Tuesday, December 12, 2006

kenapa shahrizat berani kata dgn penguatkuasaan denda terhadap pemakaian seksi sbg mencabul hak wanita? atau lebih tepat lagi katanya, "ianya amat tidak menghormati wanita disana".
kerana dia tahu ramai yg menyokongnya. kerana dia tahu ramai suara2 wanita di malaysia prefer kebebasan berpakaian [atau mereka pangil itu sebagai hak tulin mereka] berbanding tuntutan agama itu sendiri.
kerana dia ahli politik. dia akan katakan sesuatu yg akan mendapat persetujuan majoriti. untuk memastikan die in demand. untuk memastikan die terus diundi untuk pilihanraya akan datang.
dia berkata bukan dgn rasa die sbg wanita islam yg patut melindungi hak wanita islam. atau, dia bukan berkata sebagai menteri pembangunan wanita dan keluarga. semua itu kerana kepentingan politik.
cuba saja, kalau malaysia ini punyai ramai majoriti yg berkehendakkan wanita2 menjaga tatasusila adab pemakaian seorang wanita. terus saja shahrizat ini menyokong usul terbabit. dan tak mustahil shahrizat sendiri bertudung labuh.. ngahahaha.kata2 orang2 ini tidak boleh diambil kira.mampos laa diorang nak cakap ape pon. tambah plak media2 yg suka sangat menimbulkan isu ini. macam pelik gile kelantan nak kuatkuasakan hal pemakaian sopan itu. dari dulu pon di kelantan itu agak menjaga hal itu. pernah semasa aku masih di sekolah, sampai kpd aku berita rakan sekolah aku ditangkap oleh pihak mpkb [majlis perbandaran kota bharu] kerana berpakaian tidak sopan di tempat umum. tak silap aku, masa tuh budak tuh pakai skirt pendek.
orang politik, mereka berkata sesuatu demi kepentingan politik. even dalam pihak penyokong pembangkang pon ada suara2 yg kurang senang dgn pelaksanaan ini kerana bimbang akan menjejaskan keputusan pilihanraya akan datang. yg tak lama je lagi. aku tak rasa pelaksanaan ini sebagai satu agenda politik untuk meraih undi pihak2 yg berkesedaran akan kewajipan berpakaian sopan, tetapi pelaksanaan ini lebih kepada rasa tanggungjawab mereka sbg pemimpin. aku bukan nak tunjuk aku pro kpd satu pihak, tetapi yg mana betul aku kena iyakan.
china [pada 2004!! since 2004 ok!!] yg turut ban mereka2 yg berpakaian seksi. jaga adab sopan. bukannya jaga budaya adab sopan tatasusila melayu itu dgn melaksanakan pemakaian bermotifkan batik saja.
rasanya; mungkin mereka2 yg membantah ini turut hantar surat bantahan kpd kerajaan china pada masa itu..

0 comments:

Post a Comment