Friday, October 31, 2008

beliau dibebaskan. bebas seperti burung.tiada bukti yang boleh mensabitkan beliau. begitulah dapatan hakim berkenaan. berbeza pula dengan dua yang lain. dibicarakan secara bersama, satu bebas, dua terbabas.

atau mungkin yang ketiga itu bukan sepatutnya Razak Baginda? boleh jadi sesiapa saja.
saya percaya, ramai yang kecewa dengan hasil perbicaraan selama 151 hari ini seperti saya.
ramai yang sudah membaca SD Bala, ramai yang tertanya-tanya kenapa bertukar hakim, ramai yang sudah mengetahui kewujudan SMS yang tidak dinafikan kewujudannya. ke mana Bala? ke mana Shafee Abdullah?

reformasi dalam institusi kehakiman hanya cliche. menjadi retorik yang tidak berkesudahan.


3 comments:

kingbinjai said...

betul

afifi said...

saya penat lah king. penat nk tunggu kesudahan cerita.

bungaraya said...

sekurang-kurangnya negara tidak heruk pekok ketika RPK berada dikem kemunting. Selepas ni kita tengok dengan mata terbeliak.

Post a Comment