4 comments Monday, April 30, 2007

saya menarik nafas dalam. saya termenung. saya sedih. bukan kerana saya mahukan kekalahan untuk BN. bukan juga saya menantikan kemenangan di pihak PKR.

jika beginilah nasib politik Malaysia pada masa sekarang, tak dapat saya bayangkan rupanya di masa akan datang. jika dilihat pada skala yang lebih besar, apabila dunia dipenuhi penindasan, akan didatangkan Imam Mahdi, menyelamatkan umat manusia. saya rasakan penindasan ini sudah cukup memalukan, sudah cukup menekan perasaan. tak dapat saya bayangkan penindasan yang lebih besar seperti yg selalu diperingatkan kepada kita.

saya geram. apakah pengkhianatan yg didedahkan, sara hidup yang membebankan, pengajaran dari negara-negara jiran masih tidak cukup untuk buat pengundi beralih arah. cukup sebagai amaran kepada pengkhianat di singgahsana, sebagaimana yang disarankan Tun. oooh, saya berpegang kepada prinsip, lihat kepada apa yang diperkatakan, bukan kepada siapa yang mengatakan. jadi, ini bukan bermaksud saya menerima pengkhianatan Tun suatu masa dulu.

benar bagai yang dikata. nak lihat bagaimana mentaliti [tahap pemikiran] sesuatu masyarakat, lihat kepada siapa pemimpin yang dipilih mereka. kita diberi pilihan untuk menentukan siapa yang sepatutnya berada di putrajaya. saya tak bermaksud menentang seluruh pemerintahan putrajaya. tapi saya kepingin melihat rakyat, masyarakat mendesak kerajaan. buatlah apa saja. bantahan, demonstrasi, hantar surat bantahan. desak kerajaan supaya lebih adil. supaya lebih telus. kenapa hanya anwar ibrahim, nik aziz, ezam, husam musa, kit siang [dan lain-lain termasuk beberapa kerat bloggers] yang bersungguh-sungguh mendesak siasatan ke atas pengkhianat-pengkhianat putrajaya.

dengan keputusan dan kejadian-kejadian di Ijok, saya merasakan, seperti putus sudah harapan. SPR nya yang tunggang langgang dan jelas ketidaktelusannya, dengan polisnya yang jelas berat sebelahnya, dengan kebodohan sesetengah pemuda pemudi yang goyah kerana upah seratus dua, keganasan yang tidak terkawal.

barangkali kenaikkan harga barang itu bukan apa-apa. tiada yang merasakan tekanan hidup barangkali. tiada yang merasakan mereka ditipu barangkali. tidak ada apa-apa
yang perlu diubah barangkali.

tapi saya punyai pilihan untuk bangkit. lawan tetap lawan masih terngiang-ngiang.

penemuan oleh Jeff Ooi ini benar-benar buat saya susah hati. ini bukan masalah politik kotor UMNO, bukan masalah pemerintahan Abdullah Badawi. ini masalah kebodohan majoriti.


2 comments Friday, April 27, 2007

dalam laporan malaysiakini, TDM memberitahu rakyat berpeluang untuk memberi petanda amaran kepada kerajaan. rakyat punyai upaya untuk memberitahu kerajaan "baik kau kerja baik-baik, or else aku undi orang lain" in a way, aku bersetuju dengan statement TDM, think before you vote. yang mana most of the voters vote sbb dia dah attach to certain party.

aku melihat attachment individu kepada sesebuah parti atau gagasan idea itu lebih kurang aku andaikan dengan muslim keturunan. ibu bapa aku Islam, so aku adalah orang Islam. ibu bapa aku UMNO, so aku rasa UMNO sajalah yang mampu membela nasib aku.

kita tidak banyak ilmu kerana malasnya kita. malas untuk ambil tahu. malas untuk cakna. kita tidak banyak analisis. kita tidak banyak diskusi. kita tidak banyak berfikir. kita buat sesuatu yang kita rasa senang. yang asalkan tidak menyesakkan otak. sesaknya otak itu kerana kita sumbat dengan hal yang remeh temeh, hal yang pentingkan diri sendiri, yang rasa diri sendiri sentiasa betul, susah nak mengaku kalah.

terkongkongnya pemikiran itu kerana pada asasnya kita dah pilih apa yang kita nak dengar, kita pilih apa yg kita nak lihat. kita tak beri peluang kepada diri untuk terima sebanyak mungkin yang boleh untuk kita serap, proses dan hadam.

manusia suka meletakkan visi dalam perjalanan hidup mereka. visi yang baik, akan memberi input dan hasil yang baik. visi yang cacat atau perasan best, akan membuat manusia seolah mencapai matlamat hidup walhal mereka hakikatnya sesat.

Imam Hassan Khomeini dalam salah satu bukunya, yang membicarakan proses taqarrub kepada Tuhan, ilmu itu merupakan stage pertama. tetapi ilmu itu tadi tidak boleh dibiarkan pasif, ia mesti digerakkan oleh diskusi, debate dan diolah dengan argument dan justifikasi. aku bersetuju dengan konsep; akal dan agama itu tiada benteng. saling memerlukan. tetapi asasnya, tegas Imam, manusia mesti terlebih dahulu membebaskan diri dari sikap pentingkan diri sendiri dan ego, yang menjadi kunci kepada segala titik negative dalam diri manusia.

yang penting pada aku, hati mesti tenang. barulah idea, pendapat, kritikan boleh disampaikan dengan baik. emosi, gelojoh, perasan best akan hanya melahirkan idea, pendapat, kritikan yang tidak matang. atau mungkin kelihatan seperti bodoh?

faisal tehrani mempunyai point dalam artikel ini. baca, lihat dan tafsir sendiri. my point is, manusia sukar untuk terima hakikat "aku salah" atau susah untuk mengakui "ustaz aku salah". baca sajalah diruangan komen artikel beliau itu. dan manusia yg dikepompong ini susah untuk tukar setting 'ilmu yang selama nih aku rasa betul' itu, salah sebenarnya. manusia kepompong seperti yang diolah oleh fathi aris omar. manusia yg hanya menunggu untuk disumbat. dan hafal. atau manusia yang mengitar semula apa yg pernah disampaikan oleh orang lain seperti dalam artikel Ancaman Pembiusan Agama ini. manusia-manusia ini yang kemudiannya perasan best!



2 comments

Datuk Zam semalam dalam akhbar utusan kecewa dengan sikap BBC yg menemuramah Anwar Ibrahim beberapa minggu yg lepas. and this great Zam siap hantar notis bantahan kepada editor BBC. itu menurut laoran lah. entah betul entah tidak. hebat benar Zam membantah BBC.

Zam ini tidak sedar, atau memang bodoh. apa BBC itu peduli pon kalaupon Zam membantah. apa mereka peduli apabila dasar mereka adalah setiap orang punyai hak untuk bersuara. kebebasan. mereka tidak terkongkong dengan dakyah "tidak boleh menentang kerajaan".

Zam atau pak menteri mana pon harus ingat dengan pepatah, masuk kandang kambing mengembek.. nih dah datang uk pon nak bawak polisi malaysia yg menyekat kebebasan maklumat. menyekat kebebasan audience untuk memilih dan menentukan siapa pilihan mereka.

and who is Zam to talk about democracy?

6 comments Thursday, April 26, 2007

mereka guna polis. mereka guna media. mereka perbodohkan orang kampung. mereka peralatkan pengundi.

pada masa pilihanraya kecil lah pengundi merasa janji ditunaikan. tiba-tiba ada peruntukan untuk perbaiki jalan. tiba-tiba ada duit untuk perbaiki sistem perparitan. tiba-tiba banyak pula peruntukan untuk bina masjid. bina sekolah. be careful wakil-wakil rakyat lain. jangan-jangan ada rakyat yang berdoa, agar wakil-wakil rakyat mati, sakit.. [nauzubillah] supaya adanya pilihanraya kecil. supaya nasib dan hidup susah mereka dibela saat pilihanraya kecil.

lihat saja berapa banyak janji yang ditabur untuk Ijok? Muhyiddin pon seolah tersasul apabila utusan melaporkan laporan ini. kenyataan Muhyiddin meng'confirm'kan [God, i cant find the exact malay word..tiba-tiba lost] apa yang terjadi di Kelantan. bagaimana kerajaan pusat menyekat bantuan kepada kerajaan negeri Kelantan.

apa sebab kerajaan pusat, kerajaan UMNO yg syok sendiri menjadi pilihan rakyat, tidak boleh mengeluarkan bantuan dari segi kewangan jika pelan pembangunan yg dikemukakan calon PKR itu mampu mengubah rupa dan nasib rakyat di Ijok?

dan lagi, mereka menggunakan kuasa ke atas pasukan polis untuk menghentikan ceramah oleh calon PKR. kenapa? kenapa permit itu susah untuk dikeluarkan? lihat saja video ini. "no comment". ketua polis pon dah bagi jawapan macam artis.

media itu toksah cakap lah. dari dulu pon. yg side BN tuh memang takde cacat langsung. elok cantik saja. kalau PKR tuh, bagilah calon itu bekas pengerusi PNB ke, Guthrie ke, diorang masih lagi rasa Khalid Ibrahim tak akan mampu untuk membangunkan sebuah kampung Ijok ini.

khalid ibrahim and the rest of PKR committee have done their best to convince people in Ijok that they should have been given a chance. and now its up to the Ijok people to choose the best candidate to serve for them. either najib.... oooppps, parthiban or khalid ibrahim.

as for me, even khalid ibrahim kalah dalam pertarungan di ijok ini, tapi mereka rasanya akan puas. puas in the sense that, jika EC transparent, tiada pengundi hantu, kempen pilihanraya yang bersih, polis tak sekat ceramah kempen pembangkang, media memberi coverage yang balance, PKR akan menang. puas lagi kerana BN berhempas pulas untuk menang di atas kertas. lihat saja berapa banyak mereka habiskan untuk janji2 Ijok? apa mereka peduli pon, bukan duit mereka yang licin. najib juga pasti tidak senang duduk dengan isu yg semakin hangat di Ijok itu. Abdullah diam membisu?? kenapa ya?


4 comments

terima kasih untuk saudara fathi aris omar. sejujurnya, saya peminat beliau. heheh. berikut saya copy paste dari blog beliau. artikel yang sangat menarik, terang bersuluh, senang dihadam. saya rasa saya sependapat. terima kasih dengan keizinan untuk menampal artikel ini di sini. to the readers, you are welcome to share your experience and views about usrah in fathi's blog here.

DIBAWAH MENDUNG USRAH
Wednesday April 18, 2007

Saya tidak pernah ingat saat pertama, hari pertama, saya mengucap dua kalimah syahadah; tidak pula pernah ingat bilakah saya pertama kali mendirikan sembahyang. Tetapi saya masih terbayang-bayang kali pertama terlibat dengan usrah – pintu masuk ke dunia aktivisme dakwah.

Hari itu, di surau sekolah pada suatu petang, ketika saya di Tingkatan Tiga, seorang teman mengundang saya menyertai diskusi tentang Islam. Tanpa mengetahui atau mengesyaki apa-apa, saya malu alah pergi juga – dan dengan tergagap-gagap berkata sesuatu tentang teks yang dibincangkan itu. Seingat saya ada lagi beberapa pelajar senior – seorang dua masih berbekas dalam ingatan saya tetapi kini entah di mana mereka saya tidak pasti.

Bukunya tidak lain tidak bukan Maza Ya’ni Intimai al-Islam atau bahasa Melayu, Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Fathi Yakan. Buku ini masih disebut-sebut dan dikagumi orang, hairan entah kenapa ia boleh menjadi semacam bible atau Das Capital-nya usrah.

Tentulah teks seberat itu, di hari pertama usrah umum, sesiapa sahaja akan tergagap-gagap. Tetapi saya gugup bukan kerana besar atau kompleksnya teks itu tetapi kerana memang tidak mudah rupa-rupanya untuk bercakap di depan ramai orang – apatah lagi mereka sedang memerhatikan kita, menunggu lontaran buah-buah fikiran kita atau sedang membaca di mana kelemahan jalan fikir kita agar mudahlah proses indoktrinasi dijalankan kemudian.

Ya, tentunya senang menyebut “proses indoktrinasi” sekarang, selepas 24 tahun peristiwa berusrah saya tinggalkan. Tetapi saat itu, sebagai budak mentah berusia 15 tahun yang bakal menduduki SRP, saya berdepan dengan Islam seperti seorang Melayu yang sudah sebati dengan agamanya sebagai sebahagian budaya dan sistem sosial di sekelilingnya. Islam sebagai agama yang perlu dipelajari dan dihayati. Bukan Islam, atau anutannya, sebagai bahan kritik seperti saya melihatnya saat ini.

Perkenalan pertama itu dengan Fathi Yakan menghanyutkan saya dalam buah-buah fikirannya, termasuk Generasi Muda dan Perubahan (Asy-Syabab wa Taghyir), Bagaimana Menyeru Kepada Islam (Kaifa Nad’u ilal Islam) atau Masalah Dakwah dan Pendakwah (Musykilatul Dakwah wa Da’iah).

Selain Dr Fathi Osman dengan majalah Arabia-nya, yang saya kenali selepas tahu membaca teks Inggeris, barangkali nama pena saya kini tercipta gara-gara kekaguman pada Fathi Yakan – saya dipropagandakan beliau sebagai seorang jurutera tetapi fasih dengan pengetahuan agama dan seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Tidak semua pelajar senior yang bergiat bersama usrah waktu itu saya ingat hingga kini tetapi semua teman Tingkatan Tiga yang kekal berusrah sehingga Tingkatan Lima di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri asal saya masih berbekas dalam ingatan. Dan masih akrab walaupun jauh – seperti jauhnya lagu Zainal Abidin dalam album Hijau. Waktu itu darah muda, idealisme dan semangat membuak-buak, keghairahan membaca dan mendalami agama melalui usrah sayangnya tidak dipandukan oleh seorang guru, atau ustaz, yang sistematik. Jadi, usrah kami waktu itu sering menjadi diskusi di kalangan teman-teman ini, selain berbekalkan kuliah agama, kaset ceramah dan perkongsian (juga perdebatan) tentang agama dan politik nasional (juga gerakan pelajar Islam) era 1983-85.

Tidak sama dengan teman-teman seangkatan kami di sekolah-sekolah berasrama penuh lain – waktu itu menjadi sasaran utama gerakan IRC selepas ABIM mulai melemah gara-gara kemasukan Anwar Ibrahim dalam Umno, manakala PAS pula belum membuka sayap pelajarnya tersendiri – yang dibimbing oleh seseorang guru yang mengajar di sekolah mereka sendiri, kami berhubung dengan beberapa teman dalam ABIM Terengganu.

Khabarnya ABIM Terengganu saat itu berjaya disusupi oleh anasir-anasir IRC untuk memanjangkan perjuangan ala Ikhwanul Muslimin mereka. Entahlah, begitulah saya dimaklumlah dan begitulah debat (sebetulnya persaingan dan perebutan pengaruh) yang berlangsung pada tahun-tahun seterusnya sehingga saya meninggalkan dunia pelajar dan kemahasiswaan, penghujung 1991.

Sama ada tersengih, tersipu atau berdendam, hakikatnya dunia dakwah yang kami kenali dalam tempoh itu – dalam semua pergerakan Islam, termasuk PAS – dunia hingusan dan “syok sendiri” yang dipam masuk oleh kenyataan dan analisa teman-teman yang lebih senior. Dua puluh tahun saya melihat ke belakang, ternyata benar juga kenapa orang muda awal-awal menyokong Hitler dan anak-anak mentah satu-satunya kelompok manusia yang masih setia kepadanya pada jam-jam terakhir rebahnya pemimpin Nazi itu.

Barang kali apa yang tercatat dalam Generasi Muda dan Perubahan ada benarnya di sana-sini atau, dengan ungkapan lain, kalau kita ingin menyesatkan sesuatu masyarakat, sesatlah generasi mudanya!

Tidaklah ingin saya membayangkan usrah itu sama dengan Hitlerisme atau kesesatan. Tetapi strategi mengepung fikiran pengikut, mengepam mereka dengan yang muluk-muluk, menanam dogma ke dalam fikiran mereka, mengapung perasaan “syok sendiri” dalam semangat kekitaan jemaah Islam – dalam imbasan saya saat ini, sewaktu usia sudah menjangka 39 tahun – tidak jauh bezanya dengan Hitlerisme atau kediktatoran di mana-mana jua, di zaman apa pun.

Dan tentunya sewaktu kita berada di tengah-tengah khayalannya kita tidak mungkin menyedari betapa buruknya ia berkembang dan betapa kejinya ia diizinkan berkembang.

Hakikatnya, saat ini, saya menyedari semua kepungan fikiran rupa-rupanya sejenis jenayah kemanusiaan yang maha besar – barangkali seumpama genocide di Rwanda atau Balkan, cuma bezanya dua tragedi ini menzahirkan mayat-mayat bergelimpangan; usrah menyembunyikan mayat, sebaliknya melahirkan zombie!

Saya tidak kecewa dengan usrah, jangan salah faham. Saya menikmati setiap saat dan ketika bersama usrah, teman-teman dan aktivisme pelajar dakwah. Ia banyak mengajar dan mematangkan. Kurang lebih 10 tahun, ia ibarat kem latihan yang ketat, padat dan menggetarkan idealisme. Ia menyeret saya ke sebuah dunia aktivisme (dengan khayalnya tersendiri) hingga saat-saat menulis catatan ini.

Kritik di atas tadi sebetulnya dalam konteks sistem berfikir aktivis Islam (dan kini mungkin aktivis politik, orang seni, intelektual dan NGO juga) vis a vis tanggapan mereka tentang dunia, perubahan sosial dan dunia kecil mereka. Pengalaman bersama usrah dengan putih, kelabu dan hitamnya sendiri ibarat sebuah kampus awal untuk meneroka dunia dewasa yang lebih mencabar – tetapi, pastilah, semua pengalaman itu harus diproses kembali untuk dijadikan teladan atau sempadan.

Entah mengapa dan bagaimana, idealisme pada saya menjadi bahan bakar pemberontakan pula. Memberontak pada idealisme yang kaku, tohor dan tidak memuaskan kedahagaan cendekia. Memberontak pada dinding kaca – kemilau di luar, terpenjara di dalam. Jadi, di celah-celah retak kaca itu tenaga pemberontakan saya mengalir di penghujung 1980-an dan diasah awal 1990-an, khususnya sewaktu mengendalikan majalah Perspektif terbitan JIM. Dan, pastilah bukan saya sendirian, semua teman yang kritikal akan mengalami “krisis ini”.

Dan celakanya separuh kedua dekad 1980-an membuka lebar retak-retak idealisme itu apabila semua gerakan Islam – di kampus khususnya, termasuk luar negara – bercakaran sesama sendiri, termasuklah melupakan segala adab dan idealisme Tuhan yang mereka agung-agungkan itu. Sebagai makhluk kritikal, saya berusaha sekuat mungkin untuk berdiri di pinggir perang besar itu.

Dan, jika dirujuk teman-teman lama, saya kira saya berjaya berdiri sebagai by-stander, bukan pahlawan-pahlawan perang antara jemaah. Rekod saya – sepanjang perang ini, dan sepanjang era usrah – kalau mahu dibanggakan boleh disebut “bersih”, kalaupun enggan disebut “cemerlang.” Saya tidak menyimpan rekod itu, teman-teman yang menyimpannya dan merekalah yang berhak menilainya.

Dan mungkin sikap itu terbawa-bawa hingga kini dalam aktivisme menentang kuasa politik dan sistem karut yang ditimpakan ke atas kita semua; sikap untuk menentang “musuh bersama”, musuh utama dan terbesar, yang tercokol di depan kita semua dengan melupakan, atau meremehkan, titik bengik yang melingkari kiri kanan kedewasaan aktivisme.


[ii]
Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali!

Jika gejala ini sejenis paradoks – beginilah paradoks, satu-satunya, yang berjaya saya cungkil sepanjang 10 tahun berusrah dan bergerak dalam gerakan pelajar dakwah; dan selebihnya politik kepembangkangan, kewartawanan dan aktivisme era Reformasi 1998-99. Dan lebih parah daripada segala paradoks ini, keyakinan kita untuk menyebarkan dan melaung-laungkan kebodohan kita di depan masyarakat dengan rasa penuh yakin dan bangga!

Tidak lama selepas karya-karya Fathi Yakan, saya diperkenalkan pula dengan karya-karya al-Maududi (khususnya Fundamentals of Islam atau edisi terjemahan serpihannya, Iman, Islam, Jihad), Hassan al-Banna (Usul 20 dan Dakwah Kita), Syed Qutb (Petunjuk Sepanjang Jalan, Keadilan Sosial dalam Islam atau sebahagian Fi Zilalil Quran), Yusuf Qardhawi (Problema Kemiskinan), Muhammad Qutb (Salah Faham Terhadap Islam), Mustafa Masyhur (Petunjuk Sepanjang Jalan Dakwah), Said Hawwa (Risalah Ufuk Ta’lim atau terjemahan Jundullah: Thaqafatan wa Akhlakan) dan juga Abu Urwah (Risalah Usrah edisi pertama), selain makalah-makalah terbitan persatuan-persatuan mahasiswa universiti, termasuk PMUTM sewaktu Ahmad Lutfi Othman memegang jawatan setiausaha agungnya.

Kalaulah saya mengadakan usrah hari ini, saya haramkan buku-buku ini kepada anak-anak usrah saya.

Mereka sepatutnya membaca Syed Hussein Alatas (Intelektual Masyarakat Membangun atau Sosiologi Korupsi), Goenawan Mohamad (siri Catatan Pinggir), John Stuart Mill (On Liberty), George Orwell (Nineteen Eighty Four), Jean Paul Sartre (The Age of Reason), Alvin Toffler (Future Shock atau Third Wave), Majid Fakhry (A History of Islamic Philosophy), Bertrand Russell (A History of Western Philosophy), Friedrich August Hayek (The Counter-Revolution of Science: Studies on the Abuse of Reason), Seyyed Hossein Nasr (Science and Civilization in Islam atau Traditional Islam in the Modern World), Osman Bakar (Classification of Knowledge in Islam), Shaharir Mohammad Zain (Simbiosis antara Sistem Nilai dengan Tabii Matematik), Syed Naguib al-Attas (Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu) dan beberapa karya tokoh pemikir dan ahli politik tempatan. Mungkin buku Dr Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah, boleh dibaca dan relevan untuk “usrah baru” saya nanti.

Mungkin, selepas sekian lama berusrah, anak didik saya ini akan terkhayal dengan bahan-bahan diskusi yang ditelaah mereka dan mula berlagak sebagai “intelektual muda” dengan istilah-istilah ganjil dan “moden” untuk menakut-nakutkan sasaran sembang mereka. Tetapi, lebih baiklah berlagak dengan gaya ini daripada tidak sedar diri menjual kalimah-kalimah orang Arab, sesekali memetik al-Quran atau hadis, yang sudah basi dan tidak relevan dengan zaman dan geografi kita!

Kalau mahu jenama import, pastikan yang bermutu dan tahan lama.


[iii]
Jika kita selongkar usrah dan tinggalkan rangka diskusinya, di beberapa sisi, usrah tidak ubah sembang warung atau kelas tutorial di kampus. Mungkin elemen kerohaniannya masih relevan dan perlu tetapi, isu yang bergelut dalam benak saya selama ini, kenapa dinamika diskusi – yang seharusnya rancak, beragam, pelbagai hala, dan kritikal – boleh menjadi medan pembekuan, penggelapan dan kesehalaan manusia jemaah Islam?

Salah naqib atau naqibah? Atau salah teks usrah? Atau sesi kerohanian yang bersifat tradisional dan “menyeramkan” jiwa? Atau, memang ahli-ahli usrah itu asalnya "manusia terbuang", berasal dari kampung dan mempunyai low self-esteem, yang tidak berbakat – lalu mereka menjadikan usrah, serta gerakan Islam, tempat melarikan diri daripada ketewasan sosial?

Kenapa usrah melahirkan “sejenis manusia” tertentu – yang berjarak dengan manusia di sekeliling mereka? Dan apakah penyebab yang menjadi mereka “sejenis manusia” tertentu dan apakah faktor yang mendorong penjelmaan paradigma kumpulan seumpama itu – apakah ia diakibatkan oleh tarbiyyah Islamiah yang mereka alami, dengan versi-versi Islam haraki tertentu, atau mereka sendiri yang membentuk usrah dan gerakan Islam sedemikian rupa?

Di saat-saat saya mula bertindak merenung kembali persoalan ini, sewaktu masih lagi terlibat dengan program-program usrah dan aktivisme pelajar dakwah antara 1986-91, saya telah cuba menjawabnya dalam beberapa tulisan dan cuba menawarkan pemecahan masalahnya – khususnya bulan-bulan terakhir saya meninggalkan ITM Arau. Saya sediakan beberapa sukatan usrah, teks rujukan dan beberapa analisa politik kampus yang membolehkan positioning dan re-branding beberapa kelompok usrah gerakan pelajar dakwah, yang dekat dengan saya (tentunya!), dalam konteks ini yang ada hubungannya dengan IRC atau kini boleh disebut JIM.

Kerana kebetulan waktu itu, sejak di sekolah hingga ke kampus, usrah dan gerakan usrah kami yang bersifat “bawah tanah” tidak pernah mempunyai tapak yang kukuh dan mantap – tidak seperti kumpulan siswa IRC di beberapa universiti lain atau gerakan pelajar bawah sayap PAS dan ABIM yang mempunyai payung organisasi, dan sifat politik, yang jelas dan besar. Mungkin, sifat pergerakan IRC atau JIM, yang lebih junior berbanding dua organisasi itu menjadikan usrah kami seumpama itu. Entahlah, saya tidak mempunyai jawapan tentang itu semua.

Jadi, pendewasaan saya dengan Islam dan gerakan Islam, bukanlah semata-mata kesan ketundukan saya pada idealisme kelompok tetapi pertarungan (atau pemberontakan?) yang berterusan untuk memperbaiki keadaan yang, saya fikir, tidak sesuai dengan persekitaran dan cabaran yang melingkungi gerakan Islam dan idealisme mereka.

Artikel-artikel yang muncul kemudian, khususnya awal 1990-an, berkisar pada persoalan tersebut, persoalan yang saya geluti sepanjang dekad kedua 1980-an. Tentunya, ada nada keras dan geram akan tertonjol dalam catatan-catatan tersebut kerana penulis berdepan dengan sekumpulan besar manusia yang tidak mempedulikan kritikan.

Saya masih ingat artikel saya tentang ketaksuban pada "Ikhwanisme", yang terbit di majalah Dunia Islam (sekarang sudah tidak beroperasi), mengundang amarah teman-teman senior di kampung.

Yang mereka, seperti kerajaan atau parti pemerintah, fikirkan hanyalah memanjangkan hegemoni mereka dan melanjutkan paradigma mereka – sehingga selepas sekian lama meninggalkan usrah, saya dapat rasakan betapa meluasnya paradigma itu (yang berbau keislaman) telah tersebar dalam masyarakat kita, seolah-olahnya semua mereka pernah menyertai usrah!

Tradisi, organisasi, konvensi atau birokrasi memanglah sejenis gergasi gendut yang sukar berubah atau diubah. Ia sukar menyesuaikan diri kecuali di ruang-ruang yang menguntungkannya. Ia boleh menukar wajah dan slogannya tetapi mengekalkan intipati ajarannya yang membebalkan – “bebal” pada istilah seseorang yang mengkritiknya!


[iv]
Tidak lama selepas Saari Sungib, atau Abu Urwah, dibebaskan daripada tahanan ISA pada pertengahan 2003, saya diundang berceramah secara tertutup bersamanya di dua tempat – satu di Shah Alam di kalangan ahli JIM yang boleh saya katakan kelas menengah dan profesional; satu lagi di Bangi di kalangan mahasiswa.

Dan sekali lagi, igauan ngeri saya tentang usrah, aktivisme dakwah dan gerakan Islam singgah di benak saya ketika itu dan beberapa ketika selepas pertemuan itu.

“Igauan ngeri” saya katakan kerana pertemuan itu membongkar (sekali lagi!) kritikan-kritikan lama saya tentang kelemahan, kedangkalan dan kesempitan manusia usrah walaupun mereka itu datangnya daripada kelas menengah, sebahagiannya mungkin boleh berbahasa Inggeris dan bergaul dengan manusia profesional dengan bermacam-macam latar belakang, yang seharusnya mempunyai analisa atau maklumat jelas tentang pergolakan zaman ini – spirit of the age atau zeitgeist.

Oh, tidak! Ia seperti kembali ke penjara gelap apabila mendengar pertanyaan-pertanyaan mereka dan juga analisa-analisa yang dibentangkan kepada kami berdua. Terus-terang, saya tidak sabar berdepan dengan kelompok manusia seumpama ini dan saya bukanlah guru yang baik untuk mendidik orang-orang tua yang telah jauh disesatkan oleh usrah, aktivisme dakwah dan gerakan Islam. Saya kira (ulang: kira) untuk bersembang di warung sekali pun saya sudah tidak sabar lagi – ia begitu menjemukan, berpura-pura, saduran dan plastik (dengan maksud, tidak real).

Barangkali penyakit “manusia usrah” ini bukanlah sepenuhnya gejala yang ditimbulkan daripada indoktrinasi program mingguan itu dan kegiatan-kegiatan susulan dalam gerakan dakwah. Mudah untuk disebut, “manusia usrah” ini gejala yang kompleks – dengan simpang perenangnya di luar lingkungan tersebut.

Sekali imbas, manusia usrah ini “manusia Melayu”, “manusia muslim” dan “manusia Malaysia” dengan segala kemelayuannya, kemuslimannya dan kemalaysiaannya – merojakkan segala kelemahan Melayu, muslim dan Malaysia (3M?) dalam satu pinggan yang dinamakan usrah, aktivisme dakwah dan gerakan Islam. Semua daki-daki kotor 3M itu gagal dicucikan, dipalitkan pula dengan indoktrinasi usrah yang dibaurkan dengan teori perubahan sosial ala gerakan Islam.

Mungkin 3M inilah matriks usrah yang mudah kita bicarakan. Pierre Bourdieu, dalam bukunya Language and Symbolic Power (2001) membawa rumusan ini, [(pembentukan diri)(modal)] + (medan) = amalan atau [(habitus)(capital)] + (field) = practice.

Mungkin memerlukan kajian mendalam, dari pengamal usrah sendiri, untuk membedah siasat gejala tersebut yang telah melahirkan – pada tanggapan saya – “manusia usrah” dengan segala keburukan 3M.


[v]
Ketika bertugas di ibu pejabat JIM awal 1990-an, waktu itu belum berpindah ke pejabat sekarang di Taman Melawati, saya perasan tidak ramai anggota pertubuhan ini aktif atau jika aktif, tidak berbakat untuk kerja-kerja sosial; sebahagian besar – akibat usrah, saya fikir – ingin menjadi “manusia baik” sahaja.

Baik pada diri sendiri, pada orang tua mereka atau pada keluarga kecil mereka. “Baik” dengan erti kata dormant, tidak bernas dan tidak membiak. “Baik” dengan erti kata dapat membetulkan bacaan al-Quran mengikut tajwid, dapat menghafal beberapa kalimah al-Quran dan beberapa hadis, dapat mengutip pesan-pesan daripada para pemimpin dan buku teks dakwah, dapat menuturkan beberapa patah Arab – sekadar cukup membezakan, bukan mengayakan, pengalaman hidup sendiri dengan masyarakat di sekelilingnya.

Mungkin kata “dormant” di sini lebih sopan daripada ungkapan “manusia tidak berguna” dalam buku Syed Hussein Alatas, Intelektual Masyarakat Membangun. Jika usrah boleh disebut “dosa”, mungkin inilah satu daripada dosa-dosanya – melahirkan manusia “tidak berguna”, selain mendangkalkan manusia dalam kelemasan ideologi yang dinamakan “Islam haraki.”

Beberapa teman senior, waktu itu, yang lebih lama berusrah di luar negeri ketika di alam kuliah masing-masing mengemukakan “teori” bahawa gejala dormant yang sama juga merebak dalam ABIM dan PAS. Kata mereka, lebih kurang 10 peratus sahaja ahli JIM dan organisasi-organisasi tersebut aktif – mengesahkan lagi pemerhatian saya sepanjang terlibat dengan gerakan pelajar dan mahasiswa.

Jadi sewaktu diberitahu gerakan Islam sekarang makin sukar mencari pemimpin pelapis mereka, baik dalam PAS, ABIM atau JIM – saya tidaklah hairan. Malah, rungutan saya sejak hampir dua dekad lalu, itulah kebimbangan saya. Tetapi sebagai “gergasi gendut”, gerakan Islam memang sukar bergerak dan tenggelam punca di zaman manakah ia bertapak dan di bawah langit mana pula ia menggapai.

Kadang-kadang saya terfikir, apa yang dinamakan “usrah” tidak lebih daripada tempat pembuangan manusia yang tidak berbakat, yang tewas waktu usia remaja daripada perkumpulan sosial yang rancak, terbuka dan “social” – tidaklah pula bermakna manusia yang “social” itu berbakat dan berpengetahuan!

Jadi, di sini, timbul sekali lagi paradoks usrah: Apakah yang dilakukan oleh ruang diskusi ini sehingga proses tarbiyyah itu gagal memberi erti baru kepada manusia, ketika remaja dan belia mereka, selain memperkenalkan mereka kepada beberapa akar budaya mereka yang sangat asasi – menarik mereka kembali kepada al-Quran dan ibadat khusus?

Saya tidak mengetahui apa makna usrah kepada mereka yang masih aktif berusrah hari ini atau sedang asyik diperkenalkan dengan pertemuan mingguan itu. Tetapi bagi saya, usrah itu satu mimpi ngeri yang tidak terluahkan dengan kata-kata…


p/s: bold itu kerja saya. saya rasa penting.


2 comments Wednesday, April 25, 2007

kita yang memilih bagaimana kita mengisi perjalanan. dan kita yang menentukan arah perjalanan.

sama ada kita memilih untuk ikhlas memimpin, amanah dengan tanggungjawab, membantu orang susah, menunaikan janji-janji atau kita memilih untuk menindas, menipu atau makan rasuah.

Kisah Hur di medan karbala. Hur, yang memaksa rombongan Hussein ke karbala. Hur, ketua angkatan tentera pemerintahan Yazid.

tentera makin memaksa rombongan Hussein dan ahlul bait lainnya. pada 9 muharram, tentera yazid berkeputusan untuk memulakan perang ke atas Hussein. tentera yazid memberi tanda. perang bermula. hussein masih belum bersedia. hussein memanggil saudara setianya, Abbas.

"Abbas, pergi kepada ketua tentera Yazid. minta mereka tangguhkan perang ini. beri kita lagi sehari" tapi kenapa Hussein minta tempoh lagi sehari? untuk solat? untuk meluangkan sedikit masa lagi bersama anak-anaknya? untuk meluangkan lagi sehari bersama Sakinah, anak perempuan kesayangannya?

TIDAK. hussein menanti kedatangan Hur. siapa Hur?

Hur ketua tentera Yazid. yang menghalang rombongan Hussein ke Kufa. Hur bersama 1000 tentera lain yg memaksa Hussein dan yg lainnya ke karbala untuk berdepan dengan Yazid. Hur, nama yg bermaksud mencari kebebasan. dan Hur sempat membebaskan dirinya dari panas neraka sebelum segalanya terlambat.

Hur mempunyai pilihan antara syurga dan neraka. Dia mempunyai pilihan antara kejayaan di dunia, atau kesenangan di akhirat. it is never too late to ask for forgiveness. didalam kehidupan kita, kita selalu saja berdepan dengan pilihan. sama ada baik atau buruk. sama ada syurga atau neraka?

pada 9 muharram, Hur mendengar rintihan. "dahaga.dahaga..dahaga..." kanak-kanak di kem hussein menangis meminta air. Hur kebingungan. silap besar dirinya yang membawa Hussein ke Karbala.

"apa aku dah buat? kenapa aku buat begini? kenapa aku memaksa anak Fatimah begini? bolehkah Hussein maafkan aku? bolehkah Tuhan ampunkan aku? bolehkah Fatimah maafkan aku? bagaimana aku nak mintak keampunan?"

Hur tidak dapat lena. memikirkan dosanya. malamnya dihabiskan dengan tangisan dan rayuan memohon keampunan Allah swt.

keesokkan harinya. 10th muharram. di pagi hari. kuda-kuda yazid mula kepanasan dan tidak selesa. melompat-lompat. kuda-kuda itu pon tidak tahan menjejakkan kaki ke tanah kerana kepanasan. bayangkan Hussein. dan wanita-wanita. dan kanak-kanak yang sudah tiga hari tanpa bekalan air. ya Allah! tapi tentera yazid? mereka menyibah bergelen air ke kuda-kuda yang kepanasan tadi. supaya tenang kuda-kuda mereka. binatang.

dibenak Hur, "begitu banyak air untuk kuda-kuda. tapi anak-anak Fatimah dibiar kedahagaan??! begitu banyak air untuk binatang, tapi tidak sedikit pon untuk cucu Nabi Allah ??!"

Hur tidak sanggup lagi. esakkan meminta air itu mendera dirinya. Hur memanggil anaknya. "anakku, aku telah buat satu kesilapan yang sangat besar. aku telah membawa manusia yang suci dan benar itu kesini untuk dibunuh. tolong anakku. tolong bawa aku kepada Hussein. aku ingin merayu keampunan dari Hussein. merayu sebelum semuanya terlambat. aku malu dengan diri sendiri. bolehkah Hussein maafkan aku? aku tak sanggup mendepani Hussein." dan menyambung lagi, "anakku, sebelum kau bawa aku kepada Hussein, ikat tangan aku. dan tutup muka aku supaya aku tidak perlu melihat wajahnya sewaktu berdepan dengan Hussein. aku malu"

dengan menaiki kuda, pergilah Hur berjumpa Hussein. Abbas melihat kehadiran mereka menyangka Hur datang untuk menyerang. Abbas mengeluarkan pedang, bersedia untuk melwan mereka. imam Hussein kemudiannya berkata, " kembalikan pedang itu ke sarungnya. aku menunggu kehadiran Hur ini. pergi dan sambut mereka ya Abbas"

"silakan Hur. silakan. aku menanti kedatangan kamu" Hur melutut di kaki Saidina Hussein. "tuan ku, maafkan aku. ampunkan aku. aku benar-benar memohon ampun dengan tindakan aku. aku malu dengan diri sendiri."

Hur sahabatku. aku maafkan kamu. aku pasti, datukku, ayahku, dan ibuku juga memaafkan silapmu itu. mari bersama aku" dan mereka berjalan kembali ke khemah rombongan Hussein.

kejadian itu diwaktu subuh. masuknya waktu subuh, Ali Akbar melaungkan azan. tidak lama kemudian, tentera yazid sekali lagi memberi tanda mereka akan memulakan perang. Hur meminta keizinan Imam Hussein untuk pergi bertempur dengan tentera Yazid. Hur yang awalnya di pihak Yazid, yang menghalang perjalanan Hussein, memaksa Hussein dan ahlul bait lainnya ke karbala, akhirnya menemui 'jalan pulang'. beliau sedar. dan bersama dengan rombongan kecil Hussein.

"kau tetamu aku. baru sekejap kau bersama aku. belum sempat aku menjaga kau. belum sempat aku memberi kamu makan. paling tidak, luangkan sedikit masa bersama aku. tidak, tidak. aku tak boleh biarkan kamu mati. kau tetamu aku."

dan Hur tidak berputus asa. dipujuk nya Hussein agar membenarkannya menjadi orang pertama yang menentang askar yazid. kemudian diberi kebenaran. "pergilah. selamat tinggal. Imam Hussein sendiri yang membantu Hur menaiki belakang kuda.

Hur sempat membunuh beberapa tentera Yazid. Hur berani. Hur kuat. selepas lama bertarung, Hur jatuh dari kuda. cedera. luka sana-sini.Hur memanggil Hussein. "ya Hussein, ya Hussein. datang cepat. aku ingin melihat wajah mu buat terakhir kalinya"

kepala Hur di ribaan Hussein. "selamat tinggal Hur. datukku, ayahku, ibuku menunggu kamu di sana. kami akan bersama kamu tidak lama lagi. di syurga. selamat tinggal Hur. selamat tinggal"

Imam Hussein, dengan linangan air mata, berdoa kepada Tuhan,
"ya Allah. ampunkan Hur. kurniakan syurga untuk Hur" Hur syahid di ribaan Hussein. dan Abbas bersama Ali Akbar membantu membawa jenazah Hur ke khemah.

inna lillahi wa innna ilaihi raji'un.

nahhh, people in Ijok, inilah masa untuk memilih. yang baik dan yang buruk. pilih kerana Tuhan. ikhlas.

pemimpin yang keji, its never too late to ask for forgiveness.

4 comments Friday, April 20, 2007

i maybe dont know the real story, the story behind. but this report really pissed me off. kalau betullah cerita yg disampaikan, arggggghhhhhhhh. macam-macam lah dunia nih.

so, its the opposition team who started "the battle" in Ijok. well people, wait for the real battle!

kita sudah tidak mampu untuk melawan dengan maruah. melawan dengan akal. emosi saja lebih. pihak yang punya kuasa menggunakan sepenuhnya jentera yang ada. media yang hanya nampak untung dibayar, orang yg dangkal disogok. tapi itulah, malaysia ini terlalu ramai yg cetek akal. yang terloncat-loncat dengan senang yang bersifat sementara.

i dont know how the play the game. i dont know how they plan their strategy. but, one thing for sure, BN gonna do whatever it takes to win the seat. kerana mereka perlu buktikan, kata-kata seperti, BN dulu, kini selamanya, BN di hati rakyat, BN lidah rakyat blablablabla itu masih valid.

so does the PKR. they have to prove that gelombang perubahan yg diwarwarkan itu mampu membuat orang-orang di kem BN terduduk. mereka perlu buktikan pertaruhan Khalid Ibrahim itu worth it. mereka perlu buktikan kredibiliti Anwar yg diiktiraf dunia itu turut diiktiraf oleh rakyat malaysia.

this is the real battle. bukan baling botol air mineral. booo sana, booo sini. dapat duit, senang hati. pooorahhhh!

4 comments Thursday, April 19, 2007

shuhhhhh! Jangan hendak main tipu. Jangan main politik kotor. polis tahu, Peguam Negara tahu, Perdana Menteri tahu.

walaupon kedengaran seperti yakin tidak bersalah, tapi getar suara orang ketakutan jelas kedengaran. najib seperti memberi tanda kepada polis, peguam negara dan PM berdiri dibelakangnya sebagai defender. berdoa sajalah Najib agar Pak Lah tak punyai agenda untuk menjatuhkan kau. kalau pon bukan Abdullah, mungkin saja agenda Khairy.

senak perut aku. tergelak guling-guling mendegarkan patah ayat seterusnya dari Najib, "Kalau saya hendak bongkar saya pun boleh buat macam itu tetapi saya tidak mahu kerana memikirkan dia mempunyai isteri dan anak"

bongkar saja kalau ada. tak perlu jaga air muka Dr Wan Azizah dan anak-anak. tuduhan sebelum ini sudah cukup mencalar perasaan mereka.

baik pulak Najib berniat hendak menjaga perasaan Datin Azizah dan anak-anak DSAI. berkesedaran sivik.

tapi sempat lagi menghentam, katanya DSAI [yang dilantik sebagai penasihat bank dunia, dan penasihat pelaburan oleh negara asing itu] itu lah yg bertanggungjawab dengan kejatuhan ekonomi malaysia pada 1998.

aku bukan orang yg mengipas DSAI. DSAI pon tak kenal aku. aku bukan ahli PKR pon. tapi entahlah. entry ini sangat bias bunyinya. hahaha. peduli apa aku! asal BN je memang nampak tak kena pada pandangan aku!




3 comments Wednesday, April 18, 2007

malaysia stabil. malaysia kukuh ekonominya. malaysia hebat pelan pembangunannya. baca saja laporan oleh Bernama ini.

jambatan bengkok cancel pon, compensation RM257.4 million. atas angin. macam daun di musim luruh. terbang entah kemana. itu untuk di bayar kepada kontraktor malaysia. yang Mahathir dok bangga dengan pelan jambatan bengkoknya, masterpiece nya, Abdullah Badawi buang macam sampah. sanggup bayar untuk tidak ada jambatan bengkok Mahathir!

bangunan kompleks mahkamah 270 million. mesti hebat. 77 court rooms. kita tengok lah. selesai ke tidak masalah kes perbicaraan tertangguh. isk, kes tertunggak, bilik mahkamah tak cukup ke, atau mungkin hakim sakit, peguam MC, saksi buat hal,atau bukti asyik tidak relevan?

brape banyak berhabis untuk bangunan sehebat dan secantik putrajaya? dan berapa lama masa yg diambil oleh bangunan2 itu untuk runtuh?

p/s: banyak hal terperam di hati, tak terluah dek kerana kesuntukkan masa. Yin pon dah balik. alhamdulillah.


9 comments Thursday, April 05, 2007

so, abdul rahman sulaiman mempertahankan kredibiliti perodua kelisa. seolah Jeremy Clarkson itu mencari publisiti murahan. untuk apa?

satu benda yang aku cukup bangga dengan british is that, they are honest. walaupon di dalam hal yg cukup remeh. mereka tidak bermuka-muka.

contoh mudah; kalaulah anda membeli sekotak jus. there is no such thing as pewarna yg dibenarkan. perisa yg dibenarkan. apa yg dimaksudkan dengan "yang dibenarkan"? mereka catatkan saja kandungan yg terkandung didalam jus tersebut. all of them.

in lectures. they have the strength and confidence to tell others even the lecturers that, "no, you're wrong"

tapi kita. seperti selalunya kita. tak boleh menerima kritikan. sudahlah tak mahu menerima kenyataan, di serang pula orang yang memberi kritikan. sikap yang menyekat dan mengongkong malaysian, melayu khususnya untuk berfikir di luar kotak.

ya mungkin tindakan Jeremy Clarkson itu melampau. mungkin beliau exaggerated dalam meng"express" kekecewaan terhadap kualiti Kelisa.tapi yg harus diberi perhatian adalah komen2 beliau tentang kekurangan Kelisa. bukan melabel JC seperti seorang pengkritik bola sepak yang tidak tahu menyepak bola!

kononlah mahukan rakyat glokal, rakyat minda kelas pertama. angan-angan mat jenin putrajaya!


2 comments Wednesday, April 04, 2007

that so-called Imam Hadhari mencadangkan pengedar proton dibenarkan mengedarkan kereta-kereta bukan proton. hurmmmm. apa lagi yg ada dibenak Abdullah Badawi agaknya?

memang pengedar proton mengalami masalah menjual kereta2 proton. memang kerana proton tiada model-model baru. dan juga kerana kualiti!

hakikat yg Abdullah terpaksa terima. masalahnya, bukan hanya proton yg mencatat penurunan penjualan kereta. alasan bahawa rakyat beralih kepada kenderaan yg lebih sesuai untuk kegunaan keluarga itu tidak masuk akal! sememangnya rakyat yg menghadapi masalah untuk membeli kereta. kerana kesempitan. [kerana tol mungkin? heheh] kerana situasi ekonomi tak sehebat seperti yg digambarkan para cendikiawan putrajaya.

2 comments Tuesday, April 03, 2007

walaupon terdapat kekhilafan tentang tarikh kelahiran manusia agung, Muhammad saw, majoritinya sepakat memilih 12 rabiu awwal sbg tarikh kelahiran baginda. sesetengahnya percaya Rasulullah saw lahir pada 9 rabiu awwal.

setelah beribu tahun Rasulullah saw meninggal dunia meninggalkan 2 harta berharga, kitab Allah dan sunnahnya [atau mungkin kitab Allah dan ithrah ahlul baitnya], manusia terus-terusan meraikan hari kelahiran baginda Rasulullah saw. tapi sejauh mana? [ke wahabbi rasa ini bidaah kerosakkan dalam Islam?]

back in malaysia, kita ada majlis sambutan maulidurasul. kita ada anugerah tokoh maulidurasul. [ada hadiah wang tunai beribu ringgit, trofi yg dia boleh display dalam kat almari antik rumahnya, dan sijil yg hebat tergantung di dinding rumah.. i'm sorry.. no offence] cumanya, sejauh mana objektif sambutan, pemilihan tokoh maulidurasul ini sampai kepada seluruh rakyat. berapa ramai yg sedar? bukan hari lahir yg diraikan. tetapi keagungan sifat seorang manusia yg tiada tolok bandingnya.

lihat saja sejarah kelahiran. bagaimana tanda-tanda kelahiran manusia yg Allah swt sucikan sebersih-bersihnya. ingat kepada sifat-sifat murni terpuji Rasul utusan terakhir ini. semangat perjuangan baginda. Nabi Allah pon diuji dengan sehebat2 ujian. inikan kita yg tak ternampak sedikit pon sumbangan kepada perkembangan Islam.

kita yg tak mahu memberi bantuan kepada sekolah agama kerana tidak mendaftar dengan kerajaan, kita yg yg tidak boleh menguatkuasakan undang2 Islam di dalam negara, kita yg masih bergelumang dengan rasuah, menekan orang2 susah, robohkan rumah orang susah, robohkan surau.

berarak sempena maulidurasul beribu kilometer pon tiada guna andai tiada kasihan belas, jenayah berleluasa, tekanan kepada orang susah, penipuan, yang kaya terus melipat ganda harta, yg miskin hidup melarat.

bukan 12 rabiu awwal sahaja tiba-tiba ingat, tiba-tiba insaf, tiba-tiba berubah. dan esoknya, kembali seperti sediakala. tak perlu tunggu 12 rabiu awwal untuk bercakap mengenai penghayatan perjuangan Rasulullah saw, kegemilangan ummah, ujian Allah swt, Islam dan globalisasi dll.

tapi, Imam Hadhari di mana?