Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts
3 comments Monday, March 19, 2007

dalam keghairahan kelompok bersedia, meeting sana-sini, mesyuarat utk persedian sambutan ulang tahun kelahiran manusia agung, Rasulullah saw, semalam sebahagian lagi mengenang hari semalam, 28 safar. yang juga adalah ulang tahun kematian baginda Rasullah saw. [juga tarikh syahidnya Imam Hassan, cucu baginda Rasulullah saw kerana diracun]

melalui pemerhatian aku. buku2, mahupun rujukan di internet banyak bercerita tentang sejarah kehidupan beliau, bagaimana The Great Muhammad saw ini melalui sepanjang 63 tahun lebih kurang hidup dan peranan sebagai perantara antara manusia lain dan Tuhan. tetapi amat sedikit menceritakan detik saat wafat Rasulullah saw.

bukan rahsia ketika saat ajal semakin hampir, Rasulullah saw mintakan untuk mencatat pesanan terakhir darinya. according to Al-Bukhari, Ibn Abbas said:

Thursday, and what a Thursday that was. the Messenger's pain became very severe and he said Come here, i will write you a document which will prevent you from straying from the right path"

kemudian datang Umar dan berkata, "hasbuna kitabullah" . cukup bagi kita, kitab Allah.

shiah called it as an unwritten will and the tragedy as The Great Calamity of Thursday.

saat umum mengetahui kematian Rasulullah saw, Umar menjerit yg dia akan bunuh sesiapa yg cakap Rasulullah saw dah wafat.

Saidina Ali yang memandikan jenazah manusia suci itu. Rasulullah saw sendiri menyatakan dengan jelas bila ditanya siapakan yg akan memandikan jenazahnya? jawab Rasulullah, "seseorang yg rapat denganku" menurut catatan ahli sejarah, antara individu lain yg turut membantu semasa jenazah baginda dimandikan adalah Abbas, Fadhl Qutham, Usamah dan Shaqran. wafatnya Rasulullah pada hari Isnin. selepas dimandikan, baginda disembahyangkan. solat demi solat. berlarutan sehingga tengahari Selasa. it was decided that jenazah baginda dimakamkan di rumah baginda menghembuskan nafas terakhir. kubur digali oleh Abu Ubaidah bin Jarrah dan Zaid bin Sahl. dan jenazah diturunkan ke liang lahad oleh Imam Ali dengan pertolongan Fadl dan Abbas.

ada sedikit percanggahan tentang bila jenazah baginda dimakamkan. ada yg cakap hari selasa. ada yg cakap malam diantara selasa dan rabu. sejarah juga mencatatkan peristiwa saqifah berlaku sebelum Rasulullah saw dimakamkan.


3 comments Saturday, February 17, 2007

melihat perang ke atas shiah, sekatan ke atas Iran yg teguh diatas revolusi yg dibawa Imam Khomeini. Ia suatu yg tidak pelik bg mereka, pengikut shiah. mereka sudah belajar dari hakikat sejarah bahawa, pengikut ahlulbait tidak pernah berhenti ditentang, sejak wafatnya Rasulullah saw. melihat penentangan itu, sedih tidak terhingga puteri kesayangan baginda, pedih lagi bila ayahanda kesayangan dah takde. Fatimah r.a meninggal dunia 6 bulan selepas itu.

sejarah mencatatkan perang pertama sesama Islam adalah perang Jamal, diantara Saidina Ali r.a dengan pasukan Aishah r.a, Talhah, dan Zubair dan turut mendapat sokongan dari pihak Bani Umaiyyah. Aishah itu bukan orang lain, isteri Rasulullah saw. Talhah dan Zubair pula sahabat setia dikala Rasulullah saw berjuang. dan kenapa perang ini harus terjadi? hanya Tuhan yg tahu motif peperangan. tapi menurut sejarah dipihak sunni, mereka berjuang menuntut kepimpinan Ali supaya didahulukan menuntut bela atas kematian Saidina Uthman r.a. namun sejarah sepakat hal Zubair r.a meninggalkan medan perang kerana sedar perang itu tidak harus terjadi. namun, kuasa Tuhan, Zubair mati dibunuh sebelum sempat dia sampai ke Madinah. Talhah pula dibunuh orang di kemnya sendiri, Marwan Ibn Hakam. pasukan Aishah r.a kalah dalam perang itu dan dihantar pulang dengan penuh hormat oleh Saidina ali sendiri. diikuti dengan Perang Siffin, diantara Saidina Ali r.a dan pengikutnya, melawan pasukan Muawiyyah. juga kerana Muawiyyah ingin menuntut bela kematian Uthman r.a.

tentangan demi tentangan yg diterima oleh Imam2 shiah dan juga pengikutnya. kesemua 11 Imam2 mereka mati dibunuh.

Imam Ali mati dibunuh ketika sedang bersolat di masjid di Kufah dan dikebumikan di Najaf.

Imam Hassan diracun oleh si isterinya atas arahan Muawiyyah.

Imam Hussain, umum mengetahui bagaimana seksa pedihnya peristiwa Karbala yg diplot oleh Yazid yg membunuh ahlulbait yg lainnya serta ramai pengikut2 shiah.

Imam Ali Zainal Abidin, mati diracun oleh Husham Ibn Abdul Malik.

Imam Muhammad Al-Baqir mati diracun oleh Husham juga. dikebumikan di di Baqi, Madinah.

Imam Jaafar diracun oleh Al-Mansur Id-Dawaniqi. dimakam di Baqi, Madinah.

Imam Musa diracun oleh Ar-Rashid Arun, dan dipenjarakan. mati ketika masih dipenjara.

Imam Ali Ar-Reza mati diracun oleh Al-Abbasi-Maimun. makamnya di Iran.

Imam Muhammad al-Jawwad mati diracun isterinya atas arahan Al-Mutasim.

Imam Ali Al-Hadi diracun dengan makanan berbisa atas arahan Al-Abbasi Muetamad.

Imam Al-Hassan Al-Ashkari mati diracun oleh Al-Abbasi Muetamad.

dan Imam terakhir mereka, Imam Muhammad Al-Mahdi.

dan bagi Iran, diketuai oleh Ahmadinejad, gertakkan dari US itu bukanlah apa-apa. kalau sejak Bani Umaiyyah, Abbasiyyah pon gagal menghapuskan golongan shiah, mampu ke US dan pencacainya? bimbang nuklear itu hanya satu alasan!!


5 comments Monday, February 12, 2007

cintanya Rasulullah saw terhadap Hussein boleh digambarkan melalui kata-katanya; "Hussein itu dariku, dan aku dari Hussein" penat mendengar, shiah itu mengtuhankan Ali, shiah itu melampau. aku juga penat dengan bila orang bercerita tentang kecintaan terhadap ahlulbait itu, yg mereka persoalkan adalah, "owhhh, die tuh shiah eh?" faisal tehrani juga tentu penat dilabel. sedangkan matlamat utk menanamkan rasa kasih terhadap keluarga Rasulullah saw itu tidak diambil peduli. kenapa kita susah kalau shiah itu mengagungkan Saidina Hussein? Imam Hussein itu tidak diutamakan melainkan kerana beliau adalah cucu kesayangan Rasulullah saw. dan tidak timbul soal dilebihkan Hussein dari keutamaan terhadap Rasulullah saw. Rasulullah saw seutamanya manusia perantara ilmu Allah swt dan manusia. sebahagian sejarah itu ditutup, diubah, agar menepati citarasa sesetengah pihak. laknat keatas mereka!

kadang2 orang persoalkan, kenapa perlu dibangkitkan peristiwa Karbala itu. kenapa pula tidak ditanya kenapa Allah swt ceritakan kisah Nabi Musa, Nabi Isa dan lain2 nabi sebelum Muhammad saw di dalam Al-Quran? tidak lain melainkan, mahukan kita manusia belajar dari sejarah. orang persoalkan lagi, kenapa perlu mencederakan diri ketika ulangtahun peristiwa Karbala. Sayid Fadhil Milani menegaskan,[aku translate:] bagaimana individu itu mahu mengingati peristiwa Karbala itu terpulang. tapi mencederakan diri itu bukan kewajipan atau kehendak ajaran agama ahlulbait. menangisi kejadian Karbala itu sebagai simbol kasih sayang terhadap Imam Hussein dan yg lainnya yg gugur semasa peristiwa itu. dan mourning indivisu itu berbeza tingkatnya terpulang kepada individu. ada yg menangis bagai nak rak, ada yg menangis memukul2 badan tanda merasai keperitan dimasa itu, dan ada yg hanya mampu duduk termenung dan mendalami perasaan sedih keturunan Rasulullah saw ketika itu. its not part of the teaching but rather cultural.

jangan dikongkong pemikiran kita dengan anasir2 "shiah itu taksub", "shiah itu mengtuhankan Ali", "shiah itu mengutamakan Ali dari Rasulullah saw" dll. dan lebih teruk lagi mengISAkan mereka yg menggerakkan Shiah. kita tak boleh menafikan hak mencintai keturunan Fatimah, anak kesayangan baginda Rasulullah saw. sebagaimana sabdanya; "Kedua anak ini adalah anakku, dan anak puteriku. Ya Allah, sungguh aku mencintai keduanya. Maka cintailah keduanya, dan cintailah orang yang mencintai keduanya."

jangan cepat menghukum. dan jangan merasa selesa hanya kerana kita dipihak majoriti. bak kata MNasir, "73 pintu, 73 jalan, yang mana satu engkau pilih?" hanya satu dari 73 ini dijalan yg betul, dan Tuhan tak cakap yg majoritinya adalah betul.

0 comments Friday, January 19, 2007

perasan atau tidak dalam kebanyakkan majlis ilmu kita sering dihidangkan kisah2 sirah yg dulang hampir setiap tahun[and yet, belum tentu aku ingat!ooopss]. kisah penghijrahan Rasulullah diulang setiap kali tibanya awal muharram. still, itu tak dapat memberi kesan kepada seetengah orang. masa dengar ceramah itu, iya lah.. berkobar2 hasrat hati nak menghayati maksud penghijrahan itu sendiri. tapi makin lama, makin kurang. makin kurang. dan melupakan janji untuk hijrah sehingga tiba Muharram lagi. aku tak cakap pasal orang lain. aku bercakap dari pengalaman sendiri. kedengaran seperti bongok jugak. membuka pekung sendiri. tapi aku bercakap hal realiti. kesal ada. tapi biasalah.
itu fenomena di malaysia[menyambut muharram dengan ceramah sirah] faisal tehrani mengupas lagi makna muharram. dalam konteks yg lebih besar. bukan hanya refer kpd peristiwa hijrah semata. ya, peristiwa hijrah itu besar maknanya kepada perkembangan agama Islam. di tempat2 lain, di iran iraq umpamanya, muharram disambut dengan kefahaman tentang penyucian serta kefahaman terhadap jihad selain pengorbanan. yg membuat diri kita terasa seperti dekat dengan sejarah masa lalu.sejarah pahit pembantaian anak cucu keturunan Rasulullah saw.
aku faham pendirian sesetengah pihak yg tak mahu sentuh langsung hal sejarah kekejaman Yazid atau pon sejarah bapanya, Muawiyyah. dalam posting yg dilinkkan diatas itu jugak, faisal mendetailkan bagaimana kesepakatan dalam hal Yazid.

p/s:hijrah untuk bloggers united!

0 comments Friday, January 12, 2007

50 tahun selepas wafatnya Rasulullah saw, keturunan baginda Rasulullah dibantai dalam kejadian Karbala. Hussein yg dulunya ditimang Rasulullah ketika baginda berkhutbah, diinjak2 oleh kuda. kepalanya yg diusap baginda, diarak ratusan kilometer. bibirnya ditusuk dengan tongkat Yazid, penguasa jahanam.
hussein dan 70 anggota keluarga lainnya, syahid dalam kejadian berdarah Karbala itu; kemuncak saat derita keturunan Rasulullah saw. penguasa saat itu, bukan hanya membenci keturunan Rasulullah, tetapi juga pengikut yg menunjukkan kecintaan terhadap mereka. antaranya Kumail bin Ziyad; sahabat kepada Saidina Ali bin Abi Talib. Kumail diburu. akhirnya Kumail mengalah. katanya; "aku sudah tua. usiaku sudah lanjut. aku tidak mahu menjadi sebab kesengsaraan keluargaku". al-hajjaj menyembelih Kumail.
Said bin Jubair solat dibelakang Ali Zainal Abidin [putera Hussein]. melihatkan kecintaan Said, beliau ditangkap, dipancung oleh al-hajjaj juga. menurut ahli sejarah Islam Ibn Atsir, beliau sempat mengucap 3 kali. sekali dengan cukup fasih.
ketika al-hajjaj mati, dikatakan dipenjaranya masih ada 50 000 tahanan lelaki dan 30 000 tahanan wanita. 16 000 diantaranya bertelanjang. dibiar panas terik matahari pd musim panas, dan kedinginan di musim sejuk.. hanya kerana mereka kasihkan Ahlul-bait.
al-hajjaj adalah simbol kekuasaan Bani Umaiyyah. al-hajjaj menurut Umar Abdul Aziz sebagai ketua penjahat segala penjahat.
pada waktu-waktu akhir hayat al-hajjaj masih tinggal seorang keturunan Rasulullah saw, iaitu Ali Zainal Abidin; terkenal dengan lembt hati, penyayang. beliau sahabat kpd fakir miskin. suatu hari beliau ditemui sedang menangis teresak2 diatas sebuah batu kasar. kedengaran beliau mengulang2;
"la ilaha illallah, haqqan haqqa, la ilaha illallah ta'abbudan wa riqqa. la ilaha illallah imana wa shidqa" [tiada Tuhan selain Allah. yg sebenar-benarnya. tidak ada Tuhan kecuali Allah kepadanya menunduk dan menghamba. tidak ada Tuhan kecuali Allah, dengan keimanan dan ketulusan]. ketika beliau bangun, wajah dan janggutnya dibasahi dengan air mata.
lalu budak yg menemui beliau itu bertanya, "ya Sayyidi, belum jugakah datang waktunya dukamu berhenti dan tangismu berkurang?". beliau menjawab, " bagaimana? Ya'kub bin Ishaq, seorang nabi dan putera kpd seorang nabi. punyai 12 anak. seorang darinya hilang. Ya'kub menderita sehingga kepalanya beruban, punggungnya bongkok, pengelihatannya hilang kerana terlalu banyak menangis. padahal anak yg ditangisi itu masih hidup. tapi aku, melihat ayahku, saudaraku, dan yg lainnya dibantai didepanku. mungkinkah hilang dukaku dan berkurang tangisku?
Ali Zainal Abidin memang terkenal sebagai yg banyak bersujud dan merintih mengenangkan nasib yg menimpa kalangan keluarganya. beliau digelar As-Sajjad.


0 comments Saturday, October 21, 2006

terbaca tentang kemelut syiah-sunnah di iraq..membuat aku mendidih.ingin tahum.apakah punca sehingga tidak pernah selesai.mhingga sanggup bunuh-membunuh..laporan utusan hari ini menyebut mereka akan mengeluarkan satu pekeliling utk meredakan keadaan..pekeliling yg diusahakan oleh ulama kedua2 pihak..menyerah tidak mungkin..akhirnya kedua-dua setuju duduk semeja..

isu ini memang mendapat perhatian..aku ini suka membaca tulisan orang..bukan sastera..tapi membaca tulisan pandangan orang tentang sesuatu isu..aku tidak suka berbahas..diajak aku berbahas pasti aku bisu..tapi aku suka memerhati..apa jua yang aku pikirkan, hanya aku yang tahu..terjumpalah aku blog2 yg mengupas isu ini..tk lupa juga buku2 yg dionlinekan..[rosak bahasa]..
salah satunya adalah;
http://lamanpendita-bitara.blogspirit.com/archive/2006/06/16/fahaman-sesat-dan-penyelewengan-umat-islam.html
[kredit kpd penulis, maaf jika menerbit tanpa kebenaran, hehe]

^^counter aku hanya utk isu syiah. tgk tajuk laa wei, hahaha^^

ini counter dari aku.aku hanya menjawab dari sudut "aku sbg syiah"
[jd tiada emosi diletakkan disini] berdasarkan jawapan2 yg diutarakan oleh ulama2 syiah sendiri, kerana "soalan2" atau dikatakan "salah faham2" seperti ini adalah isu basi/perkara biasa bg mereka.


sila baca tulisan di pautan/link di atas sblm memahami argumen ini.

dikatakan abdullah bin saba sbg punca perpecahan.ya lah, dia ni laa selalu disandarkan sbg pengasas syiah.

syiah pon tak mengaku abdullah bin saba ni sape.lepastuh pulak buleh direfer mana2 kitab ahlul sunnah sendiri, sesama ulama pon tak sepakat bilakah munculnya abdullah bin saba ini.zaman umar (slps 6 thn pemerintahan saidina uthman)? zaman pemerintahan saidina ali? atau selepas pembunuhan ali? bila sebenarnya syiah ini wujud? kalau abdullah bin saba, kenapa tiada watak beliau dalam mana2 sejarah yg dikaitkan dgn saidina ali?mana2 perang, kenapa tidak diketegahkan namanya jika benar dia yg fanatik terhadap ali.

kita tidak pernah jelas kenapa perang saudara itu harus terjadi.perang jamal dan siffin.yg kita tahu, ia berpunca dari fitnah.fitnah apa?
kenapa aisyah sanggup menyerang saidina ali.bukan nya orang lain.saudara Rasulullah saw.
kenapa muawiyyah memerangi saidina ali.
hanya kerana ingin menuntut saidina ali mencari keadilan terhadap Saidina Uthman yg dibunuh.Saidina Uthman, orang yg bertanggungjawab melantiknya sbg gabenor Syam. juga saudara kpdnya. tahu apa alasan Saidina Ali yg tidak memuaskan hati Muawiyyah? Ali ra hanya meminta tunggu sehingga keadaan umat Islam kembali reda. kerana selepas Uthman, banyak pembaharuan yg dibuat.semasa pemerintahan khalifah ketiga itu, banyak hak keistimewaan diberikan kpd pihak tertentu, kroni2 dilantik utk jawatan2 tertentu. Saidina Ali hanya membersihkan pemerintahannya. tetapi boleh pula timbul tidak puas hati kpd Thalhah dan Zubair serta Aisyah yg membawa kpd perang Jamal. marah pula Muawiyyah sehingga perang Siffin. tetapi betapa banyak buku2 dan kitab2 yg menceritakan keutamaan Muawiyyah ini. sudah tentulah timbul tidak puas hati dikalangan syiah.tidak hairanlah kenapa mereka mengutuk tindakan Muawiyyah. ingat lagi bagaimana dia mendapatkan kekhalifahan dgn cara tipu helah semasa majlis tahkim selepas perang siffin? tapi ibn taimiyyah dalam sebuah bukunya memuji2 Muawiyyah dan anaknya Yazid yg membunuh Imam Hussin

kemudian ditulis, pengikut ali berpecah kpd 2. khwarij dan syiah.

ok skarang dimana pula peranan abdullah bin saba sbg pengasas syiah?

dibuat pula generalization Syiah itu mengangkat Ali sbg tuhan.
ermm, [kalau ada pon syiah sebegitu, hanya sebahagian.]asas tauhid syiah dan sunnah itu sama. Mereka semua mengakui keEsaan Allah swt. mengenai penolakkan terhadap kekhalifahan Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman.ada sebabnya. yang ini akan dikupas kemudian.yang pastinya, Saidina Ali tidak membaiah Abu Bakar sebaik yg lainnya membaiah ketika peristiwa saqifah bani saidah. baiah beliau hanya setelah kematian Fatimah Az-zahra, kira2 6 bulan selepas pemergian Rasul yg sepanjang zaman, Muhammad saw.

0 comments




















kenapa mereka tidak gentar?
bukannya mereka mendapat sogokan wang, bantuan ketenteraan, sokongan kuasa2 besar
tapi berani mereka bukan kepalang
berani berkata TIDAK
bukan pak angguk
salah harus ditentang
biar nyawa sendiri jadi ancaman

mereka jadikan peristiwa Karbala sbg ukuran
dugaan seperti ini bukan apa-apa jika dibandingkan peristiwa 61 H itu
keluarga Rasulullah saw ditawan, diseksa, dipancung
kepala diarak mengelilingi kota
dengan hanya kumpulan berjumlah 72 sahabat
menentang kuasa berpuluh ribu bala tentera yazid
sesudah 3 hari tanpa makan minum
gugur juga seorang bayi dalam pangkuan Husin
kerana minta belas tentera jahanam
tubuh kecil dirodok dengan panah
tepat kena pada leher

bersandarkan peristiwa Asyura ini jugalah
yang membara dalam Imam Khomeini dan pengikutnya
yang menjadi semangat kepada pejuang hizbullah
yang menjadikan mereka tiada gentar

1 comments Friday, October 13, 2006

semalam..terbaca satu blog.aku agak dia masih lagi seorang penuntut. his latest post was about syiah imamiyyah.aku kagum dgn kesungguhan dia utk menghuraikan kekusutan seorang rakannya mengenai syiah imamiyyah. yg pernah dipersoalkan sbg mazhab ke 5 selepas 4 mazhab dlm kelompok Ahlul Sunnah wal Jamaah. sebut sahaja Syiah, pasti dikaitkan dgn kecintaan melampau pengikut terhadap Ali r.a. dan Ahlul Bait yang lainnya; bukan orang lain. Fatimah yg Rasulullah saw letakkan sbg penghulu wanita syurga. bukan orang lain malah keturunan cucu2 Rasulullah saw, Hasan dan Husin. org yg sentiasa dekat.cinta sayang yg tk berbelah bagi.
Mereka yg mengatakan Syiah itu secara generalnya, mengangkat Ali setinggi2nya melebihi Rasulullah sendiri.Siapa bilang? padahal, kecintaan mereka terhadap Ali hanyalah selepas Allah swt dan Rasulullah saw sendiri.
Bagaimana hendak dicapai persetujuan antara Syiah Imamiyyah khususnya dan 4 mazhab yg utama itu sedangkan mereka ini tk pernah sepakat dalam hal2 sejarah. benar, kelompok syiah ini sepakat mengatakan Ali lah org yg berhak sbg khalifah selepas wafatnya Rasulullah saw. Hal ini ada diceritakan dlm salah satu kitab Syiah, yg tidak diterima pakai oleh mereka yg lainnya. Ali juga yg terakhir membaiah kekhalifahan Abu Bakar As siddiq.something to ponder, Adakah disengajakan Saidina Ali melambatkan baiahnya terhadap Abu Bakar As Siddiq? pasti ada sebabnya Saidina Ali, saudara paling rapat, tinggal bersama Rasulullah sejak kecil, percaya kpd wahyu Tuhan semasa die masih anak kecil,orang yg dipertanggungjawabkan Rasulullah; puteri kesayangan Fatimah Az Zahra ini, tidak mahu membaiah kekhalifahan Abu Bakar As Siddiq.

perselisihan juga timbul dlm periwayatan Hadith2.cth kecil yg ingin disentuh;
Syiah Imamiyyah tidak menerima sebahagian besar hadith2 yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Jika diteliti, Abu Hurairah adalah antara orang yg paling banyak meriwayatkan hadith2. terlalu banyak sehingga melebihi waktu yg diluangkan bersama Rasulullah sendiri. update kemudian utk fakta statistik bilangan hadith dr "bapa kucing" ini.

update:
Abu Hurairah memeluk Islam pada tanggal 7 Hijrah, kesempatan bersama Nabi selama 2 tahun lebih. jumlah hadis hasil riwayat beliau adalah 5374. bandingkan dengan Abu Bakar dengan 142, Uthman (146), Umar (537) dan Ali (586).

saya juga suka kucing. kucing yg paling sayang mati disengat tebuan.mati keseorangan semasa sy dikolej.kucing kedua lari masuk hutan. i'm looking for kucing again.

0 comments Wednesday, October 11, 2006

ingin aku share disini, petikan dari buku Rintihan Suci Ahlul Bait. Buku ini amat bermakna bg aku. Thanks to papa yang photostat (dah langgar copyright) and bg copy kt aku dan adik2.

Pada saat hati hancur, baru dapat kita rasa seakan kita dekat kepadaNya. Dan pd saat kecelaruan itu, kita tak dapat mencari kata2 yang tepat utk melukiskan perasaan kita itu.

rintihan2 dalam buku ini adalah yang dirakam dr doa2 Ahlul Bait antaranya, Ali r.a dan isterinya Fatimah, serta keturunan2 mereka termasuklah Ali Zainal Abidin . Ia dirakam oleh pengikut2nya. termasuk juga doa yang diajarkan Ali Abi Thalib kpd muridnya; cthnya Kumail bin Ziyad.

pasti ada yang tertanya2;"Bukankah menganjurkan kecintaan kpd Ahlul Bait Rasulullah saw sejalan dgn ajaran mazhab Syiah?"

yang mewajibkan kecintaan kpd Ahlul Bait Rasulullah saw adalah beliau sendiri. yang menetapkan kesucian Ahlul Bait bukan aliran; tetapi Allah swt melalui firmannya dlm Al-Quran.yang meriwayatkan Hadith2 Nabi tentang wasiat mengenai Ahlul Baitnya bukan lain adalah para sahabat Rasulullah sendiri. Nabi pernah berkata: "jika aku adalah gedung ilmu, Ali adalah pintunya"

Ali sendiri terkenal dgn kefasihan berbahasa. [Kata2 yang tepat dalam rintihannya]. kumpulan khutbah dan ucapannya yang dibukukan Nahjul Balaghah; merupakan bukti kepetahan bicara beliau. Gibbon, dalam The History of the Decline and Fall of the Roman Empire,< menulis tentang Ali; He united the qualification of a poet, soldier and saint. His wisdom still breathes in a collection of moral and religous saying, and every antagonist in the combats of tongue or of sword was subdued by his eloquence and valour"

petikan dari Rintihan suci Ahlul Bait:
Dengan nama Allah yang Mahakasih dan Maha Penyayang
Tuhanku
Kuadukan pada Mu, diri
yang memerintahkan kejelekan
yang bergegas melakukan kesalahan
yang tenggelam dalam maksiat padaMu
yang menentang kemurkaanMu
yang membawaku pada jalan kebinasaan
menjadikan aku
orang celaka yang terhina
yang banyak noda
yang berangan hampa

Bila diriku ditimpa bencana, ia berkeluh kesah
kala untung diraih, bakhil bertambah
cenderung pada mainan dan hiburan
dipenuhi kealpaan dan kelalaian
mendorongku pada dosa
menghalangiku dari taubat kpdMu

Ilahi
kuadukan kpdMu
musuh yang menyesatkan ku
syaitan yang menggelincirkan ku
ia sudah memenuhi dadaku dgn keraguan
godaannya telah menyesakkan hatiku
sehingga hawa nafsu menopangku
ia hiaskan aku dgn cinta dunia
ia menghalangku untuk taat dan taqarrub

Ilahi
kuadukan padaMu
hati yang keras dgn goncangan was-was
yang tertutup noda dan kekufuran
mata yang beku utk menangis kerana takut padaMu
tetapi cair utk kesenangan diri

Ilahi
tiada daya aku kecuali dgn kuasaMu
tiada keselamatan bgku dr bencana dunia kecuali dgn penjagaanMu
aku bermohon kpdMu
dgn keindahan hikmahMu
dgn pelaksanaan kehendakMu

jgn biarkan aku mencari kurnia selainMu
jgn jadikan aku sasaran cubaan
jadilah Engkau Pembelaku melawan musuhku
Penutup cela dan aibku
Pelindung dari bencana
Penjaga dari durhaka
dgn kasih dan sayang Mu
Wahai yang Terkasih dari segala yang mengasihi

0 comments Thursday, October 05, 2006

Seperti tersindir aku. tp ada benarnya.

bertanya Nabi Musa:
Ya Allah, dimana aku harus mencariMu?",
lalu Allah menjawab, "Carilah Aku di antara orang2 yg hancur hatinya.

lagi petikan doa Jausyan Kabir:

duhai Dia yang sebutan-Nya kemuliaan bg orang2 yg menyebutnya
duhai Dia yang Shukur kepada-Nya kebahagiaan bagi orang2 yg bersyukur
duhai Dia yang Pujian-Nya keagungan bg orang2 yg memujiNya
duhai Dia yang ketaatan-Nya keselamatan bg orang2 yang taat
duhai Dia yang pintu rahmat-Nya terbuka bg orang2 yang meminta
duhai Dia yang jalan-Nya jelas bg orang2 yang hendak kembali
duhai Dia yang ayat-ayat-Nya sbg bukti bg orang2 yg memerhatikanNya
duhai Dia yang kitabNya peringatan bg orang2 yang bertakwa
duhai Dia yang rezekiNya cukup bg orang2 yang taat dan orang yang berbuat dosa
duhai Dia yang rahmatNya dekat dgn orang2 yg berbuat baik

Maha suci Engkau Ya Allah, Duhai Yang tiada Tuhan melainkanMu. Tolonglah hamba.. lepaskan hamba dari seksa neraka, Ya Rabb