0 comments Monday, June 30, 2008

it wasn't that easy to look into someone's eyes and determine whether he is lying, or telling the truth. but it was pretty clear, Najib is hiding something when he talked to the press last night [aired on the buletin utama] am i being bias? no lah. kalau KJ, mmg susah nak teka kalau die tgh tipu ke,ke die tgh blakon ke, ke die tgh cakap mende betul. eyelid si KJ nih, tak berkedip. heran gak aku tengok. macam bukan manusia. heheh. dont get me wrong, i mean, because of his eyelid.nothing more.

najib pulak. kelakar. saiful ke Pejabat Timbalan Perdana Menteri nk mintak scholarship. gile hebat kabel. ingatkan nak mintak tolong masukkan ke universiti pertahanan ke. nak mintak tolong arrange untuk sambung belajar ke. dah kene tendang uni, buleh plak nak mintak scholarship. atas kapasiti beliau yg aktif dgn MPP kot? tapi lagi tak lojik, kenapa ke pejabat Timbalan Perdana Menteri. oooo, sbb member die keje dgn TPM kot? tapi... member die ke yg tukang bagi scholarship? aaah. mungkin ini yg UMNO definisikan sbg hak istimewa orang melayu. migrain.

i dont think Paklah is capable of handling this super scandal. Paklah, kalo nak
dibandingkan, samalah seperti komputer version dulu-dulu. memory tak banyak; asyik lupa tukar statement. RAM kecik; keje lambat, public dah baca report, die tak belek file pon lagi. he is way too weak to handle a such scandal. too fragile. cepat melatah. nak dicompare dgn Superdet, jauh sekali. he can deny his involvement, he can deny Najib's involvement, but mind you, he can change it any minute from now.

Anwar is out from the embassy. but of course not because of guarantee from the ministers. Anwar sendiri sedia maklum, jaminan keselamatan boleh diberikan bila-bila masa. kalau dah kerajaan seperti nak tunjuk jantan, DSAI juga tak kurang jantannya. beliau perlu keluar, meneruskan agenda beliau; menjejak kaki ke Putrajaya!

persoalan sekarang.. bila? and i keep on guessing on the 4 BN MPs who is going to defect. readers, any idea?














0 comments

ini semua karya asal seorang yg cukup gila. dan hina. luckily, he is still alive to see and feel the effect for what he has done in the past. he is the real superman! he is superDet! dia masih punyai maruah untuk terus bodoh sombong. tidak mengakui kesilapan malah terusan melemparkan fitnah.tidak segan silu pula dia melihat karya asalnya diciplak sedemikian rupa. dongengan ini harus dihentikan! permainan harus bermaruah!

the SIL [i am referring s for SON, hehe] mengambil langkah cermat apabila mendakwa tidak menolak kemungkinan anwar sendiri yg menyuruh si pervert itu membuat laporan polis. Anwar cuba berdrama katanya! dey anak jantan, sembunyi blakang pakmentua!

i guess, this pervert yg membuat laporan polis di pondok polis ini menaruh perasaan terhadap DSAI! cinta tidak berbalas mungkin? hahaha. Datin Seri, beware! seriously, i am tired of all this silly joke.

mereka, terdesak sekali. tak mungkin sebodoh ini dakwaan mereka. tak mungkin selemah ini ancaman mereka. ini mungkin titik dimana PR harus mempercepatkan langkah ke Putrajaya!


0 comments Thursday, June 12, 2008

jom ke perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak

ESOK

dr Masjid Kg Baru ke KLCC.

selepas solat jumaat.

maklumat lanjut sila ke Laman Pemuda PAS Pusat.



kita jumpa disana!!

1 comments Monday, June 09, 2008

ianya mengambil masa kira-kira seminggu bagi PM untuk membuat keputusan untuk menghadkan percutian berbayar para menteri kepada percutian dalam negeri dan negara ASEAN sahaja.

masih 'terngiang-ngiang' dimata saya, melihat keratan akhbar kenyataan daripada shahrir samad [menteri yg sepatutnya mengawal harga barang, menteri yg paling arif akan kesempitan rakyat akibat kenaikkan harga barang yg tidak terbendung] yg menyatakan usul Salahuddin Ayub untuk memotong elaun para menteri adalah tidak rasional dan mengikut emosi marah kepada menteri-menteri BN sahaja. tidak signifikan katanya. mungkin Shahrir itu sedikit sahaja elaun yg Paklah kreditkan dalam akaunnya.

yang paling aku hairan, langkah penjimatan yg diumukan paklah ini only came a week after the ministry of education mengumumkan akan mengurangkan peruntukan sehingga 800 juta ringgit. jumlah itu kecil berbanding berbillion peruntukan yg disediakan.

paid holiday menteri lebih penting dari peruntukan pendidikan rakyat malaysia. minyak mereka sanggup naikkan sehingga 46 peratus. tetapi elaun keraian menteri hanya boleh turun sehingga 10 peratus.

janji mereka mahu memberikan subsidi dalam bentuk lain. makanan seumpamanya. tetapi harga barang terus meningkat tak terkawal. sampaikan pakcik yg jual air minuman pon terpaksa naikkan harga jualan airnya kerana memikirkan untuk survive kehidupan dengan harga minyak yg mendadak naik serta tarif elektrik yg bakal menyusul naik.

ini semua kerja gila.


1 comments Wednesday, May 07, 2008

it was last week, i had my breakfast at a restaurant in pengkalan chepa. kembali ke kereta, terserempak aku dengan seorang yg kurang waras. apa yg menarik perhatian aku adalah, seluarnya yg diikat dgn tali, pengganti tali pinggang barangkali.. dan yang paling penting, beliau memakai baju yg dibanggakan Khairy Jamaluddin few months back..black shirt with "pade doh 18 tahun" on it. if only aku bawa bersama kamera. sayang sekali.

***

i've been very busy lately. I cant promise regular update. theres so much thing i want to blog about, but you know... time constraint. yaaaa, i know.. excuses. hahahah.

***

banyak sangat isu yg keluar lately. UMNO dgn EGM nya. MP bakal menyeberang kem. DSAI semakin yakin untuk kembali ke parlimen, bukan hanya sebagai MP tetapi sebagai PM.Karpal dgn kedegilannya. Raja Petra dgn "menghantar pembunuh Altantuya ke neraka" [sape makan cili die rasa pedas...rupanya mereka tak pernah takut kepada neraka], and now.. Lingam with his correct, correct, correct.

***
melihat kepada keputusan yg diambil oleh suruhanjaya siasatan diraja itu bijak membuat keputusan. biarpun banyak doubt yg dikemukan terhadap barisan panel suruhanjaya terbabit. to know that fairuz is on the other end of the phone conversation [as reported by the star] is not that important as it was pretty clear from the clip itself. but me personally, want to know what will they [the government] do to restore the image of judiciary of our country. it is even better if they admit that there are problems in the system as opposed to what they have said earlier. untuk memulihkan sesuatu yg telah rosak, adalah baiknya jika mereka mengakui akan kesilapan yang telah berlaku, lebih2 lagi permohonan maaf kepada sesiapa sahaja yg terkesan daripada kesilapan ini. berlakunya kesilapan sebegini, maaf itu tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit. [ex gratia whatsoever] bagaimana dgn nama2 yg disebut lingam. apa yg akan berlaku kepada mereka? or should we send them to hell? hahahah.

lets wait for their next move. or should we wait until the PM read the report?


2 comments Saturday, April 19, 2008

mahalnya harga sebuah maaf dari kerajaan Malaysia.

bayaran itu bukan kerana maaf. tapi untuk apa? untuk menutup kekejaman seorang yang zalim. tetapi tidak mampu untuk menghukum, mahupon membicarakan kesalahan yg terang nyata itu? kenapa tidak dibicarakan saja. bayaran itu kerana rasa bersalah terhadap apa yg dilalui oleh hakim-hakim yg dizalimi. jika benar rasa bersalah, tentunya ada orang yg bersalah. bicarakan mereka! [atau bicarakan DIA?!]

i had a conversation with a friend few days ago. and the conversation revolve around politics, in malaysia. sedih untuk mengungkapkan, tapi luahan, pendapat, hujah beliau tak ubah seperti yg disuap oleh media UMNO, ucapan orang2 UMNO [side penakut, seperti Paklah, Najib etc] yg mengherdik saya yg menyokong usaha pakatan rakyat membina Malaysia baru. setelah UMNO baru tidak lagi relevan.irrelevant party with irrelevant president and also irrelevant members. menyeru saya kepada perpaduan melayu. disalahkan kaum bukan melayu. dan paling jijik mengulangi fitnah "homoseksual DSAI" mahu saja saya menyaman beliau 10 juta. hahahah.

malay; childish. immature. cepat melatah. perasan bagus. ini yg diajar UMNO selama 50 tahun mereka memerintah. melayu, saya umpamakan dengan kanak-kanak yg mempunyai setong ais-krim cornetto [you may put what ever you like, here] di bawanya ais krim keliling kampung. dengan bongkak dan bangganya. sambil keliling kampung, mereka berteriak, " jangan dipersoalkan kenapa hanya kami, melayu yg dpt aiskrim ini. hanya kami yg berhak. yg lain, silalah makan apa yg kami rasa macam nak bagi.sbb kamu bukan anak melayu, kamu makan sajalah aiskrim kacang merah. jgn nak lebih-lebih."

pegi mampos laa wei. dok cakap kt orang jgn persoalkan hak melayu etc, kalo bukan melayu cakap melayu berjaya sbb dok harapkan hak istimewa melayu, ko melenting.

i went to a clinic yesterday. somebody [happens to be a chinese] came in to ask for an influenza injection. he will be on holiday to the US. on the way out, the indian doctor said, "make sure you come back here" he gave us a big grin and said, "oohh, sure. i dont want to be an american. i love Malaysia. im proud that i am a Malaysian" Tok Guru semestinya tersenyum girang jika beliau mendengar patah2 ayat tersebut. kerana beliau tidak pernah membezakan melayu, cina, india, siam etc. kerana on the race-based, semuanya punyai hak yang sama.

i have a friend name Wong. he is such a good friend. he used to give me kuih bulan. and surprisingly, he also gave me a box of biskut raya on eid. i want to treat all other chinese in malaysia just like how i treat my friend, wong.

9 comments Thursday, April 03, 2008

"I wont resign.."

mind you, he can change his stand any minute from now.

EGM boleh diadakan bila-bila masa. sebolehnya sebelum Julai. atau mungkin Muhyiddin bermaksud seawal April?

kenyataan ini mungkin ada kaitannya dengan kedatangan Dr Mahathir ke Gua Musang. lupa plak, hari ini, atau esok. dengar ceritanya, 2 ekor lembu tumbang di Gua Musang sebab nak sambut Mahathir. atau nak meraikan bakal wira UMNO yg bakal menentang Presiden UMNO?

mungkin editor Utusan sudah pening kepala. banyak berita-berita yg dilema untuk mereka boleh keluar paper ke tak? hahaha. seronok membaca drama melayu pasca pilihanraya 12 nih.mahu atau tidak, PRU 12 adalah cerita lama. angin perubahan rakyat juga cerita lama. rakyat mahu mengajar UMNO juga cerita lama.

episod baru politik malaysia adalah bagaimana UMNO dan orang-orang kuat yg masih degil dan angkuh mahu mempertahankan UMNO dari serangan orang yg sedia benci UMNO dan orang yg sedang membalas dendam terhadap UMNO kerana terpinggir dan dipinggirkan serta orang yg baru sahaja sedar, mereka sepatutnya sudah lama ke kandang lawan, bukan menjadi pariah kepada UMNO.

check it out!


2 comments Thursday, March 27, 2008

ada 2 keuntungan kepada rakyat malaysia andainya mereka memilih bukan-UMNO dalam pilihanraya.

pertamanya, comes the election, mereka akan dapat pelbagai habuan. because that is how UMNO define politics. kita lihat contoh di Kelantan, pelbagai ragam, pelbagai janji, pelbagai projek dan pelbagai habuan [walaupon sebahagiannya sudah sedia disonglap di tengah jalan sebelum sampai kepada rakyat kelantan] kalau tak kerana PAS memerintah kelantan, jangan diharaplah adanya perkhidmatan bas percuma, duit poket, habuan dari perayu undi dll. itu keadaanya apabila tiba waktu pilihanraya, atau bulan2 terakhir sebelum pilihanraya. memang di tahun kedua-ketiga, peninglah sikit kerajaan pemerintah memikirkan pembangunan kelantan yg terhad bantuan kewangan mereka, tapi alhamdulillah dengan kerajaan yg telus dan bekerja untuk rakyat, Kelantan semakin pulih, walaupon lambat.

keduanya, even if UMNO kalah selepas pilihanraya, rakyat masih tidak rugi apa-apa, malah insyaAllah mereka akan diperintah oleh satu kerajaan pembangkang yg berjuang untuk melindungi rakyat daripada ditindas oleh pemerintah yg sangka bagus. malah orang yg sangka bagus ini akhirnya terpaksa akur dgn kehendak rakyat. kecut perut juga mereka. manifesto pembangkang pada pilihanraya lalu sudah semacam menjadi manifesto mereka.

Zaid Ibrahim masuk ke gelanggang bak Hang Tuah yg akan mempertahankan kedaulatan badan kehakiman negeri Melaka. ini satu tanda yg bagus. walaupon terlalu awal untuk bersorak riang. dan dengan cadangan yg datangnya dari Zaid Ibrahim ini juga secara tidak langsung menidakkan kenyataan yg dikeluarkan oleh Nazri Aziz tidak lama dulu. AUKU dikaji semula. you read yourself; comments by DR M about AUKU.this report is from Utusan by the way. pengganti ZAM katanya akan mendekati dan memahami bloggers. ini secara tidak langsung juga menidakkan anggapan ZAM; bloggers goblok. ring any bell? dengan yakinnya pula mereka mengumumkan tarif elektrik, harga gas, harga minyak akan kekal, tidak akan naik! yang mana sebelum ini mereka tidak berani menyebut sebagaimana demikian.

***

di terengganu masih lagi dengan spekulasi. walaupun diluar tampak seperti sudah selesai, tapi di dalam siapalah yang tahu. PM akhirnya akur dengan keputusan YDP Agong. mungkin beliau takut nasibnya sama seperti orang-orang degil dan derhaka yg akhirnya dilucutkan datukship mereka.

walaupon sesetengahnya lega Idris Jusoh tidak kembali ke takhta MB Terengganu, tak sempat mereka menarik nafas kelegaan, kedengaran mereka mengeluh lagi. katanya MB baru itu tidak kurang hebatnya.pada aku, itu lah level rakyat terengganu. ketika di tempat lain semua orang sedang bijak menyampaikan amaran dan kehendak mereka, Terengganu sepertinya selesa dengan Idris Jusoh, Monsoon Cup dan masjid kristal. sultan terengganu, he left with no choice. mujurlah Tuanku bijak bestari, membuat kelainan dan bertindak apabila sampai masanya untuk beliau bertindak dengan mendaulatkan kuasa Raja. Daulat Tuanku. Tuanku memilih Ahmad, yg terbaik dikalangan yg kurang baik. yg berani bangkit dari kalangan pengecut yg berselindung disebalik penderhaka.

***

saya rindukan Khairy Jamaluddin. sudah lama beliau tidak muncul dikaca tv. saya juga rindukan Najib. tv3, mereka sudah tidak laku kah?

1 comments Sunday, March 23, 2008

BN yg sebelum ini memerintah, kemudiannya menang lagi dengan selesa di Terengganu masih lagi kucar-kacir. masih belum tentu siapa yg bakal ditabal menjadi MB. katanya ADUN Kijal. tp tengok saja lah. mungkin juga ada kejutan? tak perlu pelik dan hairan apabila kerjasama pembangkang di perak dan selangor gagal membentuk kerajaan sesegera mungkin.

sebaik sahaja beliau di umumkan sebagai calon, cepat2 mereka membuat laporan kepada BPR? habis selama nih? simpan dalam muzium? takpe lah. kalau dah macam tu, elok juga kalau di rotate pengumuman setiap ADUN BN bakal ditabal menjadi MB. laporan setiap dari mereka bakal menyusul ke BPR barangkali. there is a reason why Said instead of Idris. mind you, Sultan tidak berbuat demikian tanpa sebab.

yang UMNO dok sibuk nak pertahankan keistimewaan melayu, hak melayu.. tapi mereka yg hero lawan Sultan. kaum lain nak lawan Sultan, kita paham lah mereka tak cukup paham dengan keistimewaan Raja-raja Melayu, kedaulatan Sultan-sultan Melayu. nih melayu, persatuan melayu kebangsaan, tapi mereka yg mencabar keputusan Sultan. mungkin alasan mereka, perlantikan MB terengganu itu bukan dari sultan terengganu, sbb itu lah sesedap hati mereka mempertikai perlantikan Said.

tambah bengang lagi, mereka tidak bersetuju dgn perlantikan Said ini bukan kerana salah laku Said yg sudah dihantar kepada BPR, tetapi kerana mereka mahukan Idris Jusoh. saat2 begini, apa pun sanggup dilakukan oleh UMNO. bagi mereka, matlamat menghalalkan cara. dengan ini juga, mereka secara tidak langsung menidakkan kenyataan UMNO bahawa calon-calon PRU 12 mereka lulus ujian BPR. keji bukan?

tunggu sajalah episod seterusnya dari Terengganu.

***

aku tertanya-tanya, kenapa mudah untuk Menteri Pelajaran menjilat ludah sendiri. bukankah itu jijik namanya? dulu katanya cukup yakin dengan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahsa inggeris. kemudiannya merasakan pelaksanaan itu perlu dikaji semula. aku cuba sedaya upaya untuk merasionalkan tindakan jijik itu. yaa, mungkin jugak mereka belajar dr kejadian interview Al-Jazeera-ZAM. dan sekarang baru lah aku paham. rupanya mereka bersedia untuk menyediakan platform utk Muhd Muhd Taib. ya lah. takkan lah Muhammad ini hendak dimalukan oleh pelajar sekolah yg belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

***

aku sedikit skeptik dengan setiap tindak tanduk UMNO. walaupon perlantikan Zaid Ibrahim dikatakan oleh banyak pihak sebagai tindakan untuk memulihkan sistem kehakiman negara... aku still.. doubt about it. lagi pula, mereka melantik Zaid Ibrahim, yet Tg Adnan pon dilantik sbg setiausaha Agung UMNO, Muhd Muhd Taib sbg menteri. ataupon Zaid hanyalah watak tempelan yg diharapkan dapat mengubah plot politik UMNO? ape pon, statement beliau menghentam kejadian Tun Salleh Abbas itu memang... pengecut! he supposed to say that 20 years ago.. not 20 years after the incident.

0 comments Monday, March 17, 2008

it looks like khir toyo lebih efficient dan amanah sebagai seorang pembangkang compared to those time where he was in power.

dengan seikhlas hatinya beliau akan menghantar bil2 air kepada exco-exco baru selangor jika janji2 dalam manifesto PRU 12 tidak dikotakan oleh kerajaan baru selangor.

bagus jugak punyai pembangkang persis khir toyo. kerjanya lebih mantap. untuk penduduk selangor, nasib anda mungkin lebih baik di masa akan datang bukan kerana effective nya kerajaan baru negeri selangor, tetapi kerana cekapnya Khir Toyo membantu kerajaan baru itu.

ya lah, drp takde kerja, elok juga lah khir toyo mengisi masa lapang dengan mengutip data-data ibu2 tunggal, anak2 yatim, orang2 kurang upaya.

utusan juga tk kurang sinisnya apabila melaporkan Tan Sri Khalid mengadu penat kerja sbg MB.
mungkin utusan lupa untuk mencadangkan kepada Tan Sri Khalid untuk mengamalkan pengambilan tempe. menurut bekas MB Selangor, tempe bukan sahaja menyihatkan malah, boleh buat beliau nampak makin handsome!

semenjak kalah besar, UMNO kelihatan semakin tidak relevan. kalau lah mereka pernah berura-ura untuk merawat kelantan, mereka tidak sedar, seluruh UMNO itu sedang tenat.