Sunday, March 09, 2008

around 2 am, malaysiakini dah traffic jam. tak bleh nak access. so terpaksalah tgk update kt tv yg lambat macam siput. samalah seperti pilihanraya lepas, kalo BN menang tuh cepat je die announce. yg kerajaan PAS kelantan dah berjaya bentuk kerajaan dari awal lagi, tak jugak2 di umumkan. tv pon sampai jam 4 lebih camtuh, channel Awani dah surrender. tak habis lagi result2 diumumkan mereka dah pon berhenti bersiaran.

meluat untuk melihat update di tv. dah laa lambat, mendegar pulak ulasan2, analisa politik yg terlalu berat sebelah. katanya ahli akademik, buat malu pada pangkat prof kat depan nama. cumanya apabila kelantan seperti menang besar di kelantan, ulasan2 mereka berubah nada. mula kedengaran, oghe kelate mahukan sesuatu yg berlandaskan Islam, pembangunan pon mesti berlandaskan Islam blablabla. hilang sudah kata2 yg mengeji dan mengutuk kelantan yg mundur pada mereka.

paling lucu, semalam entah siapa orangnya, aku tak kenal, memberikan jawapan berhubung kekalahan besar BN adalah kerana tuduhan Anwar terhadap kerajaan BN di ceramah2 yg tidak sempat dibalas atau dijawab oleh kerajaan BN. inilah jawapan paling dangkal, busuk, jijik dan buduh serta bangang yg aku pernah dengar. kalau ada pangkat prof ke Dr ke kt depan nama dia, aku rasa die patut lucutkan saja.

pembangkang, tak punyai 5 saat pon di TV, akhbar harian, radio. peluang yg mereka ada hanyalah internet [berapa juta rumah lagi takde kemudahan internet, malahan takde komputer pon], akhbar yg terbit seminggu-dua minggu sekali, dan ceramah. mereka tak punyai duit untuk memberi habuan supaya orang datang ke ceramah mereka pon! BN tak punyai peuang untuk balas tuduhan konon. 24 jam mereka TV. paper hari-hari pon buleh keluar kenyataan.

Paklah bila nak angkat sumpah jadi PM?

2 comments:

Anonymous said...

Salam

Haha.. Betul tu, saya pun dengar juga. Semua penganalisa politik beri analisa yang bernas dan objektif kecuali jawapan dari si pemberi tersebut. Ironis sekali. Sepatutnya kita yang punya jawapan itu. Mereka punya media 24 jam dan memegang semua instrument kerajaan,takkan tak sempat jawab kot..:) Aduhai, sayang sungguh pakcik tu pada Umno. Moga Allah buka pintu hatinya.

Anonymous said...

salam,
sedikit bernas dan objektif selepas mengetahui BA menang tanpa disangka2. ya, sungguh ironi!

Post a Comment