Tuesday, March 06, 2007

populasi orang rasuah sekarang semakin bertambah, tak ubah seperti bertambahnya populasi monyet liar.kalau monyet liar, boleh jugak di eksport ke luar negara, diajdikan makanan eksotik, orang rasuah nih kita nak buat ape?

kebelakangan ini, ada saja yg dirungkai rahsia mereka. yg peliknya, bukan agensi yg dilantik kerajaan yg merungkai, tetapi badan2, anggota persatuan bukan kerajaan atau orang perseorangan yg merasakan tanggungjawab mereka.

setelah kes ketua pengarah BPR yg masih belum ketemu kata putus, timbul pula kes menteri disogok RM 5 juta utk bebaskan penjenayah. media menggempurkan menteri yg dimaksudkan adaalah Dato' Jo [timbalan KDN] sehingga Dato Jo tampil dengan kenyataan kerelaan utk disiasat. persoalannya sekarang, siapa?? ruhanie ahmad cuba merungkai siapa menteri yg bertanggungjawab.

mat sabu menyimpulkan ini sebagai satu kesan dari pimpinan yg dipilih dari pilihanraya yg tidak telus. ya, bila sistem pemilihan itu tidak betul, ia merosakkan dan mencacatkan seluruh jentera pemerintahan. ikut sedap mulut je PM itu berkata jangan risau kalau tidak rasuah. kalau MR Prime Minister berani sangat, kenapa cabaran mendeclare harta anak menantu tidak disambut?

"kerajaan tidak akan bertindak terhadap mana-mana pihak hanya berdasarkan persepsi semata-mata, sebaliknya maklumat sahih diperlukan bagi memastikan keadilan."

konon lah menegakkan keadilan. tapi mana keadilan kalau polis tak jumpa file? file salah laku ditutup kerana tiada bukti kukuh [atau sengaja tutup mata tak nampak bukti kukuh?] kenapa nak tunggu Ezam tampil mendesak siasatan semula. kalau betul Dato Jo is innocent, then there must be someone who want him down. this site tell us everything.

special attention to the PM, KPN and all the ministers; dont give us drama! give us result!


2 comments:

kingbinjai said...

kalau kau perasankan, kau akan nampak mereka sebenarnya sedang bertelagah sesama sendiri. politically!

afifi said...

ya! perasan, perasan! semakin jelas pula mutakhir ini.

Post a Comment