1 comments Friday, November 16, 2007

bila orang dah buat silap, mereka mudah melatah. it is pretty obvious when people trying to "tegakkan benang basah" heres some example; following the 10-11:


part 1/4
part 2/4
part 3/4
part 4/4

thanks to matsputnik.

these were the excerpt from Aljazeera interview with Nazri Aziz, Khairy and Malik Imtiaz. according to jeff ooi, Zam was invited to the studio but he refused. i dont think it will do any good to the Paklah's team either. Or is it Paklah, or perhaps Khairy who tell Zam not to accept the invitation? hahah, jeff ooi has a point. maybe it is because of his english.

i love it when it comes to the part when Nazri tergagap2, then Teymoor Nabili potong terus, malas nak layan penjelasan lanjut dari Nazri who seems totally helpless, hopeless and clueless. earlier, Nazri kelihatan tidak cerdik apabila menjawab soalan yg menyuruh menggariskan the line between the force and no force. personally, i believe, Malik Imtiaz doesnt have to be there, Teymoor Nabili sahaja sudah cukup untuk buat Nazri merapu-rapu. for Khairy, Oxford had taught him well in manipulating things and issues. as for Malik, he looks cool and relax.


0 comments

secara peibadinya, saya amat berharap perhimpunan sebagaimana dianjurkan BERSIH tempohari diteruskan dalam masa akan datang. dalam tempo masa terdekat maksud saya. gerakan membantah kebobrokan sistem pilihanraya malaysia peru diteruskan dengan persistent . semangat yg berkobar ini tidak boleh dibiarkan padam. ketika semangat rakyat masih lagi membara, perlu ada usaha menyimbah minyak, membarakan lagi perjuangan menentang kezaliman dan penindasan yg sudah immune kepada kebanyakkan warga tanah air.

bagaimana perhimpunan bersih mengesankan saya?

saya tidak kecewa apabila permit polis tidak dikeluarkan. itu sudah menjadi sesuatu yg boleh dijangka. begitu juga sekatan polis. ramai juga menjangkakan kekecohan dengan pihak polis akan timbul. belajar saja dari peristiwa Batu Buruk. cumanya, sedikit memeranjatkan saya apabila president UMNO yg kebetulan pula Perdana Menteri Malaysia mengeluarkan amaran yg bebunyi seperti , "
jangan cabar saya" siapa sangka, PM yg dikenali dengan lemah lembutnya, mengeluarkan amaran yg berang, keras benar bunyinya. takut juga bila mendengar amaran itu. bukan apa, PM seolah memberi jalan kepada polis untuk bertindak sesedap hati mereka. green light. ibubapa pula pastinya melarang anak mereka daripada terlibat. gerun juga dengan amaran itu. sebetulnya, saya tidak sabar menunggu hari perhimpunan. mahu melihat sendiri kesan, dan outcome perhimpunan itu, inspite amaran keras PM. tak lupa juga cercaan menantu Oxfordnya.

tak tidur malam aku dibuatnya. bila traffic jam di site harakahdaily, barulah aku mengalah. tidur juga akhirnya. tak penting itu semua. cumanya, bangunpagi itu, membaca laporan dari media2 yang melaporkan, excited state aku sangat lah tinggi. peserta yg menyertai march to Istana Negara, wahhh, 40000 itu sudah cukup untuk buat menteri-menteri, termasuk ketua segala menteri malaysia melatah. cukup untuk buat KPN tersasul. yg 40000 pon disebut 4000.

ianya satu moment yg cukup manis saya kira. usah disebut lah kalau yg hadir itu hanya kelompok pembangkang, tetapi yg hadir termasuklah pekerja kerajaan, pelbagai kaum malahan dengan bangga dan beraninya barisan pelajar. walaupun kerja atau pendidikan mereka jadi pertaruhan, menentang untuk menuntut keadilan itu diletakkan di tempat yg tinggi.

malahan semangat itu turut sampai keseberang benua, di MSD London contohnya. kuning di peta dunia.

syabas!




3 comments Thursday, November 15, 2007

siang tadi menghadiri Students' General Meeting. isunya, fuhhhhh. the first amendment they are fighting for is: "Peace through Education" . An attempt by the pro-Apartheid lobby on campus to destroy our twinning agreement. It is a racist motion that paints all Palestinians as terrorists and tries to blame the victims of occupation for the conditions of that Occupation itself.

perdebatan tadi dilihat sebagai pertentangan antara yahudi dan juga muslim. samada mereka berjaya di"saiko" oleh dakyah-dakyah yahudi, atau mereka yg turut berkongsi rasa dengan penuntut-penuntut Palestin yg dilabel sebagai terrorist.

and alhamdulillah, pro Palestinian menang. banyak saja lagi motion2 lain yg diperdebatkan selepas itu. antara yg menarik minat adalah "Do Not Attack Iran" if students, [tak grad pon lagi, dan rasanya mereka bukan lulusan Philosophy, Politics and Economy pon] berani untuk berdebat isu-isu yg sedemikian besarnya, kenapa tidak UMNO? bukan sedikit cabaran demi cabran yg dikemukan oleh pembangkang, ajak bertarung di medan debat seperti jantan, tapi kecut pula mereka.

dunia harus tahu kotornya politik yg dimainkan UMNO. segala jentera menjadi kuda tunggangan mereka. media, polis dan sebagainya. Pelajar di ikat dengan akta. Rakyat ditakutkan.

Lawan UMNO sama seperti melawan Agong.


2 comments Sunday, November 11, 2007

slept at almost 6 am. menunggu updates langsung dari Malaysia. tp bukan jalan di KL je jam. malaysiakini, harakahdaily pon jam. then terpaksa jugak tido sbb ada function kena attend afternoon nanti. woke up at 1130 am. site2 dah kurang jam. thank God, tak rasa kecewa. in fact i am proud man! proud because of the 40000 [more or less] people back in Malaysia!

***

harapan itu ada!

***

the only thing which came into Najib's concern is "peniaga terpaksa tutup kedai!" tak boleh ke dia came out with more intellectual analysis about the event? bagi laa komen yang nampak seperti orang buat kerja. bukan sekadar komen untuk karangan PMR.

seems like the top leaders benar-benar seperti hilang punca, terkedu mungkin dengan kejayaan perhimpunan anjuran BERSIH itu. kalau Najib dengan isu businessman kena tutup kedai, sahabat baiknya pulak dengan "jangan libatkan raja dengan politik" perhimpunan ini bukan tuntutan kepentingan badan politik. ini tuntutan kepentingan rakyat. itulah gunanya Raja. melindungi rakyat yg bersumpah setia kepadanya. kalaupon paklah rasa tuntutan BERSIH itu nonsense, tk perlulah dirisaukan sangat diorang nak berhimpun ke, nak hantar memo ke. apa die nak risau? isu nak trap king into politics langsung tak perlu timbul laa kot?

btw, Zam, what do you care about perception? bukan ke kerja menteri2 malaysia selama nih dok promote keindahan, kecantikan, kedamaian, kedemokrasian malaysia ke? which part pulak al-jazeera came with pre-judgment yg tidak baik mengenai malaysia? you wanted to know the reason why Al-Jazeera come out with such question, zam? it is this part! and shit, malunya aku mendengar Zam membebel dalam Al-Jazeera nih! paklah please, kalau pon tak setuju dengan idea electoral reform, please and i mean it, pleaaaassseeeee tukar Zam with someone else!

***


lawan like a real man laa woi!

4 comments Friday, November 09, 2007

good day people! after such a longgggg silence! tangan ini gatal saja mahu menulis setiap hari, then again you wont believe what ive been through. sometimes, i feel like quit my degree course and jadi menteri malaysia. most of them bukan ade otak sgt pon. no offense! ooppps, my mistake, they have good degree, but they dont think.

by the way, this entry. specially dedicated to those who will be joining this saturday rally. ahhh, people, if only I were in malaysia. [najwan, ko pegi ke?] tak tahu lah, saya pon tak sure whether parent saya benarkan utk join this very important march to merdeka square.

despite amaran drp KPN, still, rasa nak join itu ada. c'mon people, at some point, malaysians harus bertindak. inilah masanya. untuk tunjukkan khurafat yg menjadi amalan kebanyakkan melayu "hanya UMNO yg mampu memerintah Malaysia" is over.

we can see, the government, UMNO khususnya mencuba sehabis boleh untuk menggagalkan usaha mengumpulkan 100000 orang sabtu ini. they hacked into BERSIH site. police, in fact IGP warned the public to stay away from the event, khairy with his beruk scandal. and yet the PM still act like nothing happens. as if this saturday event is just another propaganda from the opposition.

saya salute kepada bakal peserta2 Sabtu ini. mungkin ia bakal menjadi Calamity of Saturday kepada UMNO dan rakan-rakan. kalau pon anda menjadi mangsa kepada penindasan sang penguasa kejam sabtu ini, at least, you've done your part to the country.

my best wishes from the uk. all the best.

6 comments Tuesday, September 25, 2007

maka, meninggal dunia Abu Talib, bapa saudaranya Nabi Muhammad saw. tulang belakang kepada tersebarnya dakwah Rasulullah saw. besarnya peranan Abu Talib, masyaAllah.

hormatnya musyrikin Makkah terhadap Abu Talib membataskan mereka dari terus mendera Rasullah saw, bayangkan dakwah Rasulullah saw tanpa Abu Talib,

tiba-tiba ingat saya kepada sesetengah manusia yg suka untuk tentukan iman manusia lainnya. Abu Talib mati dalam keadaan kafir, kata mereka. bukan saya. di waktu kecil saya, saya pernah disogok dengan satu cerita, [or is it hadis? ] bahawa Abu Talib akan ke neraka tapi kakinya dipakaikan selipar, menahan kakinya daripada panas neraka.

kata-kata akhir Abu Talib, "aku kekal dalam agama Abdul Mutalib" siapa Abudul Mutalib? bukankah Abdul Mutalib beriman kepada agama yg dibawa Ibrahim as.

Al-Quran 9:113, tidak bermaksud ditujukan kepada Abdul Mutalib.

sedih Rasulullah dengan kematian Abu talib [dan juga Siti Khadijah pada tahun yg sama] bukan kepalang. tahun itu dikenal sebagai "year of grief".

mungkin saja benar Abu Talib tidak pernah menyatakan SECARA TERANG syahadahnya terhadap Allah swt kepada umum. bayangkan, kalau secara terangnya Abu Talib mengaku keimanan terhadap Allah swt, terhadap agama yg dibawa Muhammad saw, tentu hilang hormat musyrikin Makkah terhadap Abu Talib. tentu Abu Talib juga menerima seksaan yg sama seperti yg diterima Rasulullah saw. seperti lain2 yg secara terang2 mengakui keislaman mereka. tentu saja Rasullah saw tidak mampu untuk terus berdakwah. musyrikin akan melakukan sewenang2nya. tiada lagi hormat kepada Abu Talib yg membataskan khianat mereka terhadap Rasulullah dan pengikutnya.

0 comments Wednesday, September 12, 2007

the government spent millions of the peoples money to mark our 50th independence anniversary. pemikiran, gerak laku, gaya hidup, masih juga seperti 50 tahun dahulu. jika seorang professor di sebuah universiti di sebuah negara lain [bukan Malaysia] boleh bercakap mengenai corak pertumbuhan ekonomi global utk masa mendatang, mereka yg dipanggil sebagai ahli akademik di Malaysia masih lagi bercakap mengenai warna baju yg sepatutnya pelajar2 pakai.


3 comments Friday, September 07, 2007

some people believe there will be sweeteners in the 2008 budget. apparently, it wasnt really sweeteners. its a pure honey live from putrajaya!

maybe this is what he meant when he said, there is so much thing to be done. that he has a lot more to give to the people.

i heard scream from the UK, the US and Canada. yeahhh.. yeahhh.. from those in Malaysia too. and those pakcik makcik with children in school, finally, SPBT is for all. no more fees in school. now I know, it is not Hishamuddin to make the call for the SPBT matter. its him, our beloved Mr PM to announce, "everyone listen to me, SPBT is for ALL! believe me as I wont take my word back!"

he is really a puppet. entertain people all the time. the opposition team sit and watch from their cozy couch, to laugh at this puppet. who apparently is very good at entertaining people. look at him, he give everything you asked for. so people, vote for him! it will be his pleasure to entertain you guys again next year in budget 2009. ngaahaahah.


1 comments Wednesday, September 05, 2007

how do we measure independence?

adakah dengan mengibarkan bendera?
dengan mendendangkan lagu patriotik?
menghafal rukunegara?
berkonsert di saat detik 12 malam? arghh, selitkan sedikit sajak.. agar nampak keseriusan menyambut detik 12 malam 31 ogos.

yg berkerja seronok kerana esoknya cuti. tambah pula malam sebelumnya ada konsert. malas keluar ke tempat acara, lepak sahaja di depan tv. yang bersekolah, yang pengajian di universiti masih bersisa melompat gembira, 31 ogos cuti.

31 ogos sudah tidak ada istimewanya. malah, ada yang bertelingkah, fakta itu korup. bukan 31 ogos kita merdeka! kata mereka.

mana syukur lepas seksaan penjajah? hanya tinggal pada kata-kata. "kita harus bersyukur Tuhan memakmurkan malaysia, membebaskan kita dari belenggu penjajah. kita harus kenang jasa orang terdahulu mempertahankan kedaulatan tanah air kita" kata dia. bergetar ditelinga seluruh rakyat jelata.tapi, ianya hanya kata-kata. kosong. tanpa makna.

senang, mewah, aman buat manusia lupa. alpa.tak ingat masa merempat dahulu. arghh, mana mungkin mereka ingat. bukan mereka yg lalui. datuk, nenek moyang mereka mungkin.

manusia harus diuji supaya beringat. tapi mereka lain yg diuji merintih pula.

hakikat kejadian manusia. hidup dengan alasan.


3 comments Thursday, August 02, 2007

setiausaha agung UMNO. eh bukan,setiausaha Agung Komanwel lah!

tanak lah saya. sambutan kemerdekaan Malaysia yg ke 50 lebih penting. mana sempat nak berkempen.

mana lagi nak jemput siti. nak jemput mawi. bunga api pon tak beli lagi. ingat nak ajak kris dayanti sekali datang tolong menyanyi malam merdeka nanti. banyak kerja. tak menang tangan nanti!

beruntung sungguh Malaysia. punyai rakyat sedemikian rupa!

2 comments

Dan berpecak silat lah panglima UMNO, menghunus keris, bergadai nyawa, sanggup di bom dan sebagainya hanya kerana nak berperang dengan monyet!

bila norza bilang, "bloggers itu umpama baling batu sembunyi tangan". dan strategi UMNO menghadapi musuh yang hanya bersenjatakan batu ini adalah,mereka siap sedia dengan "kereta kebal", guna kuasa mereka seluruhnya untuk melumpuhkan satu-satunya satu-satunya saluran yang orang awam [seperti saya, seperti rakan-rakan saya, seperti Raja Peta Kamaruddin dan kesemua bloggers] punyai untuk mereka war-warkan apa yang tidak kena, the untold story bak kata RPK!

mereka silap bila mengatakan "fenomena ini mungkin mewujudkan satu pemikiran di kalangan anak-anak muda bahawa negara ini tidak mempunyai peraturan dan semua pihak bebas untuk menulis apa sahaja atas nama kebebasan individu"

hai Muhd! disebabkan tidak bebaslah orang ramai menggunakan blog supaya suara mereka didengari. so that they can reach the public. lupa bagaimana pelajar diikat dengan AUKU. penjawat awam diikat dengan akujanji. ISA? they have everything in their power. yet, they are so afraid of bloggers. sekarang mungkin mereka sudah menyesal dengan kempen IT yg mereka war-warkan dulu.hahah.

ok lah. Paklah mungkin percaya bila menantunya bilang bloggers itu monyet. ya lah, menantu Oxford. silap Khairy bila sungguh-sungguh meminta jentera Pemuda memerangi bloggers. melalui Norza, dicadangkan pula dengan penubuhan "Cyber Police". ishkkkk. mungkin Oxford belum cukup untuk mendidik KJ. kalau masalah KJ itu dengan "monyet", mereka khasnya UMNO sepatutnya membuat satu kerjasama dengan Jabatan Perhilitan, or whatever jabatan yang bertanggungjawab dengan "monyet-monyet" yang menjadi ancaman seperti kata Khairy.


5 comments Friday, July 27, 2007

once upon a time, we heard about eric chia pecah amanah wang perwaja steel which amounted up to billions, then we heard about head of BPR with his crimes [with an 's'], johari baharom with 5 million, and IGP with 2 million and their connection with the gangsters.

apparently, Malaysia is not that bad at all. in the end, whether the BPR even the PDRM cannot find any bases to prove all these allegations to be true. apparently, none of these persons is guilty. tiada yang ambil rasuah. tiada yg terlibat dengan salah laku jenayah. pengarah BPR melanggar prosedur jabatan hanya kerana demi melindungi corak operasi risikan jabatan BPR. begitulah komitednya bekas ketua pengarah BPR ini terhadap tugasnya membanteras jenayah rasuah sebagaimana dikehendaki oleh yang amat mulia, yang terhormat PM.

begitu juga IGP. dia tak bersalah! tiada peliknya dalam penyata akaun yg dituduh. beliau bebas. beliau bersih. kepada yg menuduh, sila minta maaf! yg tertuduh tidak bersalah! case closed!

siapalah sang durjana yg dengan niat merosakkan nama baik mereka semua? kenapa semua orang busuk hati dengan mereka? sampai hati. busuk sungguh hati mereka sanggup merosakkan nama baik mereka. tak syak lagi. ini mesti kerja Raja Petra Kamaruddin.

tak, tak! Raja Petra disoal siasat kerana hina Agong. hina Islam. Isk, durhaka! marah betul Melayu UMNO. Melayu UMNO memang pantang orang mencabar maruah Agong. maruah Islam Hadhari UMNO. Melayu UMNO sanggup mati terburai asalkan kedudukan Agong tidak tergugat. Islam UMNOnya di pertahankan.

sebagaimana yg aku cakap tadi. Melayu UMNO berani. Melayu UMNO tetap berani walau diancam demi pertahankan kedaulatan Agong dan Islam. Melayu UMNO berani bersuara. lupa pulak, Melayu UMNO jugak tak main kapal selam atau jet fighter harga berbillion, mereka pakai keris!

you rock, RPK!



2 comments Monday, July 16, 2007

sering saya menerima pujukan, rayuan untuk derma, bantuan dan sebagainya. tak kira lah bantuan dari segi tenaga mahupun material.

aku akui, aku bukan orang yg tepat untuk bercakap hal ini. tapi satu hal yg sering mengganggu otak aku. seringkalinya, pujukan atau rayuan untuk bantuan itu berbunyi seperti ini:

"dermalah RM10. apalah RM10 nak dibandingkan pendapatan bulanan. dermalah seikhlas mungkin. Tuhan akan membalas jasa baik kita sepuluh kali ganda dari apa yg kita berikan"

diantara nota yg aku ingat, syarat untuk sesuatu perbuatan itu di tahap ikhlas, adalah berbuat tanpa mengharapkan balasan.

bagaimana mungkin derma itu menjadi ikhlas andai mengharapkan balasan yg sepuluh kali ganda lebih baik itu. kadang-kadang, ayat mintak bantuan itu lebih kepada stereotaip. tulis saja sepertimana yg pernah ditulis orang lain sebelum ini.

hal remeh saja. picisan cuma. tapi penting barangkali. orang seperti aku, nak tolong pon fikir dua kali. hahah.

haih, pak menteri, menjadi betul lah ugutan untuk trace penulis blog. ancaman untuk blogger. cheq ada rasa ketaq lutut nih! hahah.


2 comments Friday, July 13, 2007

0 comments Tuesday, July 10, 2007

susulan dari kecohnya gambar rekaan Mr Chua. Menteri Pendidikan Malaysia meminta agar Tian Chua diambil tindakan. katanya, memetik dari Malaysia-Today:

Education Minister Hishammuddin Hussein said that if people are allowed to make fun of Malaysia's leaders they would use the same freedoms to insult the Prophet Muhammad as, he said, is done in the West.

whatever minister he is, dia silap besar apabila menyamakan Prophet Muhammad saw dengan Malaysia's leaders.

back to Najib. Najib berulang kali menafikan mempunyai hubungan secara langsung dengan "model" cantik manis dari Mongolia itu. jumpa pon tak pernah. itu kata Najib. bear in mind. bukan sekali penafian itu.

what if one day, gambar seperti yg didakwa itu benar-benar muncul? [atau memang sudah pasti gambar itu tidak lagi wujud?] macam mana lah agaknya Najib atau mana-manalah pegawainya nak tolong spin cerita.

kalau dulu Paklah pernah terperangkap dengan kes mahligai di Perth. mahupon gosip Paklah-Jeanne. Paklah nafi juga. tapi Paklah punyai menantu bijak bistari. berfikir di luar kotak menantu kepada ketua segala menteri itu. putar punya putar, menjadi jugak penjelasan mereka. Najib ada apa? kita tengok lah nanti!


0 comments Sunday, July 08, 2007

few days ago i was away. jauh mendaki bersama teman. sekembalinya ke meja komputer, antara isu yang menarik perhatian aku adalah berita-berita yang membawa erti "Tian Chua revealed gambar pemusnah Najib" cepat-cepat aku ke laman Tian Chua. ingin melihat sendiri gambar tersebut.

membaca tulisan entry tersebut, tidak sedetik pon aku terfikir yg Tian Chua benar-benar mahu orang percaya itulah gambar seperti yg disebut sepupu wanita Mongolia itu.

c'mon. even orang yg tak pernah jumpa komputer pon, yang tak tahu apa itu superimposed pon boleh bagitau yg gambar itu tipu.

kalau pon tidak boleh menangkap apa tujuan gambar itu direka sedemikian, sekurang-kurangnya bertanyalah kepada tuan empunya. kata orang, sebelum menyampuk, hulurlah salam pembuka bicara dulu.ini tidak. main hentam sehabis boleh.

by the way, Mr Tian Chua, Sheih Kickdefella is better at this! hahah.

Tian Chua, you rock man!


2 comments Saturday, June 30, 2007

76.3 billion! banyak tuh! lalu mendesaklah para pendita di belah pembangkang agar diturunkan harga minyak! harga minyak sepatutnya turun sekarang! petronas sudah untung banyak bukan? petronas untung paling besar dalam sejarahnya! petronas melakar sejarah! di abad pemerintahan paklah. kena pula disaat paklah masih lagi layak bergelar pengantin baru. apa lagi yang aku boleh kata? paklah memang hebat!

alang-alang mereka sudah mintak turun harga minyak tuh, paklah pon kata, "baiklah. petronas pon dah untung besar. dah sampai masanya harga minyak turun. kan saya dah kata. kami kerajaan yang prihatin dengan kehendak rakyat. cuma perlu tunggu masa yang sesuai. mintaklah apa saja. pasti kami tunaikan. cuma perlu tunggu masanya saja!"

minyak itu, harganya tak patut naik pon! mereka naikkan juga. kurang sikit beban subsidi kerajaan katanya. kami angguk saja!

apa-apalah. aku kadang-kadang penat dengan permainan itu. entah mana satu aku nak pegang. entah mana satu aku nak sokong.

tak perlu berpegang mana-mana mungkin. mungkin perlu lihat saja. tapi sampai bila?




2 comments Wednesday, June 20, 2007

ingin rasanya menyelami isi hati pak menteri. bagaimana rasanya memegang jawatan penting. bangga? risau andai tak terlaksana tanggungjawab yg diamanah? rasa tidak cukup?

akan sampai penghujung zaman kegemilangan individu2 ini. sama ada berakhir dengan julangan atau merempat dijatuhkan. pada masa itu mereka akan berpaling, menyorot kembali apa yg dilakukan sepanjang di singgahsana sang penguasa. menyesal kerana mengaut rasuah menggunung atau tersenyum puas semua kerana hutang tugas langsai?


0 comments

kadang-kadang, saya rindukan saya yang dulu. owhh, mungkin selalu. ya, saya selalu rindukan saya yang dulu. ya, ada masanya kita [saya] suka menyingkap kisah yg kita [saya] mahu buang jauh.

bukan.. bukan saya yang sedih-sedih.. bukan! saya rindukan saya yang tergelak-gelak 24-7. saya yang tak pernah merasa apa-apa. kalau boleh, saya tak mahu rasa apa-apa. saya tak perlu rasa apa-apa. kerana rasa ini buat saya tidak senang duduk.

tak, saya tidak menyesal. sungguh, sedikit pun saya tidak menyesal. cuma, mungkin sedikit terkilan.

entry ini sedikit peribadi. tapi, betul lah. saya gundah. saya serabut. saya perlukan teman bercerita =) tanak dengar sudah! hahah.



p/s: pak bakaq, jangan di link kan entry ini di malaysiakita pulak! heheh.



2 comments Monday, June 18, 2007

part I

begitu lama aku tinggalkan laman ini bersawang. janji manusia terus tinggal janji. tapi aku bukan berjanji kosong. dari jauh aku ikuti setiap langkah dan perkembangan kamu.

part II

baru sahaja tiba di bumi Malaysia. hari pertama sampai dirumah, terkejut aku. berita di muka depan, "paklah getting married" owhh, aku ingat dah kahwin! belum lagi rupanya! hahah. 12 jam blackout tanpa sebarang berita yang masuk ke pengetahuan aku. berita pertama yang aku terima, paklah nak kahwin. pastinya Malaysia penuh dengan kejutan!

part III

untuk kesekian kalinya, ingin aku berjanji lagi. janji untuk tidak lagi memungkiri janji-janji aku. tolong aku Tuhan.



1 comments Friday, June 01, 2007

semalam, aku menghabiskan masa di youtube.. mencari2 dan tengok lagu2 yg takde dalam list mp3. terlintas dengan salem iklim. melihatkan wajah salem, teringat kembali dengan arwah pakcik aku yg menjadi mangsa dadah. teringat. dan rindu. ada beberapa saat genting aku, serasa seperti mahu bercerita dengan beliau.

dalam entry lalu pernah aku bercerita bagaimana hubungan aku dengan beliau. aku tak boleh salahkan beliau dengan dadah. beliau mangsa. apa yang kita tahu pasal ketagihan dadah? aku boleh bayangkan penyesalan beliau kerana silap langkah pada masa lalu. setiap kali selepas keluar pusat serenti, beliau akan janji untuk tidak kembali ke titik hitam itu lagi. tapi janji itu biasanya tidak lama. papa pasti dapat meneka andai adiknya itu kembali kepada tabiat lama.

beberapa hari lalu, di akhbar dilaporkan Jamal dibebaskan dari tuduhan memiliki dadah. apa yang menarik perhatian aku adalah, kenyataan yang dibuat Jamal. katanya, promoter2 tak bg dia peluang untuk persembahan pentas kerana kes itu. hilang punca pendapatan. rumahtangga jadi kucar-kacir kerana duit tak masuk.

padahal, masa-masa seperti itu lah jamal memerlukan sokongan. seperti juga laporan akhbar hari.. laporan seperti ini tidak sedikit pon membantu Jamal untuk benar-benar melupakan dadah. dari satu masalah, tapi kerana keadaan sekeliling yg tidak membantu menyokong beliau, boleh menjadi punca kepada masalah2 lain; ie; rumahtangga.

seperti papa, yang setiap kali percayakan dan memberi peluang kepada adiknya untuk berubah. kalau bukan kerana papa, arwah mungkin meninggal tanpa kubur. tak siapa tahu. kerana tak siapa dalam keluarga boleh menerima beliau. kerana papa, setiap kali selepas keluar dari pusat serenti, atau penjara beliau akan kembali ke keluarga kami. kemudian hilang lagi untuk setahun dua. dan kembali lagi. sehinggalah beliau jatuh sakit. aku tak perlu malu. pada aku, aku bangga dengan beliau, bagaimana beliau survived hidup yang sebegitu selama 20 tahun dengan dadah. ada kata-kata ini; tak penting apa destinasi kita, tapi yg penting, apa yang kita buat sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.

menjaga bekas penagih seperti menjaga seorang kanak-kanak. beliau sensitif. mudah terasa. bukan dia peduli pon kalau orang marah-marah, keji-keji, tak bagi peluang etc kerana dia tahu, kalau manusia tak boleh melayan dia seperti seorang manusia, kemudian dia boleh cari kebahagiaan lain, dengan kembali kepada dadah.

al-fatihah untuk arwah.


2 comments Wednesday, May 30, 2007

kata orang dulu-dulu, berani kerana benar. Pua benar-benar berani dengan kenyataannya dalam posting yg lalu. forum civil service excellence: quantity vs quality. mind you, theres an open invitation to KJ. speakers pon macam best; Khalid Ibrahim, Nurul Izzah, Tit Siang dan Tony Pua. sayang aku tak dapat pergi. nak tengoklah kalau KJ gagah seperti harimau, atau hanya mengaum seperti kucing. tuh pon kalau dia berani nak pergi lah. forum tuh hari nih!

few days back, i read this entry from RPK. to be honest, aku gelak guling-guling. he's the PM man! and today Kit Siang struck me again with his entry here.

teringat aku lagu S M Salim;
apa nak jadi.. apa nak jadi... sampai sekarang tak pencen lagi?

2 comments Friday, May 25, 2007

ketepikan apa yang dikatakan oleh tony pua. saya perlukan sedikit masa untuk "telan" apa yg cuba diperkatakannya. tapi saya kagum dengan superhero KJ yg tiba-tiba bercakap mengenai posting itu tidak bertimbang rasa dan menghina penjawat awam. kagum.

tambah KJ lagi, ramai kakitangan awam sanggup melepaskan tawaran kerja dengan gaji dan manfaat yang lumayan di sektor swasta disebabkan mahu berkhidmat kepada negara. to be honest; hurmmmm, i doubt that.

be realistic man. i mean, c'mon. nak berkhidmat kepada negara doesnt mean they have to work with the government. buat voluntary service ke, apa2 kerja sukarela. tipu lah kalau dapat better pay kat private company tapi sanggup lepaskan untuk kerja dekat government semata-mata nak berkhidmat untuk negara. we have to admit that everybody is striving, struggling untuk survive hidup. kalau hari nih makan lauk ikan, esok mesti ayam, lusa udang etc. aku tak cakap semua, tapi kebanyakkan. say 99% out of that 1 million civil servants? dan baki 1% yg betul2 ingin berkhidmat untuk negara itu mungkin kebanyakkan diwakili oleh guru2.

3 comments Tuesday, May 22, 2007


gambar dari blog roslan sms corner. anda tahu nilai durian itu? RM26000 utk 200 biji. itu lapor the star. [lihat artikel beliau pada 17th may 2007]

tinggalkan cerita durian. ini kisah pengundi hantu. beli undi. rasuah RM200 dan sehelai kain batik untuk satu pangkah.

kalau di tengok balik. yg ambil RM200 dengan sehelai kain batik ini bukan lah golongan berada. pada mereka apalah sangat RM200. lojiknya, orang yg sederhana yg mungkin terkena dengan magic RM200 dan sehelain kain batik.kemudian; 5 tahun dia rugi dan sengsara dengan kenaikkan harga barang, harga minyak etc etc ditebus dengan RM200?

cerita azmin dalam salah satu siri ceramahnya, bijaknya orang kelantan apabila diberi RM200 ini dia ambik saja. tapi bila masa memangkah, die tetap pangkah PAS.

apa? orang diberi RM200 nih takut berdosa ke bila dah ambik RM200 tapi pangkah parti lain? awat hang rasa bersalah ka kalo pangkah lambang lain? masa ambik RM200 tak ingat nak rasa bersalah?

apa magicnya RM200 ini boleh buat orang lupa kepada tekanan demi tekanan dalam keadaan ekonomi seisi rumah?

RM 200 dibayar utk lantik mereka perintah selama 5 tahun. tak ke bodoh tuh.kalau nak sangat, mintak banyak skit! tuh, hang tengok kat atas tuh. dia bayar hang sama mahai ngan sebijik durian yg dia makan. hang ingat die heran sangat nak bg RM200 tuh? hang ingat die kenang sangat jasa memangkah BN? die bayar kepercayaan hang sama mahai dengan yg die bayar sebijik durian die je. tuh pon bukan duit dari poket die pon.

ohhh.saya bukan menyerang peribadi! huh.

saya bukan membuat generalisation. maksud saya, tak semestinya semua pemimpin UMNO itu busuk macam tempoyak. mungkin ada saja seperti D24. bahasa mudahnya; kalau pemimpin itu menyogok dengan RM200 dan sehelai batik, atau pembangunan seperti maggi slurppp cawan saja, warning die sket. jangan biar bermaharajalela.

lihat saja contoh di berembang. khir toyo bukan tidak tahu mata masyarakat akan memerhati tindakan beliau membenarkan perobohan rumah2 serta surau. tetapi, dengan angkuhnya khir toyo masih boleh membenarkan perobohan walaupon mahkamah membenarkan penangguhan perobohan sebagaimana yg diminta oleh penduduk kampung. kerana apa? kerana khir toyo mahu buktikan, dia berkuasa, dia mampu buat apa saja.

saya tidak cakap yg calon2 dari PKR, PAS dan lain2 itu perfect. tapi kalau kita tahu mereka adalah calon yg lebih baik, kenapa tidak? UMNO itu hanya tinggal nama!

sekarang ini, tidak ada satu badan pon yg bebas, yg berani bangun dan katakan "no abdullah you're wrong, no UMNO you're wrong! no paklah, you're not supposed to buy that luxury jet, you're not supposed to accept the luxury yatch etc etc" [refer kepada polis, mahkamah, majlis bandaraya, termasuklah EC] selain parti2 pembangkang, Dr Mahathir dan beberapa penyokong mahathir yg dibuang dari UMNO dan juga beberapa ahli2 kecil UMNO yg masih dok kenang jasa Mahathir.

i dont know what happened to the people. either they dont see that there is something wrong with the government, or they are just dont care. mereka yg tidak peduli, saya rasa seperti orang yg mementingkan diri sendiri. asalkan diri selamat, lepas makan, cukuplah. masa nak pangkah pon mungkin dia main tutup mata and pangkah. ataupon dia tak pangkah langsung. ataupon bawak balik kerta undi buat souvenir?[ring any bell?]

sekarang ini, mat rempit lagi bagus dari orang yg belajar tinggi langit. sekurang-kurangnya, dia ambik tahu, kurang-kurang die tahu mana die nak pangkah bila masuk time mengundi, kurang-kurang die turun berkempen untuk UMNO. walaupon berkempen seperti orang yg tak civilised.tapi kurang-kurang die ambik tahu. sedihnya, pelajar2 di langit ini, yg ada access internet tak tahu adanya by-election di Ijok baru2 nih. ini bukan kisah rekaan. dan saya tak generalise. saya refer kepada yg tidak ambik tahu kerana rasa tak perlu ambik tahu.

yg ambik tahu plak, tak pasal2 kena tindakan tatatertib dek AUKU. change people! change for the better!

p/s: tak sampai 1st june aku dah menulis lagi! haha. lepas gian.


6 comments Monday, May 14, 2007

walau dalam apa jua lapangan, selamat berjuang untuk semua. we fight for life, we fight for justice, we fight for the future.

selamat berjuang juga untuk rakan sekitar uk. dan diseberang benua; US. semoga selamat semuanya; doa saya untuk semua, dan juga diri sendiri.

saya cemburu melihat rakan tekun menelaah, untuk itu, there will be no updates di tangisansangpenyu.blogspot.com! hahah.

tapi itu bukan alasan untuk saya berhenti dari terus mengikuti perkembangan dari anda semua.

jumpa lagi pada 1st june 2007.

salam.


5 comments Friday, May 11, 2007

baru-baru ini aku mendengar ucapan YB MB kelantan. katanya, di bachok tak silap aku ditubuhkan sebuah pusat latihan khusus untuk melatih jururawat-jururawat dari kalangan pelajar lelaki. MB dijemput untuk merasmikan penubuhan pusat latihan tersebut.

idea penubuhan itu timbul setelah YB MB itu tidak mahu nurse perempuan merawat beliau semasa di masukkan ke hospital tempohari.

Imam Hadhari, tercabar tak?

4 comments

wahhh, hebat benar bunyinya. sistem pendidikan negara kita diintai oleh negara luar! sistem pendidikan kita yang menekankan agama selain akademik! sistem pendidikan kita yg menjadi punca kepada keamanan dalam malaysia.

pernah dengar usul untuk memansuhkan bacaan doa di sekolah? pernah dengar pelajar dibuang sekolah kerana berserban? pernah dengar pelajar perempuan diberi kebebasan untuk tidak bertudung? pernah dengar sekolah agama tidak diberi bantuan?

meminjam dari M. Nasir, melihat dari mata burung atau dari dalam tempurung?

menteri-menteri malaysia aku andaikan sebagai kumpulan pementasan opera. make up kan malaysia tebal gila-gila. pendek kata; semua nampak indah. solid. gebu.

bila sebut malaysia.. ohh, negara yang aman tuh. ohh, negara yang lawa tuh, ohhh, negara yang demokrasi tuh. ohh, negara yang bebas itu.




2 comments Tuesday, May 08, 2007

maka bersoraklah 1.2 juta kakitangan kerajaan yang bakal menikmati kenaikkan gaji.

sayangnya, PM sedar " "hak" kenaikkan gaji kakitangan awam semasa kerajaan menuju expiry datenya. dah sampai masa kerajaan nak bubar baru nak sedar, gaji tak padan dengan kos sara hidup. terlambat sedar. sebab asyik tidur barangkali.

aku kagum, menteri-menteri ini, termasuk PM, selalu saja berbicara mengenai kecekapan, keadilan, amanah dalam membuat kerja, tetapi saban hari pelbagai masalah yg mereka timbulkan. tanpa rasa bersalahnya bercakap mengenai tanggungjawab dan kejujuran dalam berkhidmat untuk rakyat.

bak kata Ibrahim Ali dalam ucapannya semalam, mungkin harga minyak pon akan turun sepuluh sen sebelum GE. so people vote for BN! tapi telah Ibrahim lagi, dah menang 12th GE , next term, harga minyak naik lagi 70 sen.

kenaikkan gaji ini lebih kepada memujuk rakyat secara umumnya that they care, the listen to the people. apa yang harus dilihat adalah what they did along the way, for the whole 5 years, bukan dilihat kepada apa perubahan yg dibuat minit-minit terakhir sebelum present kerajaan dibubar. atau perubahan dan kemajuan yang dibawa pada minit-minit terakhir sebelum pilihanraya kecil.




2 comments Sunday, May 06, 2007

entry ini aku sunting, edit dari laporan utusan online ini. ZAM in action again!

blogger bebas, afifi berkata, Malaysia perlu mengklasifikasikan antara menteri profesional dan bukan profesional sebagai satu mekanisme untuk mengawal jawatan dalam kerajaan daripada disalahgunakan.

Ini kerana bagi beliau menteri yang profesional adalah mereka yang berasa lebih bertanggungjawab memastikan mereka melaksanakan tugas, tanggungjawab dan janji mereka terhadap rakyat.

“Pengklasifikasian ini juga akan memudahkan untuk tindakan diambil terhadap mereka yang didapati melanggar undang-undang negara termasuk rasuah, salahguna kuasa, tidur di dalam mensyuarat, kronisme, guna wang rakyat untuk keselesaan peribadi, termasuklah bodoh dalam tindakan dan strategi pentadbiran” katanya pada persidangan lintas langsung dari England.

Afifi berkata, jelas berlaku di negara ini bahawa ada pihak tertentu yang telah menyalahgunakan jawatan mereka untuk kepentingan individu dan kumpulan mereka, termasuk ada menteri yang menyentuh perkara yang termaktub dalam Perlembagaan negara seperti soal agama serta perkauman dan perkara yang menimbulkan rasa kurang senang kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Yang ini kita perlu kawal. Kita bimbang ia akan disalahgunakan oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri untuk menyebarkan fitnah.Seharusnya ada satu mekanisme untuk mengawal perkara ini termasuklah dengan mengklasifikasikan antara menteri profesional dan juga yang bukan profesional,” katanya.

afifi berkata, perkara itu penting bagi membolehkan rakyat menentukan sama ada menteri-menteri itu boleh dipercayai atau tidak.

[/quote]

saya klasifikasikan ZAM ini sebagai salah seorang menteri yg bodoh! yang fikir rakyat boleh diperbodohkan. who the hell is this guy, out of nowhere, pegi propose kat kerajaan Perancis supaya apply idea perasan hebat beliau ini. again, i doubt if ZAM betul-betul propose atau hanya berkokok di media malaysia. hahah.

he talked about "risau nanti rakyat dinafikan hak mendapat maklumat" another bulls*** from him.. hak mendapat maklumat konon. he talk as if malaysians duduk di dalam gua jin bertendang. what happened to jeff ooi, rocky. and now RPK. [siapa sangka, his articles in malaysia today worth 85million!] what happened to harakah, suara keadilan dan ancaman demi ancaman kepada bloggers.

i dont think abdullah and the others in putrajaya see the bloggers as the people who work with him. they dont see the bloggers as the people who works for him either. he see them [the bloggers] as, the people who work against them.

no lah, we'd love to work with you! and it would be very much appreciated if you could please find someone else to replace this ZAM.


4 comments Friday, May 04, 2007

hahaahha.. betul tuh.. ada sesape berani? mungkin jugak boleh ditukar statement itu, "kalau berani, rempitlah sendiri"

salah satu sebab kenapa mat rempit merempit adalah kerana berani. tak siapa sangkal mat rempit itu memperjudikan nyawa mereka di jalan raya. so, apalah sangat nak dibandingkan dengan terjun di kutub. sama saja risikonya. the real challenge for these mamat-mamat rempit is to stop merempit. nak merempit pon rempitlah. nak suruh berhenti merempit semacam mustahil. cukuplah sekadar tak membahayakan nyawa orang lain. buatlah kerja korang, jangan kacau hidup orang lain.

matilah UMNO kalau-kalau nanti seluruh warga mat rempit mintak nak dibiayai penerjunan di kutub. ya lah, terjun di kutub menunjukkan mat rempit ini mampu mengharumkan nama negara. belive me, malaysia should stop doing things atau encourage people to do things yang takde manfaat atas nama "mengharumkan nama negara"

jelajah kutub lah, terjun di kutub lah, berbasikal keliling dunia lah, berenang selat lah. macam-macam. di negara lain, mereka buat aktiviti ini untuk kutip derma, berenang untuk mangsa tsunami ke, mangsa AIDS ke, mangsa taufan katrina ke. di tempat kita, mereka nak berenang, mintak orang sponsor, mintak kerajaan support. bukan sikit. banyak pulak tuh. tujuan? "untuk harumkan nama negara. untuk buktikan malaysia boleh"

entah siapa yang dapat manfaat bila nama malaysia ini harum.macamlah negara lain datang nak bernianga di malaysia kerana nama malaysia dah harum. macamlah orang lain nak bagi derma bila ada mangsa tsunami kat malaysia, atau bantu warga miskin di malaysia. ada ke??

ya. lagi satu budaya yang makin popular dalam mengharumkan nama malaysia adalah, PM yang paling tinggi maintenance. [ingat awek je maintainance tinggi?] PM malaysia hadiah mesti mahal. kapal je RM30 juta. istana hinggap je RM60 juta. pesawat VIP yang nanti disewa pon; dibeli dan diubahsuai mengikut citarasanya bernilai RM 200 juta. itu baru trend PM. belum masuk lagi trend komisyen urusan jual beli senjata yang cecah ratus-ratus juta.

orang susah dok fikir; macam mana nak beli beras, bila laa boleh makan ayam?, yuran sekolah anak bila lah boleh bayar, hutang kedai runcit tuh tak settle lagi, bulan depan kereta kena tarik lah nih dll..

aishhhh, bahlol punya orang!

0 comments Tuesday, May 01, 2007

dan begitulah nasib di Ijok. najib kata it was a fair election. mereka kata demokrasi masih segar di Ijok. tidak ada apa yang perlu dipertikaikan. full stop.

tinggal saja kisah Ijok. masih banyak yang menanti dihadapan. lagi pula Paklah sudah membunyikan semboyannya. pilihanraya umum bila-bila masa.

siapa pon menang kerusi Ijok, perlbagai teori yang muncul. ada yang kata [atau aku yang kata?], melayu bodoh, tak reti bahasa, tak kira ekonomi ke, kene tipu ke, dikhianat ke, tetap percaya pada UMNO. tetap percaya kepada BN. nak buat macam mana pon? even if PKR menang di dun Ijok, tak banyak perubahan yang mereka boleh buat. najib was right when he said Tan Sri Khalid tak mampu mengubah Ijok, kerana modal bukan kelebihan PKR. berhempas pulas lah khalid meminta-minta dari kerajaan negeri mahupon kerajaan pusat nanti.

aku tertarik dengan analisis RPK. katanya, crowd di ceramah penerangan tidak boleh diterjemah kepada maksud penyokong atau pengundi. maksudnya, yang menghadiri ceramah itu boleh sesiapa saja. idea RPK menjawab persoalan retorik aku. "kenapa time ceramah, di blog semacam ramai saja yang menyokong agenda perubahan PKR? kenapa tiap kali pilihanraya kalah saja?" mungkin crowd itu orang dari luar, mungkin orang yang tak berdaftar pengundi pon, mungkin jugak penyokong UMNO yang mengisi masa mereka mendengar cerita2 baru yang bakal dibongkar. and he was right too when he said PKR harus menang kerana hebatnya PKR, bukan kerana buruknya UMNO/ BN.

ya, baru aku ingat. melayu suka kepada gosip. mereka gemar sekali akan cerita belakang tabir. itulah yang setiap kali Anwar berceramah, pasti ramai saja yang datang. pasti ramai yang bertepuk. balik rumah, esok mengundi pangkah BN juga. sebab PM dah berjanji, bermacam rancangan pembangunan bakal dinikmati rakyat. projek dipelusuk malaysia. dan dalam hati mereka berdoa barangkali, moga-moga Abdullah lembut hati untuk menurunkan harga minyak. mengawal harga barang. berdoa barangkali, ekonomi akan bertambah baik. dan mungkin berdoa barangkali, agar Anwar diampunkan kerana membawa fitnah! hahah.

apa jadi pada BA? entahlah. pelbagai teori lagi timbul. persefahaman PAS dan DAP itu seakan tidak lojik. PKR seperti kancil tersepit. terlalu banyak hal. dan semua hal disandar pada bahu Anwar. Anwarlah yang mendedahkan bobroknya BN. Anwar lah yang terus memujuk melayu supaya DEB dimansuhkan. Anwarlah yang menarik cina dan india dengan plan NEP. mereka ada ramai lagi handalan. kenapa hanya Anwar yang berkokok? mungkin ada benarnya, karisma politik mereka yang lain termasuk Khalid Ibrahim sendiri tidak cukup terserlah. tidak seperti Anwar, tidak seperti Ezam atau mungkin Azmin.

barangkali rakyat perlu duduk bertenang. fikirkan balik. kerajaan ini perlu diubah atau tidak? kalau perlu, kenapa? fikirkan balik, mampu ke BA mentadbir malaysia? akan berubahkah malaysia selepas diambil alih BA? tapi, usah fikir jauh sangat. usah fikir bagaimana konsep malaysia nanti? berubah menjadi negara Islam? boleh duduk diamkah kit siang dan karpal sigh?

sekarang yang sesak nafas bukan lagi BN. sebab mereka ada banyak penyelamat-penyelamat yang akan membantu mereka tarik ke tepi. mereka ada polis, mereka ada SPR, mereka ada media dan mereka ada pengundi-pengundi yang dulu, kini dan selamanya bersama BN. yang penting mereka ada kuasa dan wang. yang sesak nafas sekarang adalah BA. samada mereka mahu terus mementingkan diri sendiri menyelamatkan diri masing-masing.atau mereka mahu berganding bahu dalam erti kata sebenar, bukan hanya kata-kata.

kalau ditanya aku? aku mahukan perubahan!


4 comments Monday, April 30, 2007

saya menarik nafas dalam. saya termenung. saya sedih. bukan kerana saya mahukan kekalahan untuk BN. bukan juga saya menantikan kemenangan di pihak PKR.

jika beginilah nasib politik Malaysia pada masa sekarang, tak dapat saya bayangkan rupanya di masa akan datang. jika dilihat pada skala yang lebih besar, apabila dunia dipenuhi penindasan, akan didatangkan Imam Mahdi, menyelamatkan umat manusia. saya rasakan penindasan ini sudah cukup memalukan, sudah cukup menekan perasaan. tak dapat saya bayangkan penindasan yang lebih besar seperti yg selalu diperingatkan kepada kita.

saya geram. apakah pengkhianatan yg didedahkan, sara hidup yang membebankan, pengajaran dari negara-negara jiran masih tidak cukup untuk buat pengundi beralih arah. cukup sebagai amaran kepada pengkhianat di singgahsana, sebagaimana yang disarankan Tun. oooh, saya berpegang kepada prinsip, lihat kepada apa yang diperkatakan, bukan kepada siapa yang mengatakan. jadi, ini bukan bermaksud saya menerima pengkhianatan Tun suatu masa dulu.

benar bagai yang dikata. nak lihat bagaimana mentaliti [tahap pemikiran] sesuatu masyarakat, lihat kepada siapa pemimpin yang dipilih mereka. kita diberi pilihan untuk menentukan siapa yang sepatutnya berada di putrajaya. saya tak bermaksud menentang seluruh pemerintahan putrajaya. tapi saya kepingin melihat rakyat, masyarakat mendesak kerajaan. buatlah apa saja. bantahan, demonstrasi, hantar surat bantahan. desak kerajaan supaya lebih adil. supaya lebih telus. kenapa hanya anwar ibrahim, nik aziz, ezam, husam musa, kit siang [dan lain-lain termasuk beberapa kerat bloggers] yang bersungguh-sungguh mendesak siasatan ke atas pengkhianat-pengkhianat putrajaya.

dengan keputusan dan kejadian-kejadian di Ijok, saya merasakan, seperti putus sudah harapan. SPR nya yang tunggang langgang dan jelas ketidaktelusannya, dengan polisnya yang jelas berat sebelahnya, dengan kebodohan sesetengah pemuda pemudi yang goyah kerana upah seratus dua, keganasan yang tidak terkawal.

barangkali kenaikkan harga barang itu bukan apa-apa. tiada yang merasakan tekanan hidup barangkali. tiada yang merasakan mereka ditipu barangkali. tidak ada apa-apa
yang perlu diubah barangkali.

tapi saya punyai pilihan untuk bangkit. lawan tetap lawan masih terngiang-ngiang.

penemuan oleh Jeff Ooi ini benar-benar buat saya susah hati. ini bukan masalah politik kotor UMNO, bukan masalah pemerintahan Abdullah Badawi. ini masalah kebodohan majoriti.


2 comments Friday, April 27, 2007

dalam laporan malaysiakini, TDM memberitahu rakyat berpeluang untuk memberi petanda amaran kepada kerajaan. rakyat punyai upaya untuk memberitahu kerajaan "baik kau kerja baik-baik, or else aku undi orang lain" in a way, aku bersetuju dengan statement TDM, think before you vote. yang mana most of the voters vote sbb dia dah attach to certain party.

aku melihat attachment individu kepada sesebuah parti atau gagasan idea itu lebih kurang aku andaikan dengan muslim keturunan. ibu bapa aku Islam, so aku adalah orang Islam. ibu bapa aku UMNO, so aku rasa UMNO sajalah yang mampu membela nasib aku.

kita tidak banyak ilmu kerana malasnya kita. malas untuk ambil tahu. malas untuk cakna. kita tidak banyak analisis. kita tidak banyak diskusi. kita tidak banyak berfikir. kita buat sesuatu yang kita rasa senang. yang asalkan tidak menyesakkan otak. sesaknya otak itu kerana kita sumbat dengan hal yang remeh temeh, hal yang pentingkan diri sendiri, yang rasa diri sendiri sentiasa betul, susah nak mengaku kalah.

terkongkongnya pemikiran itu kerana pada asasnya kita dah pilih apa yang kita nak dengar, kita pilih apa yg kita nak lihat. kita tak beri peluang kepada diri untuk terima sebanyak mungkin yang boleh untuk kita serap, proses dan hadam.

manusia suka meletakkan visi dalam perjalanan hidup mereka. visi yang baik, akan memberi input dan hasil yang baik. visi yang cacat atau perasan best, akan membuat manusia seolah mencapai matlamat hidup walhal mereka hakikatnya sesat.

Imam Hassan Khomeini dalam salah satu bukunya, yang membicarakan proses taqarrub kepada Tuhan, ilmu itu merupakan stage pertama. tetapi ilmu itu tadi tidak boleh dibiarkan pasif, ia mesti digerakkan oleh diskusi, debate dan diolah dengan argument dan justifikasi. aku bersetuju dengan konsep; akal dan agama itu tiada benteng. saling memerlukan. tetapi asasnya, tegas Imam, manusia mesti terlebih dahulu membebaskan diri dari sikap pentingkan diri sendiri dan ego, yang menjadi kunci kepada segala titik negative dalam diri manusia.

yang penting pada aku, hati mesti tenang. barulah idea, pendapat, kritikan boleh disampaikan dengan baik. emosi, gelojoh, perasan best akan hanya melahirkan idea, pendapat, kritikan yang tidak matang. atau mungkin kelihatan seperti bodoh?

faisal tehrani mempunyai point dalam artikel ini. baca, lihat dan tafsir sendiri. my point is, manusia sukar untuk terima hakikat "aku salah" atau susah untuk mengakui "ustaz aku salah". baca sajalah diruangan komen artikel beliau itu. dan manusia yg dikepompong ini susah untuk tukar setting 'ilmu yang selama nih aku rasa betul' itu, salah sebenarnya. manusia kepompong seperti yang diolah oleh fathi aris omar. manusia yg hanya menunggu untuk disumbat. dan hafal. atau manusia yang mengitar semula apa yg pernah disampaikan oleh orang lain seperti dalam artikel Ancaman Pembiusan Agama ini. manusia-manusia ini yang kemudiannya perasan best!



2 comments

Datuk Zam semalam dalam akhbar utusan kecewa dengan sikap BBC yg menemuramah Anwar Ibrahim beberapa minggu yg lepas. and this great Zam siap hantar notis bantahan kepada editor BBC. itu menurut laoran lah. entah betul entah tidak. hebat benar Zam membantah BBC.

Zam ini tidak sedar, atau memang bodoh. apa BBC itu peduli pon kalaupon Zam membantah. apa mereka peduli apabila dasar mereka adalah setiap orang punyai hak untuk bersuara. kebebasan. mereka tidak terkongkong dengan dakyah "tidak boleh menentang kerajaan".

Zam atau pak menteri mana pon harus ingat dengan pepatah, masuk kandang kambing mengembek.. nih dah datang uk pon nak bawak polisi malaysia yg menyekat kebebasan maklumat. menyekat kebebasan audience untuk memilih dan menentukan siapa pilihan mereka.

and who is Zam to talk about democracy?

6 comments Thursday, April 26, 2007

mereka guna polis. mereka guna media. mereka perbodohkan orang kampung. mereka peralatkan pengundi.

pada masa pilihanraya kecil lah pengundi merasa janji ditunaikan. tiba-tiba ada peruntukan untuk perbaiki jalan. tiba-tiba ada duit untuk perbaiki sistem perparitan. tiba-tiba banyak pula peruntukan untuk bina masjid. bina sekolah. be careful wakil-wakil rakyat lain. jangan-jangan ada rakyat yang berdoa, agar wakil-wakil rakyat mati, sakit.. [nauzubillah] supaya adanya pilihanraya kecil. supaya nasib dan hidup susah mereka dibela saat pilihanraya kecil.

lihat saja berapa banyak janji yang ditabur untuk Ijok? Muhyiddin pon seolah tersasul apabila utusan melaporkan laporan ini. kenyataan Muhyiddin meng'confirm'kan [God, i cant find the exact malay word..tiba-tiba lost] apa yang terjadi di Kelantan. bagaimana kerajaan pusat menyekat bantuan kepada kerajaan negeri Kelantan.

apa sebab kerajaan pusat, kerajaan UMNO yg syok sendiri menjadi pilihan rakyat, tidak boleh mengeluarkan bantuan dari segi kewangan jika pelan pembangunan yg dikemukakan calon PKR itu mampu mengubah rupa dan nasib rakyat di Ijok?

dan lagi, mereka menggunakan kuasa ke atas pasukan polis untuk menghentikan ceramah oleh calon PKR. kenapa? kenapa permit itu susah untuk dikeluarkan? lihat saja video ini. "no comment". ketua polis pon dah bagi jawapan macam artis.

media itu toksah cakap lah. dari dulu pon. yg side BN tuh memang takde cacat langsung. elok cantik saja. kalau PKR tuh, bagilah calon itu bekas pengerusi PNB ke, Guthrie ke, diorang masih lagi rasa Khalid Ibrahim tak akan mampu untuk membangunkan sebuah kampung Ijok ini.

khalid ibrahim and the rest of PKR committee have done their best to convince people in Ijok that they should have been given a chance. and now its up to the Ijok people to choose the best candidate to serve for them. either najib.... oooppps, parthiban or khalid ibrahim.

as for me, even khalid ibrahim kalah dalam pertarungan di ijok ini, tapi mereka rasanya akan puas. puas in the sense that, jika EC transparent, tiada pengundi hantu, kempen pilihanraya yang bersih, polis tak sekat ceramah kempen pembangkang, media memberi coverage yang balance, PKR akan menang. puas lagi kerana BN berhempas pulas untuk menang di atas kertas. lihat saja berapa banyak mereka habiskan untuk janji2 Ijok? apa mereka peduli pon, bukan duit mereka yang licin. najib juga pasti tidak senang duduk dengan isu yg semakin hangat di Ijok itu. Abdullah diam membisu?? kenapa ya?


4 comments

terima kasih untuk saudara fathi aris omar. sejujurnya, saya peminat beliau. heheh. berikut saya copy paste dari blog beliau. artikel yang sangat menarik, terang bersuluh, senang dihadam. saya rasa saya sependapat. terima kasih dengan keizinan untuk menampal artikel ini di sini. to the readers, you are welcome to share your experience and views about usrah in fathi's blog here.

DIBAWAH MENDUNG USRAH
Wednesday April 18, 2007

Saya tidak pernah ingat saat pertama, hari pertama, saya mengucap dua kalimah syahadah; tidak pula pernah ingat bilakah saya pertama kali mendirikan sembahyang. Tetapi saya masih terbayang-bayang kali pertama terlibat dengan usrah – pintu masuk ke dunia aktivisme dakwah.

Hari itu, di surau sekolah pada suatu petang, ketika saya di Tingkatan Tiga, seorang teman mengundang saya menyertai diskusi tentang Islam. Tanpa mengetahui atau mengesyaki apa-apa, saya malu alah pergi juga – dan dengan tergagap-gagap berkata sesuatu tentang teks yang dibincangkan itu. Seingat saya ada lagi beberapa pelajar senior – seorang dua masih berbekas dalam ingatan saya tetapi kini entah di mana mereka saya tidak pasti.

Bukunya tidak lain tidak bukan Maza Ya’ni Intimai al-Islam atau bahasa Melayu, Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Fathi Yakan. Buku ini masih disebut-sebut dan dikagumi orang, hairan entah kenapa ia boleh menjadi semacam bible atau Das Capital-nya usrah.

Tentulah teks seberat itu, di hari pertama usrah umum, sesiapa sahaja akan tergagap-gagap. Tetapi saya gugup bukan kerana besar atau kompleksnya teks itu tetapi kerana memang tidak mudah rupa-rupanya untuk bercakap di depan ramai orang – apatah lagi mereka sedang memerhatikan kita, menunggu lontaran buah-buah fikiran kita atau sedang membaca di mana kelemahan jalan fikir kita agar mudahlah proses indoktrinasi dijalankan kemudian.

Ya, tentunya senang menyebut “proses indoktrinasi” sekarang, selepas 24 tahun peristiwa berusrah saya tinggalkan. Tetapi saat itu, sebagai budak mentah berusia 15 tahun yang bakal menduduki SRP, saya berdepan dengan Islam seperti seorang Melayu yang sudah sebati dengan agamanya sebagai sebahagian budaya dan sistem sosial di sekelilingnya. Islam sebagai agama yang perlu dipelajari dan dihayati. Bukan Islam, atau anutannya, sebagai bahan kritik seperti saya melihatnya saat ini.

Perkenalan pertama itu dengan Fathi Yakan menghanyutkan saya dalam buah-buah fikirannya, termasuk Generasi Muda dan Perubahan (Asy-Syabab wa Taghyir), Bagaimana Menyeru Kepada Islam (Kaifa Nad’u ilal Islam) atau Masalah Dakwah dan Pendakwah (Musykilatul Dakwah wa Da’iah).

Selain Dr Fathi Osman dengan majalah Arabia-nya, yang saya kenali selepas tahu membaca teks Inggeris, barangkali nama pena saya kini tercipta gara-gara kekaguman pada Fathi Yakan – saya dipropagandakan beliau sebagai seorang jurutera tetapi fasih dengan pengetahuan agama dan seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Tidak semua pelajar senior yang bergiat bersama usrah waktu itu saya ingat hingga kini tetapi semua teman Tingkatan Tiga yang kekal berusrah sehingga Tingkatan Lima di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri asal saya masih berbekas dalam ingatan. Dan masih akrab walaupun jauh – seperti jauhnya lagu Zainal Abidin dalam album Hijau. Waktu itu darah muda, idealisme dan semangat membuak-buak, keghairahan membaca dan mendalami agama melalui usrah sayangnya tidak dipandukan oleh seorang guru, atau ustaz, yang sistematik. Jadi, usrah kami waktu itu sering menjadi diskusi di kalangan teman-teman ini, selain berbekalkan kuliah agama, kaset ceramah dan perkongsian (juga perdebatan) tentang agama dan politik nasional (juga gerakan pelajar Islam) era 1983-85.

Tidak sama dengan teman-teman seangkatan kami di sekolah-sekolah berasrama penuh lain – waktu itu menjadi sasaran utama gerakan IRC selepas ABIM mulai melemah gara-gara kemasukan Anwar Ibrahim dalam Umno, manakala PAS pula belum membuka sayap pelajarnya tersendiri – yang dibimbing oleh seseorang guru yang mengajar di sekolah mereka sendiri, kami berhubung dengan beberapa teman dalam ABIM Terengganu.

Khabarnya ABIM Terengganu saat itu berjaya disusupi oleh anasir-anasir IRC untuk memanjangkan perjuangan ala Ikhwanul Muslimin mereka. Entahlah, begitulah saya dimaklumlah dan begitulah debat (sebetulnya persaingan dan perebutan pengaruh) yang berlangsung pada tahun-tahun seterusnya sehingga saya meninggalkan dunia pelajar dan kemahasiswaan, penghujung 1991.

Sama ada tersengih, tersipu atau berdendam, hakikatnya dunia dakwah yang kami kenali dalam tempoh itu – dalam semua pergerakan Islam, termasuk PAS – dunia hingusan dan “syok sendiri” yang dipam masuk oleh kenyataan dan analisa teman-teman yang lebih senior. Dua puluh tahun saya melihat ke belakang, ternyata benar juga kenapa orang muda awal-awal menyokong Hitler dan anak-anak mentah satu-satunya kelompok manusia yang masih setia kepadanya pada jam-jam terakhir rebahnya pemimpin Nazi itu.

Barang kali apa yang tercatat dalam Generasi Muda dan Perubahan ada benarnya di sana-sini atau, dengan ungkapan lain, kalau kita ingin menyesatkan sesuatu masyarakat, sesatlah generasi mudanya!

Tidaklah ingin saya membayangkan usrah itu sama dengan Hitlerisme atau kesesatan. Tetapi strategi mengepung fikiran pengikut, mengepam mereka dengan yang muluk-muluk, menanam dogma ke dalam fikiran mereka, mengapung perasaan “syok sendiri” dalam semangat kekitaan jemaah Islam – dalam imbasan saya saat ini, sewaktu usia sudah menjangka 39 tahun – tidak jauh bezanya dengan Hitlerisme atau kediktatoran di mana-mana jua, di zaman apa pun.

Dan tentunya sewaktu kita berada di tengah-tengah khayalannya kita tidak mungkin menyedari betapa buruknya ia berkembang dan betapa kejinya ia diizinkan berkembang.

Hakikatnya, saat ini, saya menyedari semua kepungan fikiran rupa-rupanya sejenis jenayah kemanusiaan yang maha besar – barangkali seumpama genocide di Rwanda atau Balkan, cuma bezanya dua tragedi ini menzahirkan mayat-mayat bergelimpangan; usrah menyembunyikan mayat, sebaliknya melahirkan zombie!

Saya tidak kecewa dengan usrah, jangan salah faham. Saya menikmati setiap saat dan ketika bersama usrah, teman-teman dan aktivisme pelajar dakwah. Ia banyak mengajar dan mematangkan. Kurang lebih 10 tahun, ia ibarat kem latihan yang ketat, padat dan menggetarkan idealisme. Ia menyeret saya ke sebuah dunia aktivisme (dengan khayalnya tersendiri) hingga saat-saat menulis catatan ini.

Kritik di atas tadi sebetulnya dalam konteks sistem berfikir aktivis Islam (dan kini mungkin aktivis politik, orang seni, intelektual dan NGO juga) vis a vis tanggapan mereka tentang dunia, perubahan sosial dan dunia kecil mereka. Pengalaman bersama usrah dengan putih, kelabu dan hitamnya sendiri ibarat sebuah kampus awal untuk meneroka dunia dewasa yang lebih mencabar – tetapi, pastilah, semua pengalaman itu harus diproses kembali untuk dijadikan teladan atau sempadan.

Entah mengapa dan bagaimana, idealisme pada saya menjadi bahan bakar pemberontakan pula. Memberontak pada idealisme yang kaku, tohor dan tidak memuaskan kedahagaan cendekia. Memberontak pada dinding kaca – kemilau di luar, terpenjara di dalam. Jadi, di celah-celah retak kaca itu tenaga pemberontakan saya mengalir di penghujung 1980-an dan diasah awal 1990-an, khususnya sewaktu mengendalikan majalah Perspektif terbitan JIM. Dan, pastilah bukan saya sendirian, semua teman yang kritikal akan mengalami “krisis ini”.

Dan celakanya separuh kedua dekad 1980-an membuka lebar retak-retak idealisme itu apabila semua gerakan Islam – di kampus khususnya, termasuk luar negara – bercakaran sesama sendiri, termasuklah melupakan segala adab dan idealisme Tuhan yang mereka agung-agungkan itu. Sebagai makhluk kritikal, saya berusaha sekuat mungkin untuk berdiri di pinggir perang besar itu.

Dan, jika dirujuk teman-teman lama, saya kira saya berjaya berdiri sebagai by-stander, bukan pahlawan-pahlawan perang antara jemaah. Rekod saya – sepanjang perang ini, dan sepanjang era usrah – kalau mahu dibanggakan boleh disebut “bersih”, kalaupun enggan disebut “cemerlang.” Saya tidak menyimpan rekod itu, teman-teman yang menyimpannya dan merekalah yang berhak menilainya.

Dan mungkin sikap itu terbawa-bawa hingga kini dalam aktivisme menentang kuasa politik dan sistem karut yang ditimpakan ke atas kita semua; sikap untuk menentang “musuh bersama”, musuh utama dan terbesar, yang tercokol di depan kita semua dengan melupakan, atau meremehkan, titik bengik yang melingkari kiri kanan kedewasaan aktivisme.


[ii]
Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali!

Jika gejala ini sejenis paradoks – beginilah paradoks, satu-satunya, yang berjaya saya cungkil sepanjang 10 tahun berusrah dan bergerak dalam gerakan pelajar dakwah; dan selebihnya politik kepembangkangan, kewartawanan dan aktivisme era Reformasi 1998-99. Dan lebih parah daripada segala paradoks ini, keyakinan kita untuk menyebarkan dan melaung-laungkan kebodohan kita di depan masyarakat dengan rasa penuh yakin dan bangga!

Tidak lama selepas karya-karya Fathi Yakan, saya diperkenalkan pula dengan karya-karya al-Maududi (khususnya Fundamentals of Islam atau edisi terjemahan serpihannya, Iman, Islam, Jihad), Hassan al-Banna (Usul 20 dan Dakwah Kita), Syed Qutb (Petunjuk Sepanjang Jalan, Keadilan Sosial dalam Islam atau sebahagian Fi Zilalil Quran), Yusuf Qardhawi (Problema Kemiskinan), Muhammad Qutb (Salah Faham Terhadap Islam), Mustafa Masyhur (Petunjuk Sepanjang Jalan Dakwah), Said Hawwa (Risalah Ufuk Ta’lim atau terjemahan Jundullah: Thaqafatan wa Akhlakan) dan juga Abu Urwah (Risalah Usrah edisi pertama), selain makalah-makalah terbitan persatuan-persatuan mahasiswa universiti, termasuk PMUTM sewaktu Ahmad Lutfi Othman memegang jawatan setiausaha agungnya.

Kalaulah saya mengadakan usrah hari ini, saya haramkan buku-buku ini kepada anak-anak usrah saya.

Mereka sepatutnya membaca Syed Hussein Alatas (Intelektual Masyarakat Membangun atau Sosiologi Korupsi), Goenawan Mohamad (siri Catatan Pinggir), John Stuart Mill (On Liberty), George Orwell (Nineteen Eighty Four), Jean Paul Sartre (The Age of Reason), Alvin Toffler (Future Shock atau Third Wave), Majid Fakhry (A History of Islamic Philosophy), Bertrand Russell (A History of Western Philosophy), Friedrich August Hayek (The Counter-Revolution of Science: Studies on the Abuse of Reason), Seyyed Hossein Nasr (Science and Civilization in Islam atau Traditional Islam in the Modern World), Osman Bakar (Classification of Knowledge in Islam), Shaharir Mohammad Zain (Simbiosis antara Sistem Nilai dengan Tabii Matematik), Syed Naguib al-Attas (Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu) dan beberapa karya tokoh pemikir dan ahli politik tempatan. Mungkin buku Dr Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah, boleh dibaca dan relevan untuk “usrah baru” saya nanti.

Mungkin, selepas sekian lama berusrah, anak didik saya ini akan terkhayal dengan bahan-bahan diskusi yang ditelaah mereka dan mula berlagak sebagai “intelektual muda” dengan istilah-istilah ganjil dan “moden” untuk menakut-nakutkan sasaran sembang mereka. Tetapi, lebih baiklah berlagak dengan gaya ini daripada tidak sedar diri menjual kalimah-kalimah orang Arab, sesekali memetik al-Quran atau hadis, yang sudah basi dan tidak relevan dengan zaman dan geografi kita!

Kalau mahu jenama import, pastikan yang bermutu dan tahan lama.


[iii]
Jika kita selongkar usrah dan tinggalkan rangka diskusinya, di beberapa sisi, usrah tidak ubah sembang warung atau kelas tutorial di kampus. Mungkin elemen kerohaniannya masih relevan dan perlu tetapi, isu yang bergelut dalam benak saya selama ini, kenapa dinamika diskusi – yang seharusnya rancak, beragam, pelbagai hala, dan kritikal – boleh menjadi medan pembekuan, penggelapan dan kesehalaan manusia jemaah Islam?

Salah naqib atau naqibah? Atau salah teks usrah? Atau sesi kerohanian yang bersifat tradisional dan “menyeramkan” jiwa? Atau, memang ahli-ahli usrah itu asalnya "manusia terbuang", berasal dari kampung dan mempunyai low self-esteem, yang tidak berbakat – lalu mereka menjadikan usrah, serta gerakan Islam, tempat melarikan diri daripada ketewasan sosial?

Kenapa usrah melahirkan “sejenis manusia” tertentu – yang berjarak dengan manusia di sekeliling mereka? Dan apakah penyebab yang menjadi mereka “sejenis manusia” tertentu dan apakah faktor yang mendorong penjelmaan paradigma kumpulan seumpama itu – apakah ia diakibatkan oleh tarbiyyah Islamiah yang mereka alami, dengan versi-versi Islam haraki tertentu, atau mereka sendiri yang membentuk usrah dan gerakan Islam sedemikian rupa?

Di saat-saat saya mula bertindak merenung kembali persoalan ini, sewaktu masih lagi terlibat dengan program-program usrah dan aktivisme pelajar dakwah antara 1986-91, saya telah cuba menjawabnya dalam beberapa tulisan dan cuba menawarkan pemecahan masalahnya – khususnya bulan-bulan terakhir saya meninggalkan ITM Arau. Saya sediakan beberapa sukatan usrah, teks rujukan dan beberapa analisa politik kampus yang membolehkan positioning dan re-branding beberapa kelompok usrah gerakan pelajar dakwah, yang dekat dengan saya (tentunya!), dalam konteks ini yang ada hubungannya dengan IRC atau kini boleh disebut JIM.

Kerana kebetulan waktu itu, sejak di sekolah hingga ke kampus, usrah dan gerakan usrah kami yang bersifat “bawah tanah” tidak pernah mempunyai tapak yang kukuh dan mantap – tidak seperti kumpulan siswa IRC di beberapa universiti lain atau gerakan pelajar bawah sayap PAS dan ABIM yang mempunyai payung organisasi, dan sifat politik, yang jelas dan besar. Mungkin, sifat pergerakan IRC atau JIM, yang lebih junior berbanding dua organisasi itu menjadikan usrah kami seumpama itu. Entahlah, saya tidak mempunyai jawapan tentang itu semua.

Jadi, pendewasaan saya dengan Islam dan gerakan Islam, bukanlah semata-mata kesan ketundukan saya pada idealisme kelompok tetapi pertarungan (atau pemberontakan?) yang berterusan untuk memperbaiki keadaan yang, saya fikir, tidak sesuai dengan persekitaran dan cabaran yang melingkungi gerakan Islam dan idealisme mereka.

Artikel-artikel yang muncul kemudian, khususnya awal 1990-an, berkisar pada persoalan tersebut, persoalan yang saya geluti sepanjang dekad kedua 1980-an. Tentunya, ada nada keras dan geram akan tertonjol dalam catatan-catatan tersebut kerana penulis berdepan dengan sekumpulan besar manusia yang tidak mempedulikan kritikan.

Saya masih ingat artikel saya tentang ketaksuban pada "Ikhwanisme", yang terbit di majalah Dunia Islam (sekarang sudah tidak beroperasi), mengundang amarah teman-teman senior di kampung.

Yang mereka, seperti kerajaan atau parti pemerintah, fikirkan hanyalah memanjangkan hegemoni mereka dan melanjutkan paradigma mereka – sehingga selepas sekian lama meninggalkan usrah, saya dapat rasakan betapa meluasnya paradigma itu (yang berbau keislaman) telah tersebar dalam masyarakat kita, seolah-olahnya semua mereka pernah menyertai usrah!

Tradisi, organisasi, konvensi atau birokrasi memanglah sejenis gergasi gendut yang sukar berubah atau diubah. Ia sukar menyesuaikan diri kecuali di ruang-ruang yang menguntungkannya. Ia boleh menukar wajah dan slogannya tetapi mengekalkan intipati ajarannya yang membebalkan – “bebal” pada istilah seseorang yang mengkritiknya!


[iv]
Tidak lama selepas Saari Sungib, atau Abu Urwah, dibebaskan daripada tahanan ISA pada pertengahan 2003, saya diundang berceramah secara tertutup bersamanya di dua tempat – satu di Shah Alam di kalangan ahli JIM yang boleh saya katakan kelas menengah dan profesional; satu lagi di Bangi di kalangan mahasiswa.

Dan sekali lagi, igauan ngeri saya tentang usrah, aktivisme dakwah dan gerakan Islam singgah di benak saya ketika itu dan beberapa ketika selepas pertemuan itu.

“Igauan ngeri” saya katakan kerana pertemuan itu membongkar (sekali lagi!) kritikan-kritikan lama saya tentang kelemahan, kedangkalan dan kesempitan manusia usrah walaupun mereka itu datangnya daripada kelas menengah, sebahagiannya mungkin boleh berbahasa Inggeris dan bergaul dengan manusia profesional dengan bermacam-macam latar belakang, yang seharusnya mempunyai analisa atau maklumat jelas tentang pergolakan zaman ini – spirit of the age atau zeitgeist.

Oh, tidak! Ia seperti kembali ke penjara gelap apabila mendengar pertanyaan-pertanyaan mereka dan juga analisa-analisa yang dibentangkan kepada kami berdua. Terus-terang, saya tidak sabar berdepan dengan kelompok manusia seumpama ini dan saya bukanlah guru yang baik untuk mendidik orang-orang tua yang telah jauh disesatkan oleh usrah, aktivisme dakwah dan gerakan Islam. Saya kira (ulang: kira) untuk bersembang di warung sekali pun saya sudah tidak sabar lagi – ia begitu menjemukan, berpura-pura, saduran dan plastik (dengan maksud, tidak real).

Barangkali penyakit “manusia usrah” ini bukanlah sepenuhnya gejala yang ditimbulkan daripada indoktrinasi program mingguan itu dan kegiatan-kegiatan susulan dalam gerakan dakwah. Mudah untuk disebut, “manusia usrah” ini gejala yang kompleks – dengan simpang perenangnya di luar lingkungan tersebut.

Sekali imbas, manusia usrah ini “manusia Melayu”, “manusia muslim” dan “manusia Malaysia” dengan segala kemelayuannya, kemuslimannya dan kemalaysiaannya – merojakkan segala kelemahan Melayu, muslim dan Malaysia (3M?) dalam satu pinggan yang dinamakan usrah, aktivisme dakwah dan gerakan Islam. Semua daki-daki kotor 3M itu gagal dicucikan, dipalitkan pula dengan indoktrinasi usrah yang dibaurkan dengan teori perubahan sosial ala gerakan Islam.

Mungkin 3M inilah matriks usrah yang mudah kita bicarakan. Pierre Bourdieu, dalam bukunya Language and Symbolic Power (2001) membawa rumusan ini, [(pembentukan diri)(modal)] + (medan) = amalan atau [(habitus)(capital)] + (field) = practice.

Mungkin memerlukan kajian mendalam, dari pengamal usrah sendiri, untuk membedah siasat gejala tersebut yang telah melahirkan – pada tanggapan saya – “manusia usrah” dengan segala keburukan 3M.


[v]
Ketika bertugas di ibu pejabat JIM awal 1990-an, waktu itu belum berpindah ke pejabat sekarang di Taman Melawati, saya perasan tidak ramai anggota pertubuhan ini aktif atau jika aktif, tidak berbakat untuk kerja-kerja sosial; sebahagian besar – akibat usrah, saya fikir – ingin menjadi “manusia baik” sahaja.

Baik pada diri sendiri, pada orang tua mereka atau pada keluarga kecil mereka. “Baik” dengan erti kata dormant, tidak bernas dan tidak membiak. “Baik” dengan erti kata dapat membetulkan bacaan al-Quran mengikut tajwid, dapat menghafal beberapa kalimah al-Quran dan beberapa hadis, dapat mengutip pesan-pesan daripada para pemimpin dan buku teks dakwah, dapat menuturkan beberapa patah Arab – sekadar cukup membezakan, bukan mengayakan, pengalaman hidup sendiri dengan masyarakat di sekelilingnya.

Mungkin kata “dormant” di sini lebih sopan daripada ungkapan “manusia tidak berguna” dalam buku Syed Hussein Alatas, Intelektual Masyarakat Membangun. Jika usrah boleh disebut “dosa”, mungkin inilah satu daripada dosa-dosanya – melahirkan manusia “tidak berguna”, selain mendangkalkan manusia dalam kelemasan ideologi yang dinamakan “Islam haraki.”

Beberapa teman senior, waktu itu, yang lebih lama berusrah di luar negeri ketika di alam kuliah masing-masing mengemukakan “teori” bahawa gejala dormant yang sama juga merebak dalam ABIM dan PAS. Kata mereka, lebih kurang 10 peratus sahaja ahli JIM dan organisasi-organisasi tersebut aktif – mengesahkan lagi pemerhatian saya sepanjang terlibat dengan gerakan pelajar dan mahasiswa.

Jadi sewaktu diberitahu gerakan Islam sekarang makin sukar mencari pemimpin pelapis mereka, baik dalam PAS, ABIM atau JIM – saya tidaklah hairan. Malah, rungutan saya sejak hampir dua dekad lalu, itulah kebimbangan saya. Tetapi sebagai “gergasi gendut”, gerakan Islam memang sukar bergerak dan tenggelam punca di zaman manakah ia bertapak dan di bawah langit mana pula ia menggapai.

Kadang-kadang saya terfikir, apa yang dinamakan “usrah” tidak lebih daripada tempat pembuangan manusia yang tidak berbakat, yang tewas waktu usia remaja daripada perkumpulan sosial yang rancak, terbuka dan “social” – tidaklah pula bermakna manusia yang “social” itu berbakat dan berpengetahuan!

Jadi, di sini, timbul sekali lagi paradoks usrah: Apakah yang dilakukan oleh ruang diskusi ini sehingga proses tarbiyyah itu gagal memberi erti baru kepada manusia, ketika remaja dan belia mereka, selain memperkenalkan mereka kepada beberapa akar budaya mereka yang sangat asasi – menarik mereka kembali kepada al-Quran dan ibadat khusus?

Saya tidak mengetahui apa makna usrah kepada mereka yang masih aktif berusrah hari ini atau sedang asyik diperkenalkan dengan pertemuan mingguan itu. Tetapi bagi saya, usrah itu satu mimpi ngeri yang tidak terluahkan dengan kata-kata…


p/s: bold itu kerja saya. saya rasa penting.


2 comments Wednesday, April 25, 2007

kita yang memilih bagaimana kita mengisi perjalanan. dan kita yang menentukan arah perjalanan.

sama ada kita memilih untuk ikhlas memimpin, amanah dengan tanggungjawab, membantu orang susah, menunaikan janji-janji atau kita memilih untuk menindas, menipu atau makan rasuah.

Kisah Hur di medan karbala. Hur, yang memaksa rombongan Hussein ke karbala. Hur, ketua angkatan tentera pemerintahan Yazid.

tentera makin memaksa rombongan Hussein dan ahlul bait lainnya. pada 9 muharram, tentera yazid berkeputusan untuk memulakan perang ke atas Hussein. tentera yazid memberi tanda. perang bermula. hussein masih belum bersedia. hussein memanggil saudara setianya, Abbas.

"Abbas, pergi kepada ketua tentera Yazid. minta mereka tangguhkan perang ini. beri kita lagi sehari" tapi kenapa Hussein minta tempoh lagi sehari? untuk solat? untuk meluangkan sedikit masa lagi bersama anak-anaknya? untuk meluangkan lagi sehari bersama Sakinah, anak perempuan kesayangannya?

TIDAK. hussein menanti kedatangan Hur. siapa Hur?

Hur ketua tentera Yazid. yang menghalang rombongan Hussein ke Kufa. Hur bersama 1000 tentera lain yg memaksa Hussein dan yg lainnya ke karbala untuk berdepan dengan Yazid. Hur, nama yg bermaksud mencari kebebasan. dan Hur sempat membebaskan dirinya dari panas neraka sebelum segalanya terlambat.

Hur mempunyai pilihan antara syurga dan neraka. Dia mempunyai pilihan antara kejayaan di dunia, atau kesenangan di akhirat. it is never too late to ask for forgiveness. didalam kehidupan kita, kita selalu saja berdepan dengan pilihan. sama ada baik atau buruk. sama ada syurga atau neraka?

pada 9 muharram, Hur mendengar rintihan. "dahaga.dahaga..dahaga..." kanak-kanak di kem hussein menangis meminta air. Hur kebingungan. silap besar dirinya yang membawa Hussein ke Karbala.

"apa aku dah buat? kenapa aku buat begini? kenapa aku memaksa anak Fatimah begini? bolehkah Hussein maafkan aku? bolehkah Tuhan ampunkan aku? bolehkah Fatimah maafkan aku? bagaimana aku nak mintak keampunan?"

Hur tidak dapat lena. memikirkan dosanya. malamnya dihabiskan dengan tangisan dan rayuan memohon keampunan Allah swt.

keesokkan harinya. 10th muharram. di pagi hari. kuda-kuda yazid mula kepanasan dan tidak selesa. melompat-lompat. kuda-kuda itu pon tidak tahan menjejakkan kaki ke tanah kerana kepanasan. bayangkan Hussein. dan wanita-wanita. dan kanak-kanak yang sudah tiga hari tanpa bekalan air. ya Allah! tapi tentera yazid? mereka menyibah bergelen air ke kuda-kuda yang kepanasan tadi. supaya tenang kuda-kuda mereka. binatang.

dibenak Hur, "begitu banyak air untuk kuda-kuda. tapi anak-anak Fatimah dibiar kedahagaan??! begitu banyak air untuk binatang, tapi tidak sedikit pon untuk cucu Nabi Allah ??!"

Hur tidak sanggup lagi. esakkan meminta air itu mendera dirinya. Hur memanggil anaknya. "anakku, aku telah buat satu kesilapan yang sangat besar. aku telah membawa manusia yang suci dan benar itu kesini untuk dibunuh. tolong anakku. tolong bawa aku kepada Hussein. aku ingin merayu keampunan dari Hussein. merayu sebelum semuanya terlambat. aku malu dengan diri sendiri. bolehkah Hussein maafkan aku? aku tak sanggup mendepani Hussein." dan menyambung lagi, "anakku, sebelum kau bawa aku kepada Hussein, ikat tangan aku. dan tutup muka aku supaya aku tidak perlu melihat wajahnya sewaktu berdepan dengan Hussein. aku malu"

dengan menaiki kuda, pergilah Hur berjumpa Hussein. Abbas melihat kehadiran mereka menyangka Hur datang untuk menyerang. Abbas mengeluarkan pedang, bersedia untuk melwan mereka. imam Hussein kemudiannya berkata, " kembalikan pedang itu ke sarungnya. aku menunggu kehadiran Hur ini. pergi dan sambut mereka ya Abbas"

"silakan Hur. silakan. aku menanti kedatangan kamu" Hur melutut di kaki Saidina Hussein. "tuan ku, maafkan aku. ampunkan aku. aku benar-benar memohon ampun dengan tindakan aku. aku malu dengan diri sendiri."

Hur sahabatku. aku maafkan kamu. aku pasti, datukku, ayahku, dan ibuku juga memaafkan silapmu itu. mari bersama aku" dan mereka berjalan kembali ke khemah rombongan Hussein.

kejadian itu diwaktu subuh. masuknya waktu subuh, Ali Akbar melaungkan azan. tidak lama kemudian, tentera yazid sekali lagi memberi tanda mereka akan memulakan perang. Hur meminta keizinan Imam Hussein untuk pergi bertempur dengan tentera Yazid. Hur yang awalnya di pihak Yazid, yang menghalang perjalanan Hussein, memaksa Hussein dan ahlul bait lainnya ke karbala, akhirnya menemui 'jalan pulang'. beliau sedar. dan bersama dengan rombongan kecil Hussein.

"kau tetamu aku. baru sekejap kau bersama aku. belum sempat aku menjaga kau. belum sempat aku memberi kamu makan. paling tidak, luangkan sedikit masa bersama aku. tidak, tidak. aku tak boleh biarkan kamu mati. kau tetamu aku."

dan Hur tidak berputus asa. dipujuk nya Hussein agar membenarkannya menjadi orang pertama yang menentang askar yazid. kemudian diberi kebenaran. "pergilah. selamat tinggal. Imam Hussein sendiri yang membantu Hur menaiki belakang kuda.

Hur sempat membunuh beberapa tentera Yazid. Hur berani. Hur kuat. selepas lama bertarung, Hur jatuh dari kuda. cedera. luka sana-sini.Hur memanggil Hussein. "ya Hussein, ya Hussein. datang cepat. aku ingin melihat wajah mu buat terakhir kalinya"

kepala Hur di ribaan Hussein. "selamat tinggal Hur. datukku, ayahku, ibuku menunggu kamu di sana. kami akan bersama kamu tidak lama lagi. di syurga. selamat tinggal Hur. selamat tinggal"

Imam Hussein, dengan linangan air mata, berdoa kepada Tuhan,
"ya Allah. ampunkan Hur. kurniakan syurga untuk Hur" Hur syahid di ribaan Hussein. dan Abbas bersama Ali Akbar membantu membawa jenazah Hur ke khemah.

inna lillahi wa innna ilaihi raji'un.

nahhh, people in Ijok, inilah masa untuk memilih. yang baik dan yang buruk. pilih kerana Tuhan. ikhlas.

pemimpin yang keji, its never too late to ask for forgiveness.

4 comments Friday, April 20, 2007

i maybe dont know the real story, the story behind. but this report really pissed me off. kalau betullah cerita yg disampaikan, arggggghhhhhhhh. macam-macam lah dunia nih.

so, its the opposition team who started "the battle" in Ijok. well people, wait for the real battle!

kita sudah tidak mampu untuk melawan dengan maruah. melawan dengan akal. emosi saja lebih. pihak yang punya kuasa menggunakan sepenuhnya jentera yang ada. media yang hanya nampak untung dibayar, orang yg dangkal disogok. tapi itulah, malaysia ini terlalu ramai yg cetek akal. yang terloncat-loncat dengan senang yang bersifat sementara.

i dont know how the play the game. i dont know how they plan their strategy. but, one thing for sure, BN gonna do whatever it takes to win the seat. kerana mereka perlu buktikan, kata-kata seperti, BN dulu, kini selamanya, BN di hati rakyat, BN lidah rakyat blablablabla itu masih valid.

so does the PKR. they have to prove that gelombang perubahan yg diwarwarkan itu mampu membuat orang-orang di kem BN terduduk. mereka perlu buktikan pertaruhan Khalid Ibrahim itu worth it. mereka perlu buktikan kredibiliti Anwar yg diiktiraf dunia itu turut diiktiraf oleh rakyat malaysia.

this is the real battle. bukan baling botol air mineral. booo sana, booo sini. dapat duit, senang hati. pooorahhhh!

4 comments Thursday, April 19, 2007

shuhhhhh! Jangan hendak main tipu. Jangan main politik kotor. polis tahu, Peguam Negara tahu, Perdana Menteri tahu.

walaupon kedengaran seperti yakin tidak bersalah, tapi getar suara orang ketakutan jelas kedengaran. najib seperti memberi tanda kepada polis, peguam negara dan PM berdiri dibelakangnya sebagai defender. berdoa sajalah Najib agar Pak Lah tak punyai agenda untuk menjatuhkan kau. kalau pon bukan Abdullah, mungkin saja agenda Khairy.

senak perut aku. tergelak guling-guling mendegarkan patah ayat seterusnya dari Najib, "Kalau saya hendak bongkar saya pun boleh buat macam itu tetapi saya tidak mahu kerana memikirkan dia mempunyai isteri dan anak"

bongkar saja kalau ada. tak perlu jaga air muka Dr Wan Azizah dan anak-anak. tuduhan sebelum ini sudah cukup mencalar perasaan mereka.

baik pulak Najib berniat hendak menjaga perasaan Datin Azizah dan anak-anak DSAI. berkesedaran sivik.

tapi sempat lagi menghentam, katanya DSAI [yang dilantik sebagai penasihat bank dunia, dan penasihat pelaburan oleh negara asing itu] itu lah yg bertanggungjawab dengan kejatuhan ekonomi malaysia pada 1998.

aku bukan orang yg mengipas DSAI. DSAI pon tak kenal aku. aku bukan ahli PKR pon. tapi entahlah. entry ini sangat bias bunyinya. hahaha. peduli apa aku! asal BN je memang nampak tak kena pada pandangan aku!




3 comments Wednesday, April 18, 2007

malaysia stabil. malaysia kukuh ekonominya. malaysia hebat pelan pembangunannya. baca saja laporan oleh Bernama ini.

jambatan bengkok cancel pon, compensation RM257.4 million. atas angin. macam daun di musim luruh. terbang entah kemana. itu untuk di bayar kepada kontraktor malaysia. yang Mahathir dok bangga dengan pelan jambatan bengkoknya, masterpiece nya, Abdullah Badawi buang macam sampah. sanggup bayar untuk tidak ada jambatan bengkok Mahathir!

bangunan kompleks mahkamah 270 million. mesti hebat. 77 court rooms. kita tengok lah. selesai ke tidak masalah kes perbicaraan tertangguh. isk, kes tertunggak, bilik mahkamah tak cukup ke, atau mungkin hakim sakit, peguam MC, saksi buat hal,atau bukti asyik tidak relevan?

brape banyak berhabis untuk bangunan sehebat dan secantik putrajaya? dan berapa lama masa yg diambil oleh bangunan2 itu untuk runtuh?

p/s: banyak hal terperam di hati, tak terluah dek kerana kesuntukkan masa. Yin pon dah balik. alhamdulillah.


9 comments Thursday, April 05, 2007

so, abdul rahman sulaiman mempertahankan kredibiliti perodua kelisa. seolah Jeremy Clarkson itu mencari publisiti murahan. untuk apa?

satu benda yang aku cukup bangga dengan british is that, they are honest. walaupon di dalam hal yg cukup remeh. mereka tidak bermuka-muka.

contoh mudah; kalaulah anda membeli sekotak jus. there is no such thing as pewarna yg dibenarkan. perisa yg dibenarkan. apa yg dimaksudkan dengan "yang dibenarkan"? mereka catatkan saja kandungan yg terkandung didalam jus tersebut. all of them.

in lectures. they have the strength and confidence to tell others even the lecturers that, "no, you're wrong"

tapi kita. seperti selalunya kita. tak boleh menerima kritikan. sudahlah tak mahu menerima kenyataan, di serang pula orang yang memberi kritikan. sikap yang menyekat dan mengongkong malaysian, melayu khususnya untuk berfikir di luar kotak.

ya mungkin tindakan Jeremy Clarkson itu melampau. mungkin beliau exaggerated dalam meng"express" kekecewaan terhadap kualiti Kelisa.tapi yg harus diberi perhatian adalah komen2 beliau tentang kekurangan Kelisa. bukan melabel JC seperti seorang pengkritik bola sepak yang tidak tahu menyepak bola!

kononlah mahukan rakyat glokal, rakyat minda kelas pertama. angan-angan mat jenin putrajaya!


2 comments Wednesday, April 04, 2007

that so-called Imam Hadhari mencadangkan pengedar proton dibenarkan mengedarkan kereta-kereta bukan proton. hurmmmm. apa lagi yg ada dibenak Abdullah Badawi agaknya?

memang pengedar proton mengalami masalah menjual kereta2 proton. memang kerana proton tiada model-model baru. dan juga kerana kualiti!

hakikat yg Abdullah terpaksa terima. masalahnya, bukan hanya proton yg mencatat penurunan penjualan kereta. alasan bahawa rakyat beralih kepada kenderaan yg lebih sesuai untuk kegunaan keluarga itu tidak masuk akal! sememangnya rakyat yg menghadapi masalah untuk membeli kereta. kerana kesempitan. [kerana tol mungkin? heheh] kerana situasi ekonomi tak sehebat seperti yg digambarkan para cendikiawan putrajaya.

2 comments Tuesday, April 03, 2007

walaupon terdapat kekhilafan tentang tarikh kelahiran manusia agung, Muhammad saw, majoritinya sepakat memilih 12 rabiu awwal sbg tarikh kelahiran baginda. sesetengahnya percaya Rasulullah saw lahir pada 9 rabiu awwal.

setelah beribu tahun Rasulullah saw meninggal dunia meninggalkan 2 harta berharga, kitab Allah dan sunnahnya [atau mungkin kitab Allah dan ithrah ahlul baitnya], manusia terus-terusan meraikan hari kelahiran baginda Rasulullah saw. tapi sejauh mana? [ke wahabbi rasa ini bidaah kerosakkan dalam Islam?]

back in malaysia, kita ada majlis sambutan maulidurasul. kita ada anugerah tokoh maulidurasul. [ada hadiah wang tunai beribu ringgit, trofi yg dia boleh display dalam kat almari antik rumahnya, dan sijil yg hebat tergantung di dinding rumah.. i'm sorry.. no offence] cumanya, sejauh mana objektif sambutan, pemilihan tokoh maulidurasul ini sampai kepada seluruh rakyat. berapa ramai yg sedar? bukan hari lahir yg diraikan. tetapi keagungan sifat seorang manusia yg tiada tolok bandingnya.

lihat saja sejarah kelahiran. bagaimana tanda-tanda kelahiran manusia yg Allah swt sucikan sebersih-bersihnya. ingat kepada sifat-sifat murni terpuji Rasul utusan terakhir ini. semangat perjuangan baginda. Nabi Allah pon diuji dengan sehebat2 ujian. inikan kita yg tak ternampak sedikit pon sumbangan kepada perkembangan Islam.

kita yg tak mahu memberi bantuan kepada sekolah agama kerana tidak mendaftar dengan kerajaan, kita yg yg tidak boleh menguatkuasakan undang2 Islam di dalam negara, kita yg masih bergelumang dengan rasuah, menekan orang2 susah, robohkan rumah orang susah, robohkan surau.

berarak sempena maulidurasul beribu kilometer pon tiada guna andai tiada kasihan belas, jenayah berleluasa, tekanan kepada orang susah, penipuan, yang kaya terus melipat ganda harta, yg miskin hidup melarat.

bukan 12 rabiu awwal sahaja tiba-tiba ingat, tiba-tiba insaf, tiba-tiba berubah. dan esoknya, kembali seperti sediakala. tak perlu tunggu 12 rabiu awwal untuk bercakap mengenai penghayatan perjuangan Rasulullah saw, kegemilangan ummah, ujian Allah swt, Islam dan globalisasi dll.

tapi, Imam Hadhari di mana?