2 comments Sunday, December 31, 2006

dan aku akhirnya bekesempatan menonton cinta. aku dijolok dengan komen2 positif mengenai filem ini. dan, komen aku, aku expect something more dr ape yg dipaparkan dari CINTA.

cikgu elyas -rubiah
cikgu elyas yg nyanyuk, tua kesepian akhirnya membuka hati rubiah yg kekecewaan lantaran ditinggal suami yg kawen lain.
note: cam sial punye laki. dah kawen lain, bleh tinggal wife. die ingt kawen nih setakat sesaje nk kawen!
azlan-azura
accidently terjumpe, then pegi-mampos-love-at-first-sight.. azlan yg cam bengong sbb die yg tanak ngaku relationship die ngan azura sbb maybe nak jaga title the most eligible bachelor. tp sbb cinta, manusia bleh jadi macam2. azlan finally brani mngaku hubungan dengan azura. and azura pon sanggup maafkan azlan. hati sakit azura terubat dengan kejujuran dalam sebuah kemaafan azlan.
dyan-dhani
sayang antara kakak dan adik. ambil berat akan diri masing2. walaupon masing2 ego dlm menyatakan secara jelas sayang dalam diri mereka. penyesalan dalam diri dhani hanyalah setelah bangun dari lena dan menyedari kakaknya telah meninggal kerana berkorban utk dirinya.rugikan? betapa bnyk masa yg mereka ada untuk menyatakan sayang masing2.
harris-airin
sayang harris terhadap airin nampak jelas.ikhlas.bahagia. tp, harris tak pernah sedar, die bukan pilihan airin. walau airin mengakui sayangkan harris. harris goncang dikecewakan. ditinggalkan airin bukan apa yg dijangka. fikirnya airin bahagia, tp airin bertindak mencari kebahagian sendiri. betapa harris mengharap. kata azlan, harris itu hopeless romantic. tp, mungkin ini yg dikatakan, kerana sayang kadang2 kita kene lepaskan. [kredit kpd saudara penulis blog kisahitu] lagu goodbye my lover yg menjadi latar sewaktu airin teringatkan memori bersama harris begitu mengesankan. dan harris kemudiannya mencari maksud kebahagian dengan orang lain.
taufiq-arianna
lurus bendul taufiq membuka hatinya utk menolong arianna mencari "kekasihnya" yg cam sial jugak. arianna pon ape kurangnya selepas berani tanggung untuk gadai body kpd kekasih bengongnya. kemudian, dgn innocentnya berharap utk mencari dan jumpa kekasih yg terang2 lari dari tanggungjawab. taufiq seikhlas mungkin menolong. dalam ikhlas, jatuh hati. "kekasih bengong" kemudiannya datang utk bertanggungjawab, tapi tiada keikhlasan. dan arianna sendiri dalam diam sukakan taufiq. love, if they were meant to be together, tk lari ke mana.


0 comments Tuesday, December 26, 2006

recently, kedengaran bloggers bergosip tentang bahaya berblog skarang. blog2 yg obviously anti-gov dipantau hebat.
kalau dilihat dan dicari, memang blog anti kerajaan sangatlah banyak. blog yg menjadi sumber rujukan kpd mereka2 yg inginkan penjelasan. tk dinafikan.mmg mendapat sambutan. dan blog juga dijadikan tempat membidas semula laporan2 yg dirasakan tidak betul.
dan, kemudian.. terserah kpd audience.
sbg contoh. isu di johor.
dalam utusan melaporkan pas tidak sensitif dengan masalah semasa rakyat dgn mengadakan perhimpunan mega pemuda. refer ini. dan banyak lagi laporan2 lain yg menyatakan terima kasih rakyat terhadap bantuan yg bnyk membantu mereka. bantuan pihak kerajaan sampai tepat pada masa dsbgnya.
berlainan pula di akhbar2 alternatif. lihat ini. tak kurang juga ini. dan juga ini.




0 comments Monday, December 25, 2006

seperti Ahmadinejad..
tegas..aku nak buat apa yang aku rasakan betul. aku bukan emosi..aku pertimbangkan pilihan yang ada..
kesannya? biar aku yg tanggung. kenapa kamu kalut?

0 comments

hidup itu harus..tapi dalam hidup itu kita memilih. aku baru saja selesai menonton cerita "tak biasa". cerita indon. mungkin orang melabel plotnya sbg picisan. ooh, aku tak suka guna perkataan picisan. setiap karya itu harus dihargai. setiap karya itu ada harganya.siapa kita nak labelkan karya itu picisan? kalau rasa takde manfaat dari karya itu, tinggalkan.usah buang masa melabelkan!seperti juga tulisan2 di blog. usah buang masa melabel penulisnya. kalau rasa nak melabel jugak, go live in a cave!! hahah.
aku petik dari cerita itu, kata duta [memegang watak sbg abi. aku rasa sweet sgt nama nih!]
"hidup ini sebuah pilihan.dan hidup terlampau singkat untuk diluangkan bersama pilihan yg salah"
menikam maksudnya. berlegar2. yaa. hidup nih.terlalu singkat untuk dibazirkan kpd pilihan yg tidak tepat. siapa saja. atau apa saja. pilih orang yg tepat. kawan2 dan teman rapat untuk kita luangkan masa, teman jiwa untuk kita kongsi hidup, pemimpin yg kita pilih semasa pilihanraya :D pilih benda yg tepat untuk mewarnai hidup kita. rumah yg selesa, hobi yg bermanfaat, kereta yg tepat, buku, filem yg bagus. yg tepat. yg membantu kita menjadi seseorang yg lebih baik.
samada kita memilih menurut kehendak dan hawa nafsu atau memilih menurut keperluan dan akal fikiran.


dan aku tak pernah salah memilih..

2 comments Friday, December 22, 2006

cuti winter yg lalu? emosi aku cukup terganggu.
memikirkan nasib aku dalam hidup [study misalnya]. aku rasakan penat yg amat.sangat. tak mampu.
selama nih tk pernah gagal. [bukan bermaksud aku cemerlang]
takut gagal!!
mengatasi rasa takut gagal itu sendiri lebih payah dari kesusahan apabila gagal!
malu berdepan dengan pandangan masyarakat.
malu berdepan dengan realiti yg aku sebenarnya ade limitation.
pernah saja aku baca "dare to fail" karya billi lim.
di uji begini, ada kebaikkan. aku tk tahu ape keadaan aku tanpa ujian.
mungkin manja amat. selfish. tak belajar sepenuhnya erti hidup. yg bukan hanya manis.
dalam buku itu, billi lim ade memberikan contoh.

seorang yg merangkul gelaran juara untuk satu pertandingan lumba lari antarabangsa. tewas untuk tahun berikutnya, tetapi, naib juara pula yg merangkul gelaran juara. [bukan hanya satu kes, tapi banyak kes yg dijadikan sample]

bagaimana, bila manusia kalah. sifat balas dendam yg ditafsirkan secara positif. berusaha untuk mengatasi kelemahan. boleh berjaya. dengan adanya kesungguhan. jangan pernah mengaku kalah.

orang kata, kita tak give up, then mana mungkin kita kalah!




0 comments Friday, December 15, 2006

adeiiii. sakit gile. ulser nih memang aku selalu kene. dari kecik2. doktor cakap selalunya sbb kurang minum air. tp aku rasa dah banyak dah air aku minum sampai tk larat aku ulangalik toilet. heheh.
tp serius nih. sakit!! tambah plak time nk makan. sampai senget2 mulut aku.tanak bg makanan tuh tersentuh ulser.
satu site yg simple menerangkan apa itu ulser.

kalo korang search kt internet, parah gile image2 ulcer yg diorang tunjuk. aku tkde laaa sampai camtuh skali. tp ade satu tanda bulat kaler putih yg sakit gile nak mampos kalo tersentuh pape. die mcm luka gak laa. pedih kalo kene garam ke, mende pedas ke.
walaupon selalu kene, tp naseb baiklaa kalo aku kene, dalam masa seminggu je die akan pulih.tkdelaa aku jenis yg melarat2 sampai 2,3 minggu. tp, dalam masa seminggu tuh, cam cacat sket aaa.cakap pon mulut senget2.kontrol takut kene part ulser tuh.cesssss.

3 comments

soros ke malaysia.. bertemu mahathir... selain die clearkan tuduhan die dalang sebalik merudumnya ekonomi malaysia, die datang nk bincang hal lain. hal keamanan. positif.

usaha ini, mungkin juga seperti usaha anwar ibrahim yg menghadiri dan turut serta dalam program dialog2 diantara barat dan negara timur. menjernihkan kekeruhan barat terhadap negara2 islam. selain kerjayanya sbg visiting professor di university di AS. skarang nih di georgetown university which is antara 10 university terbaik di sana. [tp die dah nak blk ke malaysia pon untuk tumpukan pd gerakan keadilan politik di malysia]

diorang ade journal2 yg dikitiraf, berucap di conference2 antarabangsa. the thing is, ramai orang diluar sana berminat untuk tahu apakah pandangan dan idea dari kedua mereka ini tentang sesuatu isu. seperti perang iraq, pencabulan hak asasi, terrorism [sekadar menamakan beberapa isu] dll. lihat saja wawancara mereka bersama bbc, aljazeera, times dll.

ironi kan? di peringkat dunia, anwar ibrahim diiktiraf dan dihormati. orang2 barat [bahkan oleh orang2 islam dunia] respect kepada ideology, peribadi beliau.tapi dinegara sendiri, pernah dikecam dan didakwa dan diputuskan bersalah kerana aktiviti tak senonoh, dan beliau tidak ada apa2 selain gerakan reformasi beliau. media malaysia tk pernah dedahkan pon aktiviti2 positif DSAI di peringkat antarabangsa.

nampak persamaan.. kredibiliti, kemampuan, peribadi, keberanian diantara keduanya. ciri pemimpin. lihat ini. [sila ke perenggan ke tiga terakhir] bukan aku yang cakap, aku cuma memetik. kiranya, ade orang yg doubt akan kredibiliti pm skarang.

work harder Paklah!!

teringat cerita papa time krisis ekonomi tuh.. papa pon turut terkena. penangan saham. kebanyakkan orang macam nak gile. yg bunuh diri.yg mereng2 sket. tekanan. papa takde simptom2 nih... demam2 sket je. hahahah. drp banyak2 cite, satu crite yg aku rasa kelakar. ade sorang kawan papa. saham banyak lot jugak. tp, dah rugi. tertekan punya pasal. satu hari die jalan2. nampak makcik tepi jalan. jual kuih2. pegi tgk2.pastuh die cakap kt makcik tuh, "cik, meh akok tuh 10 lot" [akok=kuih tradisional]

0 comments Thursday, December 14, 2006

tadi tgk berita tv3.. huh... seminggu sekali je kot aku tgk berita.. tuh pon kejap je tgk... tp sempat laa tgk karam sigh walia dgn edisi bongkar salah laku alam sekitarnya.. guling2 aku gelak dengar die cakap tadi:
"nak kata buta.. tidak! nak kata tutup sebelah mata.. pon tidak! blablablabla.... ibarat buah macang dibungkus, tapi berbau juga"

antara lain.berita pembebasan razak baginda dengan jaminan sejuta RM. abang ke adik die tah yg jamin die td. hurmmm, yg menarik jugak, peguam die dah tarik diri rupanya.tanpa pernyataan sebarang alasan kenapa beliau menarik diri.

pastuh, seperti yg dilaporkan reuters, samy vellu umumkan kenaikkan tol. dan as expected jugak, kata pemberita tv3 itu:
"selain mengumumkan kadar baru itu, menteri berkenaan juga turut menyatakan rasional disebalik kenaikkan bayaran tol di 5 lebuhraya itu"
kata samy vellu, " anda perlu ingat, kerajaan masih subsidi 50 sen. anda nak ada fasiliti seperti itu, anda kene bayarlah" [macam aku tukang tulis skrip untuk die plak, samy vellu ambik point aku nih] pastuh ade point tambahan yg die bagi, "kadar bayaran tol di malaysia adalah masih yg terendah di rantau asia"

ape kata anda?

mind you people, harga akan direvised semula dalam masa 3,4 tahun akan datang.

sekadar berkongsi, klik sini.
[pandangan Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim mengenai UM dulu dan sekarang]
katanya, UM skarang tk ubah seperti sekolah menengah.

tertarik dengan salah satu idea dalam ucapan beliau.
"apa makna masa depan tanpa sejarah"
tanpa sejarah, yg kita nampak pada masa depan kita hanyalah kegelapan.dan sejarah itu bukan hanya untuk dikenang, tapi panduan. memacu ke masa depan.

0 comments Wednesday, December 13, 2006

lcct.. dah nama pon low cost. tp bajet nk buat dulu tkde laa low sangat pon. mengikut pengalaman, lcct tuh bleh dicompare dgn tempat tunggu bas. sangat laaaa tak nampak gaya airport.
dan hari nih, dalam mstar online cakap 28 flights delayed, 1 cancelled.
memang laaa harga murah. tapi tuh bukan alasan untuk air asia tak menjaga kualiti service mereka. ape2 pon, orang bayar. bukan semua penumpang dalam satu flight tuh dpt harga murah pon. lagi ramai penumpang yg bayar harga standard pon.
dan lagi pembinaan lcct tuh untuk mengelakkan traffic di klia. but still, masalah tak settle jugak. flight delays masih lagi jadi masalah. and 28 flight delayed tuh bukan satu jumlah yg kecil.
dan delay tuh bukan stgh jam. tapi makan masa 1 hingga 5 jam. ape tujuan orang naik flight. of course laa nk jimatkan masa. kalo tak, orang drive je. and kalau masalah nih terus je tanpa pemantauan, ape guna tahun melawat malaysia. and orang2 itu patut tahu. masalah tuh bukannya bermula hari ini. sejak dulu2 lagi pon. masa di kolej dulu pon. MAS boleh dipuji dari segi ketepatan masa. tapi selalu je buat hal.tapi aku tk pernah kene dgn MAS. mostly domestic flight laa.kalau aku naik air asia [masa tuh still lg di klia] tak sah kalo flight tak delay. dari flight kol 8.05 bleh die tunda sampai kol 11. pastuh, die expect aku nak meronggeng kt klia sampai 3 jam?? [naseb baik steward2 nih memang dari kalangan hensem2!]
dan, ingatkan bile dah pindah lcct bleh laa setel masalah delay2.tapi, sama je?? sedih lagi, bile notice board electronic tuh tiba2 tak berfungsi, mereka takleh nk setel masalah tuh dgn pantas sehingga terpaksa guna whiteboard.sedih kan? abeslah orang2 bawah berpeluh2 kene maki hamun dengan penumpang. management? dok dalam bilik aircond bincang project juta2. huh.
yg pasti, mereka tetap untung. orang terus naik je air asia, sbb lagi murah. nak naik MAS, harga dah bapak mahal skarang nih.melancong kt negeri masing2 je laa yeh??

2 comments

one thing i'm proud of my hometown, kelantan that is; ketika orang dok sibuk2 pasal kos sara hidup yg makin tinggi, harga2 barang yg makin naik yg menghimpit hidup, ape yg membanggakan adalah, orang2 dikelantan boleh dikatakan masih hidup dgn selesa. orang kecoh pasal tol naik, ape die peduli. takde highway kt kelantan. and even, masa aku balik tempohari pon, kota bharu sudah berubah wajah. makin banyak lot2 kedai yg sudah siap dibina mahupon masih dalam pembinaan.
orang2 dari luar mula membuka mata.
contoh; kedai2 kain yg dulunya hanya dibuka dibandar2 besar, sekarang sudah ada di kelantan. salah satu kedai tuh, [arrrgggh, aku tk ingat aaa ape nama kedai, orang selalu sebut gak nih] dibuka. masa awal pembukaan, gegak nak mampus. brand name yang dah established laa katakan. tapi, sayang, kata pengunjung[ ahli keluarga aku yang tk sedikit], kualiti kain yg dijual sgt tak standard ie kain corak motif tak lawa + tak up to date, kualiti kain yang rendah. mungkin sangka mereka, orang2 kelantan ini rendah citarasa mereka. mereka silap.kesannya, takde orang masuk kedai. tempat dah strategik, tp strategi bodoh [memandang rendah citarasa pelanggan].
kalau kat pasar siti khadijah tuh, orang lain dok pening2 pikir tak cukup makan, lampin pampers anak, mereka still dengan gelang emas satu, dua lengan. hidup orang2 disana masih seperti biasa, mungkin mereka rasa sedikit lemas dgn kenaikkan semua itu, tapi mereka masih belum terhimpit..
hidup mereka [baca:aku dan kami] simple. keluar minum pagi, [pilih saja nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, gulai, kari], makan tengahari [pilih saja nasi kukus, nasi sumatera ; kegemaran aku nih] mereka bukannya ada panggungwayang. nak bershopping boleh ke kbmall, billion shopping centre. riadah? ade laa bowling lane dekat perdana bowl and di kbmall, futsal court dah banyak tumbuh. takpon pegi pantai. takpon, tgk tv je kat rumah! ade af, ade sinchan, mr bean, cite p ramlee. macam2 ada!
mereka tak perlu rawatan salun tiap hujung minggu, sauna, gym sana sini. tapi ade je orang yg pegi, untuk mereka yg betul2 tak tahu kt mane mereka patut belanjakan duit2 mereka yg banyak sangat tuh. orang kata, bijak membezakan keperluan dan kehendak.
tapi masih kesal dan sedih, bila ade yg masih tak reti memanfaatkan hidup simple nih. mat rempit sana sini. [depan taman perumahan aku yg sentiasa ada polis] dadah aku kira kelantan adalah antara yg tertinggi penggunanya. tak kurang juga anak gadis yg tak reti nk jaga harga mereka. aku kira mereka2 ini, tandus kasih sayang perhatian keluarga. kurangnya sense of belonging. sbb? aku bleh je bahagia dgn family aku! sebab ade diorang yang care! pakcik makcik di kelantan yg tak ambik tahu hal anak, sila ambik tahu hal anak anda ya!

0 comments

most of the time, kalo aku travel dgn train atau flight. tuh pon bleh bilang berapa kali sgt laa aku travel. unless berholiday dgn family ngan kereta laa. and tuh pon, gi kl je. then beban tol tak terasa sangat compared to those yg ulang alik kerja pakai highway. kampung pon dekat2 rumah je. kepada yg dok kerja penang, kampung kat johor. merasalah. ataupon, dok kl, raya pertama balik perlis, raya kedua kene blk johor. pastuh kene patah balik kl. ngahahah. tol dah masuk sebahagian besar belanja raya!
recently, ade desas-desus nak naikkan tol, yang dah jadi punca kebengangan orang2 malaysia [especially those yg terasa effect kenaikkan tol] sejak kebelakangan nih. and yes, menjadi tambah bengang lagi, it is expected that this thursday, pak2 menteri yg bertanggungjawab atau wakilnya mungkin akan announcekan [nak kene saman dgn DBP nih] naiknya sekali lagi bayaran tol untuk kamu sekalian..this time around, sehingga 60 percent rise. dan, sekalian rakyat bersedialah dgn rasional nya tindakan kenaikkan ini, sbg contoh " kerajaan masih subsidi bayaran itu. untuk damansara puchong highway sepanjang 40 km itu, bayaran sebenar adalah RM2.10. gov subsidi 50 sen. so, korang bayar RM1.60 je."sebelum ini, hanya RM1.00.
the rise; effective this 1st january 2007. happy new year~ hohoho..


sumber: klik sini.

mungkin kita kene mula mendidik minda kita. every single thing came with a price. untuk kemudahan, jalanraya selesa, kurang faktor kemalangan, cepat, then anda mesti bayar. cumanya, antara siapa yg perlu bayar? kita atau orang yg sepatutnya menyediakan fasiliti itu untuk orang2 dalam jajahannya? wondering.. tax dah bayar, tak bayar tax kene blacklist, tak kemukakan penyata kewangan kene dakwa, kene saman lagi.

0 comments

baru2 nih tengok balik one tree hill season one.. kejap je tgk pon..tengah bosan.

one day, dalam kelas, kelas psychology kot. cikgu die tanya.. eh, bukan tanya..cikgu die edarkan kertas sorang satu. and suruh tulis kt situ, "for now, what do you want the most in your life?"

these 2,3 days, aku pikir2 jugak. ape yang aku nak skarang aaa?

and aku rasa, aku setuju dengan chad michael murray yang hensem+cool bangat tuh.

i want "answers"..

0 comments Tuesday, December 12, 2006

kenapa shahrizat berani kata dgn penguatkuasaan denda terhadap pemakaian seksi sbg mencabul hak wanita? atau lebih tepat lagi katanya, "ianya amat tidak menghormati wanita disana".
kerana dia tahu ramai yg menyokongnya. kerana dia tahu ramai suara2 wanita di malaysia prefer kebebasan berpakaian [atau mereka pangil itu sebagai hak tulin mereka] berbanding tuntutan agama itu sendiri.
kerana dia ahli politik. dia akan katakan sesuatu yg akan mendapat persetujuan majoriti. untuk memastikan die in demand. untuk memastikan die terus diundi untuk pilihanraya akan datang.
dia berkata bukan dgn rasa die sbg wanita islam yg patut melindungi hak wanita islam. atau, dia bukan berkata sebagai menteri pembangunan wanita dan keluarga. semua itu kerana kepentingan politik.
cuba saja, kalau malaysia ini punyai ramai majoriti yg berkehendakkan wanita2 menjaga tatasusila adab pemakaian seorang wanita. terus saja shahrizat ini menyokong usul terbabit. dan tak mustahil shahrizat sendiri bertudung labuh.. ngahahaha.kata2 orang2 ini tidak boleh diambil kira.mampos laa diorang nak cakap ape pon. tambah plak media2 yg suka sangat menimbulkan isu ini. macam pelik gile kelantan nak kuatkuasakan hal pemakaian sopan itu. dari dulu pon di kelantan itu agak menjaga hal itu. pernah semasa aku masih di sekolah, sampai kpd aku berita rakan sekolah aku ditangkap oleh pihak mpkb [majlis perbandaran kota bharu] kerana berpakaian tidak sopan di tempat umum. tak silap aku, masa tuh budak tuh pakai skirt pendek.
orang politik, mereka berkata sesuatu demi kepentingan politik. even dalam pihak penyokong pembangkang pon ada suara2 yg kurang senang dgn pelaksanaan ini kerana bimbang akan menjejaskan keputusan pilihanraya akan datang. yg tak lama je lagi. aku tak rasa pelaksanaan ini sebagai satu agenda politik untuk meraih undi pihak2 yg berkesedaran akan kewajipan berpakaian sopan, tetapi pelaksanaan ini lebih kepada rasa tanggungjawab mereka sbg pemimpin. aku bukan nak tunjuk aku pro kpd satu pihak, tetapi yg mana betul aku kena iyakan.
china [pada 2004!! since 2004 ok!!] yg turut ban mereka2 yg berpakaian seksi. jaga adab sopan. bukannya jaga budaya adab sopan tatasusila melayu itu dgn melaksanakan pemakaian bermotifkan batik saja.
rasanya; mungkin mereka2 yg membantah ini turut hantar surat bantahan kpd kerajaan china pada masa itu..

0 comments

bile cuepacs mintak kenaikkan gaji untuk penjawat2 awam. kata tpm, kita tgk keadaan kewangan negara dulu. katanya ita tengok kemampuan kewangan negara.
alasan mereka mintak kenaikkan? kenaikkan kos sara hidup. betol. tepat. kos sara hidup memang tinggi.
lepas tuh, masa pembentangan usul pendidikan masa depan negara di nottingham tempohari ada dicadangkan mengehentikan penghantaran pelajar ke luar negara untuk kursus ijazah. hanya ditumpukan penghantaran untuk pelajar2 master atau phd program.
mulanya aku bersetuju. katanya membazir. padahal, mereka ini sepatutnya disimpan di institusi2 pengajian dalam negara. banyak duit dilaburkan. tetapi hanya untuk program degree. lainlah kalau untuk program masters atau phd yg mengkehendaki student2 ini menjalankan research dsbgnya.
dari satu sudut, ade betulnya. tp, kalau kerajaan tak habiskan duit untuk hantar pelajar2 ini, kemana lagi duit hendak dilaburkan secara bermanfaat? takkan semua duit nak habiskan untuk istana negara 400 juta, kediaman rasmi pegawai2 kerajaan juta2, menara pusing2 untuk tarik pelancong juta2 [khabarnya pembinaannya telah dihentikan dan mungkin ditukar ke satu lokasi lain kerana lokasi tersebut dijumpai khazanah2 sejarah, dah ade orang timbulkan isu nih awal2 sebelum pembinaan dulu].
kenapa juta2 boleh diluluskan untuk buat bangunan2. tapi untuk membantu penjawat2 awam ini perlu pula tgk keadaan kewangan kerajaan. kalau lulus nanti, untunglah kakitangan awam. kalau tkde kenaikkan, kene laa mereka terima hakikat, negara kita sebenarnya dah miskin.

p/s:nak mintak naikkan scholar bleh tak? ngahahaha.

0 comments Saturday, December 09, 2006

i got this from a blog :http://kickdefella.blogspot.com/
tgk gaya, obviously, blogger ini tidak senang dgn pemerintahan PM.
itu tak penting, aku cuma rasa, hasil kreatif beliau ini klakar amat.hahahahhhahah
.










0 comments Tuesday, December 05, 2006

masa dunia dilanda peningkatan harga minyak, malaysia termasuk antara yg terkesan. rakyat terpaksa berhadapan dgn kenaikkan harga minyak, yg secara tak langsung kenaikkan harga barang, kerana kerajaan kata die dah miskin. tak mampu nk tanggung subsidi minyak korang. hahah. dah naik harga minyak, mr nice guy cakap naik laa pengangkutan awam. jimat sket katanya.
semalam aku naik bas. aku kesakitan. tapi, aku perlu bernafas. kat sini, orang berneck tie, berkot smart nak mampos pon bleh naik bas. tak perlu berkereta mercedes mata belalang. satu, mungkin mentality mereka yg tak berpegang kepada "kereta [atau ganti saja dengan rumah,dressing etc] adalah simbol kehebatan aku".
dan lagi satu, services. sungguh tepat pada masa. itu bas. di tempat kita, yg komuter yg behenti sharp setiap 2 minit disetiap stesen pon bleh lambat. brape kali kita dengar kes komuter tergelincir landasan laa. landasan rosak kene repair. service tak kerap. menyusahkan. sbb tuh orang pilih berkereta.
memang laa nampak cam aku reti cakap je. tapi, just out of curiosity. kenapa org kt sini bleh buat, kenapa kita tk bleh buat? kata malaysia boleh! ngehheheh.
project banyak. idea ade. [and recently katanya rapid kl nk tambah bas ke destinasi2 sesak. bagus aaa tuh. ] tapi pemantauan? kualiti? buat laa landasan btol2. tkyah setiap setahun nak kene repair. kalau kualiti elok, takdenye die nk rosak. masalahnya, orang kontrak nk untung lebih. kerja mcm buat sekadar untuk "ok, aku dah siapkan project nih" ok, maybe aku pon tk jaga kualiti kerja aku [homework ke, presentation ke] tapi suka hati aku laa. tuh affect markah aku. result aku. tapi orang2 nih, diorang dibayar untuk buat kerja tuh. dan lagi diorang untung besar. pastuh, ape diorang peduli, sbb diorang naik merc, bmw ade driver.
dan orang2 yg nak naik bas, komuter, lrt etc etc tuh bayar duit pon. bukan naik free. and satu lagi hal yg menyentuh aku. masa orang nih naik bas. die bukak wallet untuk ambik syiling. well, perempuan.. :) pastuh, sgn lemah lembut die ambik baki, masuk dalam wallet and masukkan wallet dalam handbag.ape yg menyentuh aku, driver tuh tunggu sehingga orang tuh settle [ambik blk duit baki, masukkan dalam wallet and handbag and gerak ke seat] then baru driver tutup pintu bas and gerak. try naik bas kt msia, tak nyempat2 orang nk settle, terus gerak. nak tergolek2 dalam bas. takpon kene marah ngan driver soh gi dok blakang cepat2.

p/s: aku nih pon, banyak sangat aih tak puas hati... hahaha
marah aa aku. bukan aku naik bas/komuter free. aku bayar beb.

0 comments Monday, December 04, 2006

meletakkan sesuatu pada tempatnya. rasional.jangan bangang sangat. nak beralasan pon biar lojik dipikir akal. jangan bg ada ruang untuk orang [boleh juga digantikan dgn "musuh"] menyerang balik dgn alasan2 dangkal kita.
tapi, bila niat salah, tambah tolak ada yg tak kena, goncang jugak pandangan orang terhadap peribadi kita. pastuh mula lah, kata orang2 yg membangkang ini menggunakan isu untuk agenda politik. cisssss.
robohnya rumah setinggan. robohnya surau. mereka tak rasa zalim. rujuk ini.
tengok alasan yg digunapakai untuk merasionalkan tindakan "tak zalim" mereka itu.
diskaun 7000. kenapa nk pandang harga yg dipotong 7000 itu sedangkan kerajaan sepatutnya bg percuma je. kalau wakil rakyat[yg tentunya duit dah belambak tak abes nak makan!] bleh duduk rumah mewah, siap kolam renang yg dibina dgn alasan [supaya mereka tak lambat hadiri meeting, wakil rakyat sume duduk dekat2, senang mereka nk berdiskusi intelektual mereka!] yg akhirnya, ada yg terbiar kosong. tak kurang juga, die bg sedara mara yg duduk. kata MB, rumah itu hak wakil rakyat itu, suka hati mereka lah nk bagi sape duduk pon! dgn kos 2 juta! yg rumah setinggan ini, kena bayar. bukan sikit, tp rm35000. pikir sket apa yg diorang bleh buat dgn rm35000 itu?? kenapa mereka setinggan? ingat sesuka mereka ke nk duduk atas tanah bukan milik mereka? buat rumah yg nk roboh bila2 masa? sbb kesempitan. abes? kalau dipotong 7000 pon, mana mereka nk korek rm 35000 tuh. tak kesah laaa deposit rm1 ke, tabung perumahan ehsan ke, tapi semua itu mengikat mereka untuk membayar langsai harga rumah yg rm35000 itu.
penempatan sementara dgn sewa rm150. memang. rm150 itu kecil benar kita rasa. tp apa yg orang2 susah itu bleh buat dgn rm150 tuh??
konon alasan surau itu lojik je dirobohkan? sebab mereka "tak zalim"? yg tuntut untuk tidak dirobohkan surau itu sebahagian besarnya adalah bukan muslim, dn sebahagian lagi pemimpin pas yg tak pernah solat disitu. so? ape point korang? tak nampak ke? bukan muslim pon tuntut tanak dirobohkan surau. ko yg mengaku islam, bleh plak takpe roboh surau. tak diimarahkan konon. kau mane tau? ko pon tk pernah solat kt situ. ko tau gi roboh surau je. apa nak dikesah memperjuangkan islam atau perjuangan bertopengkan islam? mereka tk cakap ape2 pasal islam. yg mereka tuntut adalah jangan robohkan surau itu! aku tak tahu cane diorang value surau itu. adakah kerana itu surau yg bukan semahal istana? rumah semahal istana sama je salah disisi undang2 dibiar tersergam. surau tempat orang solat, paling tidak mereka berlindung disurau itu. sampai hati mereka melihat kanak2 tanpa perlindungan.sbb itu bukan anak2 mereka.
terpempan aku tgk cara mereka menghalau penduduk2 disitu. ingatkan lelaki je mengganas. perempuan pon sama. terdengar teriak tangis mereka. sedih. ditanah air sendiri. oleh bangsa sendiri. di media kita sibuk dgn orang menceroboh tanah orang lain. tapi, yg berlaku disekitar kita sendiri tak pernah disebar. [again, isu kebebasan maklumat]
untuk video klik sini.
rasanya ini video mereka yg dihalau keluar dr surau[mereka menumpang tido disurau setelah rumah mereka dirobohkan.]

*updated*
klik untuk photo2 kampung berembang.

0 comments

baru2 nih aku membaca laporan skandal hubungan terlarang-suami-isteri-orang. dan mereka adalah ahli parlimen dan senator! tk usah sebut siapa mereka. tapi mereka, Islam! bagaimanapun, mereka menafikan itu gambar mereka. bagaimana gambar menipu? kalau dgn hasil teknologi sekalipon, ape tujuan orang nak sebarkan fitnah sejauh itu? sedang orang sibuk berkempen di pengkalan pasir, die sibuk berasmaradana di hotel riverview..aaaah, aku kenal hotel itu.
tak kesah laa. tp, tak tau aku nak cakap ape. dah ade suami, nak jugak tackle orang lain! bedebah punya bini.
dan lagi, apa bodoh sgt sampai ambik gmbar dalam hotel. and yet; tak reti nk jaga gambar sehinggakan tersebar. well, itu maybe percaturan Tuhan yg mahukan tingkah yg memalukan itu diketahui umum. orang bilang, bangkai gajah. susah benar nak disorok.
isu ini dibawa ketengah mungkin dgn agenda politik, tapi in a way, membongkar kpd semua rakyat apa sebenarnya disebalik cakap2 manis+baik+innocent seorang ahli politik. sama seperti seorang lelaki ketika nak ayat perempuan.
kalau benar ikhlas dgn cakap manis+baik+innocent itu, maka selamatlah niat,tujuan dan hidup mereka. kalau sekadar menanam tebu dipinggir bibir [betul ke nih?] tak ke mane perginya.

2 comments Friday, December 01, 2006

sambung lagi tgk desperate housewives. susan cam berdendam dgn si iedie yg dah rampas mike yg hensem, kacak bergaya, macho dll. hahahaahahah. salah satu dialog yg menarik perhatian aku "i want to kill her without doing crime!"
yeahhh, dgn orang2 yg aku rasa cam nak balas dendam. aku pon rasa nk balas dendam. rasa cam nak flying kick, terajang, belasah teruk2. urggggghhhhhh, bencinya aku!!! i kept on thinking, sampai hati orang buat aku sedih, mengguris perasaan [ecehhhhhh] ok serious again! sampai tahap tuh je diorang value aku.. like; bodohnye aku!
sudahnya, aku practise dalam toilet [masa tgh mandi] aku tumbuk2 dinding. and guess what? aku rasa relieved sket.[make sure tumbuk sekuat hati.sbb kalo takut sakit memang tak lepasand indeed, ia memang sakit ] maybe this is what they called as "revenge without doing crime".. heheh. mane2 yg rasa berdendam tuh, maybe you should do the same :D




so watch out those people who make me sick!! i am more than ready~ [gelak evil]




0 comments Thursday, November 30, 2006

tv series yg menjadi ikutan aku skarang adalah desperate housewives season 3. yeahhh, i know. sedikit buang masa. tp masa aku lebih banyak! hahahahahah. no lahhh. tp itu je aktiviti aku bile bosan menghadap buku, nk tido tak ngantok.hidup dalam musim sejuk. nak keluar mmg malas gile. better dok dalam bilik, berbungkus dalam duvet and watch movies or tv series kegemaran yg didownload secara percuma. gosh, internet laju jgn dipersia. heheh
DH nih aku ikut since season 1. banyak jugak element2 negatif. whatever. dalam 4 orang prempuan dalam series tuh, aku paling kagum dgn watak lynette scavo. wow, shes a great mother. dgn anak 4 ekor yg sume cam ape, ganas nak mampos, nakal gile, tapi sabar je. and die jugak pasangan yg sgt sweet aku rasa dgn si tom tuh. tom ngan lynette sanggup buat ape je utk make sure ketenteraman hidup diorang and make their sons happy. sweet. they dont fight in front of their sons, they discuss things, tolerate,loving. i cant imagine life as a parent. just imagine, when lynette found out yg tom ade anak hasil hubungan sulit before they met, and lynette believe everything what tom have said. in a relationship, trust is a big thing. lynette nearly let go of tom. but, they trust each other and tom deserve a chance.
and in this new season, satu character baru muncul. sbg orang baru dalam hidup susan myers. Ian, a british i guess. hes so cool, gentleman, sweet, caring.heheh, a dream guy i guess. [my friend told me, its ok to hope for a good guy :D]
1 big point dalam sume episod; "struggling"
lynette and tom struggling to be the best for their children.tom struggling to give everything to his family. lynette too, shes doing everything to help her husband.
Gabriel and Carlos, struggling to have a child. they fight almost everyday. they have disagreement.but, they are doing everything to have and raise their own child.
susan myers have a daughter. shes doing fine with her daughter. the only thing that shes struggling for since the 1st season is; struggling to have a husband who can take care of her and her daughter.
Bree, shes trying very hard, or too hard to be perfect. a perfect mother and a perfect wife or even a perfect friend. sedihnya hidup dia bile the only daughter and her son macam nk balas dendam. kerana mereka lemas dgn sikap mak mereka yg perfectionist itu. and people, kalau 5,6 tahun lagi series nih diteruskan, tak lama lg hospitalized laa si bree nih. perfectionist melampau. terdedah dgn risiko sakit jantung dan darah tinggi. kalo tak caye tgk laa cite nih.. pressure gile die bile ape2 masalah jadik or anak die jadi tak spt yg die nak.. seksa diri dowhhh.
takde life yg betul2 comfort. there must be sedikit lebih, dan sedikit kurang. kata faisal tehrani;" dan kerana kepayahan itulah menjadikan kita, manusia yg lebih bermakna"


0 comments

baca laporan penuh, sila klik disini.

kata darah pahlawan. semangat melayu. tak boleh ditegur, tak bleh dicabar. melentinglah si melayu. tak kira lah mat rempit ke, sang terpelajar ke, pemimpin tertinggi ke. darah tuah mengalir. panas. hahah.
sikap yg memang dari dulu. tak pernah padam. kalau mat rempit, kita lawan die lebih2, tuh 100 jahitan laa padahnya. kalau yg terpelajar skit, haaa.. mula lah melenting. tp sebab die terpelajar sket, so banyak laa cara2 lain die nak nyatakan tak puas hatinya tuh. alaaa, paham2 laa.
kenapa susah sgt nak terima orang cakap kita salah? kenapa tak bleh trime kalau memang ada beribu lagi yg lagi hebat dr kita? kenapa tkleh trime kalo belambak lagi yg berfikiran lagi matang dari kita?
kalau orang dah bg idea tuh, fikir laaa. kalau btol ade benarnya, kenapa tanak trime? masalahnya, bangkang idea tuh pon tidak. tp terus melulu, fire orang yg bangkang idea die tuh. [iskkk, paham ke tak nih?] ok, satu situasi.

si nescafe nih berbicara lah tentang satu topik. pastuh, milo cam rasa ade idea lagi hebat. pastuh nescafe nih, bangkang. dgn nada keras skit. sbb nk pertahankan idea dia. pastuh, milo nih dah tak tahan, terus kutuk2 nescafe. milo; "weh nescafe, bunguk laaa sbb bg idea ko tuh, oooo konon ingat ko pandai sgt, hebat laaa konon. bleh blahhh laa ko nescafe, tak guna aku cakap ngan orang cam ko!" see? kenapa si milo tak cuba pertahankan idea dia kalau die rasa idea si nescafe cam bunguk. [isskkk, terpengaruh aku nih]

situasi 2.

dalam satu meeting. katakan laaa meeting nak anjurkan malam kesenian di kota bharu. antara yg hadir malam tuh adalah aziz, anwar, abdullah dan chin peng. abdullah cakap, "isk, kalau kita buat tarian makyong syok jugak nih. kata tarian kesenian kelantan. bagus laa tuh" aziz cakap, "isk, tak bleh. makyong2 nih.harammmm" abdullah cakap, aku ade kuasa jugak dlaam committe nih, suka hati aku lah kalau aku nak adakan makyong pon! aziz pon cakap; "ok, kalau ko berkeras nak buat jugak, aku tarik diri dari committee nih! dah. gi cari orang lain. tak kuasa aku!"

see? kenapa aziz tuh bongok tk explain kenapa die tanak makyong? kenapa darah panas die mudah menguasai keputusan dia.
selalu kita cakap yg kita tk suka meletakkan emosi. kita bleh kluarkan pengaruh emosi dr setiap tindakan kita. konon wise abes laaa.tp, susah yg amat. dan biasanya dan selalunya, memang kita akan mendahulukan emosi. emosi yg sentiasa, yang pastinya berpihak kpd diri sendiri. emosi yg merasakan, orang lain salah sumenye. look, setiap dilema, spt yg kita lihat dalam dua situasi tuh, aku rasa ade je penyelesaian yg better. drp bertekak dan dilema terus jadi dilema. tanpa penyelesaian.

situasi 3.
selesai majlis ucapan dasar presiden sebuah kumpulan majoriti. seorang ahli majlis memberi komen. "

"Saya rasa ia adalah ucapan sama yang diberikannya tahun lepas. Saya mengharapkan sesuatu yang baru tapi mungkin beliau ada idea yang lain.

"Ucapannya bukanlah apa-apa yang tidak pernah diperkatakannya sebelum ini."

petikan dr mstar online.bernama. 15 november 2006.

huhhhh. pantang anak melayu dicabar. bukan beliau je yg terasa. habis anak2 didik, sume terasa. nak kena panggil mengadap. bg aku, komen serupa itu, takde laah kritikan pon. itu cuma satu ayat refleksi ke atas ucapan dasar yg dirasanya sama seperti tahun lepas. tapi mendidih panas sudah. susah btol nk trime orang cakap kita ade kekurangan.

nak jadi pemimpin, atau nak melibatkan diri dalam satu2 diskusi, terasa nak menyumbangkan idea, hidup dalam masyarakat, aktiviti dlaam kelompok.. masa tuh laa pentingnya matang! [yeayyy, aku dah matang sbb aku dah 21!] tak2. umur bukan tahap ukuran kematangan. ade je umur dah tua, tapi pemikiran mcm budak2. dah laa tk matang, takleh trime plak kalo orang nak tolong dgn idea2 yg lagi bernas.tambah plak yg nk bg idea tuh umur lg muda dr dia. hurmmm, sia2 je kene fire tak pasal2. dan sikap ini jelas dalam masyarakat melayu. [jgn marah aku. sbb aku pon melayu jugak! ] keterbukaan kita terhadap sesuatu perkara masih di takuk lama.

memetik: "aku pon melayu jugak!" sbb tu lah aku pon melenting jugak bila orang kritik, menyebut kekurangan aku.. heheh. berdarah pahlawan jugak aku nih..heheh
matang lah melayu! [baca: matang lah penyu!]

*revised version*

0 comments Wednesday, November 29, 2006






credit to zunar.

0 comments

inspirasi aku dpt dr satu scene desperate housewives... yeahh.. aku pon dh desperate [desperate for doctor who searching for future wife..hahahaah.. nope! just joking.. aku sesetia Gusti Puteri Retno Dumilah kpd Tuah :D] scene itu, Gabby volunteer utk coach a few girls yg tak secantik Gabby, yg gemuk, yang takde self confidence, yang takut2, yang takut utk stand up dsg nya.
kata Gabby, " you have to be confident. or at least pretend that you are confident!"
yeahhh. models are those yang memang highly confident with themselves. diorang confident yg diorang cantik, yang those audience tgh ready utk tgk apa yang mereka nk persembahkan, dengan lenggok gaya badan. yakin sungguh.
seyakin mereka, spt itu lah kita harus yakin. kalau tk mampu, just pretend! confident penting. you try yourself. tgk orang lalu lalang, kita dah bleh tahu orang tuh ade confident dgn diri sendiri atau tak. dan biasanya, orang yg confident nih ade karisma sendiri. yg buat orang senang memandangnya. nampak mcm independent. niatnya, bukan nk suruh orang pandang kita. tp supaya kita tak dipijak. kalau kita kelihatan takut2, mudah je orang luar nk pijak2 kita balik. yg nak kena ragut2 sume tuh. sbb tuh laa. sbb tkde confident. jalan2 pon takut2 je. kalau gaya jalan kita confident, orang tgk pon cam pikir dua kali nak kacau kita. seriously.
thanks Gabby for the tips!

0 comments

bila manusia dan monyet tak nampak bezanya..
[klik untuk laporan penuh]

alfatihah untuk arwah..

5 comments Tuesday, November 28, 2006

ya. lojik.supaya mudah diterima akal. supaya kita, manusia yg banyak beralasan ini mudah menerima kenyataan.
selalu kita cakap atau dengar, "takleh nak ambik Islam itu secara lojik akal, sbb Islam itu sendiri agama yg diwahyukan...blablablabla"
aku rasa statement cam ade yg tak kene. bg aku, nih statement, yg skali lg aku rasa.. orang nak ambik mudah.
apa yg aku nak cakap adalah, kita tak pernah mencuba mengetahui, mendalami tentang sesuatu. yg kita buat adalah refer. dari si polan , kpd si polan, kpd si polan. cthnye, wujudlah seorang manusia nih. die ade naqib. pastuh, ape2 masalah, die refer kpd naqib nih. mmg laa naqib die tuh bnyk ilmu. tp kena jugak die refer pd orang lain. compare. dalami.bukan terima bulat. blajar stakat ngan sorang ustaz je.padah jdnye. anda sume tahu permainan telefon buruk bukan? cm tuh laaa maksud aku. ambik sumber utama. sumber yg dekat. bukan aku cakap naqib ini tak reliable. bukan. cuma, jgn harapkan source yg satu. sesetgh org, ade jugak silap dia. kita banyak source. ustaz2 pon banyak. ulama' pon banyak. antara nak atau tidak. paling bongok, yg buat peraturan sendiri. contohnye "ah, yakin lahhh bleh makan nih"
ade pernah aku bertanyakan kpd sorang budak nih.katanya bdk sekolah agama. gaya bercakap, mcm banyak benar tahunya. aku tanyakan die, "ape pendapat ko kalo aku bertaklid dgn imam2 syiah?" isk, bertaubat laa ko.jawabnya. sambil merah mata. mcm nak nangis. pastuh die cakap lg, dgn yakinnya, mcm biasa "taksub Imam Ali, Imam Ali sbg Tuhan....., kutuk sahabat...," aku tanye, "mane ko tau nih?" jawabnya "ustaz aku cakap mcm tuh. aku tau sgt laa pasal syiah nih"
get my point? rektor university al-azhar pon tk kafirkan syiah.siap cakap dibolehkan utk mengikuti ajaran syiah, dia yg berguru dgn sorang ustaz nih dah suroh aku bertaubat. aku tk cakap aku dah mengikut ajaran syiah pon lagi!
yg pasal islam tk boleh difikirkan secara lojik akal tuh pon, hasil drp "drp si polan kpd si polan kpd si polan"
kenapa Islam tkleh disandarkan dgn lojik akal? Allah dah bgtau kita, "Islam itu, ajarannya lengkap! sesuai hingga ke akhir zaman, sepanjang masa, di mana saja" bukan kah itu sudah cukup utk menyatakan Islam itu sesuatu yg sepatutnya mmg boleh dipikirkan dgn akal. yg mmg lojik. kalo nk cakap pasal benda2 ghaib. kenapa kita bleh percaya hantu tp tkleh terima pasal kewujudan benda2 ghaib yg Allah ciptakan? sifirnya mudah, Allah itu maha berkuasa, kalau apa2 yg mustahil, itu kuasa Tuhan. bumi nih, dunia nih, segala peraturan kejadian Dia yg punya, kenapa boleh timbul masalah tak lojik plak?
sume lojik je. pasal api tk panas, Tuhan punya kuasa, Dia nak buat api tuh jadi panas ke, jadi sejuk ke. kenapa nk persoalkan? yang kita mampu buat adalah, mengagumi kuasanya Tuhan. hebat! takyah nak soal2 dah.. banyak tanya sungguh! heheh.
selalu je orang tanye, "eh tak lojik laaa bende tuh jd camtuh, mane bleh dlm Islam blablablabla" pastuh dgn pantasnye kita cakap, "eh, kita tak boleh sandarkan dgn lojik akal, Islam itu tak tercapai dgn pemikiran lojik akal...." aku rasa ade yg tak kena laa. setiap kejadian, pasti ada alasan. pasti ada jawapan. alasan yg pasti, "itu semua kuasa Tuhan".
kuasa Tuhan pon orang nak persoalkan ke?

update:
RPK

1 comments Monday, November 27, 2006

sungguh sweet jalan cerita hidup ini.dikelilingi sahabat.tak pernah aku rasa kosong. sahabat sentiasa ada.sentiasa menemani. bertuah aku punyai ramai sahabat. even yg dah lama tk kontek pon aku rasa mereka sentiasa dekat.saling memahami. even ada salah faham, masing2 faham. yang masing2 menyayangi satu sama lain. cuma ketidaksefahaman yg timbul antara mereka membuatkan mereka mungkin segan untuk saling bertanya updates.tapi tkpe, ade lain2 sahabat yg betanyakan khabar aku. yg temankan aku. bershopping.keluar makan2. tengok wayang. meraikan hari lahir. bergossip. ceritakan hal masing2. even duduk bersama minum coffee disebuah cafe. tak kira lelaki perempuan, aku sayang mereka. mereka orang berharga selepas family2 aku. aku tak bercerita tentang love life aku kt atuk aku. aku tk tengok wayang ngan nenek aku. aku prefer kluar shopping dgn kawan2 berbanding makcik2 aku. tapi seriously aku cakap, aku lebih hargai orang yg hargai aku. kalo stakat nak tambahkan kawan, aku bukan orangnya. i dont know such thing as 1st degree friends, 2nd degree friends and so on.tp apa yg membezakan sahabat adalah keikhlasan mereka.kalau aku rasa mereka sgt ikhlas terhadap aku, then sebanyak itu jugalah keikhlasan aku terhadap mereka in returns. itu lah yg akan determine cerita ape yg kite bleh crite. cerite ape yg kita rasa tak patot cerita. what goes around comes around. tak kurang jugak sahabat yg aku baling cam sampah. sbb perangai yg aku rasa cam sampah spt nak marah2 aku sesuka hati[sbb aku rasa aku tk pernah buat orang marah], cakap orang lain emo padahal diri sendiri emo, perlukan aku bile die rasa takde orang nk temankan die gi makan or jalan2, tak hargai peranan aku sbg kawan die selama nih. bile orang dah cam sampah, aku patot baling je ke dumpsite.hahahah. tak perlu aku tahu die cane.die sehat ke tak ke. tak ramai pon naseb canih. baru sorang je kene baling ngan aku ke dumpsite. hahah.


0 comments Thursday, November 23, 2006

23 hb november. hari nih supposenya tarikh lahir kpd arwah makcik aku. die meninggal pd usia 23 tahun.awal bukan? meninggal beberapa hari selepas melahirkan anak keduanya. arwah bukan orang senang. tetapi beliau sgt excited utk menyambut kelahiran anak keduanya. yg pertama, perempuan. yg kedua juga perempuan.dalam kesempitan hidup, arwah melakukan kerja2 sampingan sbg persediaan menyambut anak kedua.baju2 baru dah beli.lampin.semua siap sedia.
ape yg aku sedih, titik2 arwah meninggal. bermula dgn dimasukkan ke hospital. malam itu, arwah baring2 diruang tamu. menonton tv. tiba saat sakit bersalin.dikejarkan ke hospital. kejap je, terus sakit yg btol2 nk bersalin. tak lama, lahirlah anak arwah. tak tahu dimana silapnya, seorang nurse masuk ke bilik bersalin. arwah mengadu.die rasa spt sakit. mengikut cerita kakak arwah, nurse itu sgt berpengalaman. dan sudah pon bersara. tetapi kehadirannya di hospital sekadar utk melawat2. tetapi merasakan diri berpengalaman, dia membuat perhitungan sendiri. kata nurse itu, "bile tgk perut arwah, aku merasakan ade lg sorang baby" die mencuba utk mengeluarkan sesuatu dr rahim arwah yg dirasakan "baby". nak kata bodoh, tk th laa. bukan ke ibu2 mengandung ada pemeriksaan semasa tempoh kehamilan.kalau kembar, mestilah ade tercatat dalam rekod kesihatan mereka.
ditariknya sesuatu itu keluar, yg keluar bukan baby. ttp aku tak sure ape, tk reti aku nak explain. ttp tindakannya itu menyebabkan arwah mengalami pendarahan. yang banyak. sehingga tak sedarkan diri. tragedi berlaku di hospital yg agak kampung. kemudahan tidak ada. doktor tidak berpengalaman atau tidak bersedia utk kes2 seperti itu. arwah dikejarkan ke hospital lain. beberapa hari juga. sehinggalah suatu ketika, tubuh badan arwah berubah bentuk.badan arwah membengkak. kehilangan darah yg terlalu banyak. sepanjang tempoh itu, arwah tidak sedar. ade sesekali arwah membuka mata.tetapi hanya mampu menangis. tak dapat berkata2. mungkin sakit yg amat. tak tertahan. sedih lagi, arwah tak sempat memangku anak yg ditunggunya itu.
anak itu pula, tak sempat nak merasakan kasih sayang ibu. sedih.
nak kata silap nurse itu, ntahlah.dah ketentuan. nurse itu merupakan kenalan rapat keluarga juga. dgr cerita nurse itu pon spt sasau sekarang.mungkin kerana terasa spt bersalah.
ape pon, alfatihah utk arwah.

p/s: aura ke"best"an perasaan bakal menjadi ibu dr seorang kakak. perasaan tuh jugak menguatkan beliau menghadapi stress exam, berjauhan dr orang2 yang dekat dihati, sakit2, muntah2, loya2 dll. saya tk tahu jika saya mampu sekuat itu..hebatnya kasih ibu..
saya sayang mama saya..ma, sorry dulu2 sy anak yg degil. sy cuba utk tidak degil lagi.. :)

0 comments Monday, November 20, 2006

nak buat keputusan, tak penting ape keputusan itu. yg penting mcm mane kita decide, weigh the good and bad consequences, decide then ready to take the fall.
kalo korang tgk 24 season 4..isk, sure korang heran gile tgk president charles logan tuh.. bodo yg amat. bukan apa. aku penah mention pasal charles logan before nih.[cari! ade perbandingan yg aku buat :D ]
dah laa lembap buat decision, takut nak decide, sbb takut orang akan salahkan die, lepas tuh, kalo pape yg die decide tuh failed, die cari orang lain utk die lepaskan kesalahan tuh. konon itu bukan salah die. nak jadi wakil rakyat pon tak layak, tapi die bleh jadi president US [absurd! cerita je pon..heheh]

die marah sbb CTU decide something without prior notice to him. ikuti perbualan mereka:

ade satu masa tuh, diorang kene mintak approval from the white house, the president in particular to handle a problem. [alaaa, dah tk ingat dah ape masalah diorang]
they need to decide fast, because the terorist was about to create disaster on the US soil. and the president dont know what to decide. and he asked for time for him to think first. bodo2! jack cakap; "with all due respect mr respect mr president, we dont have time! is it a yes or no?" in the end logan hang up the phone conversation and he asked mike novick, [the chief of staff] for an opinion. then logan termenung lagi.
mike novick: mr president, CTU need your response. these terorists are not going to wait for us.its your call.
logan: well mike, i dont know.
then mike bg suggestion. after that, mike propose logan to invite the expresident, mr david palmer to help him to handle the crisis! yeaayyyy. david palmer back again in action.. heheh. [tp sedih nya season 5 he was assasinated by a sniper. a bullet right trough his head.dead]

US in a national crisis, then logan expect that ctu will discuss the matter with him first before proceed to any security measures. tapi die pon bukan bleh buat decision pon.. bodo tak?

macam tuh jugak dalam life. kite kene deicide cepat. dan tepat. jangan decision yg kita tahu akan menyusahkan kita. because most of the time, keterlajakan tak bleh diundur. sesetghnya, when problem occur hasil dr decision kita; kita diberi peluang untuk perbetulkan keadaan. tapi, chance are very little. most of us, terpaksa berhadapan dgn kesan buruk problem yg timbul. and we have to be ready for that. ataupon lari dari masalah. [aku selalu mcm nih, tolak masalah ke tepi. tinggal masalah tergantung spt itu] bukan meletakkan salah itu pada orang lain. decision is really a big thing. once when we were a child, the least kita ade parents utk guide..masuk zaman sekolah, zaman kolej, zaman uni.. choices yg ade utk kita pilih kadang2 sungguh mengelirukan.. makin lama hidup, makin confuse dgn apa yg patut kite buat..
belum lg masuk fasa hidup berkerjaya or maybe berkeluarga. banyak lagi dilemma yg tunggu utk kita decide. cuma masanya je ntah bile. dan strateginya? bersedia, rational,matang. only then, we will be ok.



sedutan cerita dari 24 itu hanya bunga2 saje :D

0 comments Sunday, November 19, 2006

i do need you..

0 comments Saturday, November 18, 2006

erhh..tak tido malam aku warm up..esok ade games utk malaysian student..[ main ape je pon??] sekadar cukupkan anggota kumpulan.setelah 3 hari 3 malam dipujuk rayu, aku angguk akhirnya. bukan ape, aku sangat lemah bersukan.risau aku semput di tengah permainan. aku cepat penat. dulu dizaman sekolah rendah, banyak jugak sukan yg aku join. pernah mewakili [rumah sukan je pon!] utk lari berpagar. dan pernah jugak 4x100m, netball. tapi aku tk pernah try volleyball. mcm sakit je tgn2 orang main volleyball nih. tgk gaya bentuk badan,[ bukan aku nak perasan] tapi gaya atlet tuh ade.mostly kawan yg br kenal, diorang akan tanye, "ko main sport ape aa?" atau, "eh, ko sprinter eh?" aku kata, biar semput, asal bergaya.heheh. gaya tuh yg penting. senang cakap, aku cakap kt diorang, "tak, aku hanya renang kuak lentang"start sekolah menengah, sehinggalah kolej, sehinggalah aku kat uni skarang.haram nak bersukan. kt sini, sejuk2 lg laaa. nak jalan2 pon malas. jauh sikit je pon aku rasa nak naik bas. but still, gaya maintain. gaya atlet tuh ade lagi!!
cakap pasal sukan nih. dah lama dah isu nih.pasal projek pusat sukan di london tuh. yg dipropose oleh menteri azalina othman said [serius aku seram tgk die nih, confuse laki ke prempuan]. just imagine, kos yg dibelanjakan utk kajian kesesuaian projek berkenaan sahaja dah makan belanja RM317 000. [berapa orang kluar tv mintak derma dr orang ramai nak operate orang sakit, yg tak cukup makan etc etc] dan kos utk facility itu, yg sebelumnya adalah tempat kajian getah [atas nama tun razak] memakan belanja RM490 juta! ramai yg bangkang. alasan yg diberi utk merasionalkan penubuhan pusat sukan itu adalah meningkatkan prestasi sukan malaysia, membiasakan atlet dgn cuaca sejuk dll. contoh senang, kat msia berlambak pusat2 aktiviti sukan, tapi kalau takde orang yg gunakan pon, ape jadi? berbaloi ke 490 juta utk tingkatkan prestasi sukan? itu tidak termasuk kos penyelenggaraan selepas beroperasi. buat plak kat london! banyak2 tempat lain kenapa london? [nak tukar pound ke RM lagi, heheh] dan yang kita tak tahu, siapa yg dapat projek tuh? pastuh, kalau cakap nak senang dapat jurulatih dari sini? sukan ape pon yg diorang terer?
well, in a report, pak najib denied that the cost of the complex would go up to RM490 mil. and he did admit that, malaysia do not have that much money! but still, projek itu dalam perbincangan kerana mereka merasakan projek itu penting dalam melahirkan atlit2 bertaraf antarabangsa. whatever~ ok, i'm a bit judgmental, tapi korang bleh rasa tak ketidakrasionalan mereka?
aku bukan apa. malaysia bukan negara yg banyak duit yg bleh nak belanjakan wang sesuka hati. banyak lagi orang miskin yg nasibnya kita kene perjuangkan. dah naik taraf hidup, dah takde miskin2 tegar [sebagaimana yg direport, terengganu mendahului di semenanjung sbg negeri terbanyak miskin tegar, inikah yg dikatakan perubahan oleh pak idris jusoh?, orang miskin nih boleh survived, only then kita cakap kompleks sukan juta2. atlet kita sekarang pon ramai yg dihantar training ke luar negara. tapi kita tgk, sape je yg betol2 membanggakan? aku bangga dgn nicol ann david. nama2 lain? aku tak tahu.
to name a few other project yg makan bnyk duit, tapi tidak ternampak akan rasional projek berkenaan; project putrajaya[berapa kos pembinaan? kos penyelenggaraan? kalo dibom skali putrajaya tuh, takdenye selamat, hancur lebur jugak, ke ade bunker cam 24 tuh, hehehe], penghantaran angkasawan [except for; nanti dia balik, pastuh dapat title datuk ke, pastuh die buat journal tentang die dah naik ke bulan, cerita apa yg die dah buat kat bulan, semua melayang2 etc etc and thats it], pembinaan istana menggantikan istana negara dgn kos RM440 juta [ i dont mean to be rude, tapi ape masalah dgn istana lama, kalo dekat uk nih, selambe je diorang kekalkan bangunan2 lama. kos baikpulih tak memakan kos sebanyak itu. nanti ade taman rekriasi utk orang berkunjung! dah berapa bnyk taman kt msia nih? kenapa nak gi taman kat istana? bukan bleh jumpe cium tangan raja pon? dan istana lama dijadikan muzium istana. tk silap aku projek nih dah pon diluluskan]
orang sibuk dok cari tenaga nuklear, die still dok sibuk nak buat bangunan lagi!


nampak takde flow. aku melalut.tah kemane2 mission statement aku!

esok bersukan! minum MILO anda jadi kuat dan sihat!!

0 comments Friday, November 17, 2006

lagu nih sgt2 glamer..nyanyian freddie aguilar. version asalnya adalah dalam bahsa tagalog. tapi, telah dialihbahasakan ke banyak bahasa2 lain termasuk bahsa melayu. walaupon aku tak paham tagalog, tapi aku rasa dalam bahasa itu lagi best.dan aku dah bleh ingat lagu nih dalam bahsa tagalog!! lama gile dah lagu nih.zaman aku kecik2 lagi! sila laa dengar. anak.mp3

sbb aku tak tahu cane nak tulis tagalog, so aku sertakan lirik yg dah dialih bahasa.

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

freddie aguilar
anak

3 comments

dear!! skarang kol 430 pagi, tapi mata tanak pejam lagi..ngantuk. tapi mata tak pejam2 jugak. kalo kat rumah bleh jugak bukak2 tv masa nih. ade one time nih, aku tgh ngantok gile2.kol 2am. nih masa kt rumah.semua orang dah tido kecuali adik aku yg kecik, umur die 3 tahun. ade je bende die nak tanye aku. die tgk aku terlelap, ditepuknye muka aku. last2 die cakap, nak tgk tv...mati aku.kene teman die tgk tv plak dah. dah, siap setting2 sume, 5 minit je die tgk after tuh, die cakap nak tido. alhamdulillah.tp dalam hati membara jugak laa. aku siap2 setting.tarik blanket sampai ruang tamu sume, die tgk tv 5 minit je.
aku nak cite pasal ape lagi aaa? taleh tido nih. haaa, cite pasal aura. perkataan nih glamer masa kemunculan mawi. tetibe je orang asyik dok sebut2 aura. sampai lah one time nih, keluar kat paper utusan, section kesihatan. doktor mane tah, membincangkan tentang aura. kiranya aura nih part penting jugak laa dalam kesihatan.
secara ringkasnya, aura nih terbahagi kpd 2, negatif dan positif. asal2 nya, manusia nih neutral. aura positif dan negati tuh balance. then, die akan berubah perlahan2 mengikut cara hidup dan pengaruh emosi seseorang.
bila seseorang itu, aura positif dia melebihi aura negatif, secara automatiknya, orang akan suka tengok die.bak kata orang dulu2, sejuk mata memandang. cerita nih aku tak reka, aku ingat lagi artikel nih. section kesihatan lagi tuh. doktor tuh cakap, aura yang ada pada mawi nih aura positif laa. sbb die nyanyi biasa je, rupa die biasa je, tapi die mampu menarik minat orang. ooh, jangan risau.i'm not part of that majority! heheh. orang beraura positif nih, kita tgk die kita rasa tenang [aku tgk balak aku pon aku rasa tenang gak! heh, joking :D ], approachable, ramai kawan dll.

aktiviti harian yg membantu membentuk aura positif dalam diri adalah [nih aku tak reka jugak, mmg doktor tuh yg cakap] banyakkan mandi, menjaga kebersihan diri, pemakanan yg sihat, sentiasa tenang, tidak mudah marah, tak banyak cari pasal dgn orang, kurangkan kerut dahi, banyakkan senyum dan beberapa lagi.kalo aura negatif tuh, seperti anda seorang yg banyak kecewa, sedih, tidur tidak teratur dan simply the opposite apa yg aku list kan diatas.

amalan aura positif itu bagus.amalkan apa yg disebut. jangan salah sangka, aku bukan nak suruh anda jadi macam mawi!

0 comments

reported dalam bbc news. seorang yg pasrah, kecewa dgn sistem di malaysia yg utk convert to Christianity itu tidak senang. base on 2 case, maria and lina joy. aku tak tahu laa validity cerita itu. tapi macam betol. and quite confuse dgn agenda bbc report cerita itu. iether die nak hentam malaysia ke atau die nak hentam Islam. gaya macam die nak hentam malaysia sbb die banyak cakap pasal kes turun naik mahkamah. whatever it is, aku tanak bincang kebodohan bbc itu, atau betapa susahnya nak murtad di malaysia.

yang aku buat aku bengang adalah kebodohan orang yg nak convert itu. bleh plak die pikir nak tukar agama. and obviously, dia nak tukar cepat2 agama dia supaya dia dgn bebasnya boleh hidup dgn boyfriendnya yg christian. cinta buta gila babi. konon banyak belajar text2 agama. aku tak tahu laaa. tapi yg jelas selama nih pon, debate ke ape ke [teringat kelantangan arwah Ahmad Deedat] yg nampak hanya lah kegoncangan dalam kristian. aku tak bias. cuba bg kat aku apa yg Islam nampak tak sempurna berbanding kristian?? tade pon! yang aku nampak, mereka yg pilih utk keluar dari Islam ini adalah kerana Islam itu bertentangan dgn keinginan mereka untuk bebas! bebas utk tidak bertudung, untuk tidak solat, untuk lifestyle yg bebas, hak untuk pilih cara hidup yg mereka nak, paling banyak boyfriend/girlfriend yg bukan muslim. konon ini dunia dia yang punya. sendiri nak buat peraturan.

jangan main2 wehh. kalo korang bg alasan kat aku yg korang keluar agama sbb boyfriend pon aku takleh trime, pastuh ko rasa Allah nak trime alasan bodo gitu? kt Rome tuh, di bandar pusat perkembangan kristian [vatican] pon dah berlambak2 orang kembali pada Islam. kat US pon dah ramai yg mengakui kebenaran Islam. kat UK pon tk segan silu mereka pakai purdah walaupon ditentang kerajaan sendiri. inikan pula yg kat malaysia, yg kiri kanan masjid, islam majoriti lagi, islam agama rasmi lagi [akui yg tak ramai yg btol2 mengamalkan cara hidup islam yg sebenar2nya tapi at least, semangat islam itu masih wujud di malaysia, masih ramai juga yg perjuangkan Islam. kerajaan negeri kelantan cthnya. alhamdulillah]

sekadar nota: baru2 ini kedengaran mereka adakan konsert. bg artis perempuan, mereka adakan di pentas dewan tertutup dan hanya penonton perempuan dibenarkan. dan ini adalah kali pertama artis perempuan dibenarkan berkonsert di negeri kelantan. bg konsert artis lelaki pula, persembahan mereka terbuka kpd semua, tetapi hadirin diasingkan antara lelaki dan perempuan dan golongan mereka yg berkeluarga. nak berhibur boleh aje, asal kena pada caranya..

1 comments

scene yg dipetik dari 24 season 5:

semasa bauer dihantar utk make a deal dgn christopher henderson, seorang traitor.kata chris, "aku akan bg maklumat pasal the next target oleh terorist yg masih bebas and in return, aku akan dissapear[lepas dari hukuman]"
jack bauer: what makes you think that i'm not gonna kill you the second this [crisis] is over?
christopher: because you're gonna give me your word. and i know what your word is worth to you!

cerita 24 yg aku tengok tuh, hero die kiefer sutherland as jack bauer. jack bauer; dalam cite tuh dipotraykan sbg superman dalam bentuk manusia. takdelaa tukar bentuk mcm batman, superman, spiderman. tapi die nih mmg hebat abes laa. aku pon tak tahu kalo ade orang hebat macam die. bekerja utk counter terorist unit di LA [satu aku tak puas hati cite nih, salah satu tempat yg ditunjukkan tempat terorist berpusat di kuala lumpur, dalam season 2 tk silap aku,die tunjuk laa klcc blablabla] trained sbg field ops agent. hebat tak hebat, president US pon ikut apa2 cadangan dari bauer nih.


refer balik kpd scene diatas. betapa jack bauer itu memegang kpd janjinya. utk pengetahuan, chris adalah orang yg train jack utk jadi field ops agent. dan chris adalah seorang yg sgt berhati2. sgt2 berhati2.
tapi dia percayakan jack. jack kotakan apa yang dia janjikan. [anda tak nampak nih selagi anda tak menonton 24! tapi aku tak galakkan menonton ye, karang addicted.matila nak up to speed nak habeskan sampai season 5,heheh] jack betul2 mean kan apa yang dikatakan, dan dia berusaha sedaya upaya kotakan apa yg dikatakan. dari flow cerita kita boleh tgk betapa jack berusaha buat apa yg perlu dia buat. and if he fails pon, takde laa aku nak salahkan die pon. sbb aku nampak dia berusaha untuk buat. tapi tak berjaya.dan itu dikatakan takdir. and, orang lain pon tak rasa kecewa dgn dia. yg kecewa hanya lah jack bauer sendiri, sbb dia tak berjaya tunaikan apa yg dijanjikan. my point is, kita tak sepatutnya buat orang kecewa dgn apa yg kita janjikan. kalau berjanji, tunaikan. ataupon paling kurang, biar ada usaha untuk menunaikan.
contoh? ermm. contoh kalau aku janji ngan mak aku nak berubah untuk jadi lagi baik ke lepas nih.[cthnya, ada masa lapang je baca Quran, study etc etc..errr, in reality aku tak janji lagi nih] tapi aku tak buat apa2 pon. dok berharap pencerahan agung turun dari langit. tiap2 hari dok buang masa depan tv, tido, ps2, tv, tido, ps2, tv tido , ps2..... mau mak aku sepak je aku nih.hahahahahah.
takleh laa cakap, " i give you my word ma! after nih di meja study or di sejadah je"[ameen]. tapi bgn tido pon pukol 12, makan2.tgk tv alasan nk tgk berita kejap. pastuh dah melarat2 telenovela, samarinda amende tah. meja stadi ntah ke mana, Quran entah ke mana.
aku sokong sgt2 ape yg faisal tehrani cakap tuh. samarinda ke, telenovela ke. takde input langsung. kalo bukan pasal awek, pastuh jumpa lelaki, couple, bahagia kejap, pastuh kecewa2, kes curang etc etc. konon ikut kata pepatah; "ku sangka panas hingga ke petang, rupanya gerimis di tengahari" cissss.
tgk 24 lain hal. kurang2 korang bleh tahu mcm mane US government punya persiapan menghadapi terorist. diorg ada bunker [masa gov diancam letupan nuklear, president dan ahli2 white house kene masuk bunker utk pastikan diorg selamat dan dpt maintain kerajaaan], "flank 2 position" code untuk bgtau kita sedang diancam dll. maybe semua tuh rekaan. tapi 24 benar2 memberi aku idea on how is it works when a country threatened by terorists. bukan itu je, kite bleh tgk jugak kepimpinan seorang president, how they decide bila timbul masalah2 kritikal. i would say, president david palmer is a very very great president. president charles logan tuh aku bayangkan sama macam pak lah [ aku tak tahu kenapa, tapi nih aku akan detailed dalam entry kepimpinan.. heheh] dan cerita mereka tidak berat sebelah. dari satu segi mmg die timbulkan kehebatan US dan sebagainya, tapi di side lain dia ada tunjukkan jugak ketamakan US gov terhadap minyak dirantau asia barat. [tapi dalam cite nih die cakap die nak kuasai Russia] dll.
there are so many things to discuss bout this tv series. compare dgn telenovela, samarinda.. isi pokok perbincangan sama je, tukar watak je lain, pastuh plot cite lain sket.pastuh ending. dot! aku terpempan bila baca satu laporan akhbar, seorang produser kagum dgn prof razak mohaiden sbb kutipan filem arahan beliau selalu saja kutip bnyk duit. latest film, nana tanjung. sekuel cite anak mami [pape cite yg berlatarbelakangkan keluarga mami di penang] ucapan tahniah beliau utk prof razak sbb selalu saja ada idea yg menjadi kehendak penonton. yg mendapat demand dari penonton. kita boleh ukur tahap pemikiran orang2 malaysia sekarang. otak mereka boleh terima filem2 seperti itu sahaja.itu saja kemampuan mereka. no offence!! bukan nak kata aku bijak. bukan aku terer. aku bukan pengkritik filem. tapi, cerita bodo camtuh pon nak tengok ke?

0 comments Thursday, November 16, 2006

heheh, baru smalam aku rasa mcm nak berehat seketika dari updates. well, hmmmm obviously, aku dah addicted to blogging. there are so many things that i feel like sharing here. i just finished [for the 2nd time, watching 24 tv series :D] bukan pergi seminar pendidikan je yg bleh bg aku idea, tgk tv series pon aku dapat idea nih! [hahah, good excuse utk teruskan tgk 24 season 6 yang bakal menjelang tiba january 2007. yeayyy!!]
but, for this post, i dont want to talk about 'ideas' from the 24! i'm gonna need some time to revise the 'ideas'! hehe.
this blog, a really good friend of mine. rasa macam takleh tinggal walaupon sehari, when i need someone to talk to, when there is no one to talk to, this blog sentiasa available ;) [nahh, dah gila aku nih]
last time i said something that i got from the education seminar, blog yg dijadikan tempat utk meluahkan rasa2 peribadi, less talk about ideas [kononnya blog haruslah promote ideas yg buat orang berfikir etc etc ] well, i said i should have to think bout it, [read my comment!] and i had enough thinking on that matter.
i used to agree to that idea. but!! not anymore.. i think i was wrong and whoever yg have the same thought, was wrong. talking about ideas all day would be boring. manusia bukan robot yg everyday dia nak spend every minutes to think about philosophy, about research, about science, experiment etc etc. human with emotions! and it appears to me that, expressing your feeling and share it with others is; also some kind of education. ermm, ape eh? psychology? [call it human behavior studies if you like :D]




p/s: looks like i have a fan here, heheh

0 comments Wednesday, November 15, 2006

dear blog;
aku mahu rehat.. aku penat..
penat berfikir beberapa bulan sebelum ini..
sekarang aku antisosial utk beberapa ketika..
meaning?
there'll be no post, no updates..
sehingga aku rasa ingin kembali!
then aku akan kembali bercerita..
utk seketika,
aku tinggalkan persoalan untuk kau fikir:
"apa makna cinta ?"


0 comments Tuesday, November 14, 2006

lagu ini; [keranamu kekasih] saya tujukan untuk diri sendiri. entry ini mungkin sedikit peribadi. [melainkan anda maklum dengan kisah hidup saya.]
rakan2 sering bertanya khabar. lama tak jumpa..rindu laa weihh. jawab saya, "saya gembira disini"
saya gembira sbb saya dah tak sedih. saya bersemangat utk hidup. saya survived. :)
sbb saya dah penat sedih.saya dah penat kecewa bila tak semua mengikut kehendak. dah lama saya patut sedar, dunia ini tidak berputar mengikut acuan saya. cukuplah. yang lepas saya anggap sejarah. kata orang tua saya "you'll never graduate from learning by experience"
saya boleh bermula dari awal.saya takut.tapi saya kena cuba.saya tak salahkan sesiapa. saya tak marahkan sesiapa. dendam jauh sekali. saya juga pernah silap. jika mereka silap, itu hal biasa. hal yang saya kena terima.kalau saya tekad nak persoalkan kenapa orang kecewakan saya, kenapa orang buat saya sedih; sakit jantung darah tinggi saya nanti. saya juga mohon maafkan saya, andai ada salah silap saya..
saya cuma mampu bermimpi. tapi saya tak berharap. selebihnya saya berserah. saya sayang mereka2 yang pernah dan masih mewarnai hidup saya.mereka harta berharga saya..[semua orang dah jadi kekasih saya :) ]

saya mahu gembira mulai saat ini..

p/s: ada rakan saya; memberi saya sejenis kuih traditional dari negaranya; cyprus. manis saya rasa. ia buat saya terfikir.saya, sebagai orang yang sentiasa positive; saya perlu menghargai detik manis yang saya ada sekarang.dan bukan mengenang sejarah manis saya..

aku tgh perasan sopan santun nih..huahuahauhua.

0 comments

dengan semangat yg sedikit ini, kita perlu kuat. perlu tabah. perlu yakin.
semangat yg sedikit ini kita kena paut erat, kemas, kuat.
kegoncangan ini tidak lain; menjadikan kita manusia yg lebih berguna.

Tuhan, tabahkan kami.

dedikasi utk sahabat2 yg sama bergoncang. bukan soal bagaimana kita diuji.
tapi, bagaimana kita survive.
meyakinkan diri sendiri; hanya ini yang termampu..

0 comments

seorang bapa, usia 56 tahun.baru selesai hukuman penjara mac lalu. didakwa sekali lagi atas kesalahan sama yg dilakukan 3 bulan slps kluar penjara, ROGOL ANAK KANDUNG! selepas, penjara 9 tahun, dan sebatan 14 kali. sebatan 14 kali!!!!! masih tidak cukup utk atasi nafsu.kalo dah takleh tahan sgt, pegi laa cari mangsa lain. ini anak sendiri. bukan sekali, 3 kali anak nya jadi mangsa!!! tuan hakim [yang arif lagi bijaksana ---> ingat karangan zaman2 hingusan] pon tak terkata apabila tertuduh seolah tidak merasa bersalah melakukan perbuatan terkutuk. bukan sekali kita didedah perbuatan gila semacam ini.
kes ini berlaku di felda.dan setahu aku, kes2 macam nih sebelum ini pon banyak dilaporkan dikawasan2 pedalaman dan juga felda2. ingat lagi kes ketua kampung yg juga imam perkosa seorang anak kampungnya dgn balasan ketua kampung itu tak akan hebahkan perbuatan zina perempuan itu dgn teman lelakinya [paham ke tak nih? tak paham tanya! ]
kes semacam ini, biasanya tertuduh tu orang yg berpendidikan rendah. yg kerja pengawal, kerja driver lori, berlaku dikawasan2 kampung atau felda[AWAS!: cth ini merefer kpd kes2 yg dilaporkan. takde niat nak merendahkan, atau menuduh sume orang bekerja spt diatas merogol anak mereka!]
bila ilmu takde, macam2 perbuatan terkutuk boleh buat.sbb masa buat tuh tak pikir ape.pikir nafsu je tak tahu nak lepaskan kat mana.susah2 anak sendiri! orang2 ade duit bleh laa pergi cari perkhidmatan berbayar. nih dah takde ilmu, kerja takde, malas!!! pastuh bodoh plak. tak pikir langsung halal haram. baik toksah kawen!! bengong. Tuhan bg anak, buat sesuka hati. macam mana anak tuh nak menghadapi hidup, masa depan die macam mane. dah laa sbg ayah tuh, makan die entah ko jaga ke tak. isk.bodo laaa. tak tahu aku nak letak kategori ape. sengal gile nak mampos.eeeeeiiii, benci nya aku.geramnya aku!!!! nih aku bg dialog ahmad nisfu [seniman bujang lapok], "kecik2 tanak mampos, besar2 mnyusahkan orang!"
lagi satu laporan, pasal kes sorang pakistan nih, bakar mertua, jiran dan anak tirinya. sbb gaduh ngan bini. melayu ke tak bukan soal. dah ko kawen ngan mak die.jagalah die sbg anak jugak. nih pegi bakar ngan petrol.kalo gaduh sbb lambat gi buat passport, tak berbaloi langsung yg ko gi bakar 3 orang.nih lagi satu bodo. tahu nak marah je. control laa sket.nak marah tuh, pegi laa bakar mende lain. bakar orang, anak tuh.budak kecik.kene iron sket pon dah rasa sakit tak terkata, nih die nak tahan api yg btol2 kene kat badan die. nak tunjuk power laa konon. pegi mampos power ko!! ko ingat ko lelaki bleh buat prempuan, budak kecik [orang2 lemah] sesuka hati??! jahanam punya lelaki!

papa aku lelaki jugak. tapi die tak buat semua diatas.die tak menganiayai perempuan, wife die ke, anak die ke dan seterusnya. so die tak termasuk kategori jahanam..

kenape aku merepek2 nih, heheh sila refer utusan online 14th november 2006.
Ini ke yg dikatakan peningkatan pembangunan insan di Malaysia??

penyu dah jadi anti lelaki..

0 comments Monday, November 13, 2006

hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi
biar terjadi
hadapi dengan tenang jiwa
semua .. kan baik-baik saja

bila ketetapan Tuhan
sudah ditetapkan
tetaplah sudah
tak ada yang bisa merubah
dan takkan bisa berubah

reff
relakan sajalah ini
bahwa semua yang terbaik
terbaik untuk kita semua
menyerahlah untuk menang


dewa 19


all i need is; time to heal..

3 comments

"kalau menginginkan wanita sebaik fatimah az-zahra, jadilah lelaki sebaik Ali" ke sebaliknya aa? tak kesah laa. yg pastinya, lelaki baik hanya utk perempuan baik.

tiba2 terasa kerdil. bermimpi utk lelaki baik.sedang diri tak pernah cuba utk perbaiki diri. tak pernah jadi lebih baik dari semalam.esoknya tak pernah cuba untuk lebih baik dari hari ini.
kalaupun pernah mencuba, azam tak pernah tetap. selalu saja tergelincir. selalu saja lalai.
selalu saja malas. selalu saja rasa punyai banyak masa di kemudian hari utk berubah.


*sigh*




[inspirasi dari blog seorang sahabat.heyyy, you know who you are :D ]

1 comments

dalam entry perkhidmatan awam, aku terpikir gak.knape aku tulis entry tuh sbenarnye? ape masalahnya?
errm, rasa aku, masalahnya adalah; duit sbg factor yang mempengaruhi kualiti kerja. ada ganjaran; kerja baikkkk punya!!
kalau kita tgk, knape orang still nak habiskan duit ke hospital swasta, sedangkan kat hospital kerajaan kosnya lebih murah. and kebanyakkan hospital swasta itu menggunakan khidmat doktor yang sama yg berkhidmat dihospital kerajaan. doktor2 ini akan dipanggil apabila ada kes di hospital2 swasta tersebut.
ibubapa menghabiskan wang, tak sikit.banyak juga. utk menghantar anak2 mereka ke kelas tuition. berlumba2 pula mereka ini. tak cukup utk waktu petang, malam pon kene hantar tuition. padahal, kebanyakkan ang mengajar tuition tuh pon adalah cikgu2 yang sama mengajar disekolah rendah. tak cukup dgn itu, cikgu2 ini promote pula, "sesiapa yg pergi ke kelas tuition itu, cikgu akan ajar advance.so, bila kat kelas nanti, korang akan lagi advance dr yg tak pergi kelas tuition. [korang lagi terer!]"
kalo kes hospital tuh, aku bleh consider lagi laa. sbb antara faktor lain yg sebabkan orang pilih hospital swasta adalah keselesaan, biar laa die orang2 kaya nak abeskan duit. duit blambak taleh bawak ke kubur. abeskan je kat hospital. orang2 kaya pon ramai yg sakit jantung, darah tinggi. sesuai laa tuh.peraturan hidup. dan harapnya, kualiti hospital dan perkhidmatannya diperbaiki laa di masa depan. nih, bangunan hospital dah bnyk yg berjuta2. tinggal lagi, kualiti doktor, nurse2 tuh kalo bleh mesra pelanggan sket.jgn asyik muncung je.
tapi kes cikgu2 nih. asyik fikir nak untung je. kesian laa student. kalau di bandar2, ok laa. sbb kebanyakkan mereka ini mampu. kira macam, cikgu2 boleh ambik sket share dari kekayaan ibubapa.[hahahaahah, setan2!!] tapi kalau diluar bandar itu. kesian sungguh. ibubapa, bukan nak cakap ape, tapi diorang nih, demi pendidikan anak2, pergi kerja tak balik2 pon takpe. inisiatif kerajaan utk memberikan voucher tuition kpd pelajar dilihat sbg inisiatif positif. cuma pemantauan perlu diberi perhatian. tgk btol ke tak cikgu2 ini pergi mengajar utk kelas tambahan.kalo stakat, pergi bg kertas soalan, suruh student jawab pastuh, dua bulan br pelajar dpt feedback balik. baik toksah ade voucher. makan free2 je tuh. aku pon boleh pegi mengajar kalo camtuh..


0 comments Sunday, November 12, 2006









0 comments

hati yang tenang itu indah dan asyik. macam pantai.
[ambik mood pantai!]
langit biru cerah. ombak pantai. bunyi ombak.
bunyi gelak ketawa keluarga yg santai bersama.
tak semestinya selalu seperti itu.
kadang2, ombak kuat.laut gelora. tsunami tanpa tanda!
dan kerana itu.
hati mesti kukuh.benteng mesti kuat.sentiasa.
supaya tidak hanyut dibawa ombak..


^penyu jiwang lagi^

0 comments Saturday, November 11, 2006

kita ambik contoh dalam maths, the decimal expansion of e (natural log) adalah 2.718281828 . . .
kecik2 kita diajar, nombor yg berulang camtuh, akan berulang sampai bile2. ingat tak part infinite sets/numbers? so, dgn mudahnya kita akan rasa last 10 digit itu sudah cukup utk assume 18281828 akan berulang2 sampai kita penat nk tulis..

hmmm..

tapi, yang menariknya;
selepas further calculation dan tgk kepada hasilnya iaitu 2.7182818284590452 . . .
[hahaahaha, dah salah assumption]
tapi, tengok2 nombor tuh. satu assumption lain plak aku rasa sesuai. there will be no 3 in the expansion! kan?

but..but..but...
further calculation shows that, the next 3 digit are 353!!!!

yes!! the expansion of e is 2.7182818284590452353...

situasi nih apply dalam hidup. dalam prinsip beragama.tak boleh nk luahkan pendapat berdasarkan "lojiknya...." kalo nak ikut lojik, akan ada macam2 pendapat. sbb lojik manusia itu berbeza2.yg penting PROOF. memang pon proof itu merumitkan.melecehkan.tapi itu satu2 nya cara utk buat orang yakin. paling tidak untuk buat diri sendiri yakin terhadap satu2 perkara.

"Katakanlah, 'Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.'"
(QS. al-Baqarah: 111)

islam itu lengkap. al-quran ada sbg bukti.ada rasul lagi untuk menjelaskan kebenaran, ibadat, cara hidup dalam islam. tinggal lagi, bagaimana dan sejauh mana maklumat itu sampai kpd kita dan masyarakat kita hari ini. Islam itu sesuai sepanjang zaman.sepanjang masa.tak perlu diubah utk up to trend.ataupon, "dalam keadaan tertentu kita dibolehkan utk blablablablabla.."

apa yang kita perlu adalah bukti.bila ia terbukti, there's no room utk ditakwil..



i love mathematics... so much!
i love science ... so much!

kesan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris :)



0 comments

cerita di entry sebelum ini bukan direka sekadar utk mengisi ruang blog aku nih. point2 die:
1] kalo nak persoalkan kenapa die bodoh gi ambik dadah, itu semua cukup terlambat. sbb die sudah ambik dadah. dan nak kembali ke pangkal jalan, tidak semudah berhenti ketagihan rokok. orang merokok pon blom tentu boleh berhenti merokok. kisah arwah pon, beliau hanya betul2 menyatakan kekesalan akibat dadah hanyalah semasa arwah terlantar diwad. dah diakhir hayat arwah.kalau setakat bg nasihat, siap ugut lagi, kau bukan anak aku kalau ko ambik dadah lagi dan bajet die nak dgr nasihat itu? lupakan. mereka nak kasih sayang dan perhatian. seperti arwah, beberapa kali di pusat pemulihan. setiap kali selepas keluar, dia mengelak utk berjumpa rakan2 lama. tapi bila time dia rasa bosan sikit je, takde apa yg boleh menghalang dia dari teringatkan dadah.
2] jangan buat dia rasa terasing. nak hidangkan dgn set gelas khas utk dia. konon. buat dia rasa tersisih. hina. bukan boleh jangkit apa2 pon.berapa banyak iklan kat tv tentang cara jangkitan. bodo lagi.
3]aku merasakan salah cara datuk aku deal dgn arwah. tapi itu bukan alasan utk aku benci dan tidak hormat pd beliau. beliau tetap datuk, orang tua yg kene dihormati. sbb aku point out mende nih adalah, ada beberapa cousin aku yg sampai hari nih, bermasam muka dgn atuk sendiri sbb kecik hati dgn tindakan beliau.bagi aku, itu tak cukup utk menyedarkan apa yg beliau buat adalah salah.yg dah lepas tuh, biar laa. kan aku dah cakap, bende2 negative camtuh patut dikikis. kalo tak? haaa, ada yang kene sakit jantung darah tinggi nanti.
4]bahaya dadah. korang nak terlantar sakit, kene strok, pernah accident sbb tunggang motor dlm keadaan khayal, dicemuh orang[aku rasa nih paling sakit utk diterima!]


BELIA BENCI DADAH! WORLD!

^aku bukan peminat mawi!!^



0 comments Friday, November 10, 2006

teringat aku kisah seorang pakcik aku.. yang sudah pon meninggal dunia. dia adik kesayangan papa. kami adik beradik pon sayang arwah. dia adik yang paling rapat dgn papa. pakcik yang paling rapat dgn kami. tapi mamatak suka kami rapat dgnnya. kerana salahnya cuma satu. salah memilih kawan yang menyebabkan arwah terjebak dgn dadah. aku hidup dgn dia sejak kecil. walaupon tahu salah dia, maklum sangat dgn perangainya tu, kami tetap sayang arwah. di masa lain, arwah seorang yg sgt penyayang. understanding. dan aku berani mengakui, aku lagi kagum dgn pemikiran dan idea2 arwah berbanding pakcik makcik ku yang lain. arwah; pada aku seorang yg cukup matang.
jalan cerita hidup beliau sungguh sedih. papa dan atuk berselisih pendapat dalam hal ini.atuk tidak paham kenapa papa sungguh mengambil berat hal adiknya itu. walaupon mendapat tentangan dari mama.papa pernah mentioned pada aku, "arwah mak papa pesan, ape2 jadik pon, awak kene jaga adik awak tuh" [papa was 7 and arwah was 3 bila mak mereka meninggal, and atuk kawin lain dan ada anak lain, tapi kami tak pernah bezakan] bermacam bentuk semangat yg papa bg utk pulihkan arwah dan berharap arwah kembali ke pangkal jalan. modal utk bisnes jagung bakar, motor, carikan kerja sbg ketua ladang, carikan calon isteri (yang bekerja sbg pegawai di pusat pemulihan setelah didapati sihat sepenuhnya dr ketagihan dadah).tapi semua gagal. dan isteri arwah end up meninggal akibat dadah. masih aku ingat tangisan arwah bila dikatakan isterinya meninggal. arwah bagaikan putus harap.
arwah juga dicemuh. usah kata masyarakat sekeliling yg takde tali persaudaraan. even ayahnya sendiri yg tidak mahu mengaku anak.adik beradik yg pandang serong. ipar2 yg menjauhkan diri. kecuali papa. pernah arwah cakap kat aku, dia berkecil hati dgn adik beradiknya yang hidangkan minuman dalam gelas khas utknya.seolah2 dia boleh jangkitkan penyakit. sedih aku dengar.
arwah pon sgt sayang papa. bila ketagihan bermacam yg dibuat arwah sehinggalah mencuri. tapi arwah tak pernah menjual motor pemberian papa. dan motor tuh still ada sampai skarang. [bila die dah takde, berebut semua orang nak motor tuh! masa dia sakit takde sape nak jaga!] setiap pagi dia dgn motornya. dibasuh. pernah one time nih, kat rumah atuk aku, die tgh syok cuci motor, atuk aku itu pergi tutup paip utama. tersinggung sungguh.
awal 2004, arwah kene strok. sedih sungguh masa tuh. arwah asyik teringatkan arwah isterinya. terlantar dirumah. sebulan lepas tuh, arwah pulih skit. tapi still kene rawatan susulan.punya lah susah utk cari orang utk hantar arwah ke hospital. konon ada tugas. tapi motor beliau masa tuh dah kt tangan orang lain. struggle beliau utk pulih dan ambik balik motor itu.benci dgn orang yg nak sgt motor tuh, tapi takleh tolong hantar arwah ke hospital. orang strok, tgn kaki dah jadi keras. belah kanan arwah yg tkleh berfungsi.
sebelum puasa 2004, arwah sekali lagi diserang. kali ini, bahaya dadah benar2 menyerang arwah. sedih melihat keadaannya. sgt tak bermaya. memandangkan semua orang sibuk dgn tugas masing2, arwah dibawa ke hospital. pertama kali menjenguk arwah dihospital, arwah hanya menangis. papa pon tahan sebak masa tuh. bila ditanya, arwah cakap, "mana ayah?" ayah yang tak pernah peduli hal dia, tapi itu lah yg diingatnya. papa balik utk mengambil atuk dan jumpa arwah. atuk aku, sempat dgn sinisnya bgtau kat nurse, "nih pakcik datang melawat jiran." kecewa.[walaupon aku sdikit menyampah, tapi aku still and wajib utk hormat dia sbg datuk.ini pesan papa]
lama terlantar dihospital.aku dikolej. pulang kerumah, aku ambik peluang utk menjenguk. tanpa pengetahuan mama! pengalaman paling manis, ketika aku melawat arwah, dia sgt excited. tapi masa tuh, badan dia dah sangat lemah. orang strok, butir cakapnya aku tak paham sgt.tapi aku anggukkan je. mintak disuapkan nescafe. kemudian arwah sambung bercerita lagi. sehinga arwah tertido. bayangkan tgh2 bercakap, tp tetiba tertido. mesti die penat gile. sampailah kembali pulang ke kolej selepas cuti raya.

kembali ke kolej. masa tuh, ada exam. abes exam aku dijangka pulang ke rumah. papa macam selalu, every 2 days akan call aku. selalunya papa call belah malam, tapi tiba last day exam, ptgnya papa dah call. papa cakap arwah dah takde. aku tak tahu nak ape nak cakap.aku sedih la bile diorang sikit pon tak bgtau pasal kematian arwah. aku tahu bile dah seminggu berlalu.raya tahun ini, cukup 2 tahun kali terakhir aku berjumpa arwah.
mungkin arwah silap langkah.tapi itu bukan sbb utk aku benci dia. arwah antara orang yg aku sayang selepas papa mama dan adik2. dia dekat pada aku..