Wednesday, December 13, 2006

one thing i'm proud of my hometown, kelantan that is; ketika orang dok sibuk2 pasal kos sara hidup yg makin tinggi, harga2 barang yg makin naik yg menghimpit hidup, ape yg membanggakan adalah, orang2 dikelantan boleh dikatakan masih hidup dgn selesa. orang kecoh pasal tol naik, ape die peduli. takde highway kt kelantan. and even, masa aku balik tempohari pon, kota bharu sudah berubah wajah. makin banyak lot2 kedai yg sudah siap dibina mahupon masih dalam pembinaan.
orang2 dari luar mula membuka mata.
contoh; kedai2 kain yg dulunya hanya dibuka dibandar2 besar, sekarang sudah ada di kelantan. salah satu kedai tuh, [arrrgggh, aku tk ingat aaa ape nama kedai, orang selalu sebut gak nih] dibuka. masa awal pembukaan, gegak nak mampus. brand name yang dah established laa katakan. tapi, sayang, kata pengunjung[ ahli keluarga aku yang tk sedikit], kualiti kain yg dijual sgt tak standard ie kain corak motif tak lawa + tak up to date, kualiti kain yang rendah. mungkin sangka mereka, orang2 kelantan ini rendah citarasa mereka. mereka silap.kesannya, takde orang masuk kedai. tempat dah strategik, tp strategi bodoh [memandang rendah citarasa pelanggan].
kalau kat pasar siti khadijah tuh, orang lain dok pening2 pikir tak cukup makan, lampin pampers anak, mereka still dengan gelang emas satu, dua lengan. hidup orang2 disana masih seperti biasa, mungkin mereka rasa sedikit lemas dgn kenaikkan semua itu, tapi mereka masih belum terhimpit..
hidup mereka [baca:aku dan kami] simple. keluar minum pagi, [pilih saja nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, gulai, kari], makan tengahari [pilih saja nasi kukus, nasi sumatera ; kegemaran aku nih] mereka bukannya ada panggungwayang. nak bershopping boleh ke kbmall, billion shopping centre. riadah? ade laa bowling lane dekat perdana bowl and di kbmall, futsal court dah banyak tumbuh. takpon pegi pantai. takpon, tgk tv je kat rumah! ade af, ade sinchan, mr bean, cite p ramlee. macam2 ada!
mereka tak perlu rawatan salun tiap hujung minggu, sauna, gym sana sini. tapi ade je orang yg pegi, untuk mereka yg betul2 tak tahu kt mane mereka patut belanjakan duit2 mereka yg banyak sangat tuh. orang kata, bijak membezakan keperluan dan kehendak.
tapi masih kesal dan sedih, bila ade yg masih tak reti memanfaatkan hidup simple nih. mat rempit sana sini. [depan taman perumahan aku yg sentiasa ada polis] dadah aku kira kelantan adalah antara yg tertinggi penggunanya. tak kurang juga anak gadis yg tak reti nk jaga harga mereka. aku kira mereka2 ini, tandus kasih sayang perhatian keluarga. kurangnya sense of belonging. sbb? aku bleh je bahagia dgn family aku! sebab ade diorang yang care! pakcik makcik di kelantan yg tak ambik tahu hal anak, sila ambik tahu hal anak anda ya!

2 comments:

Anonymous said...

penyu..kdai kain tuh..kamdar la

afifi said...

yeahhh..thanks a lot.. anda pasti nak kekal anonymous ke?

Post a Comment