Friday, November 14, 2008

Raja Petra lebih mengancam daripada Ayah Pin!
polis tunggu arahan Pejabat Agama katanya!
harus ikut prosedur kan?

***
sungguh mencuit hati membaca reaksi si kembar lima apabila ditanya rahsia kejayaan mereka. jawab salah sorang daripada mereka, "saya tidak yakin mendapat A bagi subjek BM pemahaman, kerana tidak cukup masa ketika menjawab soalan.lagipun banyak soalan yang saya teka jawapannya"

ianya cukup memberi gambaran mutu UPSR kini. kalau dulu ibu bapa bangga dengan keputusan 5A, sekarang ini pula, tidak mendapat 5A itu barangkali merupakan suatu perkara yang... pelik!

dan jika Paklah dengan retorik memperkasakan institusi kehakiman, Najib pula datang dengan retorik pembaharuan intelektual. memperkasakan sistem pendidikan. menjadi lebih global.bebas dari kongkongan tradisi.berdaya saing.

itu semua teks ucapan. secara teori. perlaksanaannya? belum tentu!

saya baru sahaja selesai menghabiskan tugasan di universiti. tajuknya lebih kurang berbunyi, "Perlembagaan menjamin Perpaduan" ini merupakan pengalaman pertama membuat tugasan di universiti tempatan. cukup teruja dengan tajuk yang diberikan. isu-isu seperti ISA, hak istimewa melayu, kehakiman menjadi fokus saya. tetapi malangnya, selepas perbincangan dengan supervisor, beliau meminta isu-isu yang menjadi fokus itu di kecilkan coveragenya, dan diminta lebih menumpukan kepada dasar-dasar negara.have you heard, Dasar Padi Negara, Dasar Penswastaan, pembahagian kuasa kerajaan negeri, kerajaan pusat dan berbagai lagi yang serasa saya boleh dibaca di dalam buku teks sekolah-sekolah kebangsaan. saya rasakan tak ubah seperti skrip ahli UMNO seumur hidup.




0 comments:

Post a Comment