Sunday, March 23, 2008

BN yg sebelum ini memerintah, kemudiannya menang lagi dengan selesa di Terengganu masih lagi kucar-kacir. masih belum tentu siapa yg bakal ditabal menjadi MB. katanya ADUN Kijal. tp tengok saja lah. mungkin juga ada kejutan? tak perlu pelik dan hairan apabila kerjasama pembangkang di perak dan selangor gagal membentuk kerajaan sesegera mungkin.

sebaik sahaja beliau di umumkan sebagai calon, cepat2 mereka membuat laporan kepada BPR? habis selama nih? simpan dalam muzium? takpe lah. kalau dah macam tu, elok juga kalau di rotate pengumuman setiap ADUN BN bakal ditabal menjadi MB. laporan setiap dari mereka bakal menyusul ke BPR barangkali. there is a reason why Said instead of Idris. mind you, Sultan tidak berbuat demikian tanpa sebab.

yang UMNO dok sibuk nak pertahankan keistimewaan melayu, hak melayu.. tapi mereka yg hero lawan Sultan. kaum lain nak lawan Sultan, kita paham lah mereka tak cukup paham dengan keistimewaan Raja-raja Melayu, kedaulatan Sultan-sultan Melayu. nih melayu, persatuan melayu kebangsaan, tapi mereka yg mencabar keputusan Sultan. mungkin alasan mereka, perlantikan MB terengganu itu bukan dari sultan terengganu, sbb itu lah sesedap hati mereka mempertikai perlantikan Said.

tambah bengang lagi, mereka tidak bersetuju dgn perlantikan Said ini bukan kerana salah laku Said yg sudah dihantar kepada BPR, tetapi kerana mereka mahukan Idris Jusoh. saat2 begini, apa pun sanggup dilakukan oleh UMNO. bagi mereka, matlamat menghalalkan cara. dengan ini juga, mereka secara tidak langsung menidakkan kenyataan UMNO bahawa calon-calon PRU 12 mereka lulus ujian BPR. keji bukan?

tunggu sajalah episod seterusnya dari Terengganu.

***

aku tertanya-tanya, kenapa mudah untuk Menteri Pelajaran menjilat ludah sendiri. bukankah itu jijik namanya? dulu katanya cukup yakin dengan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahsa inggeris. kemudiannya merasakan pelaksanaan itu perlu dikaji semula. aku cuba sedaya upaya untuk merasionalkan tindakan jijik itu. yaa, mungkin jugak mereka belajar dr kejadian interview Al-Jazeera-ZAM. dan sekarang baru lah aku paham. rupanya mereka bersedia untuk menyediakan platform utk Muhd Muhd Taib. ya lah. takkan lah Muhammad ini hendak dimalukan oleh pelajar sekolah yg belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

***

aku sedikit skeptik dengan setiap tindak tanduk UMNO. walaupon perlantikan Zaid Ibrahim dikatakan oleh banyak pihak sebagai tindakan untuk memulihkan sistem kehakiman negara... aku still.. doubt about it. lagi pula, mereka melantik Zaid Ibrahim, yet Tg Adnan pon dilantik sbg setiausaha Agung UMNO, Muhd Muhd Taib sbg menteri. ataupon Zaid hanyalah watak tempelan yg diharapkan dapat mengubah plot politik UMNO? ape pon, statement beliau menghentam kejadian Tun Salleh Abbas itu memang... pengecut! he supposed to say that 20 years ago.. not 20 years after the incident.

1 comments:

kingbinjai said...

dah macam Af banyak kejutan!

Post a Comment