points were addressed in a presentation by a PHD student in IC during the brainstorming session in Nottingham University on 3rd November 2006:
1)di mana budaya membaca + menulis??
kerajaan bising berteriak melancarkan budaya membaca menulis dikalangan pelajar khasnya. tapi sejauh mana kejayaan program seupama itu? contohnya; saya pernah melalui zaman persekolahan dimana guru2 menganjurkan pertandingan buku paling banyak di baca blablabla. dimana pelajar harus membuat report tajuk buku, sinopsis buku, pengajaran dr buku tersebut etc etc. tetapi, mengikut pengalaman, berapa kerat sahaja pejar yang betul2 baca buku tersebut dan memahami isi yang disampaikan? selebihnya hanya pergi ke perpustakaan, ambik buku banyak2, tulis tajuk buku, details kemudian copy bulat2 sinopsis di kulit belakang buku tersebut.itu belum lagi dikira tahap kualiti buku yang dipilih. pastuh cikgu2 pon pilihlah pelajarnya yang paling banyak report yg ditulis, dan adalah majlis penyampaian hadiah. itu sahaja. tidak jelas oleh saya, dimana keberkesanan program berkenaan. tidak dikira lagi contoh2 lain. fenomena di uk, di dalam bas, disediakan akhbar2 tempatan. SECARA PERCUMA. pakcik tua pakai tongkat pon masih lagi membaca di dalam bas sambil menanti tiba ke destinasi. orang kita? borak. borak pulak hal hantaran tinggi mana, kisah cerai berai dll. kalau yang bukak paper pon, part hiburan yg disinggah dulu.. while people here, they talk bout lots of other beneficial stuff. bout life, prinsip, books etc etc.itu baru hal membaca.toksah cakap hal menulis laa. kita tgk blog sudahla.berapa kerat yg betul2 bercerita utk improve life sendiri.talking about prinsip ke.talking bout ideas. unfortunately, blog menjadi tempat luahan perasaan.sedih. marah kat kawan pon nk cerita kat blog.kecewa pon nak cerita kat blog. takde input yang boleh membangunkan minda. yang boleh buat orang berfikir. sekadar bercerita.
2) budaya berfikir. setinggi mana budaya berfikir dikalangan kita?
kita dah tengok orang kita yang tidak suka membaca dan menulis.apatah lagi dengan budaya berfikir. dalam presentationnya, die ada menyebut mengenai hal Tun yang menulis The Malay Dillemma. Tun ada idea yang hebat. tapi, hanya dinyatakan.semasa pemerintahan Tun selama 23 tahun, masalah itu masih ditakuk lama. kerana, masalah orang melayu yang cuba diubah Tun adalah sesuatu yang amat besar, yang mungkin mustahil untuk diubah. kecuali setiap dari kita punyai kesedaran masing. berapa ramaikah yg sedar melayu sebenarnya masih lemah. serasanya, ramai juga yg tidak sempat berfikir pon yang kita sebenarnya lemah. tetapi bangga dengan hak ketuanan di tanah melayu. orang susah, ada cara nak jadi senang. tetapi kena fikirlah. bukan tunggu bantuan datang bergolek. Tuhan tak bagi masalah yang kita tak boleh selesaikan. itu satu hal. dalam pembelajaran, tak reti buat copy paste. edit2 skit.jadilah hak aku! masalahnya, sejak sekolah lagi kita dididik sedemikian. buat kerja sekolah, tak reti buat, tiru.takut cikgu marah. cikgu pulak bangga, puji pelajar yang betul semua latihan kerja rumah. tak pernah usul periksa, paham ke tidak murid itu. macam mana dia dapat jawapan itu. pastuh dpt markah 10/10. ada bintang2 skit. tanda cemerlang tuh.
3)budaya belajar dan mengajar.
kat sini banyak ada talks dari yang excited nak present idea mereka[MENGAJAR]. Nak share ideas, and perhaps exchange ideas with the audience[BELAJAR]. and audience plak, penuh satu dewan. tak cukup seats; sampai tercongok2 ditangga, terangguk2. tak kurang jugak yang ambik nota. mungkin ada pertanyaan atau persoalan berlegar2. dan audience itu bukan semuanya orang2 biasa. tak kurang orang2 hebat yang join aktiviti seumpama ini. fenomena di malaysia amat berbeza. berapa banyak talks2 seperti ini diadakan? kalau pon ada, sejauh mana promosi mengajak mereka ke aktiviti seperti itu. contoh cikai; kita tengok sajalah kalau perlawanan bola sepak liga tempatan. kosong stadium. mungkin kita boleh salahkan kualiti permainan. tetapi, kalau audience pon tak seramai mana, player pon main ala kadar je. contoh lain, ramai pelajar disini ambik course tertentu kerana minat mereka dan sikap ingin tahu mereka. dan mereka transferkan minat itu kepada sesuatu yang berfaedah iaitu belajar. belajar itu seumpama trend bagi mereka.sbb itu, mereka bangga saja ambik kursus pendidikan ke, kursus nursing ke. sbb minat. kalau kat malysia, kalau bukan course medic ke, engineering ke, tak glamer laa.
4) business- minded.
ini toksah cite laaa.semua orang pon tahu.ilmu itu ada bukan lagi sbb cintakan ilmu. tetapi idea hanya datang bila ada ganjaran. wang dah jadi fokus. "nak ilmu aku, beli lah, ingat nak dapat free je!" nak ambik kursus sampai master phd sbb nak jadi pensyarah, kalau tak jadi cikgu sekola je.niat nak belajar bukan sbb nak ilmu, tapi sbb nak dpt kerja yang promising. kita tgk disekolah2. even di sekolah di luar bandar sekalipun. berapa ramai guru2 yang buat extra class atas nama sekolah dan ianya berbayar. tiada niat dihati nak tolong pelajar. tak ada rasa excited utk share ilmu dgn pelajarnya.
ade lagi points..sambung dalam entry seterusnya..penat mungkin!