0 comments Wednesday, November 12, 2008

malaysia today; alive and kicking.. again!

at one point, saya berasa cukup jemu dengan drama politik negara. you know that kind of feeling.. when you watch a tv series yang cerita meleret2 ala2 bawang putih bawang merah saja lagaknya. you know all the evil gonna die at the end of the story and all the angels gonna live happily ever after, but when will the story gonna end?

but, after reading this new post in malaysia today, it looks like next episodes gonna be more interesting than ever. all this while rasa macam watak jahat bermaharajalela, do wwhatever they want.. more scandals, more songlaps, acqquited from tuduhan and everything. and watak yang teraniaya plak, keep on teraniaya.. debate dalam dewan kena halau keluar dewan, keep on kena hentam, yang berhimpun pon ditahan, even the one yang tulis blog pon kena ISA. seriously, if only Yasmin Hamid interested to produce a drama out of this situation kan? itu pon kalau tak kena ban!

saya mendapat peluang menonton rakaman di dewan rakyat. benarlah bagai dikata, ahli parlimen BN sekarang berada dalam state of denial. dengar saja hujahan MP Batu Pahat, lucu sekali! malaysia makmur laaa. kerajaan cekap dalam menangani krisis ekonomi dunia laa. barangkali DSAI, YB Kit Siang or even YB loh Gwo Burne pon nak terkucil menahan gelak and mungkin fed-up, berbahas dengan orang yang tidak tahu pangkal punca. si YDP Dewan pon, sangat lah nampak kepelikkan beliau. ikut kepala sendiri saja!

saya sedikit meluat membaca tulisan2 chedet.com sejak akhir2 ini. begitu juga laporan2 wawancara bersama beliau. selalu sahaja sinis bunyi nya. dan kelihatan seperti orang lain semua salah, dan apa yang beliau buat dan pertahankan sahaja yang nampaknya betul! orang tua memang begitu barangkali.


3 comments Friday, October 31, 2008

beliau dibebaskan. bebas seperti burung.tiada bukti yang boleh mensabitkan beliau. begitulah dapatan hakim berkenaan. berbeza pula dengan dua yang lain. dibicarakan secara bersama, satu bebas, dua terbabas.

atau mungkin yang ketiga itu bukan sepatutnya Razak Baginda? boleh jadi sesiapa saja.
saya percaya, ramai yang kecewa dengan hasil perbicaraan selama 151 hari ini seperti saya.
ramai yang sudah membaca SD Bala, ramai yang tertanya-tanya kenapa bertukar hakim, ramai yang sudah mengetahui kewujudan SMS yang tidak dinafikan kewujudannya. ke mana Bala? ke mana Shafee Abdullah?

reformasi dalam institusi kehakiman hanya cliche. menjadi retorik yang tidak berkesudahan.


2 comments Sunday, October 12, 2008

saya sudah banyak mendengar mengenai kumpulan yang mendesak dimansuhkan ISA. tapi ini merupakan pengalaman baru bagi saya apabila mendengar mengenai kempen mengekalkan ISA. fantastic sekali.

utusan being utusan. ISA dirujuk kepada menjaga keamanan. there is a part missing.

and since when ISA berfungsi menjaga kestabilan politik negara? how do they define kestabilan politik anyway?

p/s:blogger yang pernah mempromote melaka melalui blog posting, claim ur datukship now! i believe, tulisan mempromote di blog lebih berkesan daripada beberapa minit scene yang dilakonkan di melaka.therefore, anda lebih layak mendapat title datuk berbanding shahrukhkhan. bak kata menteri pelancongan, we can reach billions possbile visitors[and thats why we needs billions to build a website]!
pps: no offence shah rukh. i was once, love ur movies. hahah,

0 comments Sunday, September 21, 2008

apabila YB Zulkifli Nooordin dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti, pelbagai reaksi datang dari pelbagai pihak. semua mata memandang, bagaimana PKR memutuskan mengadili situasi seumpama ini. situasi YB Zul ini tidak sama seperti situasi Datuk Ahmad Ismail di penang. mempertahankan Islam tidak sama seperti mempertahankan melayu. YB Zul said, Islam comes first. but then, it depends on how you interpret "mempertahankan Islam" and it also depends on how we terbuka enough to accept one's view.

***


aku tersenyum macam beruk hari ini. membaca bait-bait di muka depan the star. teresa freed. the government said she was freed because she was no longer a threat to national security. since when she was a threat anyway? as if, ISA berkesan mengesan dan mengubati ancaman kepada keselamatan negara. and what the hell are they doing with RPK? and 60+ others?i assumed this article is written by RPK. is this a sign of giving up? hope he will stay strong! sama seperti mereka yg bertahun di tahan dibawah akta yang sama.

0 comments Saturday, September 20, 2008

sepanjang bulan ini, malaysian melalui episod-episod yang cukup mendebarkan. let me conclude them in a simple paragraph.

bermula dengan sambutan kemerdekaan. kemudian, berdebar menanti hari september 16. dikejutkan dengan rombongan sambil belajar cik kiah ke taiwan. DSAI kemudian menghantar sepasukan perisik, untuk mengesahkan sokongan drp BN MPs. tian chua cakap, misi berjaya. utusan pula mempersoalkan, benarkah tian chua berjaya menemui ahli-ahli parlimen BN itu? come september 16. no change in putrajaya. just not yet. RPK under ISA arrest. then the Sin Chew reporter. then Teressa. the reporter released after 18 hours. anwar wanted to meet the PM. he declined. then anwar called for emergency House session. the PM declined to this one too. PM and his deputy switched portfolios.muhyiddin memujuk dr M kembali kepada UMNO. the PM said that he may be leave before 2010. then come dr M saying that he will come back to UMNO when the time comes. kickdefella arrested, under ISA too. teressa released after being detained for 7 days.

antara alasan yang digunakan untuk menghalalkan penahanan raja petra adalah; tulisan beliau mengenai pemimpin Malaysia. i guess, the police have to detain thousands of bloggers. apabila kerajaan baru tidak dibentuk pada september 16, UMNO menggunakannya sebagai modal mengenakan DSAI.

apabila ketiga-tiga mereka ditahan di bawah ISA, sebahagiannya bimbang. jika Anwar mungkin juga sekali lagi ditahan dibawah akta yang sama. dan melihat kepada perkembangan mutakhir ini, ianya sangat lah tidak mustahil. the PM gave a statement regarding anwar as a threat to our economy and possibly threat to security. yesterday, there is a group of people in penang who claimed themselves as concerned citizens;made a police report against anwar for 'sedition' and causing public disorder. go and grab utusan paper for september 20th. you will see this and this. these are just reasons. they are preparing the people to accept if soon, they have to detain anwar under the ISA.

pemimpin sekarang sungguh lucu. ingatkah anda apabila seorang anak gadis kita dilarikan sehingga ke indonesia. seluruh anggota polis, tidak berjaya menjejaki beliau. tetapi, beberapa usaha oleh badan bukan kerajaan akhirnya berjaya menjejak anak gadis berkenaan dan membawanya pulang. itu salah satu dari kegagalan pihak polis dan seluruh kerajaan malaysia dalam menyelesaikan masalah jenayah. itu tidak termasuk lagi beberapa kes lain yang masih misteri sehingga ke hari ini. tetapi, malaysia mungkin boleh berbangga dengan kerajaan malaysia jika mereka membaca utusan hari ini. dalam laporan Amerika perguna Anwar.

sudah pantas kita menerima maklumat. efficient! bravo!!

1 comments Monday, September 01, 2008

wah. hebat!

"Langkah Kerajaan Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sembilan sekolah persendirian Cina perlu diperluaskan kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharuddin berkata, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin tidak harus mengetepikan kepentingan Melayu dan Islam dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Katanya, langkah kerajaan negeri itu tidak salah tetapi pada masa yang sama perlu berlaku adil kepada sekolah agama dan pondok."

dia patut cakap pada mereka yang pernah menyekat bantuan ke sekolah pondok sedia ada di kelantan dulu-dulu.

seperti kata Anwar Ibrahim. nak bantu orang bukan melayu lain, bukan bermakna menutup peluang orang Islam/Melayu daripada menerima bantuan.

benarlah bagai dikata. bukan sahaja presidennya sudah tidak lagi relevan. malahan, ketua pemuda UMNO negeri juga sudah tidak relevan lagi.

15 days to go! ;)

2 comments Wednesday, August 27, 2008

terjadinya seperti yang tertulis, DSAI memenangi hati majoriti penduduk permatang pauh. sodomy, mengorat rosmah, agen cina, yahudi, hindraf, menggugat kedudukan melayu.. all of them does not work!

khairy mungkin sudah boleh mula taip surat letak jawatan. Ezam mungkin salahkan UMNO kerana tak pilih beliau menentang sifu beliau. Najib mungkin mula fikir plot liwat tidak relevan untuk Anwar. Datuk Nalla mungkin silap percaturan; 60 juta skandal Magnum tidak cukup banyak.

kemenangan Anwar; Najib takrifkan sebagai segarnya demokrasi di Malaysia. satu lagi teori busuk dan ilmu sesat dari UMNO. since when democracy diukur dengan kemenangan pihak pembangkang? walaupon 5 negeri ditawan, walaupon Anwar menang di permatang pauh, Malaysia masih jauh untuk dipanggil sebuah negara yang demokrasi.

keep out all your bullshit. get ready to move out from the office.


p/s: i was watching tv3 for buletin utama. i was somehow stunned with a statement from zahid hamidi. he said sth like; "tindakan saiful bersumpah laknat hanyalah untuk membersihkan namanya" bro, bersumpah laknat dipaksa liwat oleh seorang yg berusia 61 tahun is not something yg membersihkan nama! be a real man la wei!

0 comments Monday, August 25, 2008

sekarang aku menunggu kiranya Paklah ke masjid, dan bersumpah bahawasanya beliau tidak pernah menggunakan kuasanya untuk membantu anak menantunya. mungkin selepas itu akan diikuti menteri2 yang dituduh dengan skandal masing-masing. anggapan mereka, sumpah boleh mematikan segala pertanyaan yang bersesak di minda setiap rakyat malaysia sekarang.

begitu banyak persoalan! corrupt kah paklah? bersalahkah najib? betul ke anwar ibrahim meliwat? betul ke saiful diliwat? bangangkah IGP? tak bebas ke kehakiman? BPR ikut telunjuk kerajaan ke? ye ke Putrajaya dikuasai orang di tingkat 4? and the list goes on.

***

so minyak turun 15 sen. itu lah nilai anwar ibrahim di permatang pauh; 15 sen bg setiap liter minyak. anda kiralah sendiri brapa liter untuk tempoh masa.. urmm, saya sendiri kurang pasti. mungkin sehingga 26 ogos ini. in the end paklah mengakui, naiknya harga minyak membebankan rakyat. sebelum ini, mereka nafikan kenaikkan harga minyak menyebabkan kenaikan harga barang. pemberian rebat mengimbangi kenaikan harga minyak kata mereka. pergi jahanam!

***
memang PKR ini dari kalangan pembunuh dan pengganas barangkali. semua orang BN diugut bunuh. saya rasa DSAI perlu melihat perkembangan ini dengan lebih teliti. menapis keahlian PKR. bukan setakat Ezam dan Datuk Nalla, sehinggakan perayu undi BN pon diugut bunuh. IGP saya harap anda memainkan peranan anda. menjaga keselamatan orang-orang BN yang diugut ini. ataupun BN yang saiko? sehinggakan objek entah apa-apa pon disangka bom??

well, good luck to all 3 candidates for the battle tomorrow. best man wins!


2 comments Friday, August 15, 2008

everyone is talking about competitiveness, diversity, globalization. and yet, Malay masih takut untuk compete dengan kaum lain di tanah tumpah sendiri. let alone nak berdiri sama tinggi di peringkat dunia. minda kelas pertama, think out of box, glokal; that are all bullshit!

10 percent to non-bumis. 1:9. aku tak fikir itu satu nisbah yang melampau dan mampu menggugat melayu. and i guess, if TS Khalid said 5 percent pon, these people will still be questioning, demo etc.

i am not supporting this usul because of this idea comes from PR side. when the government decided to implement "math and science in english", aku sokong jugak.

persoalan competitiveness itu penting untuk diambil kira. you see, graduate yang tk dpt kerja pon sedikit sebanyak kerana hal ini. kerana mereka adalah graduate yang average.

0 comments Tuesday, August 12, 2008

aku terkejut dengan satu buletin post di laman friendster. post itu mengatakan pelajar UiTM akan mengadakan bantahan kepada idea Dato Khalid untuk membuka 10 peratus kuota kepada non-bumi.

what is wrong with them?

sesetengah orang perlu dididik dan dibetulkan kembali tanggapan mereka yang membuta tuli. apa yang mereka faham mengenai hak istimewa melayu sebenarnya? fahamkah mereka dengan perlembagaan Malaysia?

ah, aku makin tidak faham dengan mereka. tidur dulu. moga bangun esok pagi, aku kembali tenang! dan mampu menghabiskan entry ini ;)