6 comments Tuesday, December 16, 2008

membaca entry terbaru dari chedet mengenai Pak Man Telo dari New York. terpanggil saya untuk turut sama berkongsi cerita mengenai skim yang sudah lama bertapak di Malaysia ini.

saya kurang percaya kepada MLM, skim cepat kaya, forex, sistem piramid atau sebut apa saja. saya tidak berminat.

saya kira kerajaan harus memandang serius akan situasi yang makin meruncing dewasa ini. ada beberapa individu menghampiri dan cuba mempengaruhi saya untuk menyertai Luxor. seprti pendirian saya sebelumnya, I AM NOT INTERESTED. dan apa yang dibimbangkan adalah gejala sekarang yang menjadikan pelajar universiti sebagai sasaran pemasaran mereka.

bayangkan seorang pelajar universiti tahun pertama, diumpan dengan kereta kancil pon sudah tertarik. inikan pula dengan kereta2 idaman ramai. rumah dan sebagainya. dengan bermodalkan RM 2000. mudah sahaja. wang PTPTN ada. dengan harapan, sempat kaya sebelum habis wang belanja.

ini merupakan tahun pertama saya mendaftarkan diri di universiti tempatan. dan saya sungguh terkejut dengan pengalaman baru ini. pelajar sibuk dengan mencari downline. topik perbincangan mereka tidak lari dari modify kereta, perjumpaan kumpulan mereka dan sebagainya. mungkin juga ramai yg menyedari akan taktik terbaru mereka yang menyasarkan kumpulan pelajar yang baru saja mendapat pinjaman PTPTN. mereka yang tidak mendapat bantuan kewangan pula sanggup meminjam kerana terpengaruh dengan rakan yang berkereta.

memang tak dinafikan ramai yang berkereta, hasil dari sistem ini. tapi tahukah mereka berapa ramai lagi yg menderita kerana tidak mendapat pulangan? kumpulan yang gagal mendapat pulangan ini diam sahaja. malu menceritakan pengalaman tertipu. jadi yang tampak hanyalah mereka yang berkereta dan berduit serta berhandphone 2-3 bijik.

mungkin sekatan patut dikenakan. menghadkan penyertaan kepada bukan pelajar sahaja. atau, fikir2kanlah pendekatan lain yang boleh digunakan untuk menghalang pelajar2 kita dari lemas dengan pendapatan yang tidak tentu.

0 comments

saya buntu semenjak akhir-akhir ini. saya sendiri tidak pasti, adakah saya memang bengap, ataupon keadaan yang membengapkan saya. please excuse me.

untuk entry kali ini, izinkan saya membuat sedikit draft mengenai apa yang telah berlaku since my last update. itu pon apa yang saya ingat. dan apa yang saya rasakan penting. mungkin tidak begitu penting untuk mereka yang lainnya.

1.PR masih belum menguasai kerajaan pusat.
2.banjir
3.tragedi bukit antarabangsa dan projek2 lereng bukit.
4.harga minyak telah pon turun sedikit 10 sen lagi.
5.Thai mendapat PM baru yang sungguh kacak sekali[salah penggunaan kata disengajakan untuk menekankan betapa kacaknya beliau]
6.tidak patriotik dan bijak apabila berkeputusan mengunapakai kereta toyota camry instead of proton perdana. tidak patrotik dan juga bodoh apabila berkeputusan menggunakan mercedes instead of perdana.adakah wujud rakyat malaysia yang membeli kereta proton hanya kerana patriotik? [i know one of them; Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.itupun kalau betul apa yg ditulis di artikel berkenaan]
7.nik aziz tidak bersalah dalam hal lantikan menantu beliau.
8.PRK Parlimen Terengganu on the 17th January.
9.Datuk Shah Rukh Khan.