Monday, June 09, 2008

ianya mengambil masa kira-kira seminggu bagi PM untuk membuat keputusan untuk menghadkan percutian berbayar para menteri kepada percutian dalam negeri dan negara ASEAN sahaja.

masih 'terngiang-ngiang' dimata saya, melihat keratan akhbar kenyataan daripada shahrir samad [menteri yg sepatutnya mengawal harga barang, menteri yg paling arif akan kesempitan rakyat akibat kenaikkan harga barang yg tidak terbendung] yg menyatakan usul Salahuddin Ayub untuk memotong elaun para menteri adalah tidak rasional dan mengikut emosi marah kepada menteri-menteri BN sahaja. tidak signifikan katanya. mungkin Shahrir itu sedikit sahaja elaun yg Paklah kreditkan dalam akaunnya.

yang paling aku hairan, langkah penjimatan yg diumukan paklah ini only came a week after the ministry of education mengumumkan akan mengurangkan peruntukan sehingga 800 juta ringgit. jumlah itu kecil berbanding berbillion peruntukan yg disediakan.

paid holiday menteri lebih penting dari peruntukan pendidikan rakyat malaysia. minyak mereka sanggup naikkan sehingga 46 peratus. tetapi elaun keraian menteri hanya boleh turun sehingga 10 peratus.

janji mereka mahu memberikan subsidi dalam bentuk lain. makanan seumpamanya. tetapi harga barang terus meningkat tak terkawal. sampaikan pakcik yg jual air minuman pon terpaksa naikkan harga jualan airnya kerana memikirkan untuk survive kehidupan dengan harga minyak yg mendadak naik serta tarif elektrik yg bakal menyusul naik.

ini semua kerja gila.


1 comments:

Letting the time pass me by said...

Hopefully people can still survive and have something to eat and to cherish in life...

I am wondering what happen to the government? Cutting subsidy, price increase? Are we run put of money? Is the country is desperate for money? Anymore money left in the Bank Negara?

Recession may be inevitable, but the government need to make sure that the impact can be soften for those with less money.... Not following the capitalism idea ... the poor is getting poorer and the rich is getting richer...

Post a Comment