4
comments
Tuesday, February 27, 2007
merujuk kepada surah an-nisa, ayat 3, yg satunya Tuhan menyebut jika kamu mampu berlaku adil. tapi dihujung ayat juga Tuhan menyeru, kahwinlah 2,3 atau 4 supaya tidak berlaku kezaliman.
selain hal yg jelas, nisbah bilangan wanita yg lebih ramai, Tuhan punyai sebab kenapa dibenarkan poligami. supaya semua wanita itu diambil peduli hal kebajikannya, supaya semua wanita itu rasa selamat dibawah jagaan lelaki, supaya wanita2 itu terurus di bawah satu institusi keluarga. [supaya takde perempuan2 desperate gi ngorat mana2 lelaki.. opppps!]
tiada maknanya poligami itu, dengan tujuan menyelamatkan seorang wanita lain, dengan menganiayai wanita yg terlebih dahulu dikahwini. jika sampai tahap hilang waras si isteri pertama, itu bukan matlamat dibenarkan poligami. zalim jika membiarkan isteri pertama menderita jiwa mereka demi keizinan sebuah poligami.
aku bukan seorangyg menentang kebenaran untuk sebuah poligami. hal ini lelaki patut faham. nenek aku merupakan isteri pertama, datuk aku bernikah lagi satu tanpa izin. tapi setelah mengetahui beliau dimadukan, yg beliau sedihkan adalah kerana datuk aku menyembunyikan hasrat utk kawin lagi satu. tapi nenek ini tak pernah mengamuk kerana dah dimadukan. siap nenek aku yg menjaga madunya ketika dalam pantang. ok, orang mungkin bilang, nenek aku dah tua. tak kuasa nk layan kalo datuk aku nak bermadu sekali pon. aku bawak contoh yg kedua. mak sepupu aku. pon mengamuk sikit je masa awal2 tahu suami dah kawin lagi satu. ade laa merajuk skit2 sbb kawin rahsia. tapi lepas tuh, aman damai je hidup mereka. maksudnya, ade je perempuan yg boleh terima jika suaminya nak kawen lagi satu. takde masalah. go ahead. kawinlah. i mean, poligami is something possible. tapi kalau sebab poligami itu akan sebabkan cerai berai, isteri sakit jiwa, tertekan sbb tak boleh terima suaminya kawin lain, tujuan Tuhan benarkan poligami itu tak sampai.
nak elakkan zina? dah ada isteri, kawin lagi satu itu the only option utk elakkan zina ke? prinsip utama sebuah poligami itu adalah adil. adil ke kalo si isteri sakit jiwa? sakit jiwa isteri itu bukan kerana beliau menentang atau mempersoalkan kebenaran Tuhan utk berpoligami. tapi tekanan itu satu sifat semulajadi. tiba2 terpaksa berkongsi suami. kadang2, sbg contoh, anak tunggal, tiba2 dapat adik, pon boleh tertekan, sbb tiba2 terpaksa share perhatian dari ibu bapa.kita tak cakap anak tunggal itu tadi menentang kebenaran/hak utk punyai anak lebih dari satu kan?
kadang2 sakit jiwa si wanita itu bertambah2, meluap2 bila ingat2 balik janji2 zaman dulu2. konon takkan ada perempuan lain. takkan pandang perempuan lain. takkan buat si isteri sedih. of course sape2 pon sedih dimadukan! kemudian diberi alasan pula, "people change!"
kalau tanya aku, aku rasa jawapan aku, "kawinlah". kalau betul boleh adil kenapa tidak kan? [sedap mulut je aku cakap. kawin pon tak lagi nih!] tapi, berbalik kepada, kenapa perlu kawin lagi satu kan?














