Monday, September 01, 2008

wah. hebat!

"Langkah Kerajaan Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sembilan sekolah persendirian Cina perlu diperluaskan kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharuddin berkata, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin tidak harus mengetepikan kepentingan Melayu dan Islam dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Katanya, langkah kerajaan negeri itu tidak salah tetapi pada masa yang sama perlu berlaku adil kepada sekolah agama dan pondok."

dia patut cakap pada mereka yang pernah menyekat bantuan ke sekolah pondok sedia ada di kelantan dulu-dulu.

seperti kata Anwar Ibrahim. nak bantu orang bukan melayu lain, bukan bermakna menutup peluang orang Islam/Melayu daripada menerima bantuan.

benarlah bagai dikata. bukan sahaja presidennya sudah tidak lagi relevan. malahan, ketua pemuda UMNO negeri juga sudah tidak relevan lagi.

15 days to go! ;)

1 comments:

Anonymous said...

Alahai... Dulu time UMNO pegang Perak tak pulak dorang bagi tanah buat sekolah pondok ke ape ke.. Sekarang ni bising plak... Ntah pape ntah...

p/s : Entri baru di pedangbiru.wordpress.com

Post a Comment