Thursday, October 19, 2006

banyak betol aku jumpa blog2 yg nk menegakkan kebenaran pegangan sendiri.tp menegakkan dgn cara memperlekehkan, merendahkan, menghentam dsbgnya pegangan orang lain.
tak kiralah politik ke, hal bermazhab ke, peribadi ke dll.
jangan memperlekehkan keyakinan orang lain hanya kerana mereka itu tidak sealiran dgn kita.
hanya kerana mereka menentang arus.

firman Allah swt:
"Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata. " (QS. Saba: 25)

Tuhan pon tidak mengatakan dgn kasar spt "kamu ini, sah2 sesat", "kamu ini, bengong btol laa", ayat kat atas tuh terang2 cakap, "sama ada aku, atau kamu yg betol".
dlm ayat lain pula;
"Katakanlah, 'Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.'"
(QS. al-Baqarah: 111)

kata Saidina Ali;
"Betapa banyak orang yang membaca Al-Qur'an namun Al-Qur'an melaknatnya."


0 comments:

Post a Comment