disebalik kedegilan Iran untuk patuh kepada desakan kuasa barat, Iran tidak pernah sekali merayu bantuan atau sokongan dari negara lain. Iran teguh dengan sendirinya. Iran percaya pada diri sendiri. gentar jauh sekali. tekanan kini bukan sahaja dari kuasa barat jahanam. presiden OIC baru sahaja mengeluarkan kenyataan meminta Iran patuh kepada sekatan PBB.
hal ini selepas sekatan ke atas Iran itu turut mendapat persetujuan dari dua negara Islam lain, Indonesia dan Qatar.
this is not about syiah-sunni problem. ini mengenai hak sebuah negara. kenapa mesti tunduk kepada nafsu kedengkian Amerika? kenapa mesti memberi alasan kepada Israel untuk bersorak gembira?
pemimpin barat memang psycho.. kerana pemimpinnya psycho, rakyatnya turut terkena tempias. [anda rakyat malaysia terasa jugak ke?? sbb pemimpin malaysia pon psycho!!] dinding antara Islam dan barat diperkukuhkan lagi dengan penghasilan dokumentari yg menunjukkan extremenya Islam, ajaran Islam dan penganut Islam! sebagai contoh sebagaimana dibangkitkan oleh sarjana muslim di AS.
kebetulan, saya juga baru sahaja selesai menonton dokumentari di tv. [kebetulan saya seorang di living room, leka saya menonton, risau juga kalau kesemua ahli flat lain (yg semuanya british non-muslim) ada sama di living room] dokumentari bertajuk "Once Upon A Time in Iran" dokumentari yg berkisar sambutan Muharram di Iran, hari Ashura di sekitar Karbala dan makam Imam Hussin. diselang-seli dengan ucapan pemimpin shiah yg di translate sebagai "kena bunuh Presiden US dan PM Britain serta sekutunya Israel" aku tak tahu betul atau tidak translation yg dipaparkan itu. selain memaparkan keberanian shiah Iran dalam menghadapi musuh, ia turut diselang seli dengan niat dan sejauh mana Iran mampu bertindak untuk menyerang US menggunakan tenaga nuklearnya.
Ia jelas bertujuan untuk semarakkan api antara muslim dan barat serta merasionalkan tindakan mereka jika benar US dan sekutu durjana yg lainnya menyerang Iran. tapi berani ke nak serang Iran?? dengan semangat juang Imam Hussin yg tebal dalam setiap shiah di Iran, semangat yg diperturunkan pemimpin revolusi Islam Iran Ayatollah Khomeini kepada present president, Ahmadinejad, US mungkin terduduk tak mampu.
Israel dah mintak kebenaran laluan udara, persediaan menyerang Iran mungkin. pesan aku untuk mereka; kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga!