Wednesday, February 21, 2007

apa masalah kau? [skim kifalah]

baru-baru ini aku ada menyebut mengenai usaha kerajaan negeri kelantan memberi bantuan kepada warga emas yg mendaftar dibawah skim Kifalah, dikhususkan utk warga emas berumur 60 tahun ke atas.

semalam Awang Adek Hussin dalam utusan menyatakan, "kenapa tak diberikan bantuan ketika mereka masih hidup?"

kedengaran angkuh. dulu sempat jugak lah berbangga. sbb die antara anak kelantan yg berjaya. tapi kenyataan seperti itu, tak sepatutnya keluar dari seorang yg tinggi ilmunya. [atau media yg memutar belitkan, then, itu bukan salah aku!] ini bukan serangan peribadi. mungkin jugak, dia ini mungkin baik orangnya, tapi dalam topeng UMNO, dia dilihat seperti itu. seperti aku melihat sekarang. ya, sebab dasar UMNO yg takkan pernah setuju dengan apa2 usul atau cadangan yg dibawa oleh mana2 parti pembangkang. ambil saja Shahrir Samad sebagai contoh.

Skim Kifalah itu ditujukan kepada waris yg meninggal, yg hidup miskin melarat. diberi RM2500. dari itu bileh juga digunakan utk urusan pengkebumian.

kalau Awang Adek ini sedar ramai lagi rakyat kelantan yg perlukan bantuan, kenapa tidak beliau saja yg turun padang, bekerja, mintak bantuan dengan kerajaan pusat banyak2 and tolong orang2 susah ini?? kerajaan negeri tak menghalang sebarang bentuk bantuan selagi tidak bercanggah dengan prinsip membangun bersama Islam. buktikan UMNO bukan bekerja kerana pancing undi, tetapi kerana tanggungjawab terhadap rakyatnya!!




2 comments:

  1. Perasan tak sesetengah orang suka kata derma ikhlas, tapi bagi cheque besar (mock cheque)yang nilainya kecik. Saya pernah dengar ada guru tu bagi cek kecik tapi nilainya BESAR!

    ReplyDelete
  2. mock cheque besar2, pastuh bg ucapan, "inilah sumbagan ikhlas saya, blablabla.. " pegi mampos!

    ReplyDelete