Friday, May 04, 2007

hahaahha.. betul tuh.. ada sesape berani? mungkin jugak boleh ditukar statement itu, "kalau berani, rempitlah sendiri"

salah satu sebab kenapa mat rempit merempit adalah kerana berani. tak siapa sangkal mat rempit itu memperjudikan nyawa mereka di jalan raya. so, apalah sangat nak dibandingkan dengan terjun di kutub. sama saja risikonya. the real challenge for these mamat-mamat rempit is to stop merempit. nak merempit pon rempitlah. nak suruh berhenti merempit semacam mustahil. cukuplah sekadar tak membahayakan nyawa orang lain. buatlah kerja korang, jangan kacau hidup orang lain.

matilah UMNO kalau-kalau nanti seluruh warga mat rempit mintak nak dibiayai penerjunan di kutub. ya lah, terjun di kutub menunjukkan mat rempit ini mampu mengharumkan nama negara. belive me, malaysia should stop doing things atau encourage people to do things yang takde manfaat atas nama "mengharumkan nama negara"

jelajah kutub lah, terjun di kutub lah, berbasikal keliling dunia lah, berenang selat lah. macam-macam. di negara lain, mereka buat aktiviti ini untuk kutip derma, berenang untuk mangsa tsunami ke, mangsa AIDS ke, mangsa taufan katrina ke. di tempat kita, mereka nak berenang, mintak orang sponsor, mintak kerajaan support. bukan sikit. banyak pulak tuh. tujuan? "untuk harumkan nama negara. untuk buktikan malaysia boleh"

entah siapa yang dapat manfaat bila nama malaysia ini harum.macamlah negara lain datang nak bernianga di malaysia kerana nama malaysia dah harum. macamlah orang lain nak bagi derma bila ada mangsa tsunami kat malaysia, atau bantu warga miskin di malaysia. ada ke??

ya. lagi satu budaya yang makin popular dalam mengharumkan nama malaysia adalah, PM yang paling tinggi maintenance. [ingat awek je maintainance tinggi?] PM malaysia hadiah mesti mahal. kapal je RM30 juta. istana hinggap je RM60 juta. pesawat VIP yang nanti disewa pon; dibeli dan diubahsuai mengikut citarasanya bernilai RM 200 juta. itu baru trend PM. belum masuk lagi trend komisyen urusan jual beli senjata yang cecah ratus-ratus juta.

orang susah dok fikir; macam mana nak beli beras, bila laa boleh makan ayam?, yuran sekolah anak bila lah boleh bayar, hutang kedai runcit tuh tak settle lagi, bulan depan kereta kena tarik lah nih dll..

aishhhh, bahlol punya orang!

4 comments:

Anonymous said...

hari ni, anak saya pergi qiamullail. buat ape nak susah-susah terjun. tak ada mat rempit berani nak pegi qiamullail.

Deo said...

I just hate hearing news about this terjub kutub ni. Hari2 ada coverage dalam Buletin Utama, macam lah dah takde berita lain nak disiarkan. Satu lagi kejayaan negara? What the hell?! As if it contributes to the country's economy, boleh naikkan country's GDP or Bursa's Index?! Perjuangan yang takde tujuan dan tak mendatangkan hasil.

Sama lah juga dengan jelajah kutub utara lah and this guy named Muqarabbin, dah jadi UiTM graduate but still doing the exploration things. Tak kerja ke untuk give back to the Nation?

Apa lah?!

Najwan Halimi said...

haha! aku pun ada terbaca jugak ayat yg jadi tajuk entri kau ni.

jgn tak tau, ustaz pirdaus bekas imam masjid negara cakap budak2 rempit ni berjihad!

jihad beb! jangan main2. terjun kutub pun jihad, kalau jatuh mati tu kira syahid la yek?

gila!

daripada duk habis duit benda bukan2 macam ni, baik bagi makan org miskin yang entah berjuta kat malaysia ni!

tak pun sponsor budak2 kampung yg bijak pandai dari rempit2 bahalol
ni pegi belajar kat luar negeri (jgn hantar uni tempatan,habis bebal diorang nnt..jd tolol macam aku ni--mahasiswa IPT yg dilembu2kan,hehe!)

aku dah takde selera dah baca berita2 mcm ni..bebal dan membebalkan!

afifi said...

acciaccatura: alhamdulillah :)

deOughtred : entah. entah apa-apa lagi lah lepas nih. mungkin ada pertandingan teh tarik, tebar roti canai, kukur kelapa, menenun songket, menganyam tikar di kutub utara plak lepas nih.

najwan halimi: yaa la tuh jihad. hahahaha. yang berkuasa itu yang bebal. peraturan dan percaturan pentadbiran mereka juga bebal jadinya. huishhh, berasap aku nih. huh.

Post a Comment