2 comments Thursday, March 27, 2008

ada 2 keuntungan kepada rakyat malaysia andainya mereka memilih bukan-UMNO dalam pilihanraya.

pertamanya, comes the election, mereka akan dapat pelbagai habuan. because that is how UMNO define politics. kita lihat contoh di Kelantan, pelbagai ragam, pelbagai janji, pelbagai projek dan pelbagai habuan [walaupon sebahagiannya sudah sedia disonglap di tengah jalan sebelum sampai kepada rakyat kelantan] kalau tak kerana PAS memerintah kelantan, jangan diharaplah adanya perkhidmatan bas percuma, duit poket, habuan dari perayu undi dll. itu keadaanya apabila tiba waktu pilihanraya, atau bulan2 terakhir sebelum pilihanraya. memang di tahun kedua-ketiga, peninglah sikit kerajaan pemerintah memikirkan pembangunan kelantan yg terhad bantuan kewangan mereka, tapi alhamdulillah dengan kerajaan yg telus dan bekerja untuk rakyat, Kelantan semakin pulih, walaupon lambat.

keduanya, even if UMNO kalah selepas pilihanraya, rakyat masih tidak rugi apa-apa, malah insyaAllah mereka akan diperintah oleh satu kerajaan pembangkang yg berjuang untuk melindungi rakyat daripada ditindas oleh pemerintah yg sangka bagus. malah orang yg sangka bagus ini akhirnya terpaksa akur dgn kehendak rakyat. kecut perut juga mereka. manifesto pembangkang pada pilihanraya lalu sudah semacam menjadi manifesto mereka.

Zaid Ibrahim masuk ke gelanggang bak Hang Tuah yg akan mempertahankan kedaulatan badan kehakiman negeri Melaka. ini satu tanda yg bagus. walaupon terlalu awal untuk bersorak riang. dan dengan cadangan yg datangnya dari Zaid Ibrahim ini juga secara tidak langsung menidakkan kenyataan yg dikeluarkan oleh Nazri Aziz tidak lama dulu. AUKU dikaji semula. you read yourself; comments by DR M about AUKU.this report is from Utusan by the way. pengganti ZAM katanya akan mendekati dan memahami bloggers. ini secara tidak langsung juga menidakkan anggapan ZAM; bloggers goblok. ring any bell? dengan yakinnya pula mereka mengumumkan tarif elektrik, harga gas, harga minyak akan kekal, tidak akan naik! yang mana sebelum ini mereka tidak berani menyebut sebagaimana demikian.

***

di terengganu masih lagi dengan spekulasi. walaupun diluar tampak seperti sudah selesai, tapi di dalam siapalah yang tahu. PM akhirnya akur dengan keputusan YDP Agong. mungkin beliau takut nasibnya sama seperti orang-orang degil dan derhaka yg akhirnya dilucutkan datukship mereka.

walaupon sesetengahnya lega Idris Jusoh tidak kembali ke takhta MB Terengganu, tak sempat mereka menarik nafas kelegaan, kedengaran mereka mengeluh lagi. katanya MB baru itu tidak kurang hebatnya.pada aku, itu lah level rakyat terengganu. ketika di tempat lain semua orang sedang bijak menyampaikan amaran dan kehendak mereka, Terengganu sepertinya selesa dengan Idris Jusoh, Monsoon Cup dan masjid kristal. sultan terengganu, he left with no choice. mujurlah Tuanku bijak bestari, membuat kelainan dan bertindak apabila sampai masanya untuk beliau bertindak dengan mendaulatkan kuasa Raja. Daulat Tuanku. Tuanku memilih Ahmad, yg terbaik dikalangan yg kurang baik. yg berani bangkit dari kalangan pengecut yg berselindung disebalik penderhaka.

***

saya rindukan Khairy Jamaluddin. sudah lama beliau tidak muncul dikaca tv. saya juga rindukan Najib. tv3, mereka sudah tidak laku kah?

1 comments Sunday, March 23, 2008

BN yg sebelum ini memerintah, kemudiannya menang lagi dengan selesa di Terengganu masih lagi kucar-kacir. masih belum tentu siapa yg bakal ditabal menjadi MB. katanya ADUN Kijal. tp tengok saja lah. mungkin juga ada kejutan? tak perlu pelik dan hairan apabila kerjasama pembangkang di perak dan selangor gagal membentuk kerajaan sesegera mungkin.

sebaik sahaja beliau di umumkan sebagai calon, cepat2 mereka membuat laporan kepada BPR? habis selama nih? simpan dalam muzium? takpe lah. kalau dah macam tu, elok juga kalau di rotate pengumuman setiap ADUN BN bakal ditabal menjadi MB. laporan setiap dari mereka bakal menyusul ke BPR barangkali. there is a reason why Said instead of Idris. mind you, Sultan tidak berbuat demikian tanpa sebab.

yang UMNO dok sibuk nak pertahankan keistimewaan melayu, hak melayu.. tapi mereka yg hero lawan Sultan. kaum lain nak lawan Sultan, kita paham lah mereka tak cukup paham dengan keistimewaan Raja-raja Melayu, kedaulatan Sultan-sultan Melayu. nih melayu, persatuan melayu kebangsaan, tapi mereka yg mencabar keputusan Sultan. mungkin alasan mereka, perlantikan MB terengganu itu bukan dari sultan terengganu, sbb itu lah sesedap hati mereka mempertikai perlantikan Said.

tambah bengang lagi, mereka tidak bersetuju dgn perlantikan Said ini bukan kerana salah laku Said yg sudah dihantar kepada BPR, tetapi kerana mereka mahukan Idris Jusoh. saat2 begini, apa pun sanggup dilakukan oleh UMNO. bagi mereka, matlamat menghalalkan cara. dengan ini juga, mereka secara tidak langsung menidakkan kenyataan UMNO bahawa calon-calon PRU 12 mereka lulus ujian BPR. keji bukan?

tunggu sajalah episod seterusnya dari Terengganu.

***

aku tertanya-tanya, kenapa mudah untuk Menteri Pelajaran menjilat ludah sendiri. bukankah itu jijik namanya? dulu katanya cukup yakin dengan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahsa inggeris. kemudiannya merasakan pelaksanaan itu perlu dikaji semula. aku cuba sedaya upaya untuk merasionalkan tindakan jijik itu. yaa, mungkin jugak mereka belajar dr kejadian interview Al-Jazeera-ZAM. dan sekarang baru lah aku paham. rupanya mereka bersedia untuk menyediakan platform utk Muhd Muhd Taib. ya lah. takkan lah Muhammad ini hendak dimalukan oleh pelajar sekolah yg belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

***

aku sedikit skeptik dengan setiap tindak tanduk UMNO. walaupon perlantikan Zaid Ibrahim dikatakan oleh banyak pihak sebagai tindakan untuk memulihkan sistem kehakiman negara... aku still.. doubt about it. lagi pula, mereka melantik Zaid Ibrahim, yet Tg Adnan pon dilantik sbg setiausaha Agung UMNO, Muhd Muhd Taib sbg menteri. ataupon Zaid hanyalah watak tempelan yg diharapkan dapat mengubah plot politik UMNO? ape pon, statement beliau menghentam kejadian Tun Salleh Abbas itu memang... pengecut! he supposed to say that 20 years ago.. not 20 years after the incident.

0 comments Monday, March 17, 2008

it looks like khir toyo lebih efficient dan amanah sebagai seorang pembangkang compared to those time where he was in power.

dengan seikhlas hatinya beliau akan menghantar bil2 air kepada exco-exco baru selangor jika janji2 dalam manifesto PRU 12 tidak dikotakan oleh kerajaan baru selangor.

bagus jugak punyai pembangkang persis khir toyo. kerjanya lebih mantap. untuk penduduk selangor, nasib anda mungkin lebih baik di masa akan datang bukan kerana effective nya kerajaan baru negeri selangor, tetapi kerana cekapnya Khir Toyo membantu kerajaan baru itu.

ya lah, drp takde kerja, elok juga lah khir toyo mengisi masa lapang dengan mengutip data-data ibu2 tunggal, anak2 yatim, orang2 kurang upaya.

utusan juga tk kurang sinisnya apabila melaporkan Tan Sri Khalid mengadu penat kerja sbg MB.
mungkin utusan lupa untuk mencadangkan kepada Tan Sri Khalid untuk mengamalkan pengambilan tempe. menurut bekas MB Selangor, tempe bukan sahaja menyihatkan malah, boleh buat beliau nampak makin handsome!

semenjak kalah besar, UMNO kelihatan semakin tidak relevan. kalau lah mereka pernah berura-ura untuk merawat kelantan, mereka tidak sedar, seluruh UMNO itu sedang tenat.

2 comments Saturday, March 15, 2008

shahidan bilang kalau pegi angkat sumpah jugak, dia bukan lagi orang BN. sbb orang BN hanya nak shahidan angkat sumpah.

shahidan lupa. Raja Perlis hanya nak orang itu, makan orang itulah yang akan dilantik jadi MB. kalau Shahidan nak angkat sumpah jugak untuk jadi MB, dia secara lojiknya bukan lagi orang Perlis.

kalau dah bukan orang Perlis, tak perlu susah2 nak angkat sumpah jadi MB Perlis!

kalau cina nak boikot majlis angkat sumpah, kita melayu bising2. konon mencabar Raja-Raja melayu. ini pula, melau sendiri yg mencabar keputusan raja. angkuh pula tuh. kenapa orang perlis sunyi sepi? orang UMNO sendiri yg sebelum ini galak menghentam pakatan pembangkang perak. mana semua lari pergi?

2 comments Tuesday, March 11, 2008

ketika majoriti rakyat malaysia sedang menikmati kemanisan gelombang perubahan, masih ada yg berkira-kira untuk terus menyokong pasukan yg sudah 50 tahun menguasai tampuk pemerintahan. lebih dasyat lagi, mahu mengubah kelantan kepada satu pasukan yg lain. katanya, ianya masih ditakuk lama.

saya kira, jika kelantan di takuk lama, ianya pasti jauh lebih baik dari satu malaysia yg berubah menjadi satu negara yg makin parah. apakah pemerintahan Nik Aziz itu disamatarafkan dgn Koh Tsu Koon di penang, Mahdzir di kedah, Khir Toyo di Selangor, Tajol Rosli di Perak? sekadar menyebut beberapa negeri. sungguh, jika UMNO punyai calon bakal menteri besar yg lain selain Awang Adek, mungkin rakyat kelantan tak teragak2 untuk menerima mereka. tapi Awang Adek? beliau tidak mampu untuk amanah kepada tugas dan kerja mereka sebelum ini, inikan pula untuk menyerahkan kepada mereka satu negeri Kelantan?

dgn tahap kebergantungan kepada kerajaan pusat yg amat minimal, berjaya mengurangkan jumlah hutang kerajaan negeri yg ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini, berusaha menolong mereka yg susah. Husam telah menjelaskan kerajaan bersedia untuk menolong mereka yg tidak mampu untuk survive kehidupan sekarang, tapi bg mereka yg masih tidak mampu mengubah nasib mereka, itu adalah kerana sikap mereka sendiri yg tidak mahu mengubah nasib hidup mereka. kerajaan tidak mampu untuk ke setiap ceruk, mereka juga harus tampil kedepan jika mahu orang mengubah nasib mereka. dalam masa yg sama kerjaan berusaha untuk menolong mana yg ternampak pada mata mereka.

jika dilihat, kelantan bekerja untuk mengubah tahap mereka. kalau dulu mereka menjadi negeri kedua yg paling ramai penduduk termiskin, kini mereka di tangga ke enam. kita lihat, apa kedudukan kelantan dalam masa 4 tahun akan datang. saya percaya, pasukan kerajaan kelantan berusaha yg sungguh-sungguh untuk membuktikan tidak silap mereka terus memilih kerajaan yg ada sekarang untuk terus memerintah.

dan dengan ini juga, besarlah harapan saya jika kedah, perak yg juga di ketuai oleh dari kalangan PAS dan dibantu oleh DAP dan PKR dapat mengubah kedudukan mereka sepertimana kerajaan kelantan. kurangkan jurang antara MB dan rakyatnya. tidak seperti keadaan sebelum ini, MB ulang alik ke luar negeri, rumah MB di ubahsuai berjuta-juta menggunakan wang peruntukan dari kerajaan pusat, tapi rakyat terus melarat. hutang lapuk kerajaan masih jugak tidak selesai. harta, sumber kekayaan negeri semakin kopak, keadaan masih juga tidak berubah. selangor di ketuai oleh khalid ibrahim yg tak syak lagi kredibilitinya sebagai seorang ketua kapal.

orang yg menyokong BN begitulah lagaknya. mudah kepanasan apabila dipersoalkan sokongan mereka kepada kerajaan BN. mudah melenting. apabila diminta rasional dan justifikasi, mereka lebih selesa memberi jawapan.. "tolong hormati pendirian politik masing-masing"

2 comments Sunday, March 09, 2008

around 2 am, malaysiakini dah traffic jam. tak bleh nak access. so terpaksalah tgk update kt tv yg lambat macam siput. samalah seperti pilihanraya lepas, kalo BN menang tuh cepat je die announce. yg kerajaan PAS kelantan dah berjaya bentuk kerajaan dari awal lagi, tak jugak2 di umumkan. tv pon sampai jam 4 lebih camtuh, channel Awani dah surrender. tak habis lagi result2 diumumkan mereka dah pon berhenti bersiaran.

meluat untuk melihat update di tv. dah laa lambat, mendegar pulak ulasan2, analisa politik yg terlalu berat sebelah. katanya ahli akademik, buat malu pada pangkat prof kat depan nama. cumanya apabila kelantan seperti menang besar di kelantan, ulasan2 mereka berubah nada. mula kedengaran, oghe kelate mahukan sesuatu yg berlandaskan Islam, pembangunan pon mesti berlandaskan Islam blablabla. hilang sudah kata2 yg mengeji dan mengutuk kelantan yg mundur pada mereka.

paling lucu, semalam entah siapa orangnya, aku tak kenal, memberikan jawapan berhubung kekalahan besar BN adalah kerana tuduhan Anwar terhadap kerajaan BN di ceramah2 yg tidak sempat dibalas atau dijawab oleh kerajaan BN. inilah jawapan paling dangkal, busuk, jijik dan buduh serta bangang yg aku pernah dengar. kalau ada pangkat prof ke Dr ke kt depan nama dia, aku rasa die patut lucutkan saja.

pembangkang, tak punyai 5 saat pon di TV, akhbar harian, radio. peluang yg mereka ada hanyalah internet [berapa juta rumah lagi takde kemudahan internet, malahan takde komputer pon], akhbar yg terbit seminggu-dua minggu sekali, dan ceramah. mereka tak punyai duit untuk memberi habuan supaya orang datang ke ceramah mereka pon! BN tak punyai peuang untuk balas tuduhan konon. 24 jam mereka TV. paper hari-hari pon buleh keluar kenyataan.

Paklah bila nak angkat sumpah jadi PM?

0 comments

slept at 4.30 am, and so far.. the least i could say.. alhamdulillah. despite all the tricks, one sided media, SPR diperkosa.. yet the oppositions win big! but not big enough in Terengganu.

2 kesimpulan yg boleh aku buat berdasarkan keputusan PRU12 semalam.

kuasa Tuhan. pembangkang gigih berusaha untuk membawa perubahan kepada wajah Malaysia akan datang. mereka berdoa, mereka berusaha. Tuhan menolong mereka yg berusaha. Tuhan menolong mereka yg meminta kepadanya.dengan syarat, permintaan itu ikhlas. alhamdulillah, Allah memberi isyarat jelas, kuasa Tuhan melebihi kuasa SPR yg bengong, kuasa media yg berat sebelah, kuasa pengundi hantu yg tak reti bertaubat, kuasa duit yg membeli undi, kuasa janji pembangunan yg dijanjikan UMNO dll.

selain itu, apabila rakyat dalam jumlah yg begitu signifikan mahukan perubahan, penipuan [pengundi hantu, penggunaan jentera kerajaan ] dan sebagainya masih tidak cukup untuk mengatasi kuasa rakyat. kita lihat beberapa tempat yg melihat kemenangan di pihak pembangkang dgn jumlah majoriti yg lebih besar.

di kelantan contohnya, kebangkitan itu begitu jelas dirasakan. bayangkan parlimen hanya tinggal 2 kerusi. dan dunnya dengan 6 kerusi.walaupon khairy dengan slogan "pade doh 18 tahun" dan Najib dengan "tahun merawat Kelantan" Paklah dan Najib ulang alik ke kelantan, Kahiry pon sama. dan mereka memberi alasan, konflik dalaman UMNO sebagai punca kekalahan di kelantan. terimalah hakikat, rakyat kelantan lebih cerdik dalam berpolitik, dan mereka terbukti sungguh pintar dalam pilihanraya 2008. ECER, university, pembangunan ternyata omongan BN yg tinggal omongan. ianya tidak mampu membeli undi oghe kelate. memang, Tok pa menang di Jeli. tapi, mungkin pelajar-pelajar hantu yg mengundi untuk Tokpa tahu duduk perkara. as for Ku Li, tidak hairan rasanya beliau menang. aura Ku Li cukup kuat untuk dikalahkan.

tapi aku sensungguhnya hairan.. begitu hairan dengan apa yg berlaku di Terengganu. sepatutnya PAS menang atau paling tidak, beroleh kemenangan di lebih banyak kerusi DUN. dengan 24-8 kerusi, kelihatannya seperti Terengganu selesa di bawah Idris Jusoh. dan itu sangat mustahil. dengan bilangan penduduk miskin tegar bertambah, kes Batu Burok.. tidak cukup dengan itu, orang UMNO sendiri yg marahkan calon2 UMNO yg dibariskan oleh Idris Jusoh. paling aku kecewa, Mat Sabu pon tewas di parlimen Kuala Terengganu. jika undi calon bebas diberikan kepada calon bebas, itu sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada Abang Mat. tapi Abang Mat pon tahu bagaimana kotornya proses pengundian di sana. tapi siapa tahu, sejauh mana kotoran dalam SPR yg mengendalikan proses mengundi, proses peti undi, pengiraan undi. sebagaimana yg dilaporkan di Pasir Mas, petugas yg membawa peti undi melencong ke tempat lain tetapi berjaya dihalang oleh orang ramai. siapa tahu, kalau mereka berjaya melarikan peti undi tersebut.. Ibrahim Ali mungkin tewas di Pasir Mas?

Kaum Cina membuktikan mereka tegas dalam menyampaikan hasrat hati mereka. ianya jelas dengan peningkatan kemenangan DAP. begitu juga dengan India dengan menyokong pembangkang. Melayu, masih ramai yg buduh dan berharapkan perubahan itu turun dari langit agaknya. di Sabah pula, jika kerjasama antara PKR dan DAP dalam pembahagian kerusi itu lebih baik, mungkin lebih banyak kemenangan di Sabah akan dicatatkan.

PRU 12 kini sejarah. sekaran kita harus pandang ke depan. BN tidak akan berdiam diri dengan kekalahan ini. to oppositions yg menang, sekarang mereka harus membuktikan rakyat tidak silap dengan memberi mandat kepada mereka. mereka harus buktikan bloggers tidak silap berkempen untuk mereka. to Kelantan, both kerajaan dan rakyat... good luck untuk teruskan kegemilangan Kelantan.

congratulation Malaysians!


3 comments Friday, March 07, 2008

najib sewaktu membalas soalan ketika di interview oleh al jazeera mengatakan, jika SPR itu tidak independant, kenapa Kelantan sehingga sekarang masih belum boleh dikalahkan? binggo! tidak menjawab soalan, but rather mematahkan dengan persoalan lain. all these years, longgokan wang projek tidak berjaya membeli undi rakyat kelantan. mungkin ada, tetapi tidak cukup signifikan. lihat bagaimana kelantan hampir tumbang pada 2004? kerana kelantan rakyatnya cair kepada tawaran Islam baru yg di bawa Paklah. manalah mereka tahu nilai hadhari Paklah. pedulikan UMNO keturunan. tiada ubat sudah untuk mereka. yg konon semangat melayu. tetapi komuniti ini terlalu sedikit. malah makin sikit. so now, the only choice left for them is, phantom voters. maka bekerja keraslah khairy mengumpulkan seberapa banyak so-called anak perantauan kelantan. entah betul, entah tidak. esok, balik lah mereka ke kelate. tapi hari nih pon jalan dah agak jam kata adik aku yg kebetulan juga pulang dari perantauan. heheh.

apa pengundi yg termakan umpan seratus dua ini faham tentang tanggungjawab kepada bangsa dan negara. apatah lagi amanah agama Tuhan. bersekongkol dengan oppressor. they have three choices. satu ambik duit dan undi oppressor. mereka bodoh dan dilaknat. ambik duit dan undi dgn bijak, mereka licik dan insyaAllah di balas setimpal. mereka tak ambil duit, mereka rugi!

SPR especially rashit terus-terusan beralasan. pada aku, semua ini tidak berlaku secara kebetulan.
I) SPR tidak memandang postal voters itu sbg satu isu. pendedahan MAFREL hari ini cukup memberi gambaran postal voters itu tidak bebas.
II) the dead on the list. selain register pengundi baru, apa lagi kerja SPR sepanjang 3-4 tahun? takkan laa nak padam rekod orang mati pon susah? nak check on multiple names yg sgt tak lojik itu susah?
III)isu sepanjang tempoh dari penamaan calon hinggalah ke detik2 terakhir hari mengundi. pembatalan kewajipan duti setem [arahan yg diterima jam 6.30 pg? pejabat eashit mungkin dah macam 7-11, bukak 24 jam sepanjang election nih], pembatalan penggunaan dakwat.
iv)apa tindakan SPR terhadap kecelaruan dalam senarai pengundi? satu nama punyai 2 kali peluang mengundi, nama di didaftar pada alamat yg tidak wujud, beberapa nama pada alamat yg sama.

kata salah seorang dari SPR, tak penting alamat itu, yg penting nama mereka ada dalam senarai dan mereka ini dibenarkan mengundi. bodoh dan bangang betul laa. nak pilih wakil rakyat nih bg menyampaikan hasrat rakyat yg tinggal dalam kawasan tertentu, kalau orang awam ini tak pernah tinggal di alamat tersebut, tak pasal2 nak kene undi calon kawasan itu? kalau sorang satu alamat, bleh jugak aku nak consider. nih sampai puluh. this is not a coincidence. rashit keep on telling "bawak kes ini ke depan dan kita akan siasat" bullshit!

THIS IS NOT A COINCIDENCE!!!

and i wonder, where is my superhero to save my country?

penggunaan dakwat itu pula, bukannya aku geram sbb rashit dah rugikan 2.4 juta [ this amount is far too small compared to billions wasted for nothing.. how much we paid for invisible-singapore-bridge? ] but rather mengesahkan lagi Rashit is just another shit!





0 comments Thursday, March 06, 2008

sebaik sahaja mendengar pengumuman pembatalan penggunaan indelible ink dalam PRU12, perasaan dalam hati, sungguh marah. sungguh marah. sungguh marah. to the extent terbawa-bawa dalam mimpi, [betul nih, tak tipu]. semalam aku mimpi, Abang Mat Sabu ke KL untuk jumpa Ra-shit. and nasibnya kali ini cukup baik, kerana berpeluang untuk jumpa si shit tidak seperti usahanya sebelum ini yg gagal menemui si shit itu. dah alang-alang dapat jumpe si shit nih, Abang Mat keluarkan keris dan dihunuskan di depan si shit tersebut. sepertinya Abang Mat transform jadi Hishamuddin Keris.

someone please tell me, Anwar contesting in which seat? the star newspaper today [yes, i can read them online, but you know, i am very much traditional ;D my father bought utusan too, but i dont feel like reading them. buletin utama is enough to conclude Utusan] has not less than 4 articles bashing on him. close to the polls, a used-to-be-friend [per day] made a statement about him. yesterday it was Chandra M, Nalla-karut-pan today, and let see which "friend" of him will make a statement.

it seems like, UMNO is the only team who agreed to the EC's decision to cancel their plan to use the indelible ink. and yes, i have to agree with Raja Petra who labelled them [those in UMNO and those who support them] as Melayu UMNO Bodoh. MCA is not very happy with the decision. Samy Vellu has not made any stand about the controversy decision by the EC. but I believe, he agrees all that Najib has to say. others in BN coalition? they may have nothing to say at all!

i have nothing to say but has to agree with my fellow blogger, Najwan. in his blog, he said that people now changed. orang dah malu nak ngaku menyokong dan undi BN. they are irrelevant. out-dated.

i can feel the heat everywhere. i believe, there will changes in future malaysia. but who knows, they are corrupt people who have money to buy those who are corrupt and value their dignity with dirty money. saling tak tumpah seperti pelacur di jalan you-name-it. [buh laa nama jalan2 yg ada banyak pelacur]




2 comments Tuesday, March 04, 2008

i guess this is another drama from putrajaya! A great drama indeed!

EC announced indelible ink will not be used!! kenapa? sudah takut ka? tak cukup orang nk tolong vote utk UMNO ke? yg dok pindah orang ke sana ke mari tuh tak cukup jugak?

they failed to explain about a few names registered on a same address, the dead still on the list etc etc. dan lihat sekarang! tidak ada sebab kenapa penggunaan dakwat yg dipersetujui sebelum ini dibatalkan saat2 akhir. bullshit! mereka tidak sedikitpun memberi ruang kepada masyarakat, orang awam untuk yakin kepada kredibiliti dan ketelusan SPR.

Rashid, taubat nasuha laa wei!

2 comments

web interaktif. menyampaikan secara terus pandangan, masalah kepada PM. besar saja kemungkinan Paklah terus jadi PM. tp untuk secara peribadinya meneliti pandangan dan masalah yg diutarakan melalui web interaktif itu? I doubt it!

you see, this PM does not even has 5 minutes to received a flower and a note from 5 years-old girl! let alone to choose 100 people with brilliant ideas and meet the personally?! and how brilliant is he to decide which idea is brilliant anyway?

terang dan jelas kelihatan, orang yg terdesak sedang melakukan apa sahaja yg terlintas di kepala lutut diorang untuk menjatuhkan lawan!!

Muhyiddin knows that he is lying when he said hutang kerajaan kelantan mencecah Rm 1b!

Rashid barua knows what the oppositions meant with "pengundi hantu" .they are not referring to anak kelantan yg merantau. let me tell Rashid, you better bertaubat, or go to hell! [yes, i mean it both ways]

and sesiapa saja yg menuliskan teks ucapan PM ini tentunya tergaru-garu kepala mereka cerita yg pastinya dongeng! 4 tahun yg berjaya di bawah pemerintahan Paklah is nonsense!