Friday, December 22, 2006

cuti winter yg lalu? emosi aku cukup terganggu.
memikirkan nasib aku dalam hidup [study misalnya]. aku rasakan penat yg amat.sangat. tak mampu.
selama nih tk pernah gagal. [bukan bermaksud aku cemerlang]
takut gagal!!
mengatasi rasa takut gagal itu sendiri lebih payah dari kesusahan apabila gagal!
malu berdepan dengan pandangan masyarakat.
malu berdepan dengan realiti yg aku sebenarnya ade limitation.
pernah saja aku baca "dare to fail" karya billi lim.
di uji begini, ada kebaikkan. aku tk tahu ape keadaan aku tanpa ujian.
mungkin manja amat. selfish. tak belajar sepenuhnya erti hidup. yg bukan hanya manis.
dalam buku itu, billi lim ade memberikan contoh.

seorang yg merangkul gelaran juara untuk satu pertandingan lumba lari antarabangsa. tewas untuk tahun berikutnya, tetapi, naib juara pula yg merangkul gelaran juara. [bukan hanya satu kes, tapi banyak kes yg dijadikan sample]

bagaimana, bila manusia kalah. sifat balas dendam yg ditafsirkan secara positif. berusaha untuk mengatasi kelemahan. boleh berjaya. dengan adanya kesungguhan. jangan pernah mengaku kalah.

orang kata, kita tak give up, then mana mungkin kita kalah!




2 comments:

me,myself n all around da world said...

kita takut gagal kerana kita menganggap gagal itu akan membawa kpd kekecewaan. manakala kejayaan itu sudah semestinya membawa kebahagian....sifir yg mudah

tetapi sebaik2nya kita terus mencuba dan jika masih gagal. syukur di atas nikmat yg tiada...

~melompat2 blog...~

afifi said...

ya.bnyk saja sifir hidup. tapi tk pernah aku cuba praktik. atau mungkin, aku hanya mampu menghafal sifir dan membacakan sifir2 untuk orang lain tapi tak kuat untuk mengaplikasi dalam hidup sendiri.
terima kasih kerana lompat ke sini :D

Post a Comment