0 comments Sunday, October 22, 2006

telah siap meng"iron" [mati kena saman dgn DBP, kene sound dgn rais yatim] baju raya.
raya hanya esok hari
menu berbuka pon belum aku tentukan

received a msg from my sister
"sini raya selasa. br blk shopping nih.ko tak sedih ke raya kt sana sorang2.hahah.papa ckp kesian kt ko.die sedih gile tringt kan ko"

cisss.kureng nye adik.saje menuimbulkan mood sedih aku.
aku tk reply.nanti melarat.

tk reply punya pasal.ade lg kedajalan adik aku.[sbb die laki seko, so dipanggil abg]

"abg nih.sini, lusa raya..sedih gile raya ko tkde..aku tk bleh aa kalo ko takde.biasa laa, adik laki kan?aku br beli baju raya td.aku tkde perasaan sgt raya nih.ko tau ak knape?sbb ko takde..ko rasa aku sedih btol ke aku tipu je? wahwahwah"

ok.dah decide.iftar di nandos.

ok.ok.ape kaitan isi post dan title?
sekian kalinya berharap utk menyambut aidilfitri bersama mereka tersayang.
merasakan aku jauh dr yang disayang membuatkan aku semcm hilang tempat berpaut.
masih aku bertahan dari terus jatuh..

0 comments Saturday, October 21, 2006

terbaca tentang kemelut syiah-sunnah di iraq..membuat aku mendidih.ingin tahum.apakah punca sehingga tidak pernah selesai.mhingga sanggup bunuh-membunuh..laporan utusan hari ini menyebut mereka akan mengeluarkan satu pekeliling utk meredakan keadaan..pekeliling yg diusahakan oleh ulama kedua2 pihak..menyerah tidak mungkin..akhirnya kedua-dua setuju duduk semeja..

isu ini memang mendapat perhatian..aku ini suka membaca tulisan orang..bukan sastera..tapi membaca tulisan pandangan orang tentang sesuatu isu..aku tidak suka berbahas..diajak aku berbahas pasti aku bisu..tapi aku suka memerhati..apa jua yang aku pikirkan, hanya aku yang tahu..terjumpalah aku blog2 yg mengupas isu ini..tk lupa juga buku2 yg dionlinekan..[rosak bahasa]..
salah satunya adalah;
http://lamanpendita-bitara.blogspirit.com/archive/2006/06/16/fahaman-sesat-dan-penyelewengan-umat-islam.html
[kredit kpd penulis, maaf jika menerbit tanpa kebenaran, hehe]

^^counter aku hanya utk isu syiah. tgk tajuk laa wei, hahaha^^

ini counter dari aku.aku hanya menjawab dari sudut "aku sbg syiah"
[jd tiada emosi diletakkan disini] berdasarkan jawapan2 yg diutarakan oleh ulama2 syiah sendiri, kerana "soalan2" atau dikatakan "salah faham2" seperti ini adalah isu basi/perkara biasa bg mereka.


sila baca tulisan di pautan/link di atas sblm memahami argumen ini.

dikatakan abdullah bin saba sbg punca perpecahan.ya lah, dia ni laa selalu disandarkan sbg pengasas syiah.

syiah pon tak mengaku abdullah bin saba ni sape.lepastuh pulak buleh direfer mana2 kitab ahlul sunnah sendiri, sesama ulama pon tak sepakat bilakah munculnya abdullah bin saba ini.zaman umar (slps 6 thn pemerintahan saidina uthman)? zaman pemerintahan saidina ali? atau selepas pembunuhan ali? bila sebenarnya syiah ini wujud? kalau abdullah bin saba, kenapa tiada watak beliau dalam mana2 sejarah yg dikaitkan dgn saidina ali?mana2 perang, kenapa tidak diketegahkan namanya jika benar dia yg fanatik terhadap ali.

kita tidak pernah jelas kenapa perang saudara itu harus terjadi.perang jamal dan siffin.yg kita tahu, ia berpunca dari fitnah.fitnah apa?
kenapa aisyah sanggup menyerang saidina ali.bukan nya orang lain.saudara Rasulullah saw.
kenapa muawiyyah memerangi saidina ali.
hanya kerana ingin menuntut saidina ali mencari keadilan terhadap Saidina Uthman yg dibunuh.Saidina Uthman, orang yg bertanggungjawab melantiknya sbg gabenor Syam. juga saudara kpdnya. tahu apa alasan Saidina Ali yg tidak memuaskan hati Muawiyyah? Ali ra hanya meminta tunggu sehingga keadaan umat Islam kembali reda. kerana selepas Uthman, banyak pembaharuan yg dibuat.semasa pemerintahan khalifah ketiga itu, banyak hak keistimewaan diberikan kpd pihak tertentu, kroni2 dilantik utk jawatan2 tertentu. Saidina Ali hanya membersihkan pemerintahannya. tetapi boleh pula timbul tidak puas hati kpd Thalhah dan Zubair serta Aisyah yg membawa kpd perang Jamal. marah pula Muawiyyah sehingga perang Siffin. tetapi betapa banyak buku2 dan kitab2 yg menceritakan keutamaan Muawiyyah ini. sudah tentulah timbul tidak puas hati dikalangan syiah.tidak hairanlah kenapa mereka mengutuk tindakan Muawiyyah. ingat lagi bagaimana dia mendapatkan kekhalifahan dgn cara tipu helah semasa majlis tahkim selepas perang siffin? tapi ibn taimiyyah dalam sebuah bukunya memuji2 Muawiyyah dan anaknya Yazid yg membunuh Imam Hussin

kemudian ditulis, pengikut ali berpecah kpd 2. khwarij dan syiah.

ok skarang dimana pula peranan abdullah bin saba sbg pengasas syiah?

dibuat pula generalization Syiah itu mengangkat Ali sbg tuhan.
ermm, [kalau ada pon syiah sebegitu, hanya sebahagian.]asas tauhid syiah dan sunnah itu sama. Mereka semua mengakui keEsaan Allah swt. mengenai penolakkan terhadap kekhalifahan Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman.ada sebabnya. yang ini akan dikupas kemudian.yang pastinya, Saidina Ali tidak membaiah Abu Bakar sebaik yg lainnya membaiah ketika peristiwa saqifah bani saidah. baiah beliau hanya setelah kematian Fatimah Az-zahra, kira2 6 bulan selepas pemergian Rasul yg sepanjang zaman, Muhammad saw.

0 comments

i came accross, i should say quite kontrovesi nye post di satu blog nih.
just a simple post "kerana sayang kadang2 kita kena lepaskan" .[kredit kpd pemilik blog,saudara anas kan?]
well, i obviously disagree dgn statement tu..

hurmm, responses mcm2 gayanya.
ada kata berserah takdir
keluar cite pasal burung, analogi katanya
ada yg mengambil sbg ilmu nk memahami perempuan

overall, kesimpulan yg aku buat, [utk referens aku sendiri ya!]
people, [ok, aku admit, maybe nih tak apply utk sesetgh orang], selalunya their own interest always come first.
dah nampak salah pon, boleh tanak mengaku salah itu dari diri sendiri
mula laa rasa, "dah takdir aku mcm nih", "dah mmg Tuhan tentukan jodoh aku mcm nih", "kenapa nk sedih gila2? itu cinta tk berlandaskan syariat"

yes, aku akui.takdir memang Tuhan dah tetapkan.utk semua makhluk dia. TAPI, setiap takdir itu, setiap ketetapan itu, ada PENYEBAB. dan pennyebab itu adalah dr diri sendiri.
sbb itu, adanya konsep berusaha.

i mean, c'mon;
masa you all started the relationship, pernah terpikir pasal syariat?
the point is, if keikhlasan itu ada, tak sepatutnya ada pihak yg kecewa
mana nak campak semua cakap2 masa couple?
all those hopes and promises
bila dah seteghah jalan tuh rasa ada benda yg tak kena
perbetulkan
bukan makes more mistakes
bila ada hati yang tk senang dgn decision itu
pasti ada sesuatu yg tk kena dgn tindakan kita
kalau dah setengah jalan tiba2 rasa "eh, ini bukan kehendak syariat"
perbetulkan, bawa balik ke landasan yang betul

kadang2 aku rasa
itu semua cuma alasan
sedang diri sendiri tidak tahu apa yg patut dia buat
dan dia tidak tahu pon betul atau tidak keputusan yang dia buat

0 comments




















kenapa mereka tidak gentar?
bukannya mereka mendapat sogokan wang, bantuan ketenteraan, sokongan kuasa2 besar
tapi berani mereka bukan kepalang
berani berkata TIDAK
bukan pak angguk
salah harus ditentang
biar nyawa sendiri jadi ancaman

mereka jadikan peristiwa Karbala sbg ukuran
dugaan seperti ini bukan apa-apa jika dibandingkan peristiwa 61 H itu
keluarga Rasulullah saw ditawan, diseksa, dipancung
kepala diarak mengelilingi kota
dengan hanya kumpulan berjumlah 72 sahabat
menentang kuasa berpuluh ribu bala tentera yazid
sesudah 3 hari tanpa makan minum
gugur juga seorang bayi dalam pangkuan Husin
kerana minta belas tentera jahanam
tubuh kecil dirodok dengan panah
tepat kena pada leher

bersandarkan peristiwa Asyura ini jugalah
yang membara dalam Imam Khomeini dan pengikutnya
yang menjadi semangat kepada pejuang hizbullah
yang menjadikan mereka tiada gentar

0 comments Friday, October 20, 2006













ooh, hari ini lah tuhh..
rahmat Tuhan ke atas mu, wahai perjuang..

0 comments

risau aku nih.. dulu aku ape pon tak peduli kat page berita luar negara.tapi cakna itu datang dgn sendirinya.
ntah bila gamaknya, dunia ini akan aman.[pernah aman ke?]


tak cukup dgn itu;
pemerintah dalam negara sendiri yg bergolak [pemimpin yang utama pulak tuh],
takpe, sebelum raya nih nak gi mintak maaf
musyawarah, heheh
tapi, banyak lagi masalah lain
rasuah sana-sini,
orang kaya dgn hidup mewah,
banglo pon 5 juta, dah bercerai dpt pulak harta 10 -50 juta,
naik kereta mewah tapi bayar murah,
bazir air banyak takpe sbb ada peruntukkan,
rumah siap aircond, tv, komputer sorang satu takpe elektrik ade peruntukkan
makan kt tmpat mewah takpe nanti boleh claim
sakit sikit boleh pergi buat rawatan luar negara
tapi heboh sana sini supaya bangga dgn produk negara

miskin terus terjejas.
rumah kene hempap tanah runtuh ,
rumah diroboh sbb tinggal kt tanah haram laa,
sakit tapi takde duit utk rawatan sbb tak dapat bantuan,
nak gi skolah tak boleh sbb jaga adik2 mak bapak dah takde,
makan ikan masin je sbb tak mampu ayam daging sume dah mahal,


0 comments Thursday, October 19, 2006

mawi di midvalley

saya bukan anti mawi, bukan juga minat mawi.
tp lu mawi, waa respek.
orang kata, kalo buat pertandingan sms, artis lelaki kategori rambut paling panjang pon,
mawi boleh dapat anugerah lagi.

calon2 lain aku letak:
anuar zain
ramli sarip
m.nasir


p/s:aku nak vote ramli sarip boleh?

0 comments

banyak betol aku jumpa blog2 yg nk menegakkan kebenaran pegangan sendiri.tp menegakkan dgn cara memperlekehkan, merendahkan, menghentam dsbgnya pegangan orang lain.
tak kiralah politik ke, hal bermazhab ke, peribadi ke dll.
jangan memperlekehkan keyakinan orang lain hanya kerana mereka itu tidak sealiran dgn kita.
hanya kerana mereka menentang arus.

firman Allah swt:
"Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata. " (QS. Saba: 25)

Tuhan pon tidak mengatakan dgn kasar spt "kamu ini, sah2 sesat", "kamu ini, bengong btol laa", ayat kat atas tuh terang2 cakap, "sama ada aku, atau kamu yg betol".
dlm ayat lain pula;
"Katakanlah, 'Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.'"
(QS. al-Baqarah: 111)

kata Saidina Ali;
"Betapa banyak orang yang membaca Al-Qur'an namun Al-Qur'an melaknatnya."


0 comments

bermaknalah sikit [baca: banyak] syawal buat keluarga ISA;
dah lepas dr balik tirai besi dinding konkrit Kamunting.
lepas bebas tanpa bicara peguam dan yang arif lagi bijaksana.
tapi gelaran pengganas JI dan KMM mereka tak pernah lucut.
tidur tak lenalah mereka , risau nanti dibomnya putrajaya.

hahaha..
salam aidilfitri utk semua.

berita penuh?

1 comments Friday, October 13, 2006

semalam..terbaca satu blog.aku agak dia masih lagi seorang penuntut. his latest post was about syiah imamiyyah.aku kagum dgn kesungguhan dia utk menghuraikan kekusutan seorang rakannya mengenai syiah imamiyyah. yg pernah dipersoalkan sbg mazhab ke 5 selepas 4 mazhab dlm kelompok Ahlul Sunnah wal Jamaah. sebut sahaja Syiah, pasti dikaitkan dgn kecintaan melampau pengikut terhadap Ali r.a. dan Ahlul Bait yang lainnya; bukan orang lain. Fatimah yg Rasulullah saw letakkan sbg penghulu wanita syurga. bukan orang lain malah keturunan cucu2 Rasulullah saw, Hasan dan Husin. org yg sentiasa dekat.cinta sayang yg tk berbelah bagi.
Mereka yg mengatakan Syiah itu secara generalnya, mengangkat Ali setinggi2nya melebihi Rasulullah sendiri.Siapa bilang? padahal, kecintaan mereka terhadap Ali hanyalah selepas Allah swt dan Rasulullah saw sendiri.
Bagaimana hendak dicapai persetujuan antara Syiah Imamiyyah khususnya dan 4 mazhab yg utama itu sedangkan mereka ini tk pernah sepakat dalam hal2 sejarah. benar, kelompok syiah ini sepakat mengatakan Ali lah org yg berhak sbg khalifah selepas wafatnya Rasulullah saw. Hal ini ada diceritakan dlm salah satu kitab Syiah, yg tidak diterima pakai oleh mereka yg lainnya. Ali juga yg terakhir membaiah kekhalifahan Abu Bakar As siddiq.something to ponder, Adakah disengajakan Saidina Ali melambatkan baiahnya terhadap Abu Bakar As Siddiq? pasti ada sebabnya Saidina Ali, saudara paling rapat, tinggal bersama Rasulullah sejak kecil, percaya kpd wahyu Tuhan semasa die masih anak kecil,orang yg dipertanggungjawabkan Rasulullah; puteri kesayangan Fatimah Az Zahra ini, tidak mahu membaiah kekhalifahan Abu Bakar As Siddiq.

perselisihan juga timbul dlm periwayatan Hadith2.cth kecil yg ingin disentuh;
Syiah Imamiyyah tidak menerima sebahagian besar hadith2 yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Jika diteliti, Abu Hurairah adalah antara orang yg paling banyak meriwayatkan hadith2. terlalu banyak sehingga melebihi waktu yg diluangkan bersama Rasulullah sendiri. update kemudian utk fakta statistik bilangan hadith dr "bapa kucing" ini.

update:
Abu Hurairah memeluk Islam pada tanggal 7 Hijrah, kesempatan bersama Nabi selama 2 tahun lebih. jumlah hadis hasil riwayat beliau adalah 5374. bandingkan dengan Abu Bakar dengan 142, Uthman (146), Umar (537) dan Ali (586).

saya juga suka kucing. kucing yg paling sayang mati disengat tebuan.mati keseorangan semasa sy dikolej.kucing kedua lari masuk hutan. i'm looking for kucing again.

0 comments Wednesday, October 11, 2006

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ilahi
benarkah Engkau akan menyeksaku setelah aku beriman pdMu
benarkah Engkau akan menjauhiku setelah aku mencintaiMu
benarkah Engkau akan menolakku setelah aku mengharapkan rahmat dan maafMu
benarkah Engkau akan menghempaskan aku setelah aku berlindung dgn ampunMu

Demi wajahMu yang mulia
tak mungkin Engkau akan mengecewakanku

duhai diriku;
utk kecelakaankah ibu melahirkan ku?
utk kesengsaraankah Engkau memeliharaku?
ah, alangkah baiknya
bila ibu tidak melahirkan ku
dan Engkau tidak memeliharaku
ah, alangkah baiknya sekiranya aku tahu
Engkau jadikan aku pemilik bahagia
yang Kau istimewakan dgn qurbah didekatMu
sehingga tenang hatiku dan tenteram diri

Ilahi
apakah Engkau akan menggelapkan wajah2 yg sudah rebah tunduk kerana kebesaranMu
Apakah Engkau akan membungkam lidah2 yg selalu bergetar memuji keagunganMu
serta keluhuranMu
apakah Engkau mengunci hati yg telah luluh dalam kecintaan pdMu
apakah Engkau akan memekakkan telinga2 yg telah mendengari zikirMu dlm iradahMu
apakah Engkau akan membelenggu tangan yg terangkat kerana harapan kpdMu
memohonkan kasihMu
apakah Engkau akan menyiksa tubuh yg beramal mematuhiMu
sehingga melepuh dalam mengabdiMu
apakah Engkau akan mengazab kaki2 yg berlari utk berbakti kpdMu

adakah aku yg rebah itu? yg memuji keagungan Tuhan itu? yg kecintaannya hanya Tuhan semata?yg mendengari zikir kpd Allah sentiasa? yg memohon kasih Allah sepanjang masa?yg beramal sehingga melepuh tubuh?yg berlari penat hanya ke jalan Allah?

0 comments

ingin aku share disini, petikan dari buku Rintihan Suci Ahlul Bait. Buku ini amat bermakna bg aku. Thanks to papa yang photostat (dah langgar copyright) and bg copy kt aku dan adik2.

Pada saat hati hancur, baru dapat kita rasa seakan kita dekat kepadaNya. Dan pd saat kecelaruan itu, kita tak dapat mencari kata2 yang tepat utk melukiskan perasaan kita itu.

rintihan2 dalam buku ini adalah yang dirakam dr doa2 Ahlul Bait antaranya, Ali r.a dan isterinya Fatimah, serta keturunan2 mereka termasuklah Ali Zainal Abidin . Ia dirakam oleh pengikut2nya. termasuk juga doa yang diajarkan Ali Abi Thalib kpd muridnya; cthnya Kumail bin Ziyad.

pasti ada yang tertanya2;"Bukankah menganjurkan kecintaan kpd Ahlul Bait Rasulullah saw sejalan dgn ajaran mazhab Syiah?"

yang mewajibkan kecintaan kpd Ahlul Bait Rasulullah saw adalah beliau sendiri. yang menetapkan kesucian Ahlul Bait bukan aliran; tetapi Allah swt melalui firmannya dlm Al-Quran.yang meriwayatkan Hadith2 Nabi tentang wasiat mengenai Ahlul Baitnya bukan lain adalah para sahabat Rasulullah sendiri. Nabi pernah berkata: "jika aku adalah gedung ilmu, Ali adalah pintunya"

Ali sendiri terkenal dgn kefasihan berbahasa. [Kata2 yang tepat dalam rintihannya]. kumpulan khutbah dan ucapannya yang dibukukan Nahjul Balaghah; merupakan bukti kepetahan bicara beliau. Gibbon, dalam The History of the Decline and Fall of the Roman Empire,< menulis tentang Ali; He united the qualification of a poet, soldier and saint. His wisdom still breathes in a collection of moral and religous saying, and every antagonist in the combats of tongue or of sword was subdued by his eloquence and valour"

petikan dari Rintihan suci Ahlul Bait:
Dengan nama Allah yang Mahakasih dan Maha Penyayang
Tuhanku
Kuadukan pada Mu, diri
yang memerintahkan kejelekan
yang bergegas melakukan kesalahan
yang tenggelam dalam maksiat padaMu
yang menentang kemurkaanMu
yang membawaku pada jalan kebinasaan
menjadikan aku
orang celaka yang terhina
yang banyak noda
yang berangan hampa

Bila diriku ditimpa bencana, ia berkeluh kesah
kala untung diraih, bakhil bertambah
cenderung pada mainan dan hiburan
dipenuhi kealpaan dan kelalaian
mendorongku pada dosa
menghalangiku dari taubat kpdMu

Ilahi
kuadukan kpdMu
musuh yang menyesatkan ku
syaitan yang menggelincirkan ku
ia sudah memenuhi dadaku dgn keraguan
godaannya telah menyesakkan hatiku
sehingga hawa nafsu menopangku
ia hiaskan aku dgn cinta dunia
ia menghalangku untuk taat dan taqarrub

Ilahi
kuadukan padaMu
hati yang keras dgn goncangan was-was
yang tertutup noda dan kekufuran
mata yang beku utk menangis kerana takut padaMu
tetapi cair utk kesenangan diri

Ilahi
tiada daya aku kecuali dgn kuasaMu
tiada keselamatan bgku dr bencana dunia kecuali dgn penjagaanMu
aku bermohon kpdMu
dgn keindahan hikmahMu
dgn pelaksanaan kehendakMu

jgn biarkan aku mencari kurnia selainMu
jgn jadikan aku sasaran cubaan
jadilah Engkau Pembelaku melawan musuhku
Penutup cela dan aibku
Pelindung dari bencana
Penjaga dari durhaka
dgn kasih dan sayang Mu
Wahai yang Terkasih dari segala yang mengasihi

0 comments Thursday, October 05, 2006

Seperti tersindir aku. tp ada benarnya.

bertanya Nabi Musa:
Ya Allah, dimana aku harus mencariMu?",
lalu Allah menjawab, "Carilah Aku di antara orang2 yg hancur hatinya.

lagi petikan doa Jausyan Kabir:

duhai Dia yang sebutan-Nya kemuliaan bg orang2 yg menyebutnya
duhai Dia yang Shukur kepada-Nya kebahagiaan bagi orang2 yg bersyukur
duhai Dia yang Pujian-Nya keagungan bg orang2 yg memujiNya
duhai Dia yang ketaatan-Nya keselamatan bg orang2 yang taat
duhai Dia yang pintu rahmat-Nya terbuka bg orang2 yang meminta
duhai Dia yang jalan-Nya jelas bg orang2 yang hendak kembali
duhai Dia yang ayat-ayat-Nya sbg bukti bg orang2 yg memerhatikanNya
duhai Dia yang kitabNya peringatan bg orang2 yang bertakwa
duhai Dia yang rezekiNya cukup bg orang2 yang taat dan orang yang berbuat dosa
duhai Dia yang rahmatNya dekat dgn orang2 yg berbuat baik

Maha suci Engkau Ya Allah, Duhai Yang tiada Tuhan melainkanMu. Tolonglah hamba.. lepaskan hamba dari seksa neraka, Ya Rabb

0 comments Wednesday, October 04, 2006

duhai Kekasih bg yang tidak miliki kasih
duhai Penyembuh bg yg tidak punyai penyembuh
duhai Penerima permintaan mereka yg hampir putus asa mengharap kpd yang lain
duhai Kekasih bg orang yg tidak punyai kekasih
duhai Teman sejati orang2 yang tidak punyai teman
duhai Penolong orang2 yg tidak punyai penolong
duhai Pemberi Petunjuk bg mereka yang tidak memiliki petunjuk
duhai Pemberi ketenteraman bg mereka yang tidak mempunyai pemberi ketenteraman
duhai Pengasih orang2 yg tidak miliki pemberi kasih
duhai Sahabat mereka yang tidak miliki sahabat..


Maha suci Engkau Ya Allah, duhai Yang tiada Tuhan melainkan Engkau..Tolonglah hamba..lepaskan hamba dari seksa neraka..ya Rabb


petikan doa Jausyan Kabir.

0 comments

hari ini
utk kesekian kalinya
hujan turun lagi
entah bila akan berhenti
sesekali
petir turut berdentum
menambahkan resah di hati
yang menunggu
cerah sinar cahaya

dibenak penulis;
terlalu mudah.terlalu biasa/tipikal (ooo God, terlupa seketika the exact word,update kemudian), bila hujan, petir dikaitkan dgn hati yang gundah.dan kemudian berharap, bahagia di akhir cerita dgn sinar mentari. siapa pula kita? yang ingin memaksa roda perjalanan ini, mengikut arah yg kita mahu? [tiba2 bingung kalau kita tidak boleh mengatur hidup, adakah bermakna tidak perlu berusaha??]

update