4 comments Friday, March 30, 2007

masalah dalaman PKR kebelakangan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada keyakinan aku terhadap parti itu. dan tidak kurang menekan aku. aku tertanya, siapa yg boleh aku sandarkan harapan untuk satu agenda perubahan?

ya, mungkin usaha kerajaan sekarang ini untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap kredibiliti PKR dan penasihatnya DSAI, berjaya. sebelum ini tidak begitu jelas kelihatan. mampu disorok dengan aura Anwar Ibrahim. sekarang ahli parti sendiri yg tunjuk kelemahan memang wujud dalam PKR. aku mula tidak senang duduk bila Ezam lepaskan jawatan. bila timbul masalah pencalonan jawatankuasa tertinggi. bila ketua cawangan keluar ahli. seperti yg dihebohkan akhbar.

sayang rasanya kalau kumpulan yg tertubuh atas sebab penindasan ini berkubur kerana tamak dan ego ahli parti. tambah pula ramai di luar yg menunggu saat mereka jatuh.

aku terlihat poster di malaysiakini, puteri reformasi returns. as for me, Izzah is another aura yg berharga dalam PKR selepas ayahnya Anwar Ibrahim. at least beliau adalah aspirasi kepada remaja dan kepada barisan pelajar yg cuba-cuba untuk memahami rentak politik negara. benar aku berharap, dengan kembalinya Izzah, moga-moga bintang PKR bersinar kembali!


0 comments Thursday, March 29, 2007

disebalik kedegilan Iran untuk patuh kepada desakan kuasa barat, Iran tidak pernah sekali merayu bantuan atau sokongan dari negara lain. Iran teguh dengan sendirinya. Iran percaya pada diri sendiri. gentar jauh sekali. tekanan kini bukan sahaja dari kuasa barat jahanam. presiden OIC baru sahaja mengeluarkan kenyataan meminta Iran patuh kepada sekatan PBB.

hal ini selepas sekatan ke atas Iran itu turut mendapat persetujuan dari dua negara Islam lain, Indonesia dan Qatar.

this is not about syiah-sunni problem. ini mengenai hak sebuah negara. kenapa mesti tunduk kepada nafsu kedengkian Amerika? kenapa mesti memberi alasan kepada Israel untuk bersorak gembira?


7 comments Thursday, March 22, 2007

menurut rashid [tak layak dengan gelaran tan sri kot?], wakil parti saksikan semua proses kira mengundi, proses kira undi, spr tak boleh buat silap mata masa proses pilihanraya blablablabla. buktikan SPR tidak telus?

which rashid pulak yg beberapa bulan lalu, mengakui lemahnya SPR. lemahnya undang-undang SPR. SPR perlukan lebih kuasa dan kebebasan?

arwah ayah azmin ali is an example out of thousands dalam masalah pengundi hantu. dah ada orang jawab? SPR tak telus itu dimaksudkan dengan SPR tipu jumlah undi masa proses pengiraan undi. this is another drama from rashid to utusan's, berita harian's readers. tapi masalah sebenar yg dibangkitkan oleh pembangkang adalah pengundi hantu, lanjutan masa untuk buang undi, kelemahan cara buang undi dll. dulu cakap akan revise the proposal utk guna cap jari untuk pengesahan identity. tapi sampai sekarang, tak nampak progress. sempat ke tak [atau sengaja melengahkan] dia nak laksanakan penggunaan cap jari as a proof of ID bila nak buang undi for the next GE?

we dont have to prove anything mr rashid! you have to prove that SPR is transparent!



2 comments Wednesday, March 21, 2007

kekejaman zionist/yahudi di bumi palestine dikutuk dikeji. selain israel itu sendiri yg keras macam batu itu yg tidak tunduk kepada tekanan2 dunia [atau negara lain yg tak cukup menekan? atau mungkin saja kerana sokongan dr kuasa besar amerika dan eropah buat israel makin menjadi-jadi]

di sini, muslim eropah giat mencanangkan utk boikot apa sahaja produk dari syarikat2 yg memberi bantuan dana kepada israel. but, i believe we dont have it back in malaysia. kalau pon ada, mungkin a few yg sedar. and thank God ada beberapa usaha badan-badan bukan kerajaan utk mengadakan protes terhadap kekejaman Israel di bumi palestin. selain presiden OIC membuat beberapa kenyataan akhbar membantah kekejaman zionis. [akhbar utusan, heheh] dan mungkin juga usaha2 orang yg forward2 email kekejaman zionis. but what we do with the email. baca, pastuh kutuk2 ariel sharon, yahudi kejam blablablabla. kemudian bila ditanya, kenapa mesti kita kutuk yahudi ini. yahudi kejam. tapi kenapa yahudi kejam? tak tahu.

beberapa hari lepas sempat menghadiri satu majlis tayangan dokumentari bertajuk Death in Gaza; kekejaman israel yg di catat oleh james miller. seorang jounalist yg terbunuh di Gaza. dan selepas itu disampaikan talk oleh seorang dr Palestine yg menyambung pengajiannya disini.menurut beliau, walapon dokumentari itu menyedarkan ramai pihak tentang kekejaman oleh israel, tetapi sedikit tidak adil apabila, banyak ditonjolkan tentang kanak-kanak yg dilatih utk menjadi sebahagian paramilitary operation. memang ada yg menggunakan kanak-kanak. tapi itu merupakan aktiviti2 kumpulan yg kecil. tidak bg pergerakan besar seperti hamas dan fatah.

dtg sebagai pendatang. diberi betis, nak paha. [teringat kisah barat mula masuk melaka. dan akan datang singapura nak masuk johor mungkin?]kemudian mengaku tanah palestine itu hanya utk yahudi. kemudian dibunuhnya kanak-kanak. dibom rumah2. dimusnahkan. dibina benteng tinggi. disekat pengaliran keluar masuk wang. disekat kegiatan ekonomi dengan dunia luar. rasailah kekejaman itu dengan menonton sendiri documentary ini. mungkin lebih terkesan.

aku kagum dengan kanak-kanak palestine yg bertindak membaling batu ke arah kereta2 kebal israel yg menjajah kawasan mereka. mereka menentang walaupon bersenjatakan batu. menentang kereta kebal, tentera yg lengkap bersenjata. tahu sahaja lah yahudi ini kaum paling penakut. kerana mereka takut mati. dibaling batu oleh kanak-kanak pon mereka membalas dengan tembakan. mereka sangat takut, kerana mereka tahu Islam palestine sanggup mati utk pertahankan tanah mereka. kerana itu satu jihad. jihad yg menjanjikan itu syurga. dipetik dari dokumentari itu, ahmad, seorang kanak-kanak yg berusia 12 tahun berkata, beliau bersedia utk mati. demi Islam dan demi hak mereka. kerana mereka sedar, mereka di pihak yg benar. well, 12 tahun tetapi cukup matang, dan sedar pengorbanan itu satu kemestian utk menegakkan kebenaran. even if it means to sacrifice his own life.

pokok pangkalnya, faham kenapa yahudi/zionist/israel itu dikecam, faham apa yg diperjuangkan oleh penduduk palestine dan teladani semangat perjuangan mereka.


3 comments Monday, March 19, 2007

dalam keghairahan kelompok bersedia, meeting sana-sini, mesyuarat utk persedian sambutan ulang tahun kelahiran manusia agung, Rasulullah saw, semalam sebahagian lagi mengenang hari semalam, 28 safar. yang juga adalah ulang tahun kematian baginda Rasullah saw. [juga tarikh syahidnya Imam Hassan, cucu baginda Rasulullah saw kerana diracun]

melalui pemerhatian aku. buku2, mahupun rujukan di internet banyak bercerita tentang sejarah kehidupan beliau, bagaimana The Great Muhammad saw ini melalui sepanjang 63 tahun lebih kurang hidup dan peranan sebagai perantara antara manusia lain dan Tuhan. tetapi amat sedikit menceritakan detik saat wafat Rasulullah saw.

bukan rahsia ketika saat ajal semakin hampir, Rasulullah saw mintakan untuk mencatat pesanan terakhir darinya. according to Al-Bukhari, Ibn Abbas said:

Thursday, and what a Thursday that was. the Messenger's pain became very severe and he said Come here, i will write you a document which will prevent you from straying from the right path"

kemudian datang Umar dan berkata, "hasbuna kitabullah" . cukup bagi kita, kitab Allah.

shiah called it as an unwritten will and the tragedy as The Great Calamity of Thursday.

saat umum mengetahui kematian Rasulullah saw, Umar menjerit yg dia akan bunuh sesiapa yg cakap Rasulullah saw dah wafat.

Saidina Ali yang memandikan jenazah manusia suci itu. Rasulullah saw sendiri menyatakan dengan jelas bila ditanya siapakan yg akan memandikan jenazahnya? jawab Rasulullah, "seseorang yg rapat denganku" menurut catatan ahli sejarah, antara individu lain yg turut membantu semasa jenazah baginda dimandikan adalah Abbas, Fadhl Qutham, Usamah dan Shaqran. wafatnya Rasulullah pada hari Isnin. selepas dimandikan, baginda disembahyangkan. solat demi solat. berlarutan sehingga tengahari Selasa. it was decided that jenazah baginda dimakamkan di rumah baginda menghembuskan nafas terakhir. kubur digali oleh Abu Ubaidah bin Jarrah dan Zaid bin Sahl. dan jenazah diturunkan ke liang lahad oleh Imam Ali dengan pertolongan Fadl dan Abbas.

ada sedikit percanggahan tentang bila jenazah baginda dimakamkan. ada yg cakap hari selasa. ada yg cakap malam diantara selasa dan rabu. sejarah juga mencatatkan peristiwa saqifah berlaku sebelum Rasulullah saw dimakamkan.


1 comments

Beliau turut menyatakan bahawa kejayaan cemerlang negara pada masa kini adalah berkat permuafakatan antara rakyat pelbagai kelompok dengan pemimpin.

ini aku petik dari laporan akhbar utusan.

najib is bluffing! realitinya, kejayaan cemerlang negara yg dinikamati oleh segolongan individu atas kesengsaraan kelompok besar rakyat yg lainnya adalah kerana ketidakpedulian rakyat terhadap kelompok pemimpin.

mungkin kerana di Malaysia ini, sebahagian besarnya orang masih mampu punyai rumah untuk berlindung, makanan utk mengalas perut, kenderaan utk ke sana ke mari.

aaah, peduli apa orang yg tidak bernasib baik.

tunggu. masanya akan tiba bila kita pon akan lemas, kesempitan hidup. seperti mereka yg berteduh tak berbumbung, nasi tak berlauk.

comfort zone ini membuat kita tak sedar akan kepentingan bersuara. kepentingan untuk merubah kepada satu kelompok pemimpin yg lebih baik. yg lebih bersih. yg lebih adil. c'mon people, its our responsibility! register as a voter, and do cast your vote! vote for a change! change for the better life! hope for the better malaysia!

3 comments Sunday, March 18, 2007

semalam menyorot kembali video2, wawancara saat DSAI jatuh tersungkur akibat tangan mahathir dan sekutunya. lihat video dokumentari oleh ABC ini. tiba2 marah kemblai meluap. marah dengan sandiwara. muka mahathir sewaktu press conference yg macam "see, i told you. Anwar itu rosak akhlak blablabla" kejam. bagaimana isteri beliau, anak2 beliau?

situasi sekarang. dengan rasuahnya, isu kronisme nya, salah gunakuasanya. tapi masih lagi ada insan yg tak nampak. atau tak mahu mengakui gobloknya kerajaan sekarang. aku refer kepada kumpulan ini. dan banyak lagi kelompok masyarakat yg tidak ambil pusing akan situasi politik semasa kerana percaya kepada kepimpinan Imam Hadhari ini. terpukau dengan lemah lembut dan santun Paklah. atau mestikah kita perlu orang seperti Anwar, digulingkan kerana tidak mahu tunduk kepada jenayah dalam politik. yang kemudiannya membawa satu gelombang kesedaran rakyat tentang rosaknya manusia di tampuk pememrintahan di masa itu. tapi siapa sanggup jadi Anwar di 2007 ini? Najib? dia pon banyak isu yg belum selesai.

semalam Najib dalam menyatakan hubungan TPM dan PM baik. masih baik. aku lihat, situasi ini sama seperti Anwar 10 tahun dahulunya. lihat ini.

sama bukan?

PM dan TPM mengakui hubungan baik, wujudnya teori2 konspirasi renggangnya hubungan [rumors dalam internet?], skandal TPM tak terkata banyaknya [fitnah bermotifkan politik?], Gerakan anti Najib?, wujudnya buku 100 dalil kenapa Najib tidak boleh jadi PM, orang2 dalam UMNO terus-terusan mengakui kukuhnya perpaduan dalam parti. tunggu sajalah masanya, sama ada Najib dilucut jawatan dengan tuduhan-tuduhan yg tak terjangkau atau Najib mahu berundur dengan cara terhormat. jika mahu dilucut jawatan, Najib, Rosmah dan anak2 nya itu mampu tegak berdiri sama seperti DSAI , Datin Azizah dan anak-anaknya kah??

macam mana lah agaknya DNA test result tuh ye?


2 comments Saturday, March 17, 2007

0 comments Friday, March 16, 2007

tahun lepas 17A1, tahun nih ada orang nak lagi hebat. 19 A. tahun depan, sesiapa, ambik lah 20 subjek plak. dont get me wrong!

aku cuma tidak faham dengan konsep ambik banyak matapelajaran dalam SPM. dan lagi, subjek itu bukan nya membantu utk dpt 2,3 degree pon. satu degree je satu masa. again, jangan salah anggap dengan tidak setuju aku ini. cuma aku kesian dengan mangsa2 pemikiran yg siapa lagi banyak A, dia lagi hebat. banyak lah pulak anugerah utk yg dapat paling banyak A ini. duta itu ini. orang itu nak taja. orang ini nak taja. kalau ikutkan hati aku, aku nak ambik subjek yg diperlukan utk sambung degree sahaja. seperti, utk medicine, nak aku A dalam matematik tambahan, matematik, english, kimia dan biologi.ikutkan hati, masa SPM aku nak ambik 5 subjek nih je.

satunya, aku tak nampak bagaimana kurikulum sekolah itu diatur supaya menambah ilmu pengetahuan pelajar atau menekankan konsep memahami sesuatu perkara yg diajar. yg aku nampak konsep peperiksaan disekolah adalah, pelajar yg kuat daya ingatannya, hafal tarikh, nama orang penting, susunan elektrokimia, hafal rumus2, hafal nama konsep itu ini. read carefully. HAFAL. bukan FAHAM. dan segelintir pelajar sahaja atas inisiatif masing2 yg cuba duduk dan memahami isi kandungan matapelajaran disekolah2.

sejujurnya, aku tidak bersetuju dengan cadangan utk menghadkan jumlah matapelajaran yg diambil oleh pelajar utk SPM. diorang nak ambik banyak, biaq pi laaa. bukan susah pon. dia yg nak susahkan diri sendiri. of course laa dapat banyak A itu memberi kepuasan dan kebanggaan kepada diri sendiri. tapi yg penting, semua orang mesti faham, bukan banyak A itu yg menentukan bentuk masa depan hidup yg cemerlang. but how the behave, how they react, how they perceive situations or problems that matter. kadang2, manusia nih, bila sibuk je, kepala pening nak fikir banyak kerja, banyak topik nak kena cover, pastuh mula lah marah orang itu ini. anger management entah ke mana-mana. perasaan orang dah tak dipeduli. c'mon, kenapa nak susahkan diri sendiri? tapi aku kenal dengan beberapa orang yg belajar kerana itu hobinya, bukan belajar kerana menuntut kehendak diri yg nak score A. kagum aku!

berhentilah dengan liputan akhbar, masuk paper itu ini kerana banyak A itu. kesannya kita lihat seperti hari ini. media mengejar calon SPM mana yg paling banyak A tahun ini. keputusan tak rasmi, tapi dah macam2. kesilapan seperti itu tidak sepatutnya berlaku. siapa mangsa?




3 comments Tuesday, March 13, 2007

tiada pengumuman pelajar terbaik SPM 2006! kerana apa? kerana yg terbaik itu bukan dari sekolah menengah kebangsaan. lihat bagaimana orang yang belum tentu 19 1A pon diheboh, sehingga nak terbit buku tips utk cemerlang bagai. lihat bagaimana Amalina disanjung, diraikan dan sebagainya. kita lihat apa yg menanti Siti Fatimah.

dan mungkin juga hebohnya cerita 19 1A hanya sebahagian dari plot untuk menutup kehadiran 18 A, 17 1A dan 1 2A. yg dikecoh di muka depan adalah Menteri Pelajaran bilang jangan siar berita tidak rasmi! siapa yg memulakan berita tidak rasmi itu in the first place?

pendidikan juga tidak ketinggalan menjadi mangsa permainan politik kotor!


3 comments Sunday, March 11, 2007

stupid statement from a stupid minister!

what a stupid minister with a stupid accusation! tengku adnan di barisan kabinet. and no wonder kerajaan malaysia porak peranda. kebodohan yg jelas. kenyataan yg menampakkan kependekan akal berfikir seorang menteri! kebodohan seorang menteri akibat dari rasa terdesak dan takut dengan pengaruh blog.

all bloggers are liars? awat? takut orang kecoh pasal hang plak ka? hang rilek2 sudah. bontot dah panas tak senang duduk laa tuh.

kalau pon ada blog yg menyebarkan fitnah, bukan semua! mind you, there are bloggers yg menyahut cabaran paklah to be a responsible blogger.

and on another note, quoting his statement "Our country has been successful because we are very tolerant with each other, if not, there will be civil war, the Malays will kill the Chinese, the Chinese will take revenge and kill the Malays, and the Indian will kill everyone "

aku pernah bertanya kepada beberapa rakan mengenai ketegangan antara kaum ini. sejujurnya, ketegangan itu tidak sampai tahap benci antara satu sama lain. ya, mereka tidak puas hati terhadap keistimewaan yg diterima oleh kaum melayu. hal biasiswa pendidikan contohnya. itu yg cuba dicadangkan oleh beberapa badan NGO, malah pihak Keadilan sendiri melalui DSAI mengusulkan utk menghapuskan DEB yg tidak adil. bukan melayu sahaja yg patut diberikan perhatian, tetapi bantuan kerajaan harus sampai kepada semua pihak yg memerlukan termasuk cina dan india. mereka juga hidup di dalam kerajaan ini. mereka bayar cukai. mereka bersama kita semenjak sebelum merdeka. bantuan dari kerajaan sudah menjadi hak mereka juga.

dan saya kurang senang dengan sikap sesetengah orang, sesetengah menteri yg cuba membangkitkan sentimen2 yg membangkitkan semangat perkauman. selesaikan tuntutan mereka, cadangan drp DSAI itu merupakan satu usul yg munasabah. bumiputera tak rugi, bukan bumiputera puas hati. mendapat hak yg sepatutnya menjadi milik mereka. tak perlu diulang kejadian 13 Mei. tak perlu dicium keris, tak perlu dikeluarkan kenyataan yg berbunyi seperti diatas.

konon sahaja mempertahankan hak istimewa orangm melayu. yg mendapat kelebihan, sanak saudara tan sri, dato sri, dato', datin dll. dari hal biasiswa pendidikan, peluang ke sekolah asrama penuh, ke universiti, kontrak kerajaan dan banyak lagi. ini lagi satu teater dari putrajaya!


2 comments Thursday, March 08, 2007

bagaimana orang mendefinisi negara Islam? tak perlu refer kamus dewan atau wikipedia. lojik saja sudah cukup. common sense. lebih mudah diterima akal bukan?

bila membaca komen saudara/saudari john doe di entry ini, aku senyum saja. of course laa aku tak setuju. [btw, keep reading bro! looking forward for your opinions. or suggestions perhaps? ]

ya, mungkin saja cara kita mendefinisi negara Islam itu berbeza. pada aku, nak mengaku negara Islam kerana kita berdaftar sebagai ahli OIC? kita negara Islam paling bagus kerana malaysia pengerusi OIC?

wah, wikipedia bersetuju dengan aku nampaknya! ya,malaysia sbg negara Islam itu hanya di atas kertas! melihat kepada malaysia yg kecoh satu dunia sebagai negara Islam, tetapi hakikatnya, kerajaan lebih mendasar kepada konsep kebangsaan yg bertentangan dengan dasar Islam. yg menjadi punca utama penentangan dari pihak PAS. kita tidak boleh mengubah dasar atau perlaksanaan Islam utk suit dengan konsep kebangsaan. matlamat tak menghalalkan cara. tetapi dasar kebangsaan yg dilaungkan itu boleh diubah dan dibentuk agar selari dengan dasar dan kehendak Islam. Ketua negara Islam [juga pengerusi OIC] yg tampil dengan konsep Islam hadhari pon kadang2 boleh terlupa bersentuhan lelaki perempuan itu tak boleh? dah nyanyuk mungkin?

malaysia antara negara Islam yg moden dan makmur? suit yourself. moden dan makmur. bagaimana saudara mengukur tahap kemodenan dan kemakmuran malaysia? kerajaan sekarang yg berdiri di atas tampuk pemerintahan yg diragui ketelusannya[baca saja laporan2 akhir2 ini, rasuah sana-sini, kronisme dll] yg diragui sistem demokrasinya [hal ini jelas dengan isu pengerusi SPR baru-baru ini] atau modennya malaysia kerana punyai lebuhraya [yg banyak tol, dan mahal pula sehingga rakyat mendesak dalam beberapa siri demontrasi], kerana punyai bangunan yg pernah menjadi yg tertinggi di dunia [yg menjadi manfaat beberapa kerat masyarakat malaysia], kerana jaringan pengangkutan awam yg banyak [tetapi tidak realiable], kerana tidak lama lagi rakyat malaysia akan ke bulan. sebelum ini juga pernah terjadi, dan beberapa hari lalu kejadian ini berulang lagi apabila rumah dirobohkan atas nama pembangunan [yaaa, pembangunan utk memodenkan malaysia!] lihat saja rakaman foto. [dan tian chua, antara aktivis yg berusaha menghalang dari rumah2 itu dirobohkan, ditangkap, mungkin didakwa atas cubaan membunuh?? what the .. ??

dan malaysia yg mengaku negara Islam ini juga bertegas utk tidak menyalurkan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat yg serba kekurangan itu hanya kerana mahu memastikan sekolah itu didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. dan pemimpin kerajaan negeri kelantan misalnya punyai sebab jelas kenapa mereka berdegil utk tidak mendaftarkan SAR dibawah KPM. Korea bukan negara Islam. Islam sangat minorti. tetapi, kerajaannya tidak punyai masalah, dan tak banyak songeh utk membantu membiayai sekolah agama.


2 comments Wednesday, March 07, 2007

sepatutnya tajuk berita utusan ini berbunyi seperti ini;

Dakwaan terhadap Zulkipli jejas kewibawaan PM.

Zulkipli bukan pegawai kecil, bukan kerani BPR, tetapi dia Ketua Pengarah BPR! mereka bukan satu badan yg hanya berfungsi menyiasat salahlaku rasuah yg sudah berlaku, tetapi MENCEGAH rasuah daripada berlaku! dan PM itu ada hati nak lanjutkan tempoh perkhidmatannya. walaupon masih belum dihukum bersalah, sepatutnya dirinya bersih, jangan memberi sebab utk orang membuat dakwaan!

entah dimana wibawa AAB yg mempengaruhi TDM utk melantik beliau mewarisi takhta PM. Lim Kit Siang meminta PM dan kunco2 nya berhenti membuat kenyataan tentang kestabilan ekonomi negara yg mendorong pelabur2 kecil utk membuat pelaburan yg akhirnya menyebabkan kerugian sekita 149 billion, kebanyakkannya dirasai oleh pelabur2 kecil. kerana kenyataan kestabilan ekonomi negara itu tidak lah selari dengan keadaan sebenar pasaran. ekonomi dikatakan stabil atas dasar jumlah dagangan 1 trillion yg kita tak nampak hasilnya.
jangan lupa, saudara sang kelembai pernah mengingatkan kita, AAB dahulunya gagal meneruskan pengajian ekonominya, kemudian bertukar ke pengajian islam.

2 comments Tuesday, March 06, 2007

populasi orang rasuah sekarang semakin bertambah, tak ubah seperti bertambahnya populasi monyet liar.kalau monyet liar, boleh jugak di eksport ke luar negara, diajdikan makanan eksotik, orang rasuah nih kita nak buat ape?

kebelakangan ini, ada saja yg dirungkai rahsia mereka. yg peliknya, bukan agensi yg dilantik kerajaan yg merungkai, tetapi badan2, anggota persatuan bukan kerajaan atau orang perseorangan yg merasakan tanggungjawab mereka.

setelah kes ketua pengarah BPR yg masih belum ketemu kata putus, timbul pula kes menteri disogok RM 5 juta utk bebaskan penjenayah. media menggempurkan menteri yg dimaksudkan adaalah Dato' Jo [timbalan KDN] sehingga Dato Jo tampil dengan kenyataan kerelaan utk disiasat. persoalannya sekarang, siapa?? ruhanie ahmad cuba merungkai siapa menteri yg bertanggungjawab.

mat sabu menyimpulkan ini sebagai satu kesan dari pimpinan yg dipilih dari pilihanraya yg tidak telus. ya, bila sistem pemilihan itu tidak betul, ia merosakkan dan mencacatkan seluruh jentera pemerintahan. ikut sedap mulut je PM itu berkata jangan risau kalau tidak rasuah. kalau MR Prime Minister berani sangat, kenapa cabaran mendeclare harta anak menantu tidak disambut?

"kerajaan tidak akan bertindak terhadap mana-mana pihak hanya berdasarkan persepsi semata-mata, sebaliknya maklumat sahih diperlukan bagi memastikan keadilan."

konon lah menegakkan keadilan. tapi mana keadilan kalau polis tak jumpa file? file salah laku ditutup kerana tiada bukti kukuh [atau sengaja tutup mata tak nampak bukti kukuh?] kenapa nak tunggu Ezam tampil mendesak siasatan semula. kalau betul Dato Jo is innocent, then there must be someone who want him down. this site tell us everything.

special attention to the PM, KPN and all the ministers; dont give us drama! give us result!


7 comments Friday, March 02, 2007

ada orang mengaku, Malaysia itu negara Islam model. tapi saya dengar malaysia itulah yg mahu buang upacara berdoa [dalam perhimpunan yg ada non-muslim; whatever reason you gave to justify your action, this is soooo ridiculous, kalau berpuluh tahun dahulu boleh diadakan doa, kenapa tidak sekarang? semua orang boleh berdoa dengan cara masing2, tapi kerana kita meletakkan Islam itu sebagai agama rasmi, kerana hak masyarakat melayu yg Islam yg sudah dijanjikan kedudukan keistimewaannya, sebab itu doa dalam bahasa arab seharusnya diteruskan seperti dahulu!], malaysia inilah yg PM nya mesra tak ingat, malaysia inilah yg 866 dari 867 responden mengaku sudah melakukan hubungan terlarang!

mereka kata, 867 itu tidak adil. kerana semuanya diambil dari pelajar bermasalah. then, its not a big deal???! mereka berpegang dengan "jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" sekarang ini, memang hanya 866 yg rosak, di masa depan?? shahrizat bilang, jangan menghukum semua gadis. well, tak ada siapa yg menghukum sesiapa pon. tak siapa cakap semua gadis melayu rosak. tapi yg rosak ini perlu dipulihkan. [sayangnya, tanda maruah gadis itu sekali pakai saja!] they are just 13 to 17 years old! what do they know about rensponsibility? be it the girls, or the boys!

2 comments Thursday, March 01, 2007

pemimpin barat memang psycho.. kerana pemimpinnya psycho, rakyatnya turut terkena tempias. [anda rakyat malaysia terasa jugak ke?? sbb pemimpin malaysia pon psycho!!] dinding antara Islam dan barat diperkukuhkan lagi dengan penghasilan dokumentari yg menunjukkan extremenya Islam, ajaran Islam dan penganut Islam! sebagai contoh sebagaimana dibangkitkan oleh sarjana muslim di AS.

kebetulan, saya juga baru sahaja selesai menonton dokumentari di tv. [kebetulan saya seorang di living room, leka saya menonton, risau juga kalau kesemua ahli flat lain (yg semuanya british non-muslim) ada sama di living room] dokumentari bertajuk "Once Upon A Time in Iran" dokumentari yg berkisar sambutan Muharram di Iran, hari Ashura di sekitar Karbala dan makam Imam Hussin. diselang-seli dengan ucapan pemimpin shiah yg di translate sebagai "kena bunuh Presiden US dan PM Britain serta sekutunya Israel" aku tak tahu betul atau tidak translation yg dipaparkan itu. selain memaparkan keberanian shiah Iran dalam menghadapi musuh, ia turut diselang seli dengan niat dan sejauh mana Iran mampu bertindak untuk menyerang US menggunakan tenaga nuklearnya.

Ia jelas bertujuan untuk semarakkan api antara muslim dan barat serta merasionalkan tindakan mereka jika benar US dan sekutu durjana yg lainnya menyerang Iran. tapi berani ke nak serang Iran?? dengan semangat juang Imam Hussin yg tebal dalam setiap shiah di Iran, semangat yg diperturunkan pemimpin revolusi Islam Iran Ayatollah Khomeini kepada present president, Ahmadinejad, US mungkin terduduk tak mampu.

Israel dah mintak kebenaran laluan udara, persediaan menyerang Iran mungkin. pesan aku untuk mereka; kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga!

dan malaysia dengan mudahnya berpuas hati dengan penjelasan duta AS ini??