Thursday, March 27, 2008

ada 2 keuntungan kepada rakyat malaysia andainya mereka memilih bukan-UMNO dalam pilihanraya.

pertamanya, comes the election, mereka akan dapat pelbagai habuan. because that is how UMNO define politics. kita lihat contoh di Kelantan, pelbagai ragam, pelbagai janji, pelbagai projek dan pelbagai habuan [walaupon sebahagiannya sudah sedia disonglap di tengah jalan sebelum sampai kepada rakyat kelantan] kalau tak kerana PAS memerintah kelantan, jangan diharaplah adanya perkhidmatan bas percuma, duit poket, habuan dari perayu undi dll. itu keadaanya apabila tiba waktu pilihanraya, atau bulan2 terakhir sebelum pilihanraya. memang di tahun kedua-ketiga, peninglah sikit kerajaan pemerintah memikirkan pembangunan kelantan yg terhad bantuan kewangan mereka, tapi alhamdulillah dengan kerajaan yg telus dan bekerja untuk rakyat, Kelantan semakin pulih, walaupon lambat.

keduanya, even if UMNO kalah selepas pilihanraya, rakyat masih tidak rugi apa-apa, malah insyaAllah mereka akan diperintah oleh satu kerajaan pembangkang yg berjuang untuk melindungi rakyat daripada ditindas oleh pemerintah yg sangka bagus. malah orang yg sangka bagus ini akhirnya terpaksa akur dgn kehendak rakyat. kecut perut juga mereka. manifesto pembangkang pada pilihanraya lalu sudah semacam menjadi manifesto mereka.

Zaid Ibrahim masuk ke gelanggang bak Hang Tuah yg akan mempertahankan kedaulatan badan kehakiman negeri Melaka. ini satu tanda yg bagus. walaupon terlalu awal untuk bersorak riang. dan dengan cadangan yg datangnya dari Zaid Ibrahim ini juga secara tidak langsung menidakkan kenyataan yg dikeluarkan oleh Nazri Aziz tidak lama dulu. AUKU dikaji semula. you read yourself; comments by DR M about AUKU.this report is from Utusan by the way. pengganti ZAM katanya akan mendekati dan memahami bloggers. ini secara tidak langsung juga menidakkan anggapan ZAM; bloggers goblok. ring any bell? dengan yakinnya pula mereka mengumumkan tarif elektrik, harga gas, harga minyak akan kekal, tidak akan naik! yang mana sebelum ini mereka tidak berani menyebut sebagaimana demikian.

***

di terengganu masih lagi dengan spekulasi. walaupun diluar tampak seperti sudah selesai, tapi di dalam siapalah yang tahu. PM akhirnya akur dengan keputusan YDP Agong. mungkin beliau takut nasibnya sama seperti orang-orang degil dan derhaka yg akhirnya dilucutkan datukship mereka.

walaupon sesetengahnya lega Idris Jusoh tidak kembali ke takhta MB Terengganu, tak sempat mereka menarik nafas kelegaan, kedengaran mereka mengeluh lagi. katanya MB baru itu tidak kurang hebatnya.pada aku, itu lah level rakyat terengganu. ketika di tempat lain semua orang sedang bijak menyampaikan amaran dan kehendak mereka, Terengganu sepertinya selesa dengan Idris Jusoh, Monsoon Cup dan masjid kristal. sultan terengganu, he left with no choice. mujurlah Tuanku bijak bestari, membuat kelainan dan bertindak apabila sampai masanya untuk beliau bertindak dengan mendaulatkan kuasa Raja. Daulat Tuanku. Tuanku memilih Ahmad, yg terbaik dikalangan yg kurang baik. yg berani bangkit dari kalangan pengecut yg berselindung disebalik penderhaka.

***

saya rindukan Khairy Jamaluddin. sudah lama beliau tidak muncul dikaca tv. saya juga rindukan Najib. tv3, mereka sudah tidak laku kah?

2 comments:

Deo said...

kan best kalau tiap-tiap tahun ada PRU? heheheh...

najib skrg kurang bersedekah, i.e. kurang senyum.

Anonymous said...

tu la die...mane KJ ye?? senyap sunyi lps PRU huhu

Post a Comment