itu bukan kewajipan atau kehendak ajaran agama ahlulbait. menangisi kejadian Karbala itu sebagai simbol kasih sayang terhadap Imam Hussein dan yg lainnya yg gugur semasa peristiwa itu. dan mourning indivisu itu berbeza tingkatnya terpulang kepada individu. ada yg menangis bagai nak rak, ada yg menangis memukul2 badan tanda merasai keperitan dimasa itu, dan ada yg hanya mampu duduk termenung dan mendalami perasaan sedih keturunan Rasulullah saw ketika itu. its not part of the teaching but rather cultural.

jangan dikongkong pemikiran kita dengan anasir2 "shiah itu taksub", "shiah itu mengtuhankan Ali", "shiah itu mengutamakan Ali dari Rasulullah saw" dll. dan lebih teruk lagi mengISAkan mereka yg menggerakkan Shiah. kita tak boleh menafikan hak mencintai keturunan Fatimah, anak kesayangan baginda Rasulullah saw. sebagaimana sabdanya; "Kedua anak ini adalah anakku, dan anak puteriku. Ya Allah, sungguh aku mencintai keduanya. Maka cintailah keduanya, dan cintailah orang yang mencintai keduanya."

jangan cepat menghukum. dan jangan merasa selesa hanya kerana kita dipihak majoriti. bak kata MNasir, "73 pintu, 73 jalan, yang mana satu engkau pilih?" hanya satu dari 73 ini dijalan yg betul, dan Tuhan tak cakap yg majoritinya adalah betul.

5 comments:

Najwan Halimi said...

skrang mcm2..islam tu dipecah2kan..

ada hadhari..ada liberal..mcm2..

afifi said...

memang btol tuh king!

najwan, hadhari lain skit, sebab imam die suka tido! hahah

Najwan Halimi said...

idola dia gusdur barangkali..atau memang pemimpin ala ulama' ni mmg suka tidur kot? ilham turun dalam mimpi, mungkin..hehe

Unknown said...

Afifi said:

kita tak boleh menafikan hak mencintai keturunan Fatimah, anak kesayangan baginda Rasulullah saw. sebagaimana sabdanya; "Kedua anak ini adalah anakku, dan anak puteriku. Ya Allah, sungguh aku mencintai keduanya. Maka cintailah keduanya, dan cintailah orang yang mencintai keduanya."

Izinkan kutu ini mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Salam.

afifi said...

terima kasih utk ape kutu?

Post a Comment