2 comments Wednesday, January 31, 2007

isu minyak masih jugak belum reda.. selagi kerajaan tidak menurunkan harga minyak dipasaran, selagi itu oang2 dibawah akan terus bising mendesak harga minyak diturunkan. kenaikkan harga minyak benar2 memberi kesan. lihat saja semuanya berkaitan dengan minyak. tidak habis dengan tarif baru TNB beberapa tahun lalu, minyak plak yg menambah beban. rakyat mungkin boleh faham bila harga minyak dinaikkan kesan kenaikkan harga minyak dunia. tapi tolonglah faham rakyat yg terdesak dan kini harga minyak dunia turun ke paras yg sangat rendah! apa lagi yg ditunggu. ketika kenaikkan dulu, tak lama kerajaan ambik masa untuk naikkan harga. kerajaan tak teragak2. kenapa skarang bila nak turunkan harga nak kene tengok sehingga setahun utk tunggu dan lihat jika harga minyak stabil pada paras yg rendah itu. itu pon belum tentu harganya akan diturunkan. lihat laporan utusan. dan kerajaan bercakap seolah2 minyak itu dibeli dari luar. orang yg bijak mencari keuntungan material saja yg mampu untuk survive hidup di malaysia skarang. yg terdesak buat kerja haram, yg bisnes mau cari untung lebih, yg berkuasa boleh buat apa saja! what a life!

update: apparently, Dr Hatta Ramli agree with me!


3 comments Tuesday, January 30, 2007

akhirnya, Abdullah kembali dari Sitzerland dengan penjelasan mengenai pembelian pesawat VVIP bernilai lebih kurang RM200 juta. baca sini. kalau bukan kerana laman KMU yg mula mendedahkan, langsung kita tak tahu yg Malaysia sudah punyai pesawat VVIP baru yg dibeli atas nama PMB. kos membeli itu bukan wang kerajaan. itu kata paklah. komen paklah atas assumption beliau; yg rakyat ini majoritinya bodoh! sebab itu beliau yakin masih mendapat sokongan majoriti. mmg betul lah. mereka memang bodoh! seperti jugak yg menganggap kematangan, kebijaksanaan dalam pentadbiran skarang!

baca plak apa kata orang yang tak tergolong dalam kategori diatas:

kadir jasin:
Whether the Government is buying the jet or is leasing it, the cost of leasing and operating it will still have to be shouldered by the taxpayers

Roslan SMS:
PMB is currently a wholly owned subsidiary of Khazanah Nasional Berhad. (Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah Nasional Berhad) and Khazanah Nasional is the investment holding arm of the Government of Malaysia and is empowered as the Governments strategic investor. (Khazanah Nasional adalah syarikat sayap pelaburan MILIK KERAJAAN MALAYSIA dan diberi kuasa sebagai pelabur strategik kerajaan)

kingbinjai has a very good poem on this luxury jet. this story first came out from KMU site. kenapa media takde laporan? bleh jugak buat ia nampak seperti langkah positif. contoh: "kerajaan buat bisnes untuk PMB". brader, berita baik orang tak sorok!



2 comments

membaca laporan ini di berita harian mengingatkan aku kpd iklan susu budak2. kita minum dulu... bijak.. bijak..

paklah buat dek je dengan tuduhan2 yg dilemparkan. paling kurang die punye komen, "oh, itu diluar pengetahuan saya" rupanya ada tukang backup. brader, kalau orang yg buat cerita itu tanpa bukti tanpa saksi, itu baru dikatakan fitnah. yg bukti depan mata tuh, takkan nak diam kot?

aku quote dari berita harian:
Presiden Yayasan Kajian dan Strategi Melayu, Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Latif, pula berkata tindakan tidak gusar dan tidak melayan pihak yang memperlecehkan itu memperlihatkan kematangan dan kebijaksanaan Abdullah.
“Dengan demikian Perdana Menteri tidak akan masuk perangkap mereka yang berhasrat hendak mengalihkan tumpuannya. Itulah kekuatan Pak Lah... merancang dan melaksanakannya,” katanya.


satu hal, paklah bleh naikkan pangkat Datuk Radzi lepas nih. die bercakap pasal kekuatan, kematangan dan kebijaksanaan paklah pada ketika ramai orang diluar sana jijik dengan kebisuan dan sikap saya-tidak-tahu ketua negara itu terhadap isu2 yg dibangkitkan. well people, wake up!



2 comments Sunday, January 28, 2007

dengan majority 5857, Aziz Kiram menang kerusi batu talam. umno-reform menganggap keputusan batu talam itu tidak boleh menjadi ukuran kekuatan kem BN mahupon keberkesanan boikot pembangkang. saudara roslan sms pula merasakan, boikot pembangkang itu masih ada kesannya kerana penurunan peratus orang yg keluar mengundi, cita2 BN untuk menang dengan majority 3000 undi tercapai, malahan nafsu untuk menewaskan calon bebas sehingga beliau hilang wang pertaruhannya juga tercapai. matlamat BN tercapai.

tapi, pada aku BN tidak sedikit pon merasa puas. bukan ini yg hendak dibuktikannya. bukan Ng Chee Peng yg die nak lawan. BN nak lawan pembangkang. Tuah mesti mau lawan Jebat! ape pon, dengan meraih 419 undi, Chee Peng seharusnya berbangga. sekurang2 nya masih ada 419 pengundi yg tak mahukan Aziz Kiram [atau menolak BN!] kalau nak dikirakan, Chee Peng bukan orang Batu Talam. takde sbb nak vote Chee Peng atas dasar saudara mara ke ape. dengan tujuan nak membawa bisnes kpd penduduk Batu Talam pd musim pilihanraya. takde sbb kenapa orang masih nak vote calon bebas itu. ke orang vote sbb kesian? mungkin jugak vote dari masyarakat cina. kalau pon btol 419 ini adalah cina, yg pastinya 419 nih adalah orang yg tidak percaya kpd janji2 BN. tidak termakan oleh manifesto2 yg dibawa BN. tidak termakan oleh pujuk rayu dan kerja keras dari TPM sendiri. tidak terpengaruh kepada janji2 projek sejumlah RM57.5 juta untuk Batu Talam. yg bertandingnya Aziz Kiram. tapi tukang kecoh berkempennnya adalah Najib.

0 comments

beberapa minggu lalu kita didedahkan dengan perjanjian di antara kerajaan dan syarikat konsesi tol. sebelum itu ada beberapa pihak yg cuba menyeru kerajaan agar mendedahkan kepada rakyat isi perjanjian berhubung tol itu. setelah itu, minister berkenaan cakap die akan propose kpd cabinet untuk membenarkan perjanjian itu didedahkan.

setelah ia didedahkan oleh pihak lain, [i dont know how they get it but according to them, the agreement no longer a secret since the company use it to apply for loans etc.] aku mungkin jahil tentang proses, prosedur dokumen2 penting negara, tapi setelah itu uncle samy bilang, dokumen itu sebenarnya diklasifikasikan dibawah Akta Rahsia Rasmi [OSA].

dan sekarang sedang mencari siapa yg mendapatkan perjanjian itu pada awalnya. the thing is, setelah terdedah, pastuh baru cakap ianya dibawah OSA, dan sekarang nak tangkap?

kalau dulu2, masa orang tengah bising2 suruh dedahkan perjanjian tol itu, pada masa itulah Samy Vellu dengan tegasnya patut cakap yg perjanjian itu tertakluk kpd akta rahsia rasmi! bukan dah terdedah, baru nak tanya ianya rahsia ke tak, kemudian decide yg ianya adalah rahsia penting kerajaan. and rakyat tak patut tahu.

hal yg keduanya, kenapa mesti ianya rahsia kerajaan. bukan kerajaan yg akhirnya bayar tol keluar masuk plaza tol. rakyat yg bayar. rakayat patut tahu apa yg berlaku. dalam hal ini, peranan kerajaan hanyalah sebgai wakil keseluruhan penduduk Malaysia berunding dengan syarikat konsesi with the best interest of rakyat. ade plak mende tuh jadi rahsia. hal yg sama dengan perjanjian penswastaan air.



0 comments Saturday, January 27, 2007


sudin + ajis innocent gile dalam scene nih!!




part aku suka:
ajis:heyyyy ramli.. siapa kau?
ramlee: aku king
ajis: KING apa?
ramlee: KINGKONG
sudin: KINGKONG KEPALA OTAK KO..

and this part:
sudin: ooooo, die pakai ekzos besi rupanya.. patot laa bunyi pong pong pong..

p/s: dah 15 tahun aku tgk cite nih, tapi aku tak abes gelak lagi nih!

2 comments

diawal peringkat, UMNO hadir dengan agenda memenangi kerusi Batu Talam dengan kelebihan 3000 undi. bila melihatkan calon bebas [yg bersimbolkan bas??], acara kempennya yg tidak mendapat sambutan, tiada poster, hanya mencetak 1000 kad nama tanda bertanding untuk sebuah pilihanraya,hadir ke pusat penamaan calon dengan 3 orang pencadang dan penyokong, Pemuda UMNO melalui Khairy tampil dengan misi mengalahkan calon bebas dengan budak itu hilang wang pertaruhan. 1000 macam alasan lojik boleh diberikan jika calon bebas itu kalah. but still, kempen UMNO sangat hebat seperti selalunya. Harakahdaily merumuskan projek sejumlah RM57.5 juta khas untuk Batu Talam bermula dari hari penamaan calon sehingga ke hari2 terakhir tempoh berkempen.

aku terkejut jugak dengan pendedahan Najib Tun Razak mengenai pengedaran yg dikatakan surat dari Husam Musa menggesa ahli PAS keluar mengundi calon bebas untuk memastikan budak itu tidak hilang wang deposit dan merapatkan jurang beza undi. pada aku, "kalau betul boikot, kenapa suruh ahli keluar mengundi?"

tidak lama. 2 hari saja PAS ambik masa untuk siasat, perjelaskan, buktikan surat itu bukan dari YB Husam Musa. skarang Najib nak jawab apa? UMNO khasnya Najib dah banyak berhujah dengan surat itu sebagai bukti kepincangan boikot yg dilancarkan PAS dan komponen pembangkang lainnya kepada penduduk2 Batu Talam. [aziz kiran benar2 beruntung, TPM turun padang menolongnya di kem Batu Talam]

sebab UMNO dah tuduh PAS arahkan ahlinya supaya keluar and vote for calon bebas, Pemuda UMNO semalam tampil buat laporan polis HANYA terhadap PKR kerana menghasut penduduk Batu Talam supaya tidak keluar mengundi. kalau nk ikutkan PAS pon suruh ahlinya boikot dan jangan keluar mengundi. tapi Pemuda hanya nampak PKR yg menghasut! nanti bercanggah plak dengan "surat Husam Musa".

Mohamad Sabu sarankan koyak saja kertas undi!


tajuk entry meminjam dari Ahmad Lutfi Othman dari harakahdaily.


0 comments

beberapa hari lepas akhbar melaporkan satu sindiket di kelantan yg menyediakan dokumen palsu yg mengesahkan individu2 yg gagal ujian pengesanan HIV/AIDS. sijil itu dijual pada harga tertentu yg menyatakan individu tersebut lulus atau bebas dari kuman HIV/AIDS.

yg aku tak leh blah, 2,3 malam lepas, aku tengok berita. Menteri Kesihatan diminta mengulas sindiket yg dikesan di Kota Bharu tuh. Kata Chua Soi Lek, "pemalsuan dokumen nih bukan berlaku pada dokumen perubatan je. kalau nak kira, IC pon ada yg palsu"

so, takde laaaa lemah sangat sistem kementerian kesihatan. JPN [or whoever yg bertanggungjawab mencetak IC] pon lemah jugak sistem mereka. mungkin inilah yg cuba disampaikan oleh Chua Soi Lek.



2 comments Friday, January 26, 2007

hari nih aku melintasi seorang peminta sedekah. die duduk atas paper. di tepi bus stand. dalam keadaan sejuk winter ini, dengan angin bertiup agak kencangnya, imagine macam mana sejuknya ketika itu. tapi die duduk mintak sedekah dengan bukak jaket tebalnya demi untuk tunjukkan bukti yg die mintak sedekah sebab die cacat. tangan die ade sket kerosakkan. die tak bleh buat keje, sbb tuh die mintak sedekah. orang tuh sanggup tahan sejuk musim salji demi tunjukkan bukti untuk rasionalkan yg die tak bersalah. keadaan yg memaksa die untuk mintak sedekah. hal yg sama dengan bapak2 yg sedang dihujani isu2 tiada penghujung. buktikan anda tak bersalah. tak cukup sekadar , "jangan dengar rumors", "penulis2 laman blog perlu menulis dengan tanggungjawab", "pertumbuhan laman2 blog ini membahayakan kemakmuran malaysia kerana mudahnya orang terpengaruh dengan gosip2 di laman web". Prove us if they are wrong!

pertama kalinya, rocky mengeluarkan cerita sensasi, terjemahan akhbar Turki, Huriyet, yg memperihalkan pm melawat [disertakan dengan gambar, bersama Ananda Krishnan] pusat pembinaan kapal yg dianggarkan bernilai USD 8 mil. pm kelaur menangkis kabar angin tersebut. lega paklah. kemudian, cerita yg sama, tapi sedikit penambahan plot. memang benar bukan pm yg membeli kapal tersebut, tp kapal itu hadiah dari Ananda Krishnan, dakwa DSAI dalam siri2 ceramahnya. sehingga hari ini, tiada penjelasan dibuat.

timbul pula hal kerajaan malaysia melalaui beberapa syarikat, antaranya syarikat yg hampir gulung tikar, membuat pinjaman sbg dana untuk RMK9. pinjaman sebanyak USD 50 billion itu dibuat melalui syarikat2 ini supaya tidak kelihatan kerajaan malaysia membuat pinjaman secara langsung, ie, tak nampak laa malaysia sesak papa kedana. [sila ke malaysiatoday, raja petra kamaruddin benar2 bekerja keras!] tak perlu saya sertakan link. cerita ini sudah heboh merata2. pm je dok nafi. ingatkan rakyat nak percaya penafian. tapi orang terus bising. bertambah bising lagi apabila khairy dikatakan bakal memperoleh sedikit buah tangan hasil pinjaman ini. sikit pon tk sikit laa, adelaaa dekat2 900 juta. kata paklah, "jangan risau. RMK9 dirancang dengan modal yg ada pada kita" bila kes semakin berkembang, beberapa laman web menyertakan surat rasmi kerajaan mendetailkan wujudnya pinjaman USD 50 billion itu. setakat ini, belum ada penjelasan. muncul watak baru, pon tak baru jugak, cuma selama nih die tak seutama watak2 paklah, khairy, najib, rafidah and the list goes on[ mcm cerita Cinta, bnyk hero dan heroin dalam satu movie, hikayat malaysia boleh ni pon lebih kurang laaa]. watak penting baru nak berkembang ini, Reezal Merican.

tang kapal tak abes cerita lagi, timbul pulak kisah private airbus 320 yg menurut blog rocky, ditempah sejak 2005! skarang 2007, pesawat tuh kt Switzerland, tgh modify mengikut selera seorang VIP. siap ada office. ala2 airforce one laa nih.tang nih, die tak sempat nk deny lagi, sbb sekarang nih die tengah bizi. tengah berforum. sambil berforum, diwawancara, sempat jugak die bg petunjuk [khas kpd sesape yg teringin nk jadi PM utk sesi akan datang] yg die akan terus pertahankan jawatannya itu. sebab katanya, "perjuangan yg belum selesai"

di tengah2 cerita watak paklah ini, muncul juga plot2 kecil lain, seperti; terbunuhnya seorang wanita asing yg cantik, sehingga hari ini Najib belum tampil membuat kenyataan. nafi tidak, anguk pon tidak. orang serata alam dok bising kalau2 die punyai kaitan. tk sempat nk jelaskan isu terbunuhnya wanita cantik itu, timbul pula isu komisen pembelian Sukhoi dari Rusia melalui satu lagi watak baru penting, Adib Adam. khbarnya komisen je berjumlah RM400 juta yg dibahagi 3 bahagian. hal Sukhoi timbul selepas isu komisen kapal selam dari Perancis, yg komisen darinya diterima oleh Razak Baginda sebanyak RM540 juta. DAP bangkitkan hal ini di parlimen, tidak lama kemudian, Razak Baginda dituduh di mahkamah.tarikh kita menerima kapal selam itu juga delay khabarnya [setahun-2 tahun].

dalam watak2 ini sibuk mengumpul duit, malaya ditimpa hujan maha lebat, sehingga tengelamnya johor.kerugian mencecah billion ringgit. hebatlah pula kerajaan meminta syarikat2 swasta dan sesiapa sahaja menghulurkan bantuan kepada rakyat johor khasnya. termasuk jugak beberapa daerah lain yg kerugian akibat banjir. brader roslan sms pula terhidu sifat murah hati pm, yg mengarahkan bantuan kepada Lebanon sebanyak USD1 million melalui kerajaan malaysia.
never ending story.

update: sebab aku responsible blogger, so aku sertakan reference untuk isu2 diatas :D


0 comments

sibuk benar akhir2 ini. tapi, sempat jugak melawat2.

terjumpa ini.


ooo, patutlah banyak lagi yg tak selesai.

3 comments Thursday, January 25, 2007

finally, the cabinet decided the toll agreement should remain secret under the OSA.

and to PROTES' members, watch out!

"rakyat jelata sekalian, beta klasifikasikan dokumen perjanjian itu rahsia semuanya. rakyat tak patut tahu. tak perlu tahu. biar beta saja uruskan hal-hal tol. naik atau tidak, itu beta punya pasal"

0 comments

NGO antarabangsa, Amnesty International mengutuk tindakan keras polis menahan peserta2 third demo against toll hike di cheras tempohari. [malaysiatoday]
[4th demo will be on 4th february, IOI Mall Puchong]

klik untuk gambar2 courtesy from malaysiakini.

masalahnya adalah, penahanan mereka adalah sebelum bermulanya demo. dan mereka bukannya bersenjata. peserta demo yg kebanyakkannya adalah penduduk sebuah taman perumahan yg disekat oleh plaza tol cheras dan mereka tepaksa membayar untuk keluar masuk taman perumahan! karut kan? at least 2 of them were injured. dalam media, polis tampil dengan alasan, mereka hanya diberi rawatan pesakit luar. kalau kene tahan ward lain cerita!

ingat lagi kisah bekas KPN? dulu dia bilang Anwar pukul diri sendiri semasa dalam tahanan. dan Anwar keluar memberi kenyataan, KPN itu kemudiannya hantar surat memohon maaf dan membayar gantirugi.
dalam mahkamah semalam, bekas KPN ini hadir untuk memberi keterangan tentang tindakannya melucutkan jawatan seorang anggota polis. and guess what? die bercakap mengenai tanggungjawab seorang polis, dan kepentingan awam!
tidak menjalankan tugas itu satu hal, tapi menyalahgunakan kuasa sbg seorang KPN itu satu hal yang lain!



2 comments

i found this on jeff's blog. its a letter from Dr Azmi Sharom [a lecturer from UM] to Mustapa Mohammad, about his views on current higher education scenario in malaysia.

ia mengukuhkan lagi dakwaan tokoh negara, Dr Khoo Kay Kim apabila merujuk UM yg tak ubah seperti sebuah sekolah tinggi.

UM yg dulunya tersenarai dalam ranking universiti terbaik dunia. apatah lagi universiti yg tak pernah tersenarai!

0 comments Wednesday, January 24, 2007

Paklah bilang, apa makna kebebasan tanpa tanggungjawab?

so, blogger sekalian alam. mari sama2 bertanggungjawab. jeff dn rocky menunaikan tanggungjawab membawa berita yg tak dibawa oleh media utama[salah satu dari cabang tanggungjawab2] [utusan, berita harian, nstp obviously, the star, tv3, lebih2 lagi tv1 dan tv2]

dan aku nak tanya balik, apa makna tanggungjawab tanpa kebebasan?

ISA? saman? batal permit? apa2 aje lah!

5 comments

kelantan -> umno -> anuar musa.
anur musa recently cakap dalam paper yang umno aka membawa satu agenda baru ke dalam kelantan, dengan gagasan kelantan baru. anuar musa define kelantan baru sebagai, lebih banyak jalanraya- rangkaian kota bharu-kuala krai- gua musang dan jeli-jelawang-gua musang, pembinaan lapangan terbang antarabangsa, perkhidmatan telefon selular di seluruh pelusuk negeri. selain itu, yang membimbangkan beliau adalah masalah sosial yg tinggi kesan dari kadar kemiskinan yg tinggi[dalam akhbar itu melaporkan 18000 kelaurga di kelantan adalah miskin manakala 12000 daripadanya adalah miskin tegar], siswazah menganggur kerana peluang kerja yg terhad di kelantan. janji mereka jugak untuk membina pelabuhan di Tumpat.
nampak jijik nya kelantan. tak terurusnya pentadbiran kelantan. tak membangunnya kelantan.
satu hal, siswazah menggangur itu bukan hal di kelantan je wehh. bukan ke itu masalah negara. yg memang satu malaysia nih tengah bergelut dengan masalah siswazah menganggur. 80000 siswazah menganggur with 80% of them are malays. mengenai pentadbiran kelantan yg tak terurus, menurut belanjawan yg dibentangkan oleh dato husam musa hari tuh, kelantan adalah negeri yg paling sedikit berhutang dengan kerajaan pusat. selepas sarawak yg takde hutang tertunggak langsung. and kerajaan negeri kelantan punyai hutang tertunggak sebanyak RM 1 juta. pergi tanya negeri2 yg tak bayar hutang lagi tuh. kedah, perak.
mengenai pembinaan lapangan terbang antarabangsa, menurut Dato Rosli Ibrahim [bekas s/u badan perhubungan umno yg baru saja menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup], anuar musa yg sama lah yg menghalang cadangan untuk membesarkan lapangan terbang PC. skarang janji nk buat international airport di kelantan plak. Husam Musa telah memohon untuk membesarkan airport kelantan since 1990. akhirnya 3 tahun lepas, airport baru dibina.
kalau hal pelabuhan di Tumpat, MB dah mengusulkan sejak 1992 untuk membina pelabuhan disana. tapi tak mendapat reaksi atau sebarang kelulusan. alih2, UMNO melalui Anuar Musa bilang, kalau UMNO memerintah, then akan ada pelabuhan di Tumpat.
mengenai bilangan keluarga miskin tegar pula, anuar melaporkan sebanyak 12000 kelaurga. walhal, statistik dari Jab. Perdana Menteri cakap hanya 3550 keluarga miskin tegar di kelantan. di belakang sabah dan terenganu mengikut peratusan. jika mengikut bilangan, kelantan di tangga ke 6. di belakang terengganu, sabah, perak.
UMNO juga menjanjikan untuk memajukan sektor pertanian di kelantan. menurut dato rosli, ini lagi satu helah. kerajaan negeri, sejak lama dulu memberikan kuasa penuh, 100% kuasa kepada KESEDAR untuk memajukan sektor pertanian di Kelantan Selatan. dan menyerahkan kelantan utara kepada KADA dan PELADANG. hasilnya? di KESEDAR sendiri, pegawai2 atasannya pernah disiasat BPR kerana mengelapkan wang. pergilah ke kelantan selatan, yg punyai banyak tanah pertanian bukannya penduduk kampung, orang asli dan sebagainya, tapi pegawai2 KESEDAR sendiri, dan orang2 kampung hanya mengambil upah menjaga dan mengawasi ladang2.
UMNO benar2 mahu menawan kelantan. dengan perbezaan satu kerusi itu, mereka nampak peluang mereka untuk tawan kelantan kali ini amat cerah, terang benderang. kalau lah UMNO benar2 menawan kelantan, Anuar Musa bakal diangkat menjadi MB, menggantikan Nik Aziz. dan Anuar Musa dalam sidang dewan kerajaan negeri akhir tahun lalu, [dengan tak tahu apa niat dan tujuan] berkata, "saya rasa sy lagi banyak solat dari Takiyuddin, lagi banyak bayar zakat, lagi banyak kali dah pergi haji.." cerita Zaki Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kelantan.
menurut MB, "oghe jale nenggok jah kato kelate tok membangun" [translation: orang yg jalan mendongak ke atas je bilang kelantan tak membangun]. MB turut menenangkan rakyat, katanya "toksah risau lah, skarang kerajaan negeri memerintah pon, kerajaan pusat dah buka mata nak ambik hati rakyat kelantan. sekarang dah nak tolong buat jalan, dah ada university. pembangunan yg kerajaan pusat nak bagi, semua saya sign [luluskan, tak pernah sekat]. tapi, kena tetap undi PAS lah"

-ceramah penerangan-

5 comments Monday, January 22, 2007

di utusan dan berita harian dilaporkan Keng Yaik [pres parti GERAKAN] nak suruh BN adakan perhimpunan semua komponen BN sempena menghadapi PRU yg dijangka tidak lama lagi. sbb keng yaik rasa nak dengar amanat PM sbg presiden. Keng Yaik ckp die nak ikut amanat yg bakal dieberikan oleh PM nanti.
dalam the star plak, lain sket reportnya. Keng Yaik nih nak suruh PM adakan perjumpaan dengan parti komponen untuk jelaskan kedudukan ekonomi negara. Keng Yaik rasa, PM merangkap Menteri Kewangan bleh menguraikan kekusutan dan kebuntuan rakyat tentang pertumbuhan ekonomi negara yg dirasakannya sbg tidak memberansangkan. [sedap2 je aku translate!]
ya lahh. kena lah tuh. GERAKAN nak suruh paklah explain pasal letak duduk ekonomi negara. uraikan kekusutan. kena plak paklah pon pergi majlis anjuran LSE sebelum ke Switzerland utk berucap di Forum Ekonomi Dunia. Bukan calang2.
tapi report saudara Zaharin di ruang Sang Kelembai, PM dulunya failed kursus ekonomi dr UM yg membuat beliau beralih arah ke kursus Pengajian Islam.
aku tanak bandingkan kebolehan seseorang itu dengan kelulusan yg beliau ada. tapi melihat kepada ekonomi Malaysia skarang, ekonomi penduduknya [and i am referring to penduduk yg kais pagi makan pagi, not the people yg divorce then dapat harta sepencarian puluh2 juta!], bandingkan dengan info dari saudara Zaharin itu.. hurmmm. enough said.

i dont know how he justified the needs of 23.5 million for redevelopment of his previous school. hes really making a history!


2 comments

bermula dengan reaksi pertama dari kadir jasin mengenai tindakan BA memboikot by-election in Batu Talam dengan tajuk Bacul Kalau Pas Boikot Batu Talam. dan bermula hari itu,sehingga ke hari ini, perkataan bacul begitu meluas penggunaannya. aku dengar macam kasar.

malaysiakita.net mengulas isu bacul menurut Kadir Jasin ini.

dalam utusan semalam kata Pak Lah, ‘‘Depa (pembangkang) takut nak bertanding... bacul, suruh budak (calon bebas) itu bertanding, nak bertanding sendiri tak mahu, takut kalah’’

kemudian tingkah AJK Pusat PAS terhadap kenyataan PM itu berbunyi, "Kalau letak budak-budak bacul, lawan budak lebih bacul"

0 comments Sunday, January 21, 2007

kali pertama, di sunway pyramid, polis dan jugak pasukan FRU hanya melihat dari jauh. kali kedua di tol gombak juga begitu. kali ketiga dalam masa tak sampai sebulan, di cheras, polis sudah panas bontot. 21 ditangkap. kali nih anjuran bersama DAP, keadilan, PAS, MTUC and NGOs. antara watak2 utama yg ditangkap adalah Tian Chua, Dr Hatta Ramli. malaysiakini said their journalist are among those who being held. this toll hikes issue, benar2 buat aku sakit jantung. dilaporkan Tian Chua dibawa ke hospital sbb cedera masa ditangkap. boleh anda bayangkan bagaimana mereka ditangkap?
samy!! do you have something to say other than "rakyat nak facility, kena bayar laaahhhh sket"

according to malaysiakini, 4 of them were hospitalised!

update: tian chua toll reporters, "the police said they acted in this manner due to instructions from above"
obvious sangat. yg ditangkap pon stars from the opposition.


0 comments

gelombang ini sebagai amaran. amaran kpd dictator sekalian! bloggers united bukan hanya kerana memikirkan nasib Ahiruddin Atan dan Jeff semata2. tapi bloggers united bersatu kerana hak mereka to voice out the opinion, their dissatisfaction and also their inquiry.
bloggers united bukan hanya mensasarkan blogger2 bertunjang politik semata. tapi untuk semua.
katanya gelombang ini satu ancaman yg boleh mengancam keselamatan kemakmuran negara. takde angin masakan pokok bergoyang?
from NSTP:
"Among them is Information Minister Zainuddin Maidin, who has said that malicious rumours spread by websites could harm the country."

siapa yg terancam sebenarnya?

bloggers united mewakili community yg proactive! ramai yg menelah suit itu sebagai amaran awal2 kpd semua blogger sekalian alam supaya tutup mulut dan duduk diam2. jangan protes. jangan macam2. tapi perkiraan mereka silap. kerana makin ramai yg bangkit. makin ramai yg bersama2 rocky dan jeff!

baca apa kata:
kadir jasin
Dato Ron
Marina Mahathir


2 comments

Rasulullah saw semasa hayatnya, di peringkat akhir hayatnya sudah menyatakan kegusaran tentang manusia yg melebihkan dunia. yg berpaling kpd hal dunia.

sebab kenapa manusia melakukan kesilapan dan terus melakukan kesilapan, adalah kerana manusia terlupa akan kematian yg pasti.

video ini, mengesankan. teknik penceritaan yg hidup.

aku quote dr video itu;
"jikalau Nabi itu hidup pada hatimu, nescaya engkau tidak mengutamakan sesuatu yg binasa berbanding yg kekal."


0 comments

politik itu kotor
politik itu kejam
politik itu wang
dan wang buat manusia hilang pertimbangan

aku takut membaca ini!

0 comments

tak cukup kecoh dengan isu2 sebelum ini, umno-reform memperkatakan satu lagi bakal masalah rakyat.

penswastaan perkhidmatan kesihatan. kalau tol itu effectnya pada orang berkenderaan. skarang satu malaya yg hidup susah akan merasa effect ini jika ianya diluluskan!


5 comments Saturday, January 20, 2007

baca ini.
[kredit kepada saudara penulis]
aku suka kpd kesimpulan yg dibawanya.
kita yg beri makna kpd sesuatu benda. bawa lah apa saja. tp kita yg memberi makna kpd sesuatu keadaan. kita yg memilih baik buruk sesuatu benda. terpulang kpd kita bagaimana kita interpret kejadian, masalah, keuntungan, kebaikkan atau apa saja yg datang pada kita.
melatih diri untuk menjadi positif itu langkah bijak. aku suka!

0 comments

motivasi atau favorite quote dr insan2 yg dikagumi. ape kesannya terhadap kita?
i read someones writing, he said that he read somewhere; quotes are mean for those uninspired people..
lama aku pikir. rasa macam betul jugak. kenapa kita tak boleh kumpul kekuatan dari dalam diri sendiri. bukankah kekuatan itu akan jadi lebih bermakna? why we always need someone, somebody to keep telling us to be good, to be wise etc etc. kenapa kita tak cukup kuat untuk cakap dengan diri sendiri on every single day that we should be better than yesterday?
tapi aku tk deny yg ianya berkesan apabila manusia dalam keadaan tenang. rasional. mudah utk kita telan, proses motivasi atau perangsang yg di suakan.
kalau otak tgh serabut, sedih, tertekan. kita akan pikir all those motivation thought is just nonsense.
cuba lah kalau anda tak percaya.
contoh paling mudah. bila tengah sedih. pastuh, cerita kat sesape. pastuh respons die, "sabar je la. aku faham ko sedih" dalam hati kita mesti cakap, "ko mane tau. ko tak rasa apa yg aku rasa" hahahahah. paling tak pon, kita akan terus sedih dengan anggapan, orang tak rasa sakit hancur pedih yg kita rasa. kan?? kan??
pastuh bile dah mula rasional skit [ie dah penat nangis], baru bersemangat. baru rasa ada betulnya dan bermakna rupanya bentuk2 motivasi dan quotes itu tadi.

tahu2 je aku nih.pernah rasa eh?

heheh.

2 comments Friday, January 19, 2007

aku masih belum lahir, atau mungkin aku terlalu kecil waktu itu untuk memahami proses perlantikan perdana menteri yg ke 4. tp, bile masa perdana menteri ke 5 nih, aku dah besar panjang.
membaca kembali coretan bagaimana detik PM kita sekarang ini menjadi menteri, saling tak tumpah seperti terlantiknya khalifah Saidina Umar Al-Khattab. Abu Bakar yg menunjukkan dan mahukan Umar menggantikan tempatnya. sepertimana Tun Mahathir menunjukkan dan mahukan Abdullah Ahmad menjadi pengganti beliau. tapi Dr M bukan calang2 pemimpin. menurut Ahmad lutfi othman dalam harakahdaily, apabila Tun turut memberi hint supaya dilantik Najib anak Tun Razak sbg TPM!

78 comments

We, Malaysian bloggers, we, who believe in justice and right to free speech, we, who endorse the Bloggers United movement, unanimously condemn the action taken by media conglomerate NST against bloggers Rocky Bru and Jeff Ooi. The action by the newspaper against the duo is an action against all bloggers who believe in their right to free speech, freedom of expression and justice.

The recent event may seem like a grave development in the path of bloggers, but it can never and must never impede or stop us from defending our right to speak, to express, to write and to tell the truth, to be the watchdog, eyes and ears of the people, or simply to share our view, and give fair comment on any subject which involves and affects us as humans, as rightful citizens of this country.

The recent event may very well give the government owned media the opportunity to dictate the so-called ‘truth” but such actions only prove that bloggers must unite, continue to uphold the right to free speech and freedom of expression, fight for justice, even if it is not our own, be more alert, committed to the cause of free speech, relentless and persistence in the face of such persecution like the one which had befallen on the two of us.

What YOU do to any of US, is what YOU do to ALL.

As responsible bloggers, we demand and claim our space on the blogosphere for free and fair comment, where important national issues and prominent personalities are discussed.

Although it may seem as if the NSTP defamation suits will have a chilling effect on freedom of bloggers, as litigation can be expensive and may jeorpadise a blogger’s economic position, we will not be cowed or silenced by those who have no regard for free speech.

If you find our post offensive, you may refute us with correct facts and figures and fair comment, in the spirit of free speech.

The first two cases will have grave impact not only on the internet, but country as a whole as the country celebrates VMY2007. The healthy, mature and democratic growth for free speech and expression in our midst is at stake. The reputation of the nation as it strives to promote our multimedia supercorridor and love for IT will be a national joke for all the world to feast on.

We demand for a level playing field in all action meted out to bloggers and in particular in the defamation proceedings particularly in terms of financial resources and capabilities, and secondly, that the legal rights of bloggers et al are properly protected in keeping with the imperatives of an information society and knowledge economy which Malaysia aspires to become.



kickdefella; susanloone

0 comments

perasan atau tidak dalam kebanyakkan majlis ilmu kita sering dihidangkan kisah2 sirah yg dulang hampir setiap tahun[and yet, belum tentu aku ingat!ooopss]. kisah penghijrahan Rasulullah diulang setiap kali tibanya awal muharram. still, itu tak dapat memberi kesan kepada seetengah orang. masa dengar ceramah itu, iya lah.. berkobar2 hasrat hati nak menghayati maksud penghijrahan itu sendiri. tapi makin lama, makin kurang. makin kurang. dan melupakan janji untuk hijrah sehingga tiba Muharram lagi. aku tak cakap pasal orang lain. aku bercakap dari pengalaman sendiri. kedengaran seperti bongok jugak. membuka pekung sendiri. tapi aku bercakap hal realiti. kesal ada. tapi biasalah.
itu fenomena di malaysia[menyambut muharram dengan ceramah sirah] faisal tehrani mengupas lagi makna muharram. dalam konteks yg lebih besar. bukan hanya refer kpd peristiwa hijrah semata. ya, peristiwa hijrah itu besar maknanya kepada perkembangan agama Islam. di tempat2 lain, di iran iraq umpamanya, muharram disambut dengan kefahaman tentang penyucian serta kefahaman terhadap jihad selain pengorbanan. yg membuat diri kita terasa seperti dekat dengan sejarah masa lalu.sejarah pahit pembantaian anak cucu keturunan Rasulullah saw.
aku faham pendirian sesetengah pihak yg tak mahu sentuh langsung hal sejarah kekejaman Yazid atau pon sejarah bapanya, Muawiyyah. dalam posting yg dilinkkan diatas itu jugak, faisal mendetailkan bagaimana kesepakatan dalam hal Yazid.

p/s:hijrah untuk bloggers united!

0 comments Thursday, January 18, 2007


ini baru dikatakan aura! bukan aura yg dibawa seperti mawi. tapi aura Nik Aziz. dari dulu, sampai skarang, cool gile TG nih. ketepikan hal politik.
aku bukan biased sbb die MB kelantan. tapi tengokkan caranya, personalitinya, cakapnya. salute beb!
hidup sederhana. tengok saja gaya hidupnya. MB mane bleh challenge die? setiap ancaman, dugaan yg datang dalam karier politiknya, yg dia selalu buat dan anjurkan adalah solat hajat. anak die masuk ISA, die cool jugak. betul lah, pada hematnya, lawan keras2 sangat tak guna. tengok sejauh mana mereka berani. tapi dalam pada itu hati tak pernah berhenti berjuang. sekurang2 nya, die tak pernah kalah pada diri sendiri. hari anaknya, Nik Adli dibebaskan, sabar beliau menanti di rumah.
mendengar ucapan ceramah beliau, best! nampak je beliau macam dah tua. nampak macam penat. ceramah beliau masih lagi dinanti. ditunggu. beberapa pembaharuan yg dibawa ke kelantan, banyak reaksi positif. [tapi tak kurang yg menentang pembaharuan ini; contohnya kebenaran konsert di kelantan. walaupon dalam keadaan tertutup tp ada suara2 yg menentang. katanya, "Tok Guru tuh dah nyanyuk dah"]
kata2 dalam ceramahnya cukup berbisa.tegas. dan akhbar2 cepat tangkap apa2 isi ucapannya dan diputarbelitkan. contohnya tak lama dulu isu "nik aziz cakap Tuhan samseng"
tapi macam biasa.beliau cool.
hari nih baca satu laporan di harakahdaily. laporan mengenai bantuan kewangan menerusi perbadanan menteri besar kpd mangsa banjir Johor sebanyak RM 1 juta! selain bantuan terdahulu iaitu sebanyak RM 49000 serta 5 tan beras untuk mangsa2.[ ini lagi satu laporan penyerahan cek.]
satu hal, kalo menteri sendiri yg turun padang, arahkan kerja dibuat secepat mungkin, tkkan ada delay dalam menyampaikan bantuan2 kpd mangsa banjir. dalam hal ini, TG sendiri melalui perbadanan MB dan kerajaan negeri kelantan [ yaaa, negeri yg disekat bantuan dari kerajaan pusat itu, negeri yg orang bilang mundur itu] yg mengarahkan bantuan disampaikan melalui briged amal supaya bantuan dapat disegerakan. nak bg bantuan, kenapa mesti susah payah nak isi borang itu, borang ini. nak kene buat bancian dulu baru bleh nk bg bantuan.dan selalu kita dengar "saya dah hantar surat meluluskan bantuan. saya harap dengan bantuan ini dpt meringankan beban mangsa. saya prihatin." tapi bantuan nya entah bila nak dapat.
itu tak penting. mende lain yg aku nampak dari laporan ini. mengenai terkilannya TG mengenai kenyataan seseorang [ entah sape buat statement nih aku tatau. tak jumpa source. tapi aku rasa bnyk pihak je yg buat statement seumpama ini] statement yg berbunyi seperti : " kita telah bersiap sedia untuk mengurus banjir sekiranya ia berlaku lagi" TG cakap, beliau rasa berdebar [seram] mendengarkan hal itu. terkilan kerana kenyataan itu kedengaran seperti angkuh. ape pon, seperti kata TG, "perancangan untuk menghadapi banjir rupanya mengatasi kehendak Allah apabila manusia tidak mampu menangkis kemaraannya "


p/s: bahang PRU makin dekat. simptom2 dikesan disini dan disini. dan banyak lagi!

2 comments

kabar2, desas desus yg dimainkan, seperti di sini . akhirnya jadi realiti.
ini mungkin salah satu bentuk peringatan, yg jelasnya kpd saudara rockys bru dan juga jeff, dan secara tak langsungnya kepada yg suka sangat nak jaga tepi kain mereka. banyak kalau aku nak list down blogger yg suka gossip politik nih.
pertama kalinya, case against a blogger. blogger now become a dangerous species. this case mungkin obvious. lain2 bentuk tekanan seperti yg diceritakan saudara sheih di sini. kedengaran seperti sebuah cereka di tv. tapi reality dan lagi berlaku di Malaysia! dan ia memang benar2 memberi tekanan. tapi ape peduli. slogan mereka[ read: kami], "lawan tetap lawan".
sekat Anwar itu dengan ISA, sekat mahasiswa dengan AUKU, sekat blogger dengan mahkamah!


note the piles of documents, all for rocky! never surrender bro!

update [0707am]: read the report about this issue from harakahdaily.


2 comments Wednesday, January 17, 2007

dan mungkin ini kelebihan blog!

cerita kingbinjai.

dalam paper utusan kita baca, penghuni pusat pemindahan bersyukur dan berterima kasih dengan kepantasan dan keprihatinan pihak terbabit.

dalam tv3, kita tengok mangsa banjir bagi komen, terima kasih banyak2 lah kpd badan itu, badan ini. kami kat sini, takde masalah. makanan cukup. semua cukup. terima kasih banyak2!




3 comments

this is so ridiculous!

calon yg baru je 22[itupon pd 22 januari nih br genap 22!] entah dari mana datangnya,[yeahhh, datangnya dari ayahnya yg selalu masuk bertanding atas tiket DAP tp tk pernah menang] menentang calon BN yg kos kempennya juta!
and yet, kata Najib itu calon tajaan DAP.

brape banyak habuan yg budak nih dapat??

lucu pon mungkin jugak. kata calon bebas ini kpd Berita Harian, die nak bagi peluang perniagaan kpd penduduk Batu Talam ketika musim berkempen ini.
budak yg pendidikan tertingginya SPM! no offence. tp tak nampak point kenapa die nak masuk bertanding! 79% of batu talam voters are malays. sick joke!

and, now, khairy ambik peluang mencelah!

now what i found here. oooo, patut laaa.


0 comments Tuesday, January 16, 2007

baru2 ini aku mendapat satu cerita dari adik aku. kisahnya, di sebuah sekolah kampung. sorang budak nih, nak spm. kire die punya lahhh takut2 dengan exam semua. tapi dalam masa sama punyai cita2 tinggi. dia dah pikirkan options yg ada after spm. die berminat dengan matrikulasi dan ke degree. dalam masa sama simpan hasrat untuk menghadiri interview2 untuk sponsorship pengajian ke laur negara.
so, sebagai senior. die tanya lah aku sket2. aku pon jawab laa sket2. apa yg aku tahu je laaa. tapi aku cakap kt die, "ko pegi tanya kaunselor sekolah ko. die yg uruskan semua nih. die patut tahu. kan aku dah cakap hari tuh suh pegi jumpe kaunselor sekolah?"
die cakap, aku dah pegi tanya. kaunselor cakap, "kaunselor cuma tahu pasal borang matriks je. yang lain2 uruskan sendiri. sekolah tak uruskan!"
ape label aku nak bagi kt cikgu nih?
dia ingat die dok kat skolah kampung, dan dia bleh buat sesuka hati ngan budak2? budak sekoalh, innocent die lebih sket. cikgu cakap ape pon; ikut je. kalau aku balik karang takde kerja, aku mau je nak gi tengok rupa cikgu tuh. atau pon, aku rasa, kalau aku lepas spm, tkyah ade degree pon bleh buat kerje lagi bagus dari cikgu tuh.. adeiiiii... takde gunanya menteri datang ke uk jauh2, bincang pasal hala tuju pendidikan masa depan negara, tapi, cikgu sedia ada, macam ape je buat keje. tuh belum masuk yg bisnes kat skolah, yg ponteng kelas [cikgu pon pandai2 ponteng skarang!], yang mengajar ala kadar [ambik sah masuk kelas je!]. mendidih aku dengar. kalau tuh laaaa imej, sikap yg ada kt seorang cikgu, rosak anak2 sekolah.
even die mengajar kat sekolah di kampung, itu bukan alasan cikgu tuh menjatuhkan maruah profession perguruan yg dulunya orang letak tinggi. dulu2, menurut cerita mama, kalau sesape yg keje cikgu tuh, memang orang berebut nak buat menantu laaa.. jaga laaa tanggungjawab orang bagi! pengetua skolah pon satu, asyik dok pikir nak tukar kete, mesyuarat sana, mesyuarat sini. nazir pegi melawat sekolah pon, pastuh bg report, "saya sungguh berpuashati dengan pengurusan sekolah ini. persekitaran bersih, murid terkawal"
padahal sehari sebelum nazir datang, murid di arah bergotong royong. pastuh, perhimpuan pagi2, sebelum nazir datang dah sound budak2, "hari nih ada lawatan nazir. nampak orang pakai smart2 sket, bg salam n senyum. dok dlam kelas diam2. saya mintak, tolonglah, hari nih jangan berkeliaran di luar kelas. dalam kelas pon dok senyap2. baca buku. cikgu tak masuk, or lambat masuk kelas, ketua sila pergi panggil cikgu. ingat! ketua sorang je. yg lain jangan keluar kelas tak tentu hala!"
alaaa. sure korang biasa kan? nak je aku hantar entry kt hishamuddin! heheh.
nih ade satu artikel berkaitan yang menarik!

0 comments

2,3 hari yang lalu saudara sheih kickdefella keluar dengan satu simbol yg mengumpulkan kesepakatan blogger.. "bukan blogger" pon patut untuk turut serta. kerana itu hak mereka untuk dapat maklumat dari pihak yg satu lagi. hak untuk mereka tahu dari sudut pandangan yg berbeza. tak adil bg mereka jika disuap dengan berita2 berat sebelah. sudahlah akhbar2 alternatif disekat permit, dirampas dan sebagainya. ini hak untuk orang mengeluarkan pandangan pon disekat. orang tak kritik kalau tak salah. buat kerje dengan betul dan baik, setel masalah. and most of the blogger pon, diorang bukan kritik. diorang cuma persoalkan. dalam masa yg sama meraih kesedaran orang awam tentang apa yg berlaku.
diorang soal tentang kenapa tol naik. kenapa harga barang naik. kenapa kontraktor2 kecil tak dapat projek. macam mana pengurusan kewangan negara. siapa dapat komisyen. sape rasuah. sape tak buat kerja.
ahli politik itu ade 2. ada yg berjuang benar untuk bantu orang awam [sbb die sendiri tak jadi pemimpin, secara tak langsung, die pon orang awam dan mewakili orang awam yg lainnya] atau yg sekadar nk jadi pemimpin kerana kelebihan2 yg bakal mereka peroleh. tapi blogger ini bukan ahli politik pon. mereka ini kumpulan2 yg melenting sbb hidup mereka diganggu. kesian tengok orang lain yan terhimpit. mereka bukan nak jadi wakil rakyat kawasan diorang pon.
di brunei, seleweng macam mana pon pemimpin mereka, tapi tengok kemudahan yg rakyat yg mereka dapat. sekurangnya, kurang kan masalah mereka yg susah hidup. yg terhimpit. aku yg dibawah tanggungan ibubapa nih pon, yg makan siap, baju orang siapkan.. tapi bile poket kosong, aku gelisah tak tentu pasal.
inikan pula yg berhempas pulas nk belikan susu anak, tanggung anak sakit, makan cukup2. tapi, sebahagian besar pendapat habis untuk bayar tol! tak ke bengang orang2 nih?
lagi satu, kitorang nih memang suka bergosip pon. kalau laaa ade rancangan macam Melodi tuh. serbu sana. serbu sini. [serbu ahli politik seleweng laaaa] orang seleweng, ade orang bongkar dan kita sebar!! kalau penjelasan di paper tuh, alaaaa stereotype gile jawapan. ahli politik. gaya macam artis! bandingkan:

ahli politik: kita tahu rakyat memihak kpd kita.. rakyat sedar peranan kerajaan BN dalam membantu perjuangkan hak rakyat..
artis: peminat tahu siapa saya. selagi saya perjuangkan dunia seni tanah air kita...

pegi mampos!

technology yg memakan diri mereka!




0 comments Monday, January 15, 2007

read this from jeffooi!
just wondering.
report pasal Mr Plagiarism or, report yg last 3 paragraph on BBC News itu yg mengganggu?

0 comments Sunday, January 14, 2007

baru abes baca paper. sungguh aku rasa kesian dengan mangsa2 banjir di johor. masa dok terengganu dulu pernah laa aku rasa macam mana banjir nih. mula2 seronok laa main air. terutama budak2. tapi, bila banjir berlarutan sehingga seminggu dua. and setakat nih dah 3 kali banjir dalam tempoh sebulan, itu bukan lagi suatu pesta! kalau dulu banjir yg aku rasa, air separas lutut je. tapi melihatkan gambar2 yg dipapar, dalam paper dalam blog2, aku rasa kesian. air sehingga paras bumbung rumah.
yg sempat bawak barang pon tentunya susah payah. nak angkut semua barang perabot rumah. mana nak angkut sofanya lagi, tv 39 inci yg berat [ke skarang orang sume pakai plasma tv? lagi ringan eh?], perabot2 kayu jati. [saja je sebut semua nih, kata malaysia negara yg hidupnya senang] yg sempat tuh sempat lah. yg tak sempat memang kesian. sapa tak sedih. kadang2 hutang perabot pon tak habis lagi.[kalau yg beli hutang laaa. dengan courts mammoth? gile melampau company nih] dah rosak dek banjir.
dulu rumah kami tinggi, cuma dapur ngan toilet je yg terjejas. mama letak batu-bata untuk kami meniti ulang alik ke toilet. mengingatkan mereka di johor, aku serasa boleh bayangkan tidak selesanya mereka. diserang banjir. nak makan tunggu bantuan daripada sukarelawan. macam mana dengan mandi? pakaian yg entah macam mana mereka nak basuh. tidur beramai2 di pusat pemindahan.
lepas tuh, pikir plak nak balik rumah nanti nak bersihkan lumpur,baju2 yg kotor, kerugian kerosakkan. kalau orang senang takpe lah.semuanya boleh dibeli dengan duit. semuanya boleh dibersihkan dengan adanya duit. semuanya boleh diganti tukar yg baru dengan adanya duit.
tapi yg terjejas di johor itu bukan hanya golongan kaya raya senang lenang. ramai je yg hidup sederhana. yg cukup2 makan.
adacadangan untuk membuka kelas2 sekolah di pusat2 pemindahan. memang mereka tak patut mengabaikan soal pendidikan. tapi dalam keadaan hidup yg tak selesa itu, macam mana mereka nak bersekolah? dengan buku entah kemana, baju skolah rosak..
menurut laporan utusan, hujan yg selama 3 hari di kawasan johor ini seperti taburan hujan untuk 2 bulan. dan mungkin keadaan ini berlarutan sehingga March. mungkin kita tak kena tsunami seperti yg berlaku 2 tahun yg lalu. tapi mungkin ini juga salah satu bentuk amaran. mungkin ada silap di mana2. mungkin kita boleh perbetulkan apa yg patut.

update : banjir johor menurut Datuk Ron

0 comments

heheh.. kenapa?
tetiba, bangun dari tidur.. and aku rasa nak menulis dengan nama aku. bukan hanya penyu. lagi satu, blog aku, aku punya suka lah! hahahahah.
sahabat aku tanya kenapa?
sbb aku tak nampak kenapa aku perlu berselindung disebalik anonymous.
dulu aku tanak orang tahu apa yg bersarang dalam kepala aku. sekarang aku nak share. and aku nak dapat respons. orang tak baca sesuatu dengan, masuk kemudian, angguk tanda setuju, geleng tanda membantah. mesti ada sesuatu yg mereka terlintas and nak point out. www ini dunia bebas. setiap orang punyai hak untuk perkatakan apa yg mereka rasa. be it kenyataan yg saaaangat pahit.
menulis, mengecam, menyampaikan mesej kasih sayang, ingatan pd teman2.. aku mahu itu semua atas nama aku. bukan penyu lagi. tanak seperti baling batu sorok tangan.
awalnya, kenapa aku pilih penyu aaa?
ntah. masa tuh, tiba2 jugak aku rasa seperti nak menulis sesuatu. dulu aku banyak merepek dalam frenster blog. since aku dah cancel account frenster, and aku tak pikir aku nak bagi kawan2 dalam frenster list aku baca apa yg aku melalut. aku nak bercerita sesuatu yg bukan aku pada zahirnya. zahir manusia, orang boleh tafsirkan macam2. inikan pula apa yg dalam otak. lagi laaa orang boleh confuse. sbb manusia tak sah kalo tak complicated. manusia boleh jadi macam2. ok, im drifted away. kembali pada soal kenapa penyu. ntah, tiba2 aku teringat haiwan hampir pupus itu. mungkin jugak sbb aku suka pantai. and for 5 years aku tinggal di terengganu. sekolah depan rumah. aaah, i miss those times.
oklah, merepek nya aku kali nih mungkin kerana exam. aku tak tipu, aku sangat takut dengan exam kali nih. bodohnya aku seperti orang yg tak tahu die dalam keadaan tak tahu.

orang yg tak tahu itu tak rugi. tp, sangat rugi dan sangat bodoh manusia itu bila die tak tahu yang die dalam keadaan tidak tahu.

p/s: lebih kurang macam die tak tahu die bodoh!

0 comments Saturday, January 13, 2007

aku bookmark satu blog nih. [banyak blog yg aku bookmark! heheh] alih2, ade latest entry beliau tiba2 hilang. aku tanya, and aku paste disini respons beliau;

penyu:
harap maklum, AUKU membelenggu..universiti sudah diserbu bapak polisi.
gambar di FP dan entri terpaksa dilupuskan seketika utk tujuan keselamatan.
begitulah nasib kami mahasiswa di sini..kebebasan itu sesuatu yg mahal harganya. risiko agak tinggi.
di sini mentalitinya masih bebal..pentadbir kampus masih lagi taksub jadi pengampu perasuah!

dah berapa ramai mahasiswa berjuang supaya dilupuskan AUKU yg menjadi pagar kepada mahasiswa dan menghalang mereka dari bersuara.
berbeza dengan apa yg aku dapat disini. disini orang berubut mencari peluang mengeluarkan pendapat. pelajar universiti punyai peranan besar. mereka utarakan apa yg mereka rasa. mereka luahkan. mereka mintak apa yg mereka nak. dan jika itu hak mereka, kerajaan mereka [kerajaan mana2 pon] tiada hak untuk menghalang.peraturan2, undang2, akta2 diciptakan untuk menjaga kedudukan satu pihak dan melumpuhkan satu pihak yg lain.
direnung kembali, sejak kecil pon kita diajar untuk patuh. tapi kadang2 patuh itu dislaah gunakan oleh yg berkuasa untuk exercise power mereka habis-habisan.
contoh, patuh dengan ibu bapa. anak2 kecil disini juga diajar patuh. tapi mereka akan soal balas ibubapa mereka jika ada yg tak kena pada pandangan mereka. sungguh. dan aku rasa itu tidak ada salahnya. selalu akukagum dengan anak mat salleh nih. satu, berani mereka soal balik mak bapak mereka. duanya, itu tandanya minda mereka berkembang, mereka penuh inkuiri, mereka bertindak. berbeza dengan kita di malaysia. patuh pada ibubapa itu disalah tafsir. apa saja parent cakap, kita akan patuh. bukan aku nak suruh kurang ajar ngan ibubapa. dengan adanya tatatertib, mana mungkin pertanyaan atau permintaan itu nampak seperti kurang ajar.
paham kan? [tolong lah paham!]
begitu jugak bila dah masuk sekolah. kita disuap dengan idea, "membantah itu kurang ajar"
sekarang, mahasiswa dihimpit dengan "membantah itu salah disisi undang2!"
jangan salahkan anak kecil, pelajar sekolah atau mahasiswa andai mereka memberontak. slama ini hasrat mereka terpendam. selama ini idea, pendapat mereka tidak didengari.
tak hairan jugak kalau graduan ini tidak kompetitif. mereka diasuh dengan idea mereka tiada nilai. selama ini, tak siapa nak dengar apa yg mereka perkatakan. mereka terbiasa dengan duduk diam2, tunggu arahan seterusnya.
tapi bukan semua. kerana ada yg bangkit dengan sendirinya. kerana mereka belajar, mereka sedar yg mereka patut dan punyai hak untuk bersuara.

0 comments

rupanya, di tengah kesibukkan menelaah pelajaran saat exam tak brape lama je lagi, sempat jugak mereka2 meluangkan sejenak memberi reflek akan keputusan pembangkang menarik diri dari pilihanraya kecil Dun 06 Batu Talam.
hari ini, section politik utusan melayu online masih lagi memuatkan kata2 seperti bacul, pengecut, takut kalah dan sebagainya terhadap pembangkang. dewan muslimat hari ini mempertahankan pendirian dan idea dari presiden parti itu. kata beliau, kalau betul pas itu takut kecundang, kenapa selama ini pon, pas tetap menghantar calon walaupon tahu itu kubu kuat UMNO dan sebagainya.
yaaa, ingat tak bagaimana di Lunas tidak lama dulu. bukan soal takut kalah. tengok saja dalam pilihanraya umum. kita tengok, di sabah sarawak, mereka hantar saja wakil. bapak susah nak mempengaruhi dayak2 sabah sarawak. [no offence penduduk sabah sarawak!] sebagai pendokong demokrasi, lawan tetap lawan.
dengar cerita pelaburan untuk tujuan kempen sebuah pilihanraya kecil itu mencecah jutaan ringgit. dimana nilai tujuan sebuah pilihanaya itu sebenarnya? pengundi2 ini memang perlu dilobi dengan duit ke?? tak ubah seperti nak undi peserta AF. banyak kempen oleh kelab peminat, maka banyaklah orang undi! atau apa kriteria seseorang itu dilantik sebagai wakil rakyat kawasan? siapa yg bodoh?? kesedaran itu bukan perlu ada pada yg menggunakan duit untuk melobi undi, tapi kesedaran perlu dibangkitkan dikalangan yg mengundi!
hal tarik diri di batu talam. tujuan mereka supaya orang awam sedar. pembangkang tidak mahu bertanding dalam suatu pertandingan yg hakimnya tidak adil. tidak jujur.
aku tergelak guling2 macam tenggiling membacakan respons [dalam satu mailinglist] seorang budak entah dari planet mane tah, bila die mengatakan,[aku quote and aku simplify] berapa bajet yg PAS sanggup keluarkan untuk tujuan kempen di Dun Batu Talam ini, macam mane nak lawan UMNO yg sanggup berhabis beratus juta ringgit. pas prefer untuk abiskan duit untuk tujuan pembangunan dari merugikan duit untuk tujuan kempen di batu talam. dan budak darah panas nih(sbb nada tulisan die mcm tengah mendidih je?) ini mempersoalkan keadilan kepada penyokong pembangkang di batu talam. [/quote]
ini bukan soal berapa duit nak kena habiskan untuk satu kempen pilihanraya kecil. ini hanya tafsiran sempit terhadap boikot yg dilancarkan pembangkang itu. orang bincang pasal ketelusan pilihanraya, die cakap pasal tanak bazirkan duit untuk kempen dan mempersoalkan keadilan untuk penyokong pembangkang di batu talam. bukan keadilan untuk batu talam je yg sedang diperjuangkan, tapi keadilan untuk semua rakyat dan orang awam lainnya. kalau lah pembangkang tidak tegas dalam mendesak reformasi SPR, sistem yg dikatakan demokrasi itu tetap akan ditakuk lama. takkan ada perubahan. dan rakyat takkan pernah sedar. tahu2 je, pembangkang kalah lagi di batu talam. kalah biar cara terhormat.. sekurang2nya, bila pembangkang boikot, at least mereka persoalkan, kenapa perlu boikot? dan seterusnya mereka akan sedar tentang ketidaktelusan dalam badan yg menguruskan pilihanraya di malaysia.
tp itulah masalahnya. contohnya bila dibangkitkan isu pengundi hantu, yg dah mati pon ada dalam daftar pengundi. sama seperti kes Pengkalan Pasir tempohari. tapi, entah dimana bermulanya kecacatan sistem keadilan itu, bawak kes masuk mahkamah pon, mahkamah putuskan pilihanraya pengkalan pasir itu sah! sama juga di batu talam ini. baru2 ini dibangkitkan tentang senarai pengundi berketurunan India seramai lebih kurang 300 orang dikawasan berkenaan. tapi, apabila disiasat, mereka pergi ke kampung berkenaan, hanya ada 2 keluarga india di situ. SPR diamkan diri.
Tan Sri Rashid itu, sudah lama didesak supaya letak jawatan. kenapa masih mahu memegang jawatan kalau dia tak mampu menjadi ketua hakim sebuah pertandingan yg adil dan telus? lihat saja dalam akhbar, jelas, terlalu jelas, kepada siapa beliau memihak. walhal, sebagai pengerusi sebuah badan yg seharusnya bebas mutlak. tanpa dipengaruhi oleh sebarang ideologi politik. tapi entah dimana silapnya rashid ini, dia tak mahu mengaku kalah.
antara lainnya, mereka menuntut supaya satu badan bebas dilantik sebagai pemerhati proses pilihanraya. itu pon susah hendak dipersetujui. padahal tindakan itu bakal membuktikan jika kita sememangnya telus dalam mengendalikan proses pemilihan.
dan satu pergerakkan yg diketuai Azmin Ali sedang dalam usaha memperkenal satu perisian computer yg dikenali dengan SISMEP 12 yg boleh mendedahkan kelemahan serta penyelewengan dalam proses pilihanraya. tu pon kalau SPR nk gunapakai kaedah ini!

0 comments Friday, January 12, 2007

50 tahun selepas wafatnya Rasulullah saw, keturunan baginda Rasulullah dibantai dalam kejadian Karbala. Hussein yg dulunya ditimang Rasulullah ketika baginda berkhutbah, diinjak2 oleh kuda. kepalanya yg diusap baginda, diarak ratusan kilometer. bibirnya ditusuk dengan tongkat Yazid, penguasa jahanam.
hussein dan 70 anggota keluarga lainnya, syahid dalam kejadian berdarah Karbala itu; kemuncak saat derita keturunan Rasulullah saw. penguasa saat itu, bukan hanya membenci keturunan Rasulullah, tetapi juga pengikut yg menunjukkan kecintaan terhadap mereka. antaranya Kumail bin Ziyad; sahabat kepada Saidina Ali bin Abi Talib. Kumail diburu. akhirnya Kumail mengalah. katanya; "aku sudah tua. usiaku sudah lanjut. aku tidak mahu menjadi sebab kesengsaraan keluargaku". al-hajjaj menyembelih Kumail.
Said bin Jubair solat dibelakang Ali Zainal Abidin [putera Hussein]. melihatkan kecintaan Said, beliau ditangkap, dipancung oleh al-hajjaj juga. menurut ahli sejarah Islam Ibn Atsir, beliau sempat mengucap 3 kali. sekali dengan cukup fasih.
ketika al-hajjaj mati, dikatakan dipenjaranya masih ada 50 000 tahanan lelaki dan 30 000 tahanan wanita. 16 000 diantaranya bertelanjang. dibiar panas terik matahari pd musim panas, dan kedinginan di musim sejuk.. hanya kerana mereka kasihkan Ahlul-bait.
al-hajjaj adalah simbol kekuasaan Bani Umaiyyah. al-hajjaj menurut Umar Abdul Aziz sebagai ketua penjahat segala penjahat.
pada waktu-waktu akhir hayat al-hajjaj masih tinggal seorang keturunan Rasulullah saw, iaitu Ali Zainal Abidin; terkenal dengan lembt hati, penyayang. beliau sahabat kpd fakir miskin. suatu hari beliau ditemui sedang menangis teresak2 diatas sebuah batu kasar. kedengaran beliau mengulang2;
"la ilaha illallah, haqqan haqqa, la ilaha illallah ta'abbudan wa riqqa. la ilaha illallah imana wa shidqa" [tiada Tuhan selain Allah. yg sebenar-benarnya. tidak ada Tuhan kecuali Allah kepadanya menunduk dan menghamba. tidak ada Tuhan kecuali Allah, dengan keimanan dan ketulusan]. ketika beliau bangun, wajah dan janggutnya dibasahi dengan air mata.
lalu budak yg menemui beliau itu bertanya, "ya Sayyidi, belum jugakah datang waktunya dukamu berhenti dan tangismu berkurang?". beliau menjawab, " bagaimana? Ya'kub bin Ishaq, seorang nabi dan putera kpd seorang nabi. punyai 12 anak. seorang darinya hilang. Ya'kub menderita sehingga kepalanya beruban, punggungnya bongkok, pengelihatannya hilang kerana terlalu banyak menangis. padahal anak yg ditangisi itu masih hidup. tapi aku, melihat ayahku, saudaraku, dan yg lainnya dibantai didepanku. mungkinkah hilang dukaku dan berkurang tangisku?
Ali Zainal Abidin memang terkenal sebagai yg banyak bersujud dan merintih mengenangkan nasib yg menimpa kalangan keluarganya. beliau digelar As-Sajjad.


0 comments

bulls*** itu bukan aku tujukan kpd kebebasan dalam beragama. tp kpd org yg tidak sensitif. org yg bangang. yg membesarkan isu ini.pegi mampos kpd non-muslim dan muslim-atas-sehelai-kertas yg risaukan "Islamisation of the country". apa yg aku nampak, tkde pon atau tak banyak pon non muslim risau dgn laungan2 akidah islam. ape mereka peduli.takde kaitan dengan mereka pon. mereka kekal saja dengan cara mereka.
yg ramai timbulkan isu agama ini lebih kpd ahli2 politik yg ambik peluang untuk menghentam pembangkang khususnya PAS. DSAI dengan tegas menyatakan pendiriannya terhadap hak istimewa dan kedudukan islam sbg agama rasmi. itu hal yg tidak boleh di negotiate. kalau hal keistimewaan islam itu mendapat tentangan non-muslim, takkan ada non-muslim yg boleh join pakatan pembangkang, khususnya parti keadilan. lihat saja VP keadilan, Lee Boon Chye, Sivarasa Rasiah. dan lain2 ahli parti berkenaan, Datuk Nalla, Dr Xavier, Tian Chua dan lain2.
media2 yg banyak menimbulkan dan membesarkan isu ini. kalau dengan praturan berpakaian di kelantan ditentang oleh menteri pembangunan wanita yg atas kertasnya seorang islam, lojik laaa kalau non muslim pon turut bising.. kelantan buat apa yg die patut buat untuk lindungi wanita islam tapi yg tukang risaunya, yg tukang menentangnya pemimpin tertinggi yg islam! dalam hal beragama, tiada paksaan. jelas. Rasulullah tak pancung orang sbb tanak masuk islam. tapi kalau yg muslim nk keluar agama, itu sesuatu yg harus dikaji balik.
hukum murtad macam mana? tiada paksaan dalam agama itu bukannya bermaksud sesuka hati boleh keluar islam. dan pemimpin perlu tegas dalam hal ini.gagal seorang pemimpin yg tak mampu kawal akidah islam seorang rakyat nya.
ia bukan hal catatan agama di atas mykad! ianya bagaimana mempertahankan islam. apa pandangan orang bukan islam dengan masalah ini. isu murtad.mungkin pada mereka, "ahh, yg islam pon nk keluar dari agama mereka." mimpilah nk tarik yg bukan islam ke dalam islam.
yg mereka panggil "islamization to the country" itu bukan nak paksa semua orang masuk Islam.bukan itu yg diperjuangkan. tapi laungan2 kembali pada Islam lebih kpd membudayakan orang Islam, supaya mempraktikkan Islam dalam masyarakat Islam sedia ada. dan bonus jika hal itu berjaya menarik non-muslim untuk sedar Islam itu hakikatnya indah!

1 comments

(AFP) - Malaysia's status as a moderate Muslim country is being put to the test in a milestone court decision that may allow Muslims to renounce their faith, a move considered one of Islam's greatest sins.

The nation's highest court is to rule on an appeal by Lina Joy, a convert from Islam to Christianity who for a decade has been locked in a battle with the government to have her decision legally recognised.

The appeal brings to a head passionate arguments about whether Muslims can renounce Islam at will and, ultimately, whether Malaysia is a secular country or is morphing into a conservative Islamic state under religious Sharia law.

"Our country is at a crossroads pending the outcome of this landmark case," Joy's counsel, Benjamin Dawson, told AFP.

"This decision is pivotal to the direction the country will take."

The 42-year-old woman at the centre of the case is a member of Malaysia's majority ethnic Malay community, who make up 60 percent of the population of more than 26 million.

Born a Muslim and called Azlina Jailani, she says her introduction to Christianity in 1990 changed her life for the better.

But it has left her fighting the authorities since 1997, first for her new name to be put on her identity card, then to have her former religion removed.

"Although I have been brought up as a Muslim, I have, from the beginning, not believed in the practices and teachings of Islam," Joy, who rarely speaks to the media, said in a 2000 affidavit to a high court.

"I find more peace in my spirit and soul after having become a Christian.

"As such, I am of the opinion that I would be unfaithful, untrue and unfair to myself and to others should I carry on projecting myself as Muslim."

Her appeal to the federal court centres on whether she must go to a Sharia court to have her renunciation recognised before authorities strike the word "Islam" off her identity card.

The court's ruling is seen as pivotal because it could resolve a paradox in the constitution, which guarantees freedom of religion but defines Malays as Muslims.

Malaysia's civil courts operate parallel to Sharia courts for Muslims in areas of personal law such as divorce, child custody and inheritance.

The question of which takes precedence, however, is increasingly murky in cases that involve both Muslims and non-Muslims, who have little say in Sharia courts.

Lower courts have so far rebuffed Joy's efforts, ruling that only Islamic courts can recognise her conversion.

However, the Islamic courts are loath to approve apostasy -- renouncing Islam, which some Muslim scholars say is punishable by death -- setting up a Catch-22 situation for would-be converts.

Several high-profile cases have underlined the strain. Last year, an ethnic Indian mountaineering hero was buried as a Muslim despite the protests of his Hindu wife, who insisted he never converted.

-- Worries about creeping "Islamisation" --

The debate has grown increasingly fierce as Malays have become more openly pious, a phenomenon non-Muslim communities see as a worrying "Islamisation" of the country.

Analysts say the resurgence is fueled by a decades-old fight between the ruling United Malays National Organisation party and its Islamic opposition to prove their religious credentials and "out-Islamise" each other.

While rights campaigners argue that Malays have a right to renounce Islam, Muslim groups have denounced Joy's legal challenge as a ploy to undermine the religion's status.

"The process amounts to an attempt to deconstruct, to change radically the position of Islam as it is in the constitutional legal set-up of the country," said Yusri Mohammed, the president of the influential Muslim Youth Movement of Malaysia.

"We see this as something which is unacceptable, something which is a threat to the socio-religious harmony of the country."

Harussani Zakaria, the mufti of Perak state, recently cited a report that 100,000 Malays had renounced Islam and more were lining up to do so, although he has not provided details.

While Yusri said any social unrest over the Joy case would be "manageable," emotions are frayed in a country which rarely sees demonstrations or acts of political violence.

Threats against her lawyers have been released on websites and in August, posters were circulated anonymously calling for the death of lawyer and rights activist Malik Imtiaz Sarwar, who has argued in Joy's case.

"It is a symptom of the breakdown of civilised dialogue in this country. It is a sign of the reactionary times ahead," he wrote in a newspaper article on the threats.

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, who admits race relations have hit a "fragile" point, has described the worsening relationship between the Muslim Malays and the minority ethnic Chinese and Indian communities as a "disease".

A year ago, all 10 non-Muslim cabinet members sent a petition to the prime minister asking him to safeguard the rights of religious minorities, but were reprimanded by Abdullah and forced to retract it.

Meanwhile, Joy's battle continues. She is forced to keep a low profile for fear of retaliation from Muslim groups, and although she is now engaged to a Christian man, she cannot marry him.

Under Malaysian law, non-Muslims must convert to Islam if they want to marry a Muslim.

Ivy Josiah of the Women's Aid Organisation, part of a coalition of groups watching over Joy's case, said it was about a woman's right to live her life freely.

"At a very personal level, here is a woman who's been for the past 16 years saying 'I'm a Christian. I want to get married, I want to have children' and no one is hearing her.

"And the state is saying, 'You are not allowed to do this'," she said.

Dawson, Joy's lawyer, said he expects a decision in the first half of 2007, and lawyers say decisions in similar cases in lower courts are being held over until the federal judges rule on her appeal.

copy paste from Malaysia Today.

2 comments

ade setuju. ada yg bantah. ada yang mengejek.

kadir jasin dalam blognya mengatakan pakatan pembangkang itu bacul kalau kekal dgn pendirian untuk memboikot. and tindakan itu sbg tidak adil kpd ahli2 pas batu talam yg menyokong perjuangan PAS.[kerusi itu sebelum ini dipertandingkan antara UMNO dan PAS]

rata2 pemimpin2 UMNO melabel boikot itu hanya "gimik politik pembangkang, dan itu hanya alasan pembangkang yg memang dah tahu takkan menangnye di kubu BN tuh."
dalam laporan utusan[again, media coverage yg tidak adil!] itu ada memetik VP PAS sbg berkata, ade 6 kepincangan SPR yg mendesak mereka memulaukan pilihanraya batu talam. tapi, mcm biasalah, tak disebutkan apa yg dikatakan 6 kepincangan itu. dan lainnya, utusan hanya mencetak reflek2 dari kalangan UMNO tentang boikot tuh.
tapi, yg ada internet access, atau yg berjaya beli harakah [yg tak boleh dijual sesuka hati] atau suara keadilan [yg masih lagi dirampas kerana sehingga sekarang kementerian tak keluarkan permit untuk penerbitan paper nih] boleh laa mereka nilai apa kata pemimpin pembangkang dan kenapa mereka memilih untuk membangkang dan memboikot batu talam.
apa yg lebih penting, bukan bacul atau tidak pembangkang tarik diri. tapi, soalnya; KENAPA mereka tarik diri dari bertanding?
takkan SPR nk diamkan diri je dengan desakan2 pembangkang nih?


0 comments Thursday, January 11, 2007

my friend warned me! die cakap, "jangan asyik dok update blog je weh! exam tuh" hahahah. tak2. aku update bila masa aku sakit mata tengok notes, sakit kepala tengok past year papers [sakit hati tengok reports kat paper.. heheh] well, i have to keep myself busy. aku tanak merugikan saat yg aku ada dengan mengenang sejarah. aku nak belanjakan [spend? :D] masa untuk mengamati masa sekarang dan membayangkan masa depan. ingat statement yg aku quote? "hidup terlalu singkat untuk dibazirkan kepada pilihan yg salah." and aku pilih untuk penuhi masa aku dgn update blog! hahahahah. and i'm pleased to hear responses from you guys.
beberapa minggu yg lepas, [ke beberapa bulan yg lepas?], aku ada berborak kosong dgn seorang member. borak kosong je. tp tetibe macam mane tah, die bleh kluarkan statement yg die tak setuju dengan pelajar overseas yg ditaja kerajaan ini, tetapi menentang dasar kerajaan. atau protes terhadap kerajaan. katanya, "tak bleh ke kenang jasa kerajaan yg sara kebajikan sepanjang pengajian?"
aku diam je. tak kiralah aku nih ditaja atau tidak; pada aku, kalau salah itu salah jugak. takdenye, sbb die bg duit dan kita kene tunduk setiap apa yg dibuat. kalau salah tetap salah. kita bayangkan mcm ni je laaa. mak bapak. haaaaa. besar kan jasa ibubapa kita? syurga bawah tapak kaki diorang lagi. tp Tuhan cakap, kita kene ikut semua apa cakap mak bapak selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.
sedangkan ibubapa pon ada batasnya..batas selagi tak bertentangan dengan hukum Tuhan. well, ibubapa mana yg suruh anak die buat jahat kan? Tuhan nak highlight, kalau salah tuh salah jugak. tak kira tinggi mana jasa diorang pon.
patriotik itu bukan pada mengangguk setiap laku pemerintah. patriotik itu bukan menyerah. patriotik itu berani bertindak. patriotik itu berani bersuara. [well, aku tak berani sangat sbb pakai anonymous. hahahahah]
tak. aku tak menentang kerajaan. aku cuma cakap tak puas hati aku bila harga barang naik. bila nasib orang miskin terbiar. bila orang susah kesempitan. dan semua itu aku rakamkan dalam catatan ini.


0 comments

PUTRAJAYA: Pentadbiran sekarang tidak boleh menafikan perjanjian sebelum ini, yang dibuat kerajaan dengan pemegang konsesi lebuh raya berhubung semakan kadar tol, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri menjelaskan, jika keadaan sekarang memerlukan kadar tol dinaikkan seperti dipersetujui dalam perjanjian berkenaan, kerajaan terpaksa berbuat demikian atau perlu memberi subsidi.

“Semuanya dibuat pada masa itu. Jadi pada hari ini, kita kena ambil kiralah. Kerajaan tidak boleh menafikan (perjanjian) dan kalau sekiranya pada hari ini, situasinya memerlukan kita ambil tindakan meningkatkan tol, kita kenalah.

“Kalau tidak, kita nak kena beri subsidi lagi. Semuanya nak diberi subsidi belaka, macam mana,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah tapak Institut Kanser Negara di sini, semalam.

Abdullah berkata, jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bukannya sedikit dan kerajaan tidak boleh terus-menerus membayar subsidi hanya semata-mata untuk mengelak kenaikan kadar tol.

Mulai 1 Januari lalu, kadar tol di lima lebuh raya di Lembah Klang dinaikkan antara 20 hingga 60 peratus atau 30 sen hingga RM1, membabitkan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Perdana Menteri juga mengakui ketika rundingan dibuat, pemegang konsesi ada membuat jangkaan aliran trafik untuk masa depan, sama ada jumlah penggunaan kereta yang melalui lebuh raya bertol itu akan meningkat atau tidak.

Ditanya mengapa kerajaan terus memberi subsidi kepada syarikat konsesi yang mencatat keuntungan, Abdullah berkata:

“Kita membuat banyak perbincangan dan terdapat kewajaran berbuat demikian tetapi jika anda mempunyai beberapa maklumat yang diperoleh, beritahu kami... kami mahu melihatnya.”

Baru-baru ini, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua, mendakwa perjanjian di antara kerajaan dan syarikat konsesi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) yang menguruskan LDP sebagai berat sebelah dan tidak dilakukan untuk kepentingan rakyat.

Chua mendakwa, berdasarkan dokumen sulit perjanjian itu, kerajaan diberi kuasa terlalu sedikit hingga membolehkan pemegang konsesi terus mengutip tol tidak kira sama ada syarikat mengaut keuntungan atau mengalami kerugian.

Ditanya sama ada pihak yang memiliki serta mendedahkan kandungan dokumen perjanjian itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA), Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, pihaknya boleh bertindak jika ia menjadi dokumen rahsia.

Katanya, pihak berkuasa boleh membuat pemeriksaan lanjut bagaimana parti pembangkang terbabit memperoleh dokumen itu jika ia adalah dokumen rahsia.

Ditanya sama ada syarikat konsesi seperti Litrak perlu mendedahkan jumlah keuntungan serta kutipan tol, Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, ia boleh diperiksa kerana membabitkan syarikat senarai awam.

Malah, katanya, laporan seumpama itu sebenarnya dibentangkan kepada kerajaan sebelum syarikat terbabit dibenar menaikkan kadar tol.

Menurut pembangkang, laporan tahunan 2006 Litrak menunjukkan syarikat itu mencatat keuntungan bersih RM80 juta dan mengaut pendapatan RM243 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2006.
petikan berita harian 10 januari 2007.


satunya, aku tertanya2, kenapa Paklah tak ambik peluang nih untuk hentam Dr M. perjanjian dgn konsesi ini dibuat semasa pemerintahan Dr M.
duanya, kenapa pembangkang yang beriya menyatakan bantahan. dedah maklumat keuntungan syarikat konsesi dan menuntut perjanjian dgn konsesi di review semula. sedangkan itu tugas kerajaan untuk membantu ringankan beban ekonomi orang awam. bukannya menjawab " kalau rakyat nak kemudahan, mereka kena bayarlah. kalau semua nak disubsidi macam mana?" siap mereka yg dedahkan butir ini mungkin diancam dengan OSA lagi. Uncle Samy dari New Delhi kata, dah tak perlu kita bising2 dah hal nih. "Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan maklum balas Peguam Negara untuk memastikan sama ada butiran itu sulit atau sebaliknya. "Jika ia fail sulit, tindakan undang-undang wajar diambil terhadap pembangkang terbabit," katanya. isunya; bukannya maklumat itu mengancam keselamatan sesape pon. tak rugi sesape pon.

rakan blogger mengalukan menyertai demo aman 14 hb nih. adehhh. kalau laaa aku di Tanah Melayu skarang. jauh di bumi England tak memungkinkan aku. aku nak sangat join!

0 comments

bila tan sri rashid suarakan kpd umum rasa tidak senang hati beliau mengenai kepercayaan rakyat akan kredibiliti SPR sbg badan bertanggungjawab dalam ketelusan proses pilihanraya, pemimpin pembangkang mengalukan saja, tapi mereka lebih kpd meragui keikhlasan kenyataan pengerusi SPR itu.
lama sebelum ini, pembangkang menuntut Rashid meletakkan jawatan krn pada mereka rashid sbg pengerusi SPR mencabuli kebebasan badan bebas itu. Rashid bagaimanapun ke depan dgn menjelaskan perlunya rombakan sistem SPR yg masih menggunakan sistem yg digunakan 50 tahun dahulu. yg dia akui punyai kelemahan. so, selama 50 tahun ini, lemahnya sistem pengundian kita akhirnya diakui Rashid.
tapi, Nazri Aziz pula membuat kenyataan balas, rombakan secara seluruhnya tidak perlu. cuma perlu tutup lompang2 kecil. katanya, SPR tak perlu di overhaul.
still, pembangkang merasakan itu hanya sandiwara rashid menjelang pilihanraya umum 12. dan mereka sehingga mengambil keputusan memboikot Pilihanraya kecil di Batu Talam. ya lah, apa guna bertanding kalau SPR itu tidak telus kan?

quote from BERNAMA report:
Pas and Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wednesday night announced that they would boycott the Batu Talam by-election scheduled for Jan 28.
Pas deputy president Nasharudin Mat Isa said the decision was taken following the discovery of discrepancies in the electoral roll for the constituency.
"The electoral roll appears doubtful. Coupled with postal votes that are never transparent and prejudiced, we decided that it was best we boycotted the by-election," he said before 1,000 Pas and PKR supporters at Pas' constituency headquarters here.
Also present were Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang amd PKR advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nasharudin also said that the biased attitude of the Election Commission chairman favouring the Barisan Nasional (BN) was also a factor in the boycott decision.
"If Pas and PKR participate in this by-election, it would mean we too are a party to the abuse the democratic process," said Nasharuddin.
The seat fell vacant following the death of its BN state assemblyman Datuk Tengku Paris Tengku Razlan, 65, of cancer on Dec 27. In the last general election in 2004, he beat Dr Mohamed Nilam Abdul Manaf of Pas with a majority of 2,761 votes.
The EC fixed Jan 16 as the nomination day.

0 comments Wednesday, January 10, 2007

bila Dr M memberi pandangan beliau [beliau arahkan syarikat konsesi itu dadahkan kutipan tol dan jumlah kenderaaan yg menggunakan tol, kerana lojiknya, semakin bnyk kenderaan, semakin banyak kutipan. yg mana menurut perjanjian, kerajaan patut dpt share untung jika benar syarikat konsesi itu untung besar].dan rakyat lain termasuk dari pembangkang menyuarakan persetujuan. dan rasional idea yg diutarakan Tun itu.
lalu, jawab Samy vellu, hal ini akan dibawa ke kabinet. jika kabinet bersetuju untuk syarikat terbabit dedahkan angka kutipan tol di highway2 terbabit.
soalannya. sepatutnya, idea "mintak syarikat konsesi utk umumkan kutipan tol itu" patutnya datang dari siapa? hemat aku, supposenya uncle Samy laaa yg kluar ke depan dengan meminta syarikat terbabit umumkan kutipan tol. bukan ke tugas beliau dan rakan2 lain untuk ringankan beban pengguna2 jalan raya?? bukan tunggu Tun bg idea. atau tunggu orang awam dah bising2. tuh pon nk tunggu kabinet benarkan. of course laa kabinet akan benarkan sesuatu yg mungkin membawa untung kpd orang awam kan?



laporan berita harian

0 comments Tuesday, January 09, 2007

kes altantuya itu ditangguh setahun 2 bulan dari sekarang. the trial only will be heard in march 2008. dah banyak cakap2 dalam gelap [tak bleh gebang dalam terang kes nih!] yg pertikaikan keputusan mahkamah.
hakim yang arif lagi bijaksana tuh cakap lebih kurang macam, "mahkamah tidak tunduk kpd sebarang tekanan termasuk media"
peguam razak baginda nk suruh trial tuh diawalkan. tapi, hakim cakap, sekarang bnyk lagi kes yg tertunggak. lebih kurang macam first come first serve laaa.
masyarakat diluar mula bising. sbbnya, kes ini, kes yg boleh reflek sistem kehakiman negara. negara luar, mongolia khasnya, akan menilai malaysia dari kes yang satu ini. orang kita bising. speculate macam2. mungkin involve orang atasan laa, nak cover orang tertentu laa. macam2. dan tentunya, kerajaan mongolia sendiri tak senang duduk tentunya. lama nih diorang kene tunggu untuk tahu betul ke tak yg dituduh itu bersalah bunuh rakyatnya. rakyatnya dibunuh dan dibom sehingga hancur satu badan. bukan saja hak altantuya, hak negara itu perlu dipenuhi sama. hak untuk keadilan.
tapi, menarik lagi, bila DSAI rasa, lambatnya kes ini mungkin memberi tanda, pilihanraya umum seterusnya akan berlangsung sebelum March 2008! satu poll di harakahdaily.net. sehingga kini, poll itu majoritynya bersetuju dengan DSAI..
[tapi aku kira, pilihan jawapan tak banyak beza pon; pilihanraya umum 2008 dengan anggapan kes altantuya itu mungkin bakal mendedahkan nama lain disebalik 3 yg dituduh, iaitu anda-tahu-siapa; yang akan reflek seluruh jentera parti ]

mungkin july-august 2007? sempat aku mengundi nanti! hahah.

laporan harakah


0 comments

beberapa kawan aku sedang berusaha bersungguh nak turunkan berat badan mereka skarang. good luck untuk anda!
tapi, jangan lupa.. kalo lepas bersenam sume, pastuh tibai kek coklat setengah biji, ais krim satu tube, ayam goreng suku ekor.. sedih anda nanti usaha tak menjadi. bersenam 20 min, bakar 4000 kalori [cth je nih], pastuh penat bersenam gi makan tambah balik 4100 kalori. takde maknanye!
nak kurus tak bermakna no more chocolate, no more heavy meal etc. makan je nak makan ape pon. yg penting, seimbang!
alaaa, ko bleh laa cakap,ko dah nampak kurus. jawab aku, kurus pon kalo perut buncit? oooppps, contoh je nih. perut aku tak buncit! [hahaahah. bocor rahsia.]
tak, sebenarnye aku nak cakap, kurus ke, berisi ke.. tak kesah laa. yang penting sihat. aku kurus nih pon bukan sihat. mata dah rabun, pakai spek cam nenek. well, obviously bile kluar aku tak pakai spek. tak macho aa spek2! heheh. tido terlampau banyak. this is obvious indicator that badan aku tak sehat sebenarnya. cepat penat. bersukan jauh sekali. orang lain nk pegi mana2 yg bleh jalan, akan jalan je. aku pantang route yg ada bas, berbas lah aku. sangat malas. bersukan jauh sekali. main sket hari tuh pon, habis sakit satu badan. padahal aku lari2 dalam court yg sekangkang kera je pon!
sayur langsung aku tak sentuh. orang lain kalo masak, sure ada sayur goreng laa. sup sayur laa. okeh hal sayur aku kira aku skarang bertolak ansur sket laa. aku dah start makan skit sayur yg bukan hijau, ie; babycorn, cabbage. tuh je. susu langsung aku tak sentuh.
buah2 plak, kat sini aku saaangat jarang beli fruits. padahal bnyk gile buah2 yg best. kalo kat rumah, buah tuh wajib ada. ape2 je lah. angur ke, epal ke, pisang ke [nih buah yg wajib ada aku kira]. time musim manggis, langsat, rambutan[belakang rumah aku ada pokok rambutan!], depan porsch rumah aku ada pokok mangga yg jadi tempat berteduh sambil rehat dikerusi. bestnya. okeh aku dah melalut.
cuaca kat sini tak cukup mengujakan aku untuk bersenam dan sebagainya. dengan washing machine berbayar yang dah naik 20p[tanak aku bersenam berpeluh2, consume lagi bnyk baju!] --> alasan gile!, sejuk2 yg lebih menarik aku ke dalam duvet guling2 mcm tenggiling, makan dan tido, kemudian tgk movie [tarik laptop keatas katil, baring under the duvet and tgk movie sambil makan chips walkers and doritos.
apa guna kurus kalo badan cam kain buruk. nak bangun tido pon malas. nak bergerak2 pon susah.
badan yang sihat: pergerakan badan cergas, takde sakit2 badan, tido yg sempurna dan cukup2 7-8 jam, tak mudah sakit, yg penting takde mental disoder! heheh.