Friday, June 01, 2007

semalam, aku menghabiskan masa di youtube.. mencari2 dan tengok lagu2 yg takde dalam list mp3. terlintas dengan salem iklim. melihatkan wajah salem, teringat kembali dengan arwah pakcik aku yg menjadi mangsa dadah. teringat. dan rindu. ada beberapa saat genting aku, serasa seperti mahu bercerita dengan beliau.

dalam entry lalu pernah aku bercerita bagaimana hubungan aku dengan beliau. aku tak boleh salahkan beliau dengan dadah. beliau mangsa. apa yang kita tahu pasal ketagihan dadah? aku boleh bayangkan penyesalan beliau kerana silap langkah pada masa lalu. setiap kali selepas keluar pusat serenti, beliau akan janji untuk tidak kembali ke titik hitam itu lagi. tapi janji itu biasanya tidak lama. papa pasti dapat meneka andai adiknya itu kembali kepada tabiat lama.

beberapa hari lalu, di akhbar dilaporkan Jamal dibebaskan dari tuduhan memiliki dadah. apa yang menarik perhatian aku adalah, kenyataan yang dibuat Jamal. katanya, promoter2 tak bg dia peluang untuk persembahan pentas kerana kes itu. hilang punca pendapatan. rumahtangga jadi kucar-kacir kerana duit tak masuk.

padahal, masa-masa seperti itu lah jamal memerlukan sokongan. seperti juga laporan akhbar hari.. laporan seperti ini tidak sedikit pon membantu Jamal untuk benar-benar melupakan dadah. dari satu masalah, tapi kerana keadaan sekeliling yg tidak membantu menyokong beliau, boleh menjadi punca kepada masalah2 lain; ie; rumahtangga.

seperti papa, yang setiap kali percayakan dan memberi peluang kepada adiknya untuk berubah. kalau bukan kerana papa, arwah mungkin meninggal tanpa kubur. tak siapa tahu. kerana tak siapa dalam keluarga boleh menerima beliau. kerana papa, setiap kali selepas keluar dari pusat serenti, atau penjara beliau akan kembali ke keluarga kami. kemudian hilang lagi untuk setahun dua. dan kembali lagi. sehinggalah beliau jatuh sakit. aku tak perlu malu. pada aku, aku bangga dengan beliau, bagaimana beliau survived hidup yang sebegitu selama 20 tahun dengan dadah. ada kata-kata ini; tak penting apa destinasi kita, tapi yg penting, apa yang kita buat sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.

menjaga bekas penagih seperti menjaga seorang kanak-kanak. beliau sensitif. mudah terasa. bukan dia peduli pon kalau orang marah-marah, keji-keji, tak bagi peluang etc kerana dia tahu, kalau manusia tak boleh melayan dia seperti seorang manusia, kemudian dia boleh cari kebahagiaan lain, dengan kembali kepada dadah.

al-fatihah untuk arwah.