Showing posts with label bangang. Show all posts
Showing posts with label bangang. Show all posts
4 comments Monday, February 26, 2007

kebodohan manusia itu pelbagai. seperti jugak bodohnya rakyat Malaysia yg Islam yg memerlukan majlis fatwa/ badan bertanggungjawab untuk memutuskan bahawa amalan meraikan hari kekasih/ valentines day itu tidak digalakkan agama Islam.

luahkan kasih sayang anda, expresskan cinta anda utk yg tersayang, antara tagline2 yg digunakan tv, radio utk mengajak orang ramai sama2 menyambut hari kasih sayang kononnya. kasih sayang suami-isteri, kasih sayang ibubapa-anak, kasih sayang adik beradik itu tidak perlu menunggu 14 februari. tak perlu tunggu valentines day utk beli strawberry coklat utk isteri. beli saja bila2 masa anda terasa seperti ingin meluahkan rasa sayang. pokoknya, nak berkasih sayang tak perlu tunggu valentines day.

tv dan radio itu seperti sebuah perniagaan. aim mereka hanyalah untung. demand-supply thingy. tak perlu dikaitkan apa sejarah valentines day. tak perlu dikaitkan dengan dakyah kristian sebagainya. ianya lebih kepada sejauh mana kesedaran kita terhadap bodohnya sambutan2 seperti ini. dan sejauh mana kita celik dalam menilai baik buruk sesuatu situasi.



9 comments Thursday, February 22, 2007

bagaimana dia justify nyawa 2 anaknya itu berbanding perhatian dan setia si suami?? takde perasaan ke tengok anak2 kecil kelemasan dijerut dengan wayar seterika?? bukan sorang. 2 orang. kecil lagi. ya, suaminya khianat kepercayaannya. tetapi khianat itu dibalas dengan nyawa 2 orang anak??

senang si lelaki bercakap mengenai hak lelaki utk kahwin lebih dari seorang. tapi jika lelaki itu tidak mampu nak handle seorang isteri pon, layak kah utk berdua? dia tidak mampu pon membimbing isterinya utk bertindak waras. ketepikan soal hak. ia bukannya hak. tapi Tuhan beri kebenaran hanya utk yg mampu.

2 comments Saturday, February 10, 2007

aku dedikasi kan khas kepada yg berkenaan sahaja. aku tahu, ramai lagi keluarga2 yg mengamalkan nilai kasih sayang, ambil berat terhadap ahli keluarga. masih ramai ibubapa diluar sana yg cakna keperluan akan perhatian terhadap anak2. tapi, ramai jugak yg sepak terajang peranan sebagai ibubapa. tak bleh salahkan ibubapa semata2 jugak. kadang2, anak2 yg dah besar panjang nih pon, takkan nak mengharapkan mak bapak betulkan salah silap korang lagi? dah besar panjang, tak reti2 nak fikir baik buruk tindakan sendiri?

dulu, malaysia pernah dikejutkan dengan saman antara emak-anak, menuntut harta peninggalan si suami-ayah. hari ini, emak melaporkan kepada polis anak yg berusia 19 tahun mencuri barang milik si emak, dan anak menangis sedih ketika dituduh dimahkamah. si emak, dah failed nak tanam dalam otak anak die yg mencuri itu salah [dan lagi satu, apehal anak die nak rompak sampai RM17 000? nak buat ape dengan RM17 000?], report kepada polis itu dirasanya jalan terakhir utk anak die bertaubat kah? mungkin telah si anak, "kalau curi harta orang lain, lagi tinggi nilai dosa, aku rompak pon harta mak bapak aku jugak!" fikirnya. emak yg sepatutnya membelai anak dengan kasih sayang, sedia makan minum, bertanya khabar sihat ke tidak, tetapi hal sebaliknya berlaku, emak mendakwa anak dimahkamah. seolah jauh benar hubungan emak-anak itu. walhal dulu mereka berkongsi rasa.

bersempena February, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja mendedahkan ramai gadis hamil luar nikah selepas Valentines Day. adoiiii !!! bodohnya manusia. entah dari mana datangnya amalan berpesta sehingga larut malam, bergelut di malam hari 14 february! di pusat2, bukan sedikit gadis hamil. ramainya melayu. orang bilang tak fair tuduh melayu ramai di pusat pemulihan kerana melayu itu proportionnya besar berbanding bangsa lain di malaysia yg aman makmur nih. jangan jadi bodoh. sebab dia melayu, aku assume dia Islam. dan sepatutnya, langsung, and i mean it, sepatutnya langsung tidak ada melayu dipusat2 perlindungan kerana hamil luar nikah! kalau pon ibubapa mereka tak sempat nak ajar mengandung luar nikah tuh tak boleh, haram, sekurang2 nya fikirlah sendiri! kalo dah tak boleh nak fikir sangat, tanya orang lain dulu, patut ke tak ko pegi gadai body kat jantan sebab nak make sure jantan ko tuh tak lari?? dan bukan semua yg hamil luar nikah tuh sebab bengap tak boleh nak fikir. semuanya kes menyesal lepas dah jadi anak dalam perut. dan yg tak paham2 lagi, yg tak reti menyesal, yg tak ingat mati, mereka buang anak, dan buat anak lagi. hukuman sedia ada yg diperuntukkan seperti tidak cukup utk menyedarkan mereka yg bodoh bebal ini. bak kata Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, orang dah tahu mengedar dadah boleh dihukum mati mandatori, tapi, makin hari makin berkilo2 banyaknya dadah dirampas.

2 hari lalu, gambar seorang bayi kecil. dibiar di atas rumput, dibuang ibunya. tiada sikit pon rasa kesian, kasih kepada anak kecil. atau paling kurang, berikan rasa hormat pada satu nyawa. kalau lah bayi itu boleh berkata, sedih sungguh rasa hatinya mungkin, melihat dirinya dibuang seperti tiada nilai, ditinggal diatas padang rumput, ditepi tong sampah. sedang rakan seangkatan lain yg disambut gembira kelahiran mereka.

4 comments Wednesday, February 07, 2007

"Tetapi saya sudah bertaubat atas keterlanjuran kata yang menyinggung umat Islam"

Islam itu bukan hanya pada sembahyang 5 waktu, puasa ramadhan, zakat dll. tetapi juga, ia aspek hubungan seorang hamba dengan Tuhannya, hubungan dengan pesuruhnya; para nabi dan Rasul. keterlanjuran itu bukan patut disandar kepada kelemahan manusia yg kadang2 lupa utk hormat kepada Rasulullah saw, tetapi kerana lemahnya manusia itu sendiri menjaga hubungannya dengan Rasulullah saw dan Allah swt.

macam mana nak hormat orang lain, macam mana nak hormat Rasulullah saw, diri sendiri pon die tak hormat. mencari reseki itu tuntutan. tapi harus dipastikan cara dan ciri pekerjaan itu.
matlamat tak menghalalkan cara! sabda Rasulullah; "sesungguhnya Allah swt itu baik, tidak Dia terima melainkan yang baik" kerja jadi pelakon, pastuh buat statement, "saya cari rezeki halal utk kami anak beranak" die yg dah tua nak mampos tak sedar2 lagi. bleh blah.

macam mana die definisikan taubat agaknya?

5 comments Tuesday, February 06, 2007

teringat ceramah Tuan Guru Nik Aziz sebulan yg lalu, katanya; seorang muslim boleh beriman pada sebelah paginya, dan kafir pada sebelah petangnya. Islam itu bukan hanya pada pengakuan dengan lidah, mengamalkan dengan perbuatan, tetapi yg paling utama yakin dengan hati. [gelak aku mendengar contoh dari beliau; seseorang tuh bleh cakap die nak pegi masjid, sampai masjid solat berjemaah, tapi dalam hatinya bilang, lepas nih nak curi selipar jemaah lain!] ikhlas mereka dengan Islam, boleh jadi mereka dari golongan mukmin. jika mereka ragu2, sesungguhnya mereka dalam kemunafikan. dan orang mukmin ini, didoakan oleh para malaikat agar diampunkan dosanya. dan semoga manusia mukmin itu tetap dalam keredhaan Allah. Masya-Allah.

kita taknak pengakuan kita kepada Islam hanya kerana ibubapa kita Islam. abes? kita Islam kerana kita percaya kpd kebenaran Islam itu sendiri atau kerana keturunan? agama buat mcm baju. suka2 nak tukar. salah itu terpikul dibahu orang yg bertanggungjawab membesarkannya. dari kecil die hanya tahu bapanya penagih dadah, mak banyak kali kawin. tak sempat nk ajar anak kefahaman Islam. tak sempat nk menanamkan asas Islam dalam dirinya. sehingga beliau cari haluan sendiri. sedar laa weh melayu!

keluarga porak peranda,tak dapek den nak nolong. tapi, seharusnya kita masih boleh berharap kepada subjek Pengajian Islam. 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun disekolah menengah. malah sehingga ke peringkat universiti di malaysia pon masih lagi diajar subjek ini kepada pelajar2 Islamnya. mana pergi matlamat subjek, menerapkan kefahaman Islam ke dalam diri muslim? again, sama seperti subjek sejarah, yg hanya diajar utk lulus peperiksaan, bukan memberi kefahaman, tetapi menghafal butir penting dan skema jawapan utk peperiksaan dihujung tahun!

melayu yg tak bangang jangan dok terasa plak!